exam

Isnin, 31 Ogos 2009 2:55 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Sejak akhir-akhir ni,semakin bertambah lecturer-lecturer yang buat exam.Minggu lepas,ada exam Bi dan tafsir.Minggu ni,ada exam Mutalaah Wa Tadbir..Minggu depan ada Exam Hadis.Lepas raya,exam bahasa Arab…Dan tak lama kemudian Final Exam .Waa…Macam mana ni????banyaknya kena study..Yang jadi mangsa,kawan2 aku lah yang kena ajar aku..hu5.Ustazah-ustazah kecil yang baik hati..Thank You so much…memang banyak yang aku kena hafal ni…Study hard!!!Mane tau,kot2 ada rezeki g Al-Azhar..InsyaAllah!!!Aku juga nak ucapkan good luck kepada semua calon PMR dan SPM yang bakal menduduki Trial Exam..Kepada adik lelakiku yang nakal,safuan.Buat yang terbaik dari aku tau.Minimun dapat my PMR result,7A….Aku cabar kau dapat lebih banyak dari aku..Juga good luck to my Best Friend,Junaidah dan Syafeez..jangan asyik nak bersilat je,exam jangan lupa..jangan jadi macam aku ni,nak dekat Trial exam,masih lagi sibuk nak bertanding silat..nasib baik,dapat masuk UDM..dan gunakan nota-nota yang aku bagi tu dengan sebaik-baiknya..dan juga tak dilupakan,Naqiuddin..orang yang paling baik bagi aku..jangan putus asa,dan buat yang terbaik dalam exam.make sure you can be a pilot..nanti bleh bawak kak naik flight..mesti syok!!!Dan juga muazah,good luck to your PMR trial exam..Semoga pemergian ibu tersayang tidak akan menjejaskan pelajaran…Selamat berjuang dalam pepriksaan kepada semua mahasisawa/mahasiswi UDM.Do the best!!!!

dari hati

2:40 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

2:40 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
TIDAK ADA KEBAIKAN YANG SIA-SIA…

“Apa gunanya saya membaca Al-Quran tetapi tidak memahaminya?”Tanya seorang murid.
“Bacalah dahulu,perlahan-lahan nanti tok ajarkan maknanya,”jawab gurunya.
Murid itu pun terus membaca.Hari demi hari.Bulan demi bulan.Lama kelamaan dia merasa jemu dan menemui gurunya semula.
“Tok,saya berasa usaha membaca tanpa memahami makna Al-Quran itu sesuatu yang tidak berfaedah,”katanya.
“Baiklah.Tok akan menyuruh kamu melakukan satu pekerjaan yang lebih bermakna,”kata Tok Guru tersebut.Wajah murid itu kembali ceria.
Tok guru menyerahkan sebuah raga dan berkata, “kamu cedok air di sungai ini dengan raga ini,dan curahkan airnya ke dalam kolah madrasah kita,”
Si murid kehairanan.mesti ada sesuatu yang luar biasa akan berlaku,detih hatinya.Dia ke sungai dan mencedok air dan secara tergesa-gesa dia berlari untuk mencurahkan air ke dalam kolah.Namun sebaik sampai,air telah habis,menitis keluar dari celah-celah raga yang jarang itu.begitulah dilakukannya berulangulang kali.Air menitis keluar dari celah raga dan kolah masih tidak dapat dipenuhi.
“tok,perbuatan ini tidak bermakna.kalau tok gantikan raga ini dengan timba.barulah ia boleh menampung air dan kolah akan penuh!”
Tok guru tersenyum. “Setiap yang tok suruh,pasti ada maknanya,”katanya perlahan..
“apa maknanya Tok?”
“Menimba air dengan raga samalah dengan membaca Al-Quran walaupun tidak memahami maknanya,”jawab Tok Guru.
“sama-sama tak ada fedahnya.begitu?”
“Tidak ,sama-sama ada faedahnya,”pintas tok guru.
Anak muridnya lebih hairan.
“Cuba kamu tengok raga yang kamu gunakan sejak tadi.Mulanya ia kotor,tetapi sekarang bukankah sudah bersih?Walaupun air kolah tidak penuh tetapi raga yang kamu gunakan sudah bersih.Betul tak?”
“Betul Tok,”jawab murid mengiakan.
“ha,begitulah juga hati kamu ketika membaca Al-Quran berulang-ulang kali.walaupun belum memahami maknanya,tetapi paling tidak hati itu akan dibersihkan daripada kelalaian dan gangguan syaitan.”
Muridnya mengangguk.Hebat,rupa-rupanya Tok Girinya mendidik,bukan sekadar mengajar!

Pengajaran:Jangan memandang remeh sesuatu amalan baik,walaupun sekiranya kita belum nampak manfaat atau hikmahnya.Dan jangan gopoh untuk “meningkat” dalam perjalanan menjadi hamba Allah yang baik dengan tindakan-tindakan yang melanggar ketertiban amal dan kehalusan adab.Ingat,setiap yang baik pasti ada kebaikannya.

Salam Takziah

Sabtu, 29 Ogos 2009 12:58 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
salam takziah pada sahabatku,muazah dan bapanya Cg.Suhaimi(bekas jurulatih silat ku) di atas pemergian ibu/isteri ke Rahmatullah pada 1.20 pagi tadi.Semoga Rohnya dicucuri rahmat.Aku berharap muazah akan tabah menghadapi ujian Allah di bulan Ramadahan yang mulia ini.Aku menadapt berita ini daripada sahabatku,kereks selepas sahur pagi tadi.Tiga hari sebelum tu,aku menerima berita daripada yani,yang ibu muazah dimasukkan ke Icu..Ini ujian yang memberi cabaran kepada sahabatku yang masih lagi belasan tahun dan meruakan anak sulong perempuan dan mempunyai adik2 yang masih kecil..Semoga dia akan dapat menerima ujian ini dengan Redha..Aku berharap peranan aku sebagai seorang sahabat,dapat membantunya untuk mengahadapi ujian ini..Semoga Allah sentiasa bersamamu,Muazah..

Ramadhan di Udm

12:39 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
Pengalaman berbuka puasa buat kali pertama di Udm ni agak melucukan...Aku dan sahabat2 cuma berbuka makan ikan goreng je dengan nasi kosong.Rasanya itulah pengalaman berbuka puasa yang menyedihkan bagi aku.Ni semua gara-gara kami tutun lambat untuk beli lauk berbuka.Kami turun pukul 6.30.Bila sampai kat kafe,semua makanan dah habis,yang tinggal cuma ikan keli masak cili dengan ayam goreng.Kami beli ikan untuk berbuka dan ayam untuk bersahur.Time berbuka,sume muka nampak monyok je.Terkenang suasana berbuka kat rumah,dengan pelbagai juadah.Tambah plok dengan ikan keli yang teramat pedas(aku x suka pedas)..Bergelas2 air habis sebab nak hilangkan pedas.Lepas berbua,perut rasa panas semacam je.Ada jugaantara kami yang sakit perut sebab tak tahan makan pedas..Rezeki yang ada depan mata ni ,kami makan je lah.Ni je rezeki yang ada.Mungkin ada saudara seislam kita yang makan lag teruk dari kami.Mugkin juga ada yang berbuka cuma makan nasi dan garam.Tapi Alhamdullilah,kami masih dapat makn dengan baik walaupun tak sebaik di rumah.Lepas tu,kami berempat berjalan kaki ke masjid UDM yang jaraknya lebih 1 km(kalau tak silaplah)..Rasa macam nak tercabut je lutut ni..Mulanya,kami mahu terawih di surau tapi semua surau dah penuh..Setiap langkah menuju ke Masjid adalah pahala.Semakin jauh perjalanan,semakin bertambah pahala.Betul x???Lepas terawih,kami pergi kafe lagi,cari makanan sebab dah lapar sangat..Rasa macam nak menangis pun ada sebab perut yang lapar..Kami beliwafer dan roti..Lepas makan,barulah rasa lega.Alhamdulillah,di atas nikamat Allah.Kami dapat satu pengajaran hari ni,kalau nak beli lauk..kena turun awal!!!kalau tak habis..Tak pasal2 ada yang makan nasi dengan budu je..

Selasa, 18 Ogos 2009 5:13 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

RAMADHAN DATANG LAGI…

Tak lama lagi…Ramadhan akan datang lagi….cepatnya masa berlalu.bagaikan tak terasa..Bulan yang mulia ini akan kembali meneyerikan hidup kita..Dengan puasa,solat tarawih,taddabur al-Quran,dan iktikaf di masjid..Amal ibadah kita cuba dipertingkatkan semampu yang kita boleh di bulan mulia ini..Tanpa godaan syaitan,kita dapat membuat ibadah kita dengan lebih baik lagi..namun,mampukah kita melawan nafsu yang menjadi musuh terbesar ,yang sebenarnya berada dalam diri kita sendiri…???

Cabaran yang paling besar di bulan Ramadhan ini,adalah bagaimana untuk kita mengawal nafsu kita sendiri…Nafsu makan,minum,bergembira,menahan pandangan mata atau melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa kita..sebagai sebuah Negara yang majmuk,yang kini dilaungkan dengan suara satu malaysia,sebuah Negara yang majmuk.sudah pastinya Ramadahan akan turut diraikan oleh Non-Muslim..bazar ramadhan juga pasti juga dikunjungi oleh mereka.

Apa yang tak enak dipandang ialah segilintir wanita yang berpakaian seksi ketika di bazaar ramadhan.Bagaikan tidak menghormati kesucian bulan Ramadahan.Mempamerkan tubuh badan mereka tanpa segan silu..Yang menjadi mangsa ialah kaum adam yang tak mampu menjaga pandangan mata mereka.Puasa yang mulanya 10 pahala menjadi satu apabila mereka ke bazaar Ramadhan dan disajikan dengan juadah yang merupakan wanita berpakaian seksi.seksa batin mereka dibuatnya..Nauzubillah!!!

Semoga Ramadahan kali ini akan memperbaiki iman kita sebagai seorang muslim.Bulan yang penuh dengan kerahmatan ini.Dan tahun ini aku akan menyambut Ramadahan di bumi Udm.pastinya satu pengalaman yang sangat berbeza..Saya sangat terharu mendengar kisah ramadhan Dan Syawal yang dilalui oleh mahasiswa dari Sabah dan Sarawak yang tidak dapat pulang ke kampong halaman bagi menyambut Ramadhan dan Syawal..Di Udm inilah menjadi tempat mereka menyambut kedatangan bulan yang mulia..berbeza dengan aku,yang pulang ke rumah hampir setiap minggu.(ada yang melabelkan aku anak manja)..Belajar di bumi terengganu pun terasa susah,nak makan pun aku harus berjimat..Segan juga aku nak asyik minta duit belanja dengan mak ayah..Apatah lagi,kalau suatu hari nanti.aku kan pergi merantau jauh ke negeri orang untuk menuntut ilmu.Sudah pastinya apa yang dilaui oleh Mahasiswa sabah Sarawak akan turut aku rasai suatu hari nanti…

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAHAN AL-MUBARAK.SEMOGA AMAL IBADAT KITA AKAN DITERIMA OLEH ALLAH ……AMIN….

5:09 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

LETIHNYA……..

Letih sangat2 hari ni…dah selesema tambah plok demam ni…Sakit tekak pun tak hilang2 juga ni.Banyak betul dugaan hari ni.Tapi aku gagahkan juga diri aku untuk datang juga kelas hari ni…Tiba2 plok ada berita,kami ni kena tukar hostel baru hari nie…terpaksa aku ponteng kelas tafsir(walaupun memang dah niat nak ponteng)..Melilau aku n the geng mencari hostel2 kosong yang dekat dengan tempat kuliah..Lepas pusing2 habis semua hostel..kitaorang pun pilih lah blok M ni..jauh sikit je lah dari kuliah berbanding hostel lama kami…Nak daftar pun kelam kabut je….ramai sangat orang,,,ditambah plok budok2 hostel lain yang nak tukar bilik padahal bilik diorang dah cukup perfect..nasib baik ,hari ini aku g kuliah bawa kereta..Boleh guna kereta ni nak angkat barang2 yang teramat banyak tu..aku hairan betullah apa yg budok2 ni bawa banyak sangat..Sampai 3,4 beg sorang..tak tambah lagi dengan baldi n buku2 lagi…Aku Cuma bawa satu beg je…tu pun baju2 je…And barang2 lain yg wajib…(Umah dekat je,tak cukup barang,balik je lah)..Dari pukul 11 pagi sampai 5 petang..kerja aku Cuma angkut barang je…lepas sorang,sorang minta tolong angkat barang..aku Cuma tolong setakat aku mapu je…kesia juga tengok diorang jalan kaki angkat barang..Apa gunanya ada kereta,kalau tak mampu nak tolong orang kan!!!Aku rasa kalau aku kutip upah angkut brang ni RM5 sorang,bertambah duit poket aku RM100..Syoknya…tapi aku tak sanggup r wat macam tu..Tolong orang,kena ikhlas tau.hehehehehehehehe….Ada juga sorang dua yang bagi aku duit,aku terima je lah…Orang dah bagi,ambil je lah..Rezeki jangan ditolak…

Aku campak je beg aku kat dalam bilik tu…sekarang ni,malas lagi nak simpan..nak enjoy cuti mid-sem dulu..(tapi ada exam lepas mid-sem)..Cuti seminggu je…macam sehari je jawabnya..Tak cuti mane pun aku ni,ada je kerja nak buat..Aku terfikir,macam mana nak buat shortcut nak g tempat kuliah yang jauh bangat tu..Nak gali lubang bawah tanah ke???bawa basikal??motor or kereta???jawabnya,jalan kaki je lah..hahhahahahha..lepas ni kena bawa periuk nasi sebab nak jimat duit makan…rasa tak cukup kenyang,konsi nasi bungkus 1 dua orang…Badan aku pun dah makin kurus ni…Tak cukup tenaga aku kalau hari2 makan kongsi 2orang ni…Pastu kena berjalan lagi,turun naik tangga lagi…Jadi cicak kering juga aku nanti…

Sekarang ni cuti mid-sem selama seminggu…Aku nak qada makan nasi kat umah..lepas tu,aku kena study semua kitab2 bahasa arab yang memang aku tak pernah faham salam ni..dan cuti seminggu ni,aku kena fahamkan apa yang aku tak faham tu..kawan2 YM aku yang paling aku saying n sporting giler(his_krush_yam,gun_troop,ust_lysam,tt517,and so on)..kalau tak dapat contact tu,faham2 lah yang ana tengah sibuk sangat2…Nak update blog pun susah..nak Ym tu,jauh sekali lah..Ada pape 2,just send message tu my email,friendster or facebook..Dan buat semua mahasiswa dan mahasiswi..enjoy your holiday n don’t forget this!!!DON’T BRING VIRUS H1N1 WHeN YOU COME BACK TO UDM NEXT WEEK..(sorry,kalau silap tulis,bahasa inggeris cukup makan je,bahasa arab pun wat tahan lapar je…InsyaAllah akan improve jadi sampai kenyang)

ILMU IKHLAS

Ahad, 9 Ogos 2009 8:19 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas,”kata seorang guru kepada anak muridnya.
“nanti saya ambilkan buku dan pena u tuk menulis,”
“Tak payah,bawa sahaja karung guni,”
“Karung guni?”kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya.
“Mari kita ke pasar!”
Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.
“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu”kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal,anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
“Cukup?”
“Belum.Isi sampai penuh karung guni itu,”
Sampai di pasar,mereka berdua tidak membeli apa-apa.Belegar legar,melihat-lihat kemudian beredar ke luar.
“Tuan guru,kita tidak beli apa-apa?”
“tidak.Bukankah karung gunimu sudah penuh?”
“ya,ya…”kata si murid,agak kelelahan.
“banyak neli barang,”tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.
“wah,tentu mereka berdua ini orang kaya!banyak sungguh barang yang mereka beli,”kata seseorang.
“Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot,”kata yang lain pula
Sebaik kemabli ke tempat tinggal mereka,si murd meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
“Oh,sungguh letih..apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”
“tak buat apa-apa”
“Eh,kalau begitu letih sajalha saya”balas anak murid.
“letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”
“Ikhlas?”Tanya anak murid kehairanan.
“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”
“Dengan memikul batu-batu ini?”
“Ya,batu- batu itu umpama amalan yang riyak.Tidak ikhlas.Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli.tapi,kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keprluan,tetap hanya batu-batu.”
“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?
“Ya,hanya berat sahaja ditanggung.dipuji orang,tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah.yang kamu dapat,hanyalah penat.”
“ya,sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!”ujar si murid.

Pengajaran:ramai manusia yang tertipu dalam beramal keran mengharapkan pujian.Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia ,terseksa di akhirat.

MAJALAH SOLUSI

8:18 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
Aku yakin..mesti ramai di antara kita yang masih belum mengenali majalah SOLUSI yang yang diterbitkan oleh telaga Biru production..Ini adalah salah satu majalah yang membicarakan tentang panduan hidup bersyariat..Sekarang sudah pun 10 isu dikerluarkan.Dan aku baru menyedari kelahiran majalah ini pada isu ke 9..Apa yang best sangat dengan majalah ni???

100% kandunagn majalah ini membicangkan tentang islam.Tiada gambar2 artis yang terkenal seperti majalah lain.Kebiasaan majalah2 akan memaparkan artis sebagai muka depan majalah,Tetapi berbeza dengan majalah ini.Muka depan akan tertulis dan dihias dengan gambar dan perkataan yang mampu membuat kita insaf dan kembali merenung dan memuhasabah diri kita.Pada isu ke 10..Headline adalah “BERIBADAHLAH SEBANYAKNYA SEHINGGA KAMU PENAT UNTUK BERBUAT MAKSIAT”..Disebalik headline pun ada makana yang tersirat yang boleh kita ambil sebagai pedoman hidup.harganya mungkin agak mahal iaitu RM9 sebuah.Tapi aku merasakan harganya berpatutan dengan pengisian yang sangat 2 bermakna..Dan juga kualiti kertas yang sangat baik..Tak rugi kita beli buku untuk dijadikan panduan hidup kita.Daripada kita membeli majalah-majalah hiburan yang tiada manfaat sedikitpun..dan mungkin boleh membawa kepada dosa terutamanya majalah2 hiburan yang memaparkan wanita berpakaian seksi.nauzubillah…
Aku menyeru kepada semua ,supaya memabeli buku2 dan majalah 2 yang bermanfaat dan yang dapat memeberikan kita ilmu yang berguna.InsyaAllah,dengan itu kita akan dapat mebentuk diri kita menjadi muslim yang hebat..Insya Allah…Sama2 kita berubah kearah kebaikan..Amin..

DAPAT LAPTOP BARU…

8:16 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
Alhamdulillah,syukur pada yg maha Esa yg memberi nikmat yang tidak terhingga di atas muka bumi Allah yang luas ini.Hari ni satu lagi nikmat dunia yang Allah berikan padaku.Aku dapat mini laptop dari ayah aku.Kecik je,macam buku teks…tapi tak kisahlah kecik ke besar,asalkan dapat.Jadi,dapatlah aku buat assignment dengan lebih baik..Terima kasih ayah,you’re the best father in the world.I love you so much…Semoga nikamt dunia ini akan membawa kepeda nikmat di akhirat.

Sebenarnya,sebelum ni..memang ada niat di hati nak beli laptop baru sebab laptop lama dah rosak.tapi belum sempat aku beritahu pada ayah,ayah pun dah beli..Ayah aku ni memang seorang yang sangat memahami keperluan anak-anaknya,Aku merasakan aku adalah antara anak-anak bertuah yang mendapat kasih saying seorang bapa yang hebat seperti ayahku..yang sentiasa berjuang dan tak pernah mengerti erti penat dan lelah.Ayah,Insyaaalah..kak akan study rajin2….Dan kak akan pastikan kak akan jadi seorang anak yang hebat yang boleh ayah banggakan..

Dengan adanya laptop ni,Insya Allah..Aku akan sentiasa update blog ni dengan ilmu2 yang bermanfaat di dunia mahupun di akhirat.Terutamanya isu2 di UDM..banyak cerita menarik di sini.tentang kehidupan aku sebagai mahasiswi Kotemporari Islam…Sebenarnya banyak dugaan dan cabaran dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswi..tapi perjuangan akan tetap diharungi,setiap dugaan dan cabaran akan dapat aku harungi..InsyaAllah,,,Jihad fi sabilillah…

Related Posts with Thumbnails