rindunya blog ni

rasanya dah lama tk update blog ni..sekarang ni study week....banyak benda nak kena bace..ditambah dengan buku2 yg semua dalam bahasa arab...lagila brtmbah-tmbah kerut kat dahi memikirkan maksudnya...kawan2 aku yang lain sekarang ni tengah sawan citer korea "my girl"..padahal dah bnyak kali diorang tengok citer tu..yg manjadi mangsanya ialah babyku yg berwarna pink(lap top ku)..yg terpaksa bersekang mata melayan diorang yang tenok sawan tu...Sejak akhir2 ni aku selalu tidur lewat dan bangun lewat...kononbta ta ada kelas...Ditambah plok dengan gangguan perasaan disebabkan seorang manusia bernama lelaki..bertambah-tmbahlah kronik sakit aku ni..

Ad sape2 tak tahu apa ubatnya???hari ni nak mngarut je aku ni...nak lepaskan tension dalam kepala...bosan tahap gila dah duk kat udm ni..tak sabar rasanya nak cuti sem..taoi kena exam dulu..sabar je la...Doakan aku dan kawan2 dapat jawab exam dengan baik...aminn...............

Ketenangan hati

Rabu, 21 Oktober 2009 8:20 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
Saat ni aku rasa sangat terseksa dengan apa yang berlaku sekarang...saya tak tahu adakah aku sedang mnguji seseorang atau ada orang yang sedang mengujiku...Hati memang tak terasa tenag..Macam-macam perasaan yang hadir..Ada rasa bersalah,kecewa dan macam-macam..Semuanya serba tak kena..Dan disebabkan ini juga hati saya tak terasa tenang..Seakan-akan aku telah melakukan dosa yang sangat besar..Dan perasaan ini telah mengganggu kosentrasi alu untuk menuntut ilmu di bumi UDM ni..Ya,Allah kurniakanlah ketengan di hatiku ini..Kuatkanlah hatiku untuk menghadapi ujian yang telah kau berikan padaku pada saat..Sesungguhnya,hanya engkau yang tahu apa yang sedangku lalui...

AKHIRNYA..

Isnin, 19 Oktober 2009 10:51 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan



Setelah sehari suntuk saya menghadap laptop berwarna pink ini,akhirnya siap juga assignment tafsir al-quran..agak meletihkan dan saya menaip bagaikan kura-kura kerana tak biasa menaip tulisan arab..Tak seperti huruf rumi,sudah pasti jari ini pantas menari-nari di atas keyboard..

Ini mungkin assignment terakhir saya sebelum final exam menjelma tak lama lagi..Tinggal seminggu je lagi kuliah dan seminggu lagi study week..Sekarang ni saya sibuk menghafal hadis –hadis terakhir dalam kitab imam nawawi kerana minggu depan ada exam hadis..Cuma sebahagian sahaja yang saya ingat..Entahlah!!!macam tak ada semangat je nak menghafal tapi tetap kena kuatkan hati untuk menuntut ilmu..

Ditambah pula masalah dengan beberapa orang kawan yang membuatkanku tak senang duduk..Bila exam makin hampir,bertambah pula beban dari segi mental..Minggu terakhir kuliah,menjadi hari-hari semakin sibuk..hari isnin ada oral exam..Kemudian exam hadis..Malamnya pula diisi dengan kelas-kelas yang harus diganti..Ditambah pula dengan exam hiwar untuk subjek Mutalah wa Tadbir(tapi persiapan pun tak buat)..

Wajah sahabat-sahabat lain pun kelihatan agak tertekan.Mereka mudah marah walaupun benda yang remeh temeh..Mungkin tertekan dengan keadaan sekarang..Susah nak melihat mereka bergurau senda dan main2 macam dulu.Semua semakin memandang serius tentang study..Kalau dulu,muzik selalu berkumandang di dalam bilik,,tapi kini,bilik semakin sunyi dan masing-masing sibuk memahami kitab-kitab dalam bahasa arab yang tak difahami..Ada juga yang mulutnya terkumat-kamit menghafal hadis dan ayat2 al-quran…

Moga Allah beri kekuatan kepada kami untuk menghadapi peperiksaan akhir nanti..Dan semoga hati ini diberi ketenangan dan keikhlasan untuk menuntut ilmu..Amin..

BISIKAN HIDAYAH UNTUK SEORANG MODEL..

10:39 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan



Hidayah merupakan nikmat yang paling agung.Tidak semua orang mersakan nikmat hidayah yang mampu membuatkan insane yang menerimanya menitiskan air mata dan merasakan bahawa hidupnya kini telah lengkap.
Bukan sedih,bahkan sayu dan bersyukur ,satu perasaan yang sukar diungkapkan. Insan yang paling memahami hakikat ini ialah saudara baru,baru memeluk islam.Mereka menerima islam dengan hati lapang,bukan islam keran keturunan.
Sara bokker merupakan model,pelakon dan pelatih fitness.Hidupnya dilimpahi kemewahan dan glamour.Waktu itu,hidupnya tertumpu pada menjaga penampilan agar tampak menarik di mata khalayak ramai.Akibatnya,dia menjadi hamba kerana keingina untuk sentiasa kelihatan menarik hingga meragut kebahagiaan sendiri.
Akhirnya,Sara bokker berasa bahawa hidupnya hanyalah satu rutin yang membosankan dan tiada makna.Duani glamornya tidak menjanjikan ketenangan.Ada lompang dalam hatinya yang belum terisi.
Ekoran daripada itu,dia mengalihkan aktiviti seharian daripada berpesta dan minum minuman alcohol kepada aktiviti kemasyarakatan dan mempelajaro pelnagai agama.Pengembaraannya dalam mempelajari pelbagai agama memberi sedikit ketenangan buatnya,namun dia masih mencari satu agama yang konkrit ,tersusun dan indah.Bagaimana Sara kenal islam???
Ia bermula apabila ramai rakyat Amerika menganggap islam adalah agama pengganas terutamnya setelah pengeboman World Trade City(WTC).Di sebalik tanggapan negative yang bercambah tentang islam,Sara menemui hidayah daripada Allah s.w.t.
Ini bermula apabila Sara mempunyai keinginan yang kuat untuk mengetahui tentang islam yang membawanya menemui sebuah al-Quran.Sara kemudian berusaha memahami terjemahan Al-Quran.
“Isi kandunagn al-Quran sangat menyentuh hati dan jiwa saya yang paling dalam,tanpa perlu saya mentafsir dan bertanya orang yang mengetahui,”terang Sara.
Akhirnya dengan lafaz syahadah,Sara Bokker kini merupakan seorang muslimah yang amat komited.Sebaik memeluk Islam,Sara terus menukar penampilannya secara holistic.Semalambeliau melalui kawasan perumahannya dengan pakaian menjolok mata dan elegan,hari ini Sara melalui jalan yang sama dengan berbusana muslimah,Bukan itu sahaja,menurut Sara,dia merasakan dirinya benar-benar seorang wanita yang berbusana Muslimah dan dia juga bersa bebas kerana tidak perlu berbelanja besar untuk menghias diri.
Sebulan selepas memeluk Islam,sara mengahwini seorang lelaki soleh yang membimbingnya ke jalan lurus.Sara bukan sahaja berbusana lengkap sebagi muslimah,sebaliknya sara juga memakai niqab walaupn tahu pemakaian niqab bukan wajib.Sara telah menemui tujuan hidupnya.

Maha Suci Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa jua yang dikehendakiNya.

Dipetik dan diubah suai dari:http://www.albalagh.net/women/0097.shtml

TIBA-TIBA TERJAGA DARI TIDUR

10:28 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Saat sedang nyenyak dibuai mimipi di atas tilam yang begiru empuk,bilik yang dingi dan kelam tanpa cahaya.anfa terbangun tiba-yiba.Setelah mayta terbuka,persekitaran diamati. “Belum subuh lagi ni”,hati bermonolog sendirian.Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan kepastian. “Oh,baru pukul 3 pagi.”
Dalam situasi seperti di atas,apa yang akan anda lakukan ?Di sini anda mempunyai beberpa pilihan .Tanya iman anda dan buatlah pilihan yang bijak..

PILIHAN 1:
Kebanyakkan kita akan menarik selimut semuala dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung setengah jalan.Buka itu sahaja,hati turut mengomel, “Apasal lah aku bangun awal sangat,”Terzahir sebuah kekesalan.kesal bangun awal???Nauzubillah..

PILIHAN KE-2:
“Oh,baru pukul 3 pagi.Waktu macam ni doa makbul.Ya Allah,ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku.Jadikan aku hamba yang mempunyai semnagt juang yang tinggi,berjuang untuk kebahagiaan duani dan akhirat,”Kemudain sambung kembali ‘ibadah senyap’.

PILIHAN KE-3
Sebaik menyedari pukul 3 pagi(bukan baru pukul 3),segera bangun untuk solat tahajud .Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat,rukuklah saat hati kita masih tenang ,sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah.


Terjaga di awal pagi adalah rahmat yang merupakan kurniaan Allah.Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga,sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut.Mulalah dari langkah pertama ,berdoa sebaik sahaja terjaga.malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita pada malam-malam seterusnya.itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur,bukan mengomel penuh kekesalan.Tetapi alangkah baiknya jika tahajud dapat ditunaikan.

KAWAN VS CINTA

10:24 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Di suatu hari yg indah, CINTA & KAWAN b'siar2 d'sbuah kmpung. Tbe2 CINTA t'jtoh d'dlm telaga.

Kenapa? Kerana CINTA itu buta.
Lalu KAWAN pon ikut terjun k'dlm telaga.

Kenapa? Kerana...KAWAN akn buat apa sahaja demi CINTA!

D'dlm telaga CINTA hilang.

Kenapa? Kerana...CINTA itu halus, mudah hilang kalau tidak dijaga, sukar dicari apatah lagi dlm telaga yg gelap. Sdgkan KAWAN masih lg tercari2 dimana CINTA dan terus menunggu.

Kenapa? Kerana...KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yg setia. Jd hargailah KAWAN kita selagi kita terasa dia BEERTI..=)

by Akela Pascoela...(seorang yang sangat aktif dalam forum pelajar Udm)..lebih2 lagi dalam bab cinta...

cantik tak???

Sabtu, 17 Oktober 2009 10:02 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

SELAMAT PANJANG UMUR…

Rabu, 14 Oktober 2009 1:14 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Walaupun dah terlepas,tapi tetap juga nak ucapkan selamat hari lahir buat dua orang adikku yang tersayang…Athirah(1/10) yg ke 10 dan budok kecik yang paling comel,Fitri (11/10)..yg ke 4…Sorry sangat2 sebab kak lambat ucapkan birthday(sebenarnya lupa)..Hadiah pun kak tak beli…Tapi kak Hadiahkan doa semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki hingga ke akhir hayat..

Sejak bergelar mahasiswa,saya selalu lupa birthday adik2 saya,apatah lagi sahabat2 saya..Kalau orang yg saya tak kenal tu lagilah saya tak ingat..Entahlah kenapa???saya pun tak tahulah..Kalau zaman sekolah dulu,sayalah orang yang paling rajin hafal birthday kawan2…Siap buat kad2 cantik2 lagi…Bila kawan gantung birthday yang kita bagi tu dalam loker,rasa bangga sangat..

Tapi sekarang ni,bila orang ingatkan barulah nak ucap birthday..tu pun Cuma hantarkan sekeping mesej yang ditulis “HAPPY BIRTHDAY”…ish2,,apa nak jadi lah..Buat kawan2 ku yg telah terlepas birthday
nya dan tak pernah dapat ucapan dariku yg jauh ni… SELAMAT HARI LAHIR DAN SEMOGA PANJANG UMUR..InsyaAllah,masa akan datang saya takkan lupa birthday korang sume..

P/s:teringin susprise birthday party(Cuma angan2 semata-mata)

pesan tok

1:11 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan





ni adalah komik pertama dari i luv islam...saya cuma promote je sekaligus menumpang untuk mencantikkan blog yg serba kekurangan ni..

13 Aurat Wanita

Ahad, 11 Oktober 2009 1:56 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan


1. Bulu kening -
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening-Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng -
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian -
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada -
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi -
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher -
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan -
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan -
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata -
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) -
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan -
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian -
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut -
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Kanak kanak kupu kupu syurga

1:52 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 1 ulasan


Perhatikan keistimewaan yang bakal diperolehi apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga;

1. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuanya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis kerana takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api Neraka ke atas tubuhnya.

2. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

3. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

4. Barangsiapa keluar ke pekan Muslimin dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

5. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

6. Aqrak pernah terlihat Nabi s.a.w. mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata: "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium". Sabda Nabi s.a.w.; "Orang yang tidak menyayang tidak pula akan disayang". Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

7. Suruhlah anak-anakmu sembahyang ketika umurnya tujuh tahun dan pukullah dia kerena meninggalkan sembahyang apabila berumur sepuluh tahun, pisahkan anak-anak perempuan dalam tempat tidur mereka.

8. Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasullullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi". Sabda Nabi s.a.w.; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibu bapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak atas dirimu".

9. Setelah anak perempuan kamu berumur 16 tahun, maka kahwinkanlah dia.

4 lelaki yang ditarik ke neraka

1:14 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan




Seseorang wanita itu apabila di akhirat kelak akan menarik empat
golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah......... artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul.

Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat,mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak
perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi
untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram.. apabila suami mendiam
diri...... walaupun dia seorang alim etc, solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita
jatuh ke pula kepada abang-abangnya..... jikalau mereka hanya
mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak..

Keempat:- Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata &
sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak........nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di
dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat..... maka kaum
lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI! ANAK ADAM, PELIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA
DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU..."

Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta
anak-anak lelaki anda... kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri...... jalankan perintah ALLAH SWT bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas.. Akhir kalam,marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak?????????

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga, ALLAH SWT nilaikan
seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk
syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita
membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ……..

1:11 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Assalam Mu’alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam… bacalah aktkl ini dari sahabat yg menetap di US:
“Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana
beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Perubatan Melalui Al-Qur’an” .
Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!! Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam…….Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ’sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.”

Korea Video

12:54 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Mata Hati

12:31 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Peringatan buat diriku yang sering lupa........

Rabu, 7 Oktober 2009 9:46 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam???? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.Adakah kita yakin kita seorang Islam???

Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana
menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai perasaan...

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah...

Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???

Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan
Allah????

Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.

Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang

tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!!

Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat???? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar.

Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat? Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?

Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?

Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?

Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ... * kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?

Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat?

Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?

Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

Anak MuRid KesaYanGan

9:00 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Seorang guru sangat mengasihi seorang anak muridnya berbanding yang kain,sehingga murid-murid yang lain begitu cemburu.mereka yang cemburu itu menuduh guru itu pilih kasih.Ini menyebabkan guru itu mencari jalan bagaimana hendak menjelaskan kenapa dia bersikap demikian.

Satu hari guru itu memberikan seekor ayam kepada setiap anak muridnya.Dia menyuruh setiap orang menyembelih ayam itu di tempat yang dapat dilihat oleh sesiapa.tidak lama kemudia,semua anak murid pulang.masing-masing dengan ayam yang telah disembelih di tangan masing-masing.Ada yang menyembelih di hutan,di sebalik batu dan temapat-tempat yang tidak dapat dilihat orang.

Namun,anak murid yang dikasihi oleh guru tadi pulang agak lewat.dan di tangannya ayam itu masih hidup,yakni belum disembelih.
“Adakah kamu gagal menyembelih ayam ini?”Tanya guru.
“Saya tidak dapat menemui tempat yang tidak dapat dilihat sesiapa.”
“maksud kamu?”
“Di mana pun saya pergi,Allah sentiasa melihat”ujar anak merid kesayangn guru ini.

Mendengar jawapan dan melihat sikap itu,tahulah anak-anak murid yang lain mengapa guru mereka sayangkan kawan mereka itu.

Ku Cari BahaGia Yang AbaDi

8:59 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

HARI RAYA Dah BErlalU…

Selasa, 6 Oktober 2009 10:16 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan






HARI RAYA Dah BErlalU…

Walaupun bulan syawal dah nak habis tapi sempat juga aku buat benda ni untuk tontonan anda semua…Saje je wat mende ni untuk habiskan waktu2 di malam hari yang masih tersisa..

lapar

10:12 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan


Semangkuk maggi pun dah ku habiskan.secawan milo pun dah habis ku hisap.sebungkus roti pun dah habis ku mamah.Tapi perutku masih lagi lapar tahap maksimun..nak pergi kafe tapi aku malas..ditambah lagi malam yang ditemani hujan ni..malas lah aku nak berpayung meredah hutan air..Ditambah lagi keadaan kafe yang bertambah riuh dengan suara-suara yang menjerit-jerit bagaikan pontianak tatkala menonton perlawanan bola sepak..Aku rasa blok asrama aku ni dah cukup jauh dari kafe..tapi suara teriakan diorang tu sampai kat bilik aku ni bolah dengar..musim bola sepak dah bermula…Gol…gol..samapi mak cik yang duk dapur kafe pun menjerit gol..Semangat betul diorang tengok bola..Entah lah apa yg ada dengan sebiji bola sepak yang ditendang ke sana ke mari..cari lah kerja yg berfaedah sikit..

Dari kecik sampai besar,aku memang tak suka bola..bola sepak,bola jarring,bola baling hatta badminton sekali pun..tak pernah aku minat buat kerja-kerja macam ni..Aku lebih suka duk kat dapur,buka buku resepi,pastu try masak apa yg aku tak pernah masak…walaupun aapa yg aku masak tu tak pernah nak serupa macam dalam buku resepi tu..Dah pernah beberpa masakan yang aku buat menjadi hidangan istimewa kambing2 di dalam kanadang ayah aku tu..beruntung kambing tu dapat makan masakan aku tau..bukan semua makhluk kat bumi ni dapat rasa air tangan aku ni..

Buat warga UDM yang tengah syok tengok bola tu.Kesianlah kat hamba Allah ni yang terpaksa makan magi je disebabkan korang dah memenuhkan kafe yg selama ni tak pernah penuh pun..Tengok bola tengoklah jugak..tapi jangan sampai lupa buku.Final exam dah dekat ni..jangan tido bola,makan bola samapi study pun bola..

P/S:rasa nak belasah semangkuk maggi lagi je…lapar!!!

Related Posts with Thumbnails