SEMAKIN TUA...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Salam Aidiladha buat pengunjung blog ni...Moga sentiasa berada di dalam rahmat Allah..Dan Di hari AidilAdha ini juga aku menyambut ulang tahun kelahiranku yang ke-18..Aku sudah semakin mmeningkat usia(makin tua)..Tahun ni birthday dan sambutan AidilAdha aku cuma sederhana je..Mak dan Ayah masih lagi di Baitullah..Aku menerima beberapa sms dari sahabat-sahabatku yang mengucapkan "Happy birthday"..Juga mesej dari parent di BAitullah yang mendoakan aku moga panjang umur..

Di awal pagi,aku tak masak apa2 pun untuk sambut Aidiladha..Ramai saudara2 yang datang bawa makana dan lauk pauk..Macam2 hidangan atas meja makan umah aku..Pelbagai jenis nasi ada..Tu lah hidangan yang kami makan sampai malam..Tahun ni first time aku tak beli birthday cake..Terasa malas nak keluar rumah..Ditambah lagi hari raya..mana ada kedai kek yang buka..Jadi...Aku buat sendiri kek coklat yang tak seberapa..SEdap juga..


P/s:letih mejaga 8 orang adik yg nakal..

IMAN,KAMU CUTI HARI INI???



Iman:Assalamualaikum..

Diri:Waalaikumussalam.Oh En. Iman!saya rasa dah dua tiga hari kamu tak datang ke pejabat,kamu cuti ke??

Iman:apa pula saya cuti bos.saya kan diberikan cuti..

Diri:oh ye,lupa.Itu la,saya ingat urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En. Nafsu berkerja.tapi jadi kelam kabut lak.lepas terdengar ustazNafsu berkerja.tapi jadi kelam kabut lak.lepas terdengar ustaz berceramah hari tu,saya teringatkan kamu.

Iman:Jadi ssya boleh kembali kerja la bos.?saya boleh ambil nalik jawatan saya dari En. Nafsu?

Diri:eh,tak boleh.saya sayang nak pecat En. Nafsu.Walaupun saya terpaksa membayar gaji yang tinggi..tapi dia berjaya menghiburkan saya.

Iman:Kalau macam tu,lebih baik saya berundur.

Diri:Eh jangan.Tolonglah saya!saya tak boleh kehilangan kamu berdua.

Iman:Tapi bos,kami tak mungkin bersama dalam satu syarikat.Perbezaan antara kami sangat besar.En. Nafsu saya tengok sangat anti dengan saya.

Diri:saya rasaserba salah pula.

Iman:Bos boleh pilih satu je.Bos perlu mujahadah untuk pecat En.Nafsu,bos.

Diri:saya tahu.jauh dalam hati saya memang perlukan kamu,En.Iman.Iri hati saya tengok syarikat ustaz sebelah.mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu.Baiklah,saya kena pecat juga En. Nafsu.tak kiralah apa yang berlaku.En.Iman,saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat,puasa ,zikir,al-Quran dan apa-apa yang patut.

Iman:Alhamdulillah,nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak.kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ni,saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO(Allah) sebagai Muttaqin..

Kitalah bos kepada diri sendiri.kita yang menguruskan semua tentang diri,makan minum,pakain,pelajaran dan perkerjaan,Tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita menguruskan iman kita.Buatlah keputusan terbaik pilihlah agenda dan aktiviti yang boleh menyuburkan iman,jangan ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lamabi palit dosa masuk ke dalam diri.

CONTACT

4:42 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan



ORANG SEKARANG TAK BOLEH HIDUP TANPA HENPON.KALAU TERTINGGAL HENPON SANGGUP PATAH BALIK AMBIL.MASALAHNYA KALAU TAK SOLAT TAK PULAK GABRA.KORANG TAKDE NAK CONTACT DIA,HELLOOOO!!!HELL-OOO!!!GO-TO-HELL..


BATERI LOW
Mungkin masalah kita bateri low gamaknya.Berapa kali korang cas diri korang?Berapa kali korang pergi jemaah kat masjid atau surau,dengar ceramah.Seminggu sekali pergi Jumaat bukan nak dengar khutbah.Tengok muka pun takde bateri,lentok semcam je..

NO COVERAGE
Mana tempat dia tak cover??Kalah makhluk buncit warna kuning tu.Patutnya tak kira kat mana,kat atas bulan sekalipun.Dia gerenti ada service punya.Korang aje tak ingat kat Dia walhal dia tak pernah lupa korang.Korang yang jual mahal.Hot spot pun bersepah-sepah,masjid atau surau tiap tempat perumahan ada,korang aje tak singgah.Sombong betul!!!!

MISSED CALL
Korang kalau ada miss call gerenti korang call balik.korang risau kalau tak call balik kot-kot ada hal penting.Tapi kenapa Dia call korang buat derk aje.Lima kali sehari pak bilal melaungkan ‘ringtone’ azan sehari.Usahkan nak jawab,kalu boleh taruk ‘silent’ korang dah buat dah.

LINE TAK CLEAR
Korang perasan tak dalam solat korang bercakap dengan siapa??Kalau borak dalam henpon sorang-sorang orang tak kata apa sebab tau kat belah satu lagi ada yang jawab.ni kita yang cakap sorang-sorang .pastu tak berapa paham apa yang dicakap,maklum le bahasa arab.Dia tengok pun pelik gamaknya.

SIM CARD PROBLEM
Kita pun ada sim card brader,hati kiat le.Contact number Dia kita save dalam sim card tapi tak reti-reti nak call.kalu call pun tak dapat,nak buat cemana sim card dah berkarat,berdaki,penuh dengan contact number dunia,setan,nafsu dan tahpehapentah.tak nak upgrade ,tak nak repair.Sudahnya kita lost contact,sesat sepanjang hayat.kalu henpon hukumny cam[pak kat lombong,kalau kita??Campak kat neraka lah jawabnya…

p/s:jadi muhasabahlah diri kita ni,pernah tak contact Dia sekerap kita contact awek or balak kita…SEbagai Hamba Allah,tunjukkanlah ketaatan kita kepadaNya..
(Dipetik dari mjalah Ujang Edisi 368….)

Kisah Keajaiban Dunia | Musnahnya Kota Pompeii



Pompeii adalah sebuah kota zaman Romawi kuno yang telah roboh dan musnah berdekatan dengan kota Napoli dan sekarang berada di wilayah Campania, Itali. Pompeii hancur oleh letusan gunung berapi Vesuvius pada 79 M. Debu letusan gunung Vesuvius menimbusi kota Pompeii dengan segala isinya sedalam beberapa kaki menyebabkan kota ini hilang selama 1600 tahun sebelum ditemukan kembali dengan tidak sengaja. Semenjak itu penggalian kembali kota ini memberikan pemandangan yang luar biasa terinci mengenai kehidupan sebuah kota di puncak kejayaan kerajaan Romawi. Pasa masa ini kota Pompeii merupakan salah satu dari tapak Warisan Dunia UNESCO.



Lokasi
Pompeii terletak bersebelahan tenggara kota Napoli, berdekatan dengan kota moden Pompeii ketika ini. Kota ini berada di lokasi yang terbentuk dari aliran lava ke arah utara di hilir Sungai Sarno (dulunya dikenali sebagai "Sarnus"). Ketika ini kawasan ini agak jauh letaknya di daratan, namun dahulunya merupakan daerah yang berdekatan dengan pantai.

Pada abad pertama Masehi, Pompeii hanyalah salah satu dari kebanyakan kota-kota yang bertempat di sekitar kaki Gunung Vesuvius. Wilayah ini cukup besar jumlah penduduknya yang menjadi makmur kerana daerah pertaniannya subur. Beberapa kelompok kota kecil di sekitar Pompeii seperti Herculaneum juga menderita kerosakan atau kehancuran oleh tragedi letusan Vesuvius.
(ilustrasi komputer tentang kehancuran pompeii)

Vesuvius menguburi kota Pompeii
Para penduduk Pompeii, seperti mereka yang hidup di daerah itu sekarang, telah lama terbiasa dengan gegaran kecil, namun pada 5 Februari 62 terjadi gempa bumi yang hebat yang menimbulkan kerosakan yang cukup besar di sekitar teluk itu dan khususnya terhadap Pompeii. Sebagian dari kerosakan itu masih belum diperbaiki ketika gunung berapi itu meletus. Namun, ini mungkin merupakan sebuah gempa tektonik daripada gempa yang disebabkan oleh meningkatnya magma yang terdapat di dalam gunung berapi.



Sebuah gempa lainnya, yang lebih ringan, terjadi pada 64, peristiwa ini dicatat oleh Suetonius dalam biografinya tentang Nero, dalam De Vita Caesarum, dan oleh Tacitus dalam Buku XV dari Annales kerana hal ini terjadi ketika Nero berada di Napoli dan muncul dalam sebuah pertunjukan untuk pertama kalinya di sebuah panggung umum. Suetonius mencatatkan bahawa maharaja ketika itu tidak mempedulikan gempa itu dan terus bernyanyi hingga selesai lagunya, sementara Tacitus mencatat bahawa teater itu runtuh setelah orang-orang di dalamnya terperangkap.

Penulis Plinius Muda menulis bahawa gegaran bumi ketika itu "tidaklah begitu menakutkan kerana sering terjadi di Campania".
Nuffnang Ads




Pada awal Ogos tahun 79, mata air dan ladang-ladang mengering. Getaran-getaran gempa ringan mulai terjadi pada 20 Agustus 79, dan menjadi semakin sering pada empat hari berikutnya, namun peringatan-peringatan itu tidak disedari mereka ketika itu, dan pada suatu petang, 24 Ogos, sebuah letusan gunung berapi yang mematikan terjadi. Ledakan itu merosakkan wilayah tersebut, menguburi Pompeii dan daerah-daerah sekitarnya. Kebetulan ketika itu adalah hari Vulcanalia, perayaan dewa api Romawi.





Lenyap selama 16 abad
Lapisan debu tebal menutupi dua buah kota yang lokasinya dekat dengan kaki gunung Vesuvius, sehingga kedua kota ini menjadi hilang dan dilupakan. Kemudian kota Herculaneum ditemukan kembali pada 1738, dan Pompeii pada 1748. Kedua kota ini digali kembali dari lapisan debu tebal dengan membongkar semua bangunan-bangunan dan lukisan dinding yang masih utuh. Sebenarnya, kota ini telah ditemukan kembali pada 1599 oleh seorang arkitek bernama Fontana yang menggali sebuah jalan baru untuk sungai Sarno, namun memerlukan lebih dari 150 tahun kemudian barulah satu usaha serius dilakukan untuk mengeluarkan kota ini dari timbunan tanah.

Raja Charles VII dari dua Sisilia sangat tertarik dengan penemuan-penemuan ini bahkan selepas dia diangkat menjadi raja Sepanyol. Giuseppe Fiorelli mengambil tanggung jawab penyelidikan pada 1860. Hingga saat itu Pompeii dan Herculaneum dianggap telah hilang selamanya. Kemudian, Giuseppe Fiorelli adalah orang yang menyarankan penggunaan teknik 'suntikan plaster' kedalam ruangan kosong didalam tubuh korban Vesuvius yang sudah hancur untuk membentuk kembali permukaan tubuh mereka secara sempurna.

Ada teori tanpa bukti yang menyatakan bahawa Fontana menemukan beberapa korban dalam keadaaan 'berasmara' ketika penggalian yang dilakukannya, namun kerana nilai-nilai kesopanan yang amat kuat saat itu ia menguburkan mayat-mayat itu kembali. Hal ini diperkuat oleh laporan-laporan penggalian oleh pasukan lain yang menyatakan bahawa daerah pengalian tersebut menunjukkan suasana telah pernah digali dan dikuburkan kembali.


Forum (bangunan untuk keperluan sosial), bilik mandi, beberapa rumah/gedung dan sejumlah villa telah dapat diselamatkan dengan baik. Sebuah hotel (dengan luas 1000 meter persegi) ditemukan berdekatan dengan lokasi kota. Hotel ini lalu dinamakan "Grand Hotel Murecine".

Fakta menyatakan bahawa Pompeii merupakan satu-satunya tapak kota kuno di mana keseluruhan struktur topografinya dapat diketahui dengan pasti tanpa memerlukan pengubahsuaian atau penambahan. Kota ini tidak pecahkan sesuai dengan pola-pola kota Romawi pada umumnya kerana permukaan tanah yang tidak datar (kota ini berada di kaki gunung). Namun jalan-jalan di kota ini dibuat lurus dan berpola pada tradisi murni Romawi kuno, permukaan jalan terdiri dari batu-batu poligon dan memiliki bangunan-bangunan rumah dan kedai-kedai di kedua sisi jalan, mengikuti decumanus dan cardusnya di ruang tengah forum. Decumanus adalah jalan-jalan yang merentang dari timur ke barat, sementara cardus merentang dari utara ke selatan.




Mengulang Sejarah Kaum Sodom dan Gomorah (Kaum Nabi Luth)?
Kemusnahan Pompeii dari muka bumi oleh bencana yang demikian dasyat ini tentunya bukan tanpa maksud. Catatan sejarah menunjukkan bahawa kota tersebut ternyata merupakan pusat kemaksiatan dan kemungkaran. Kota tersebut dipenuhi oleh peningkatan jumlah lokasi perzinaan. Tidak terhitung banyakknya jumlah rumah-rumah pelacuran tidak diketahui pada ketika itu. Organ-organ kemaluan lelaki dengan ukurannya yang asal digantung di pintu tempat-tempat pelacuran tersebut. Menurut tradisi ini, yang berpunca pada kepercayaan Mithraic, organ-organ seksual dan hubungan seksual sepatutnya tidaklah tabu dan dilakukan di tempat tersembunyi, akan tetapi hendaknya dilakukan secara terbuka.

Lava gunung Vesuvius menghapuskan keseluruhan kota tersebut dari peta bumi dalam waktu sekelip mata. Yang paling menarik dari peristiwa ini adalah tak seorang pun mampu melarikan diri dari keganasan letusan Vesuvius. Hampir boleh dipastikan bahwa para penduduk yang ada di kota tersebut tidak mengetahui terjadinya bencana tersebut, wajah mereka terlihat berseri-seri. Jasad dari satu keluarga yang sedang asyik menikmati makanan terawetkan pada ketika tersebut. Banyak sekali pasangan-pasangan yang tubuhnya terawet berada pada posisi sedang melakukan persetubuhan.

Yang paling mengejutkan adalah terdapat sejumlah pasangan yang sama jantina, dengan kata lain mereka melakukan hubungan seks sesama jenis (homoseks). Ada pula pasangan-pasangan lelaki dan wanita yang masih suci. Hasil penggalian fosil juga menemukan sejumlah mayat yang terawetkan dengan raut muka yang masih utuh. Secara umum, raut-raut muka mereka menunjukkan ekspresi keterkejutan, seolah bencana yang terjadi datang secara tiba-tiba dalam sekelip mata tanpa mereka duga.





Aspek ini menunjukkan bahawa penghancuran Pompeii mirip dengan peristiwa-peristiwa azab yang dikisahkan dalam Alqur'an mahupun bible tentang penghancuran peradaban kaum Nabi Luth iaitu Kaum Sodom dan Gomorah.

Masyarakat Sadum atau Sodom adalah masyarakat yang rendah martabat moralnya, rosak akalnya, tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Kemaksiatan dan kemungkaran merajalela dalam pergaulan hidup mereka. Pencurian dan perampasan harta milik orang lain merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat berkuasa, sedang yang lemah menjadi korban penindasan dan perlakuan sewenang-wenang. Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas dan budaya hidup mereka adalah perbuatan homoseks di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya.



Seorang pendatang yang masuk ke Sodom tidak akan selamat dari gangguan mereka. Jika ia membawa barang-barang yang berharga, barangnya akan dirampas. Bila ia melawan atau menolak menyerahkannya maka nyawanya tidak akan selamat. Akan tetapi jika pendatang itu seorang lelaki yang bermuka tampan dan berparas elok, maka ia akan menjadi rebutan mereka dan akan menjadi korban perbuatan keji lelaki ketika itu. Sebaliknya bila si pendatang itu seorang perempuan muda maka dia menjadi mangsa bagi pihak wanitanya pula.

Para utusan (malaikat) berkata: "Hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorangpun di antara kamu yang tertinggal, kecuali isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka karena sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?". Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, Yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim. ( 11:81-83 )


Nota : Kisah Nabi Luth dalam Al-Quran terdapat pada 85 ayat dalam 12 surah diantaranya: Surat Al Anbiyaa' ayat 74 dan 75, Surat Asy Syu'araa' ayat 160 - 175, Surat Hud ayat 77 -83, Surat Al Qamar ayat 33 - 39 dan Surat At Tahrim ayat 10.

Pantang Bagi Wanita Sekiranya Lelaki Berbuat Begini

1:13 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.


Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, 'buka pintu', 'buat kopi','angkat kasut' dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti 'boleh tolong buatkan kopi' dan 'tolong buka pintu tu'.


Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanitayang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata 'gurau pun tak boleh.'


Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.


Cakap besar
Sikap lelaki yang suka 'syok sendiri' membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.


Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.


Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.


Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.


Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.


Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang 'buat dek' terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.


Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. Semoga berjaya!

SELMAT HARI RAYA AIDILADHA

1:03 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


tak lama lagi kita akan sambuat raya haji..Alhamdullilah..tahun ni parent aku sambut haji kat BAitullah..Aku kat sini dengan adik2 aku beraya sama-sama kita je lah..Raya haji bukan koraban lembu je tau..Tapi korvankan segala peranagi2 yang tak sepatutnya ada dalam diri kita ni dan cubalah jadi yang lebih baik..Moga2 Allah memberi hidayah kepada kita semua...amin2..

GooD LucK

12:39 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


selamat menempuh peperiksaan buat semua kawan2 aku yang sedang menghadapi SPm dan juga STPM...Buat kawanku tersayang spmNaqi,Syafeez,Idah.....n the others)ang STPm(K.kamilah,k.bila, dan senior2 ni SMKA sheikh Abdul malek..do the best in the exam.jangan nakal-nakal...jangan lupa banyakkan doa dan solat hajat..Chayok2

tahniah

12:33 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



tahnia buat adikku yang baru je dapat result UPSR tadi...4A1B..Alhamdulillah...walaupun tak dapat 5A..tapi tu pun dah cukup bagus....sebijak kakanya juga...HUHUHU..sekarang ni aku yang pening kepala nak isi borang mane nak hantr gi sekolah menengah...harap2 boleh hantar adik aku ni sekolah agama...biar terjamin sikit...Kalau duk sekolah biasa,tak tahulah apa nak jadi...

Dah Lama Sangat...

Akhirnya tercapai juga hasrat aku nak g cyber cafe semata-mata nak update blog ni...Dah lama sangat dah rasanya aku tak update blog ni..Maklumlah busy sangat dengan exam samapi tak de peluang untuk aku menjejakkan kaki di makmal komputer kat UDm tu...walaupun hati ni rasa teringain sangat..dah lal\ma juga kau tak chatting dengan sahabat2 di alam maya ni dan juga kawan2 yang jauh di bumi asing..Alhamdulillah,exam pun dah habis dan sekarang ni tengah cuti semester..

Exam?????bleh lah jawab tapi tak yakin sangat boleh lulus..terutamanya subjek hadis dan tafsir..maklumlah aku ni bukan yang pandai sanagt nak menghafal....Ko je..masa exam hadis dan Mutalaah wa tadbir pun aku keluar awal setenah jam sebelum exam habis...Disebabkan dah tak tahu nak jawab apa dan ditambah lagi denfan demam dan batuk yang melanda diri ak ni..sabar je lah..

Cuti sem ni nak wat pe????ingat nak gi pusing2 satu malaysia tapi aku kena jadi babysister+tukang masak+driver+tukang cuci rumah....Disebabkan mak dan ayah aku tak ada kat rumah dan sedang meunaikan haji di makkah...Alhamdulillah...dapat juga parent aku menyempurnakan rukun islam tu..Amin..hari2 mak call dan ada dmak tanye kitab2 yang aku nak..sebab kat sana murah...Tak tahulah kitab apa aku guna masa study sem depan...rasa nak mak beli Kitab Tafsir Riyadus Solihin...dapat juga ilmu dari buku tu...kita belajar bukan semat-mata sebab exam tapi sebagai pedoman dalam hidup kita..

P/s:sape nak tlg jadi babysister..contact me..Gaji roti sardian sekeping..ahahahaha

NASIHAT SAIDINA ALI

Rabu, 4 November 2009 8:59 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebiih baik daripada tenaga seorang muda.

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.

4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah s.w.t.

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.

12. Mengajar adalah belajar.

13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.

14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu’ dan lemah.

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.

19. Manusia sebenarnyasedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.

21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.

22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.

23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.

24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya.

25. Barangsiapa yang mencari qpq yqng tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.

29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.

32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.

33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerapa perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

Related Posts with Thumbnails