Memo untuk Si belangkas

Selasa, 6 April 2010 3:37 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi mud hari ini,pelbagai maksiat menular di sana-sini.gadis hilang harga diri.Pemuda merantah dara sesuka hati.Anak pungut merata-riti.Ah ,sekotor inikah cinta anak muda?Tidak!CInta itu tidak kotor bahakan suci sekudus embun pagi.Tangan manusialah yang mengotorinya.

Aduhai Pemuda-Pemudi yang sedang hangat bercinta!


Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan si dia?kenapa tidak nikah saja?boleh khalwat lama-lama.
Ingat nikah itu senang?mungkin itu persoalannya.Mungkin ini yang membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta.Sama ada jawapannya senang atau susah,setiap pasangan yang jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini.Niat yang bersioh berperanan mengawal diri agar terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menhampirinya.Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuan asing hanya boleh dinikati selepas berumah tangga.Ingat tu!

kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi,dalam urusan jodoh,apa pun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah san musyawarah(berbincang).Andai di sana nampak keserasian,usah terlalu fikirkan masalah,berfikirlah dengan optimis.

Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah(bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang dibina.Awas!hindari segala perkara yang mengahmpiri zina lagi tidak diredhai-Nya.

Khusus Buat Pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta.

penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang bebas dalam lautan cinta.Teristimewa buat mereka yang tidak meletakkan nikah sebagai prioriti sekarang,Demi untuk meneruskan belajar atau berkerja atau mengejar cita-cita.

Seringkali ditanya pada pemuda tentang mengapa mereka tidak segera menikah,mereka amat risaukan tidak mempunyai pekerjaan.Sedangkan ada hadis yang mana Nabi berpesan agar menyegerakan nikah bagi yang sudah bertemu calonnya.Pemudaselalunya bimbang jika tidak mampu memberi nafkah kepada bakal bidadari dan seluruh isi rumahnya nanti.Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka.Betulkah ya syabab(pemuda)?

kerisauan itu lumarah..Ia lahir dari kesedaran bahwa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggungjawab.Sesetengah orang membuat perhintungan hidup secara matematik,contohnya jika seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000.Hidup sendiri pun sukar dibiaya atah lagi hidup orang lain.

Faktor ini menggambarkan pemuda takut berkahwin.Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme.Apatah lagi masyarakat selalu meletakkan materialisme dalam menjalani hidup.Al-Quran mengecam keyakinan materiaisme seperti ini dan menyuruh kita berfikiran optimis.Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yang berkahwin:

"dan nikahlah orang yang sendirian di antara kamu,dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan.Jika mereka miskin,Allah akan memampukan mereka dengan Kurnia-Nya dan Allah maha luas pemberian-Nya lagi maha mengetahui." (An-nur:32)

nah,itu jaminan Allah.Jaminan siapa yang patut kita lebih percayai.?

Umar al-khattab ,sahabat agung,pernah berkata sebagaimana dikutip dari al-Qurtubi: "Saya sangat takjub dan hairan kepada orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin,dan tidak mahu mencari kekayaan melalui prkahwinan ,padahal Allah telah menjaminnya."

Nabi Muhammad s.a.w. juga memberi gambaran yang praktikal.Dalam sebuah riwayat dari Abu Huraitah r.a.: "makanan dua orang dapat mencukupkan tiga orang,dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tidak hairanlah Ibn Mas'ud pernah berkata, "carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan," kemudian beliau membaca firman Allah dalam surah An-nur ,ayat 32.Apalagi,sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran .

Buat Kaum Hawa,

Yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walau apapun keadaannya pada masa ini,asalkan baik agamanya.Sama ada dia masih belajar atau masih lagi bertukar-tukar keja,percayalah padanya.

Buat Syabab,

Rezeki Allah amat luas,jangan dirisaukan sangat.Walaupu sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di isis masyarakat contohnya berkerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w.Beliau bersabda; "pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik."(Riwayat Ahmad,baihaqi dan lain2)

Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua,berbincanglah dengan penuh hikmah .hati mereka milik Allah,dipegang Allah Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata.Ianya menuntut doa,kesungguhan dan keberanian .Orang tua kan cair jua dengan kebaikan untuk seorang anak.Percayalah!

Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka terlaksanalah khitbah(pertunangan).Selama tempoh berkhitbah ,berkongsilah apa yang yang dirasakan mustahak.pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yang menghampiri.Laksanakanlah ikatan dengan mana yang paling memudahkan lelaki.Aisyah r.a. menjelaskan , "Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah yang memudahkan peminangan dan maharnya." (Riwayat Ahmad)
Oh!Kaum Hawa!
Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat?Oh ,mudah kahwin rupanya jika ikut agama!Apa tunggu lagi wahai yang berpunya?Pilihlah untuk berkahwin.Takutlah kepada Allah melebihi takutmu pada persoalan di benakmu.Yakinlah pada Allah.Berdoalah pada-Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.

"Wahai para pemuda,siapa yang mampu.Berkahwinlah !sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan.Siapa yang tidak mampu maka berpuasalah."(Riwayat Bukhari)

P/s:catatan Fatimah Syarha Noordin(Majalah Solusi Isu Perdana)...

Terlalu Lama..

Isnin, 5 April 2010 1:30 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Assalamualaikum...

Kaifahalukum...??Dah terlalu lama rasenyer tak di update blog ni..Kesibukan dunia yang menghantui diri ini menghalang diri untuk terus menyalurkan tenaga untuk update blog ni..Ditambah lagi dengan kehadiran blog baru(privacy blog)..yang menyebabkan blog ni diabaikan..Moga pengunjung blog ni memaafkan diri ini..Posting dalam blog ni pun kebanyakkannya cuma di copy paste kan kerana kekurangan masa untuk menulis artikel sendiri..Final Exam pun semakin dekat dan membuatkan diri ini hanya berdamping dengan buku2 yang mesti dihafal..ditambah lagi jawtan sebagai Exco SRMUDM yang semakin bertambah meeting sejak akhir2 ini untuk menjalankan program sepanjang cuti sem yang akan datang..Sungguh diri ini tak larat untuk menjalankan semua tanggungjawab ini namun Alhamdulillah,Allah masih memberi kekuatan pada diri ini untuk melalui semuanya dengan baik.Semoga setiap insan yang membaca blog ini diberi kekuatan dan ketabahan untuk melalui setiap dugaan dan cabarandi Bumi Allah..Amin!!!

Wassalam.......

Related Posts with Thumbnails