Istiqamah Vs Karamah

Selasa, 14 Jun 2011 10:51 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
Seorang ulama telah mengajar di sebuah madrasah selama 40 tahun dengan tekun.Dia tidak pernah ponteng walaupun sekali melainkan apabila ada uzur syarie.Namun ,ketekunan ulama tua itu tidak dihargai sebahagiab besar anak muda yang menuntut imu dengannya.

"Sepanjang kita belajar dengannya,sedikit pun tidak terserlah keluarbiasaannya"kata salah seorang anak muridnya.

"berbanding dengan guru-guru lain di tempat kita,guru kita tidak mempunyai apa-apa keistimewaan .semua yang ada padanya biasa-biasa sahaja"tambah yang lain.

"Betul.Aku dengar guru di kampung sebelah pernah mengeluarkan cahaya dari celah-celah jarinya.malang betul nasib kita"

Akhirnya,sungutan2 itu kedengaran sampai jua ke telinga ulama tua itu.Lalu beliau bertekad untuk memberi pengajaran yang berguna kepada anak-anak muridnya.Ketika mengajar pada suatu hari,beliau dengan sengaja telah melepaskan kapur menulis di atas papan hitam.Namun,anehnya kapur itu tidak jatuh..sebaliknya terus bergerak dan menulis di atas papan hitam dan menulis perkataan yang ingin ditulis oleh ulama itu.

Melihat kejadian aneh itu semua anak muridnya berdiri dan melopong kekaguman.Tidak sangka bahawa guru yang mereka anggap lekeh selama ini rupanya turut memiliki karamah. Melihat kekaguman anak-anak muridnya,guru tua itu menepuk papan hitam dengan kuat lantas berkata:
"Aku hairan melihat sikap kamu semua.Melihat kapur ini menulis hanya beberapa ketika telah membuat kamu kagum.Bagaimana dengan aku yang telah menulis selama 40 tahun di papan hitam itu??"

Pengajaran:Istiqamah itu hakikatnya lebih hebat daripada karamah.Allah cintakan amalan istiqamah sekalipun sedikit.Oarang yang istiqamah lebih terjamin imannya daripada orang yang memproleh karamah.Sejarah mencatatkan betapa ramai orang yang pernah diberi karamah tersesat kerana iman yang tidak istiqamah.





Aidiladha di Kemboja

10:37 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan



InsyaAllah..pada 4 november ini saya akan bertolak ke Kemboja untuk Program Kebajikan Masyarakat di sana..pertama kali menyambut Aidiladha di negara orang dan pertama kali merantau ke negara orang..Semoga perjalanan ini akan diberkati Illahi.

Related Posts with Thumbnails