Memo untuk Si belangkas

Selasa, 6 April 2010 3:37 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi mud hari ini,pelbagai maksiat menular di sana-sini.gadis hilang harga diri.Pemuda merantah dara sesuka hati.Anak pungut merata-riti.Ah ,sekotor inikah cinta anak muda?Tidak!CInta itu tidak kotor bahakan suci sekudus embun pagi.Tangan manusialah yang mengotorinya.

Aduhai Pemuda-Pemudi yang sedang hangat bercinta!


Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan si dia?kenapa tidak nikah saja?boleh khalwat lama-lama.
Ingat nikah itu senang?mungkin itu persoalannya.Mungkin ini yang membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta.Sama ada jawapannya senang atau susah,setiap pasangan yang jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini.Niat yang bersioh berperanan mengawal diri agar terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menhampirinya.Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuan asing hanya boleh dinikati selepas berumah tangga.Ingat tu!

kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi,dalam urusan jodoh,apa pun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah san musyawarah(berbincang).Andai di sana nampak keserasian,usah terlalu fikirkan masalah,berfikirlah dengan optimis.

Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah(bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang dibina.Awas!hindari segala perkara yang mengahmpiri zina lagi tidak diredhai-Nya.

Khusus Buat Pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta.

penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang bebas dalam lautan cinta.Teristimewa buat mereka yang tidak meletakkan nikah sebagai prioriti sekarang,Demi untuk meneruskan belajar atau berkerja atau mengejar cita-cita.

Seringkali ditanya pada pemuda tentang mengapa mereka tidak segera menikah,mereka amat risaukan tidak mempunyai pekerjaan.Sedangkan ada hadis yang mana Nabi berpesan agar menyegerakan nikah bagi yang sudah bertemu calonnya.Pemudaselalunya bimbang jika tidak mampu memberi nafkah kepada bakal bidadari dan seluruh isi rumahnya nanti.Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka.Betulkah ya syabab(pemuda)?

kerisauan itu lumarah..Ia lahir dari kesedaran bahwa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggungjawab.Sesetengah orang membuat perhintungan hidup secara matematik,contohnya jika seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000.Hidup sendiri pun sukar dibiaya atah lagi hidup orang lain.

Faktor ini menggambarkan pemuda takut berkahwin.Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme.Apatah lagi masyarakat selalu meletakkan materialisme dalam menjalani hidup.Al-Quran mengecam keyakinan materiaisme seperti ini dan menyuruh kita berfikiran optimis.Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yang berkahwin:

"dan nikahlah orang yang sendirian di antara kamu,dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan.Jika mereka miskin,Allah akan memampukan mereka dengan Kurnia-Nya dan Allah maha luas pemberian-Nya lagi maha mengetahui." (An-nur:32)

nah,itu jaminan Allah.Jaminan siapa yang patut kita lebih percayai.?

Umar al-khattab ,sahabat agung,pernah berkata sebagaimana dikutip dari al-Qurtubi: "Saya sangat takjub dan hairan kepada orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin,dan tidak mahu mencari kekayaan melalui prkahwinan ,padahal Allah telah menjaminnya."

Nabi Muhammad s.a.w. juga memberi gambaran yang praktikal.Dalam sebuah riwayat dari Abu Huraitah r.a.: "makanan dua orang dapat mencukupkan tiga orang,dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tidak hairanlah Ibn Mas'ud pernah berkata, "carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan," kemudian beliau membaca firman Allah dalam surah An-nur ,ayat 32.Apalagi,sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran .

Buat Kaum Hawa,

Yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walau apapun keadaannya pada masa ini,asalkan baik agamanya.Sama ada dia masih belajar atau masih lagi bertukar-tukar keja,percayalah padanya.

Buat Syabab,

Rezeki Allah amat luas,jangan dirisaukan sangat.Walaupu sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di isis masyarakat contohnya berkerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w.Beliau bersabda; "pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik."(Riwayat Ahmad,baihaqi dan lain2)

Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua,berbincanglah dengan penuh hikmah .hati mereka milik Allah,dipegang Allah Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata.Ianya menuntut doa,kesungguhan dan keberanian .Orang tua kan cair jua dengan kebaikan untuk seorang anak.Percayalah!

Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka terlaksanalah khitbah(pertunangan).Selama tempoh berkhitbah ,berkongsilah apa yang yang dirasakan mustahak.pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yang menghampiri.Laksanakanlah ikatan dengan mana yang paling memudahkan lelaki.Aisyah r.a. menjelaskan , "Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah yang memudahkan peminangan dan maharnya." (Riwayat Ahmad)
Oh!Kaum Hawa!
Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat?Oh ,mudah kahwin rupanya jika ikut agama!Apa tunggu lagi wahai yang berpunya?Pilihlah untuk berkahwin.Takutlah kepada Allah melebihi takutmu pada persoalan di benakmu.Yakinlah pada Allah.Berdoalah pada-Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.

"Wahai para pemuda,siapa yang mampu.Berkahwinlah !sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan.Siapa yang tidak mampu maka berpuasalah."(Riwayat Bukhari)

P/s:catatan Fatimah Syarha Noordin(Majalah Solusi Isu Perdana)...

Terlalu Lama..

Isnin, 5 April 2010 1:30 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Assalamualaikum...

Kaifahalukum...??Dah terlalu lama rasenyer tak di update blog ni..Kesibukan dunia yang menghantui diri ini menghalang diri untuk terus menyalurkan tenaga untuk update blog ni..Ditambah lagi dengan kehadiran blog baru(privacy blog)..yang menyebabkan blog ni diabaikan..Moga pengunjung blog ni memaafkan diri ini..Posting dalam blog ni pun kebanyakkannya cuma di copy paste kan kerana kekurangan masa untuk menulis artikel sendiri..Final Exam pun semakin dekat dan membuatkan diri ini hanya berdamping dengan buku2 yang mesti dihafal..ditambah lagi jawtan sebagai Exco SRMUDM yang semakin bertambah meeting sejak akhir2 ini untuk menjalankan program sepanjang cuti sem yang akan datang..Sungguh diri ini tak larat untuk menjalankan semua tanggungjawab ini namun Alhamdulillah,Allah masih memberi kekuatan pada diri ini untuk melalui semuanya dengan baik.Semoga setiap insan yang membaca blog ini diberi kekuatan dan ketabahan untuk melalui setiap dugaan dan cabarandi Bumi Allah..Amin!!!

Wassalam.......

Jodoh Itu Ketentuan Tuhan

Selasa, 23 Mac 2010 1:47 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan



Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


CARA UNTUK MEMILIH SAHABAT..

Ahad, 21 Mac 2010 6:52 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 2 ulasan

Pilihlah sahabat yang mempunyai sifat ini:
  • jika engkau melayaninya,ia suka melindungimu.
  • jika engkau menjadi sahabt,dia kan menjadi hiasan dirimu.
  • jika engkau dalam kekurangan,dia kan mencukupkan keperluanmu..
  • jikaengkau menghulurkan tangan untuk memberikan bantuan atau jasa baik,dia akan menerima dengan rasa terharu.
  • Jika dia melihat kebaikan yang timbul darimu,dia suka menghitungnya dan menganggap sangat berguna.
  • jika dia mengetahui keburukan dalam dirimu,lalu dia menutupnya.
  • Jika engkau minta sesuatu,dia pasti memberi.
  • jika engkau diam,dia mula menyapa dulu.
  • Jika engkau dalam kesedihan atau kesukaran yang menimpa dirimu,dia pasti membantu..meringankan serta menghiburkan.
  • Jika engkau berkata-kata,dia suka membenarkan dan bukan selalu mempercayai sahaja.
  • Jika engkau mengusahakan sesuatu persoalan yang berta,ia suka menemanimu mengusahakannya.
  • Jika engkau berselisih dengannya,dia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu.

Khamis, 18 Mac 2010 12:28 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 2 ulasan
A TRUE FRIEND by badrul naim at he kelip 28/7/2010....(we all miss u..he8)

A true friend never walks away
A true will always stay
A true friend looks out for you

A true friend will guard your secrets
Like a precious gift
A true friend is there for you
To give you a helpful lift

A true friend tries to make you smile
Tries to replace that frown
They may not always succeed
But they rarely let you down

These arms for you are open
This heart for you does care
And when I think you need me
I'll try to always be there

I'll listen to your fears
I promise not to laugh
Comfort your falling tears
I'll make this friendship last

I'll keep you near to my heart
I'll always hold you dear
Even when we're miles apart
Even when you're here

I hope I am to you
Everything you are to me
For the friendship we have
Is a special one indeed.


P/s:i miss all classmates UBI1012 and Madam Wahida...

STORY CHAIN

Rabu, 17 Mac 2010 11:48 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
Alhamdulillah,hari ini Allah memberi kekuatan pada diri ini untuk mengikuti kuliah seperti biasa..Walaupun badan ini agak lemah.Kerana demam yg agak teruk.Sekarang dah bertamabh baik..Anggap demam ni balasan di atas kekhilafanku yg tidak melaksanakan amar makruf nahi mungkar dengan sebaik baiknya..

English class..I like it..Because My Madam is so sweet..Presentation dah habis,so kelas jadi boring skit..Madam mintak kami buat summary..Dengan semangatnya madam baca karangan tu dan terang satu persatu macam mana nak buat summary..Tapi.kami semua mata dah kuyu..Mengantuk sangat2..

Sarah said "Madam,lets play a game..We are so sleepy"
Madam"Ok,lets play games"

Kami pun main story chain...so funny!!!!And best...

Madam start "Not far away from UDM,there are a house"

We continue the story..
1.the villagers always talk about the house.
2.Pak Abu went to the house
3.pak Abu found stone in front of the house.
4.He enter the house
5.(me)he found a man sleeping in the house.
6.he kick the man to wake up the man..
7.he take the man and throw him to the sea
8.the fisherman found the man.
9.the fisherman try to safe the man.
10.He try to do CPR.
11.But it doesn't work..
12.the man died.
13.pak abu went again to the house.
14.he saw the same man in the house
15.The man say "Hai"
16.pak abu shock and fainted..
17.The man take pak Abu to the bedroom.
18.the man give pak abu porridge.
19.But,Pak Abu throw the poridge.
20.the man try to kick pak abu..
21.Pak abu try to kick the man back.
22.Suddenly,pak abu ran to the toilet.
23.He answer the phone and get out from the toilet.
24.Pak abu wife's call because want him to cook rice
~THE END~

begitulah story chain..macam kanak-kanak jer..rindunyer kat kelas ENGLISH sem lepas..seronok ..madam pun sporting..Pastu g umah madam mase rayer dulu..2nd kelas..kami boleh main komputer sambil2 tu curi2 chatting kat laman web "KELIP"..sampai yg duk kat oversea pun kami chatting..Sekarang "kelip" tu dah sepi jer,..nanti lah di post kan apa yg ada kat kelip ni..tak berkelip2 lah korang..

DEBAT

Selasa, 16 Mac 2010 8:53 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 2 ulasan
biasenya persoalan tentangagama mahupun isu semasa sepatutnya berlaku di dalam kelas apa??usul fiqh.fiqh ibadat ataupun tafsir..Sudah pasti,kelas ini sepatutnya hangat membincangkan persoalan tentang agama..Tapi yang sebaliknya berlaku,mase kelas ni..Semua dian..Cuma bertanya perkara yang berkaitan tantang pelajaran..Dan perbincangan tantang isu semasa sentiasa berlaku di dalam kelas ENGLISH..banyak persoalan yang dibangkitkan semasa kelas sama ada tantang agama mahupun isu semasa..Dan kadang2 kelas ni menjadi tempat tazkirah yang disampaikan oleh seorang sahabat yang cukup mantap ilmunya "Ust.Zulhilmi"..Kenapa panggil ustaz??sedangkan dia masih seorang pelajar..saya memanggilnya ustaz kerana kagum dengan ilmu agama yang ada pada dirinya..

hari isnin yang lalu telah dibangkitkan satu isu..tentang..Adakah perempuan perlu berkerja??"..Persoalan ini dibangkitkan selepas salah seorang sahabat kami(perempuan) membentangkan tentang "KERJAYA".dan 'si tukang soal' bertanya "IF your husband not allow you to work,what you will do??"..Jawabnya "I will follow what my husband want and forget about my job"..dan ramai antara pelajar perempuan yang membantah jawapan tersebut..Patutkan seorang perempuan melupakan kerjayanya untuk mentaati suaminya???.

si tukang soal pun berkata "sepatutnya tugas seorang isteri adalah menjaga anak-anak,menguruskan rumah tangga dan menunggu suaminya pulang dari kerja..Saya tak mahu menjadi seorang suami yang menanti isterinya pulang dari kerja..dan saya juga mempunyai perasaan cemburu apabila isteri saya bergaul dengan lelaki lain semasa berkerja"

ini telah menimbulkan suasan yang agak tegang di dalam kelas..Akhirnya si ustaz bersuara "Tidak salah untuk perempuan berkerja..Tetapi keperluan wanita untuk berkerja adalah untuk memenuhi pekerjaan yang memerlukan wanita seperti doktor atau jururawat bagi merawat pesakit wanita.Guru atau pensyarah..Tukang jahit..dan sebagainya..Dan bukanlah berkerja di atas dasar untuk menandingi kekuatan lelaki"

Lecturer(woman) saya pun berkata "Ada juga di kalangan suami yang mempunyai sifat ego yang tinggi..Tidak membenarkan isteri berkerja supaya dapat mengawal istero dari segi kewangan dan sebagainya.Bila isteri berkerja,lelaki tidak dapat mengawal isteri untuk berbelanja atau melakukan perkara2 lain"

Ustaz pun berkata "tidak dapat dinafikan yg lelaki ada sifat ego,tapi dia buat semua tu sebab nak jaga isterinya.Kalau saya,saya pun tak akan benarkan isteri saya berkerja dan bergaul bebas dengan lelaki lain.."

Begitulah pemikiran pelajar2 yang baru berusia 19 tahun tapi mempunyai pemikiran yang jauh tentang masa depan..Tidak dinafikan apa yang dikatakan oleh ustaz zulhilmi dan si tukang soal..mereka tidak membenarkan isteri berkerja disebabkan oleh perasaan cemburu dan ingin menjaga isteri masing2..Mungkin perasaan cemburu tu boleh memusnahkan rumah tangga mereka dan lebih baik mereka tidak membenarkan isteri berkerja..Tak perlulah kita mengambil contoh yg jauh..Contohnya,artis2 di Malaysia yang bercerai disebabkan oleh artis wanita tersebut yang berkerja siang malam dan bergaul bebas dengan lelaki lain...Menyebabkan rumah tangga mereka musnah..Atau kita lihat Usahawanita,ada juga di kalangan mereka yang bercerai..

So,cuba kita renungkan dan berfikir..adakah seorang perempuan itu perlu berkerja????

Related Posts with Thumbnails