Demi ilmu

kelmarin sepatutnya sudah bermula kuliah.namun hingga ke hari ini,saya msih bergoyang kaki di rumah.Sepi tanpa kata.hanya menghadap komputer yang tak mampu berkata-kata.

'kelas ditunda hingga ke malam ini,pukul 8 malam di GA07"satu mesej singgah di handphone ku.agak berat rasenya nak menerima kenyataan.kenapa ada kelas malam ni?saya agak keberatan untuk ke kelas di waktu malam.Memandu seorang diri di malam yang gelap.Namun tetap dikuatkan hati,demi menuntut ilmu,apa pun mesti ku tempuhi.

Hanya berbaju kurung dan berselendang,menghidupkan ejin kereta yang baru saje keluar dari wad.Hanya 10 minit dari tumah,sampai ke tempat yang dituju.Aku menumpangkan beberapa orang kawan untuk ke kelas.Agak bimbang menuju ke kelas seorang diri di tangah malam.Tak ramai pelajar yang ada kelas malam.Kelihatan kelas masih sepi.hanya ada seorang pelajar lelaki yang sedang khusyuk membaca kitab.Saya bangga dengan lelaki itu,dia pandai menjaga pandangan mata.Tak ramai pelajar lelaki seperti dia.

Hampir setengah jam menunggu,namun kelibat ustaz masih belum kelihatan.Aku menatap kitab ulumhadis berbahasa arab.Cuba memahami setiap bait kata dalam kitab itu.Ada yang difahami ada yang tidak.Aku belum fasih berbahasa arab.Masih banyak yang perlu diusahakan.

Seorang lelaki tua memberi salam dengan suara yang agak pelahan.berjalan pelahan dengan bantuan tongkat .Agak terkejut melihatnya,ruap-rupanya itu ustaz,Dia kelihatan agak berbeza.Sudah hampir sebulan kami tak bertemunya.Kini,rupanya agak cekung dan badanya kelihatan tidak bermaya.Dia batuk tanpa henti.

Namun,dia tak berputus asa walaupun batuk sesekali mengganggu pemebelajaran kami.Suaranya agak pelahan.Kadang-kadang tidak kedengaran.Kami cuba memahami apa yang cuba disampaikannya.15 minit kemudian,dia berhenti.Tak mampu lagi mengeluarkan suara bagi menyampaikan ilmu.Kami berasa agak terharu melihat keadaanya.Walaupun hanya mampu bertongkat untuk datang ke sini,tapi dia tetap cuba menyampaikan ilmu semampu yang boleh.

kami hanya diam melihat keadaanya.memikirkan diri sendiri,saya walaupun cuma pening sedikit,sudah memberi alsan untuk tidak ke kelas.Sedangkan ustaz,hanya mampu berjalan menggunakn tongkat tapi tetap datang untuk memberikan kami ilmu.

Ustaz hanya diam di atas kerusi.Cuba merehatkan diri.ustaz tidak larat lagi untuk berkata-kata.Akhirnya,seorang pelajar lelaki menawarkan bantuan untuk menghantarnya pulang.kami mengiringi ustaz hingga ke kereta.semoga Allah memberikan kesembuhan kepada ustaz.

dalam perjalanan pulang,saya memikirkan diri sendiri.mengapa diri ini tak mampu mejadi sehebat ustaz?walaupun cuma mampu bertongkat,tapi tetap berusaha untuk sampaikan ilmu.sedangkan diri ini masih sihat,mampu berjalan bahkan berlari,mampu bertutur.Tapi masih malas utuk menuntut ilmu..saya cuba memotivasikan diri,mencuba untuk menjadi seorang penuntut ilmu yang gigih.Moga dberi kekuatan oleh Allah untuk menuntut ilmu hingga ke liang lahad.

Jangan Terlalu baik

3:41 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
sejenak terfikira kata-kata dari seorang sahabat.

"jangan menjadi orang yang terlalu baik"

salahkan jika nak jadi orang baik.saya hanya diam mendengar apa yang dituturkannya.adakah saya seorang yang baik??tak mungkin,saya tahu siapa diri ini.Bukannya baik sangat.kadang-kadang ada buat silap.Melihat diri ini,tak layak lagi rasanya nak menjadi muslimah yang solehah.

"aku tak mahu orang lain mengambil kesempatan di atas kebaikkan yang kau lakukan"dia menyambung kata-katanya.

"aku bukannya baik sangat.aku cuma buat apa yang aku rasa btol"saya cuba menafikan kata-katanya.

"tapi kau terlalu baik bagi aku.Tak salah nak jadi orang yang baik.Tapi hati-hati,dunia sekarang terlalu kejam bagi orang yang baik"balasnya,,

sangat sukar untuk hidup dalam dunia sekarang.Bila buat baik,orang akan ambil kesempatan.Bila buat jahat,orang akan mengata.bagaikan semuanya serba tak kena.Tersilap langkah,hancurlah diri.Hidup di dunia sekarang,tak sama macam dulu.Harus selalu berhati-hati.Mungkin kebaikkan kita akan di salah ertikan.Melalui dunia hari ini,bagaikan meredah hutan yang penuh dengan duri dan binatang buas.

Saya sangat beryukur kepada Allah,erana dikurnikan sahabt yang sangat memahmi dan tak pernah menyalahgunakan kebaikkan yan saya hulurkan.

Duhai sahabatku,
kebaikkan yang ku hulurkan tulus ikhlas dari hatiku ini.Tiada niat yng tersimpan.Terima kasih kerana kau selalu menemani diri ini di kala senang dah susah.Moga Allah selalu merahmati mu.

Pasti ada Hikmahnya

Ahad, 29 Ogos 2010 11:17 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
Assalamualaikum...semoga Allah memeberikan ketenangan di hati setiap insan yang memabaca blog ini..Sudah terlalu lama rasanya dibiarkan blog ini sepi tanpa kata.Tugasan demi tugasan yang memanti,membuatkan diri ini tidak mempunyai masa yang terluang untuk terus menitiokan butir bicara di blog ini.Alhamdullillah,hari ini diberi kesempatan oleh Allah untuk saya menuturkan kata.
Sudah separuh bulan Ramadhan kita lalui..Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua.Sama-samalah kita mengejar Lailatul Qadar yang akan berkunjung tidak lama lagi.Moga Bulan Ramdhan ini memberika seribu satu keberketan buat kita semua.
setiap orang mempunyai facebook,dan setiap hari pasti akan ditatap wlaupun cuma seketika..Saya pun begitu..Selepas diteliti,ramai sahabat-sahabat yang mengupdate status..kebanyakkan mereka meluahkan apa yang terbuku di hati..dengan harapan ada yang mendengar dan ada juga yang memberi perhatian..Tak kurang,ada juga yang mengeluh tentang apa yang berlaku pada diri mereka..
Sebaik-baiknya mengadu lah pada Allah yang maha Esa..Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan lagi Maha Penyayang..Jangan disebabkan masalah yang kita hadapi,kita lupa tentang kehidupan yang harus kita tempuhi.Ada yang memikirkan tentang cinta,sehingga lupa akan pelajaran.Ada yang memikirkan tentang hutang,hingga lupa anak bini yang harus diberi makan.Ada yang terlalu memikrkan tentang kerja,hingga lupa tentang kesihatan diri..
Jangan jadikan kehidupan sebahagian dari masalah tapi masalah sebahagian dari kehidupan.Supaya kita tidak menghancurkan kehidupan hanya kerana masalah.Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya.Setiap apa yang berlaku,pasti ada hikmahnya..Mungkin kita akan tahu hikmahnya sekarang,atau esok atau mungkin berpuluh tahun yang akan datang..Tetapi,kita kena ingat..Allah tidak akan jadikan sesuatu itu hanya untuk sia-sia..
Duhai sahabat...
Kuatkan lah semangatmu...
Tabahkanalah hatimu..
Ingatlah,Allah sentiasa di sisi orang-orang sabar..

Kisah Cawan

Khamis, 10 Jun 2010 8:04 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan..
Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka..

Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya.

"Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu,

tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara, "Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna..

Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar..Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku menjerit..

Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop jeritku lagi..Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan jeritanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! jeritku dengan kuat. Stop ! Cukup ! jeritku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !

' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk.

Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku..

Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku menjerit. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini !

Sambil menangis aku menjerit sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan jeritanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk.

Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali..

Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya..

Pengajaran:
Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata..

Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'. Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita..

Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda..

Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat) . WAllahu a'lam assalamualaikum wrt...

Kisah ini sangat menarik utk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah2 ringkas.

Perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pembaca..wAllahua' lam...

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya.

Ia duduk menghadap murid-muridnya.. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata, "Saya punya permainan...

Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti.

Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian si guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti..

Si guru tersenyum kepada murid-muridnya.
"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil..

Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya."

Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kita terbiasa dengan hal itu.

Dan anda mula dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika..

""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah terbalik.

Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu...

""Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet.

Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?

"Murid- murid berpikir..Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an.

Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid- murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. ..

Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..

Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah.

Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar..

""Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.""

Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saje hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..

""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.""

Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka...

Dan itulah yang mereka inginkan..
""Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran).

Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita..
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain.

Tapi sekarang tidak lagi..apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!

Menjadi Pemuda Pemudi unggul

Jumaat, 4 Jun 2010 8:42 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah(penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.

Menurut as-Syeikh Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi ialah:-

1) Usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi
2) Usia yang mengalir darah yang gemuruh
3) Usia yang tinggi idealisme yang luas
4) Usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula
5) Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.

Menurut Syeikh Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah. Di antara sifat-sifat unik generasi ini adalah:-

1) Generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu
2) Generasi amal dan membina jama'iy
3) Generasi rabbani dan ikhlas
4) Generasi yang bernasabkan Islam
5) Generasi da'awah dan jihad
6) Generasi dagang dan hidup bersama orang ramai
7) Generasi gagah dan agung
8) Generasi seimbang dan sederhana

Manakala menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda pemudi Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang mempengaruhi secara beransur-ansur keatas iman terhadap amal dan da'awah. Pengaruh luar ini ada dalam pelbagai bentuk yakni ada yang mengugat aqidahnya, akhlaknya, keluarganya dan sebagainya. Di antara pengaruh-pengaruh ini adalah:

1) Gerakan dan propaganda yang menyebarkan keraguan dan salah faham terhadap Islam
dan keunggulannya
2) Fitnah rakan sebaya yang jahat dan persekitaran yang tidak sihat
3) Fitnah harta dan keluasan rezeki yang melimpah ruah
4) Fitnah ijazah dan pangkat
5)Fitnah wanita, isteri dan anak-anak

Beberapa langkah bagi meningkatkan kecemerlangan pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah (penguasaan) Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan dunia ialah:-

1) Kenalpasti tahap kemampuan ada yang sebenar
2) Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan ada
3) Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri
4) Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik
5) Ambil pelajaran daripada kesilapan yang telah anda lakukan
6) Belajar menerima teguran yang membina dan hiraukan kritikan yang remeh
7) Perakui kejayaan anda
8) Tetap merendah diri
9) Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran ada
10) Bersyukur kepada Allah di atas apa yang diberikanNya

Tetapkan Imanku

Ahad, 30 Mei 2010 12:54 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
di keheningan malam,berfikir sendiri..Menyesali perjalanan hidup selama ini
terlalu banyak masa diluangkan untuk benda yang sia-sia.Nak disesali tiada gunanya lagi.Allah tak suka hambanya mengeluh tapi kenapa diri ini tetap mengeluh..Bertapa lemahnya imanku..Ya Allah,tetapkanalah imanku.Kuatkanlah semangatku untuk menghadapi setiap dugaan Mu ni dunia ini..Aku tahu ujian darimu ingin menguji keimanan ku dah tanda kasih dan syang-Mu padaku..Terima kasih Ya Allah kerana ujian dari Mu mematangkan diri ini menghadapi hidup..

Ya Rasulullah....Sungguh aku rindu padamu.Aku ingin sekali dirimu menemani ku di sini..Agar aku tak lalai lagi menjalani tanggungjawabku sebagai khalifah Allah di bumi ini..Maafkan aku kerana melupakanMu saat aku lalai dengan ilusi di dunia ini..Sungguh aku memerlukan bimbinganmu Ya Rasulullah..Aku tak mahu lagi sesat di dunia ini seperti dulu..Hanya SunnahMu yang mampu mengubat kerinduan padaMu..

Sumaiyyah,Ummu Ammar..Serikandi islam yang cukup aku kagumi..Kau wanita yang tabah dan hebat..Mengharung setiap dugaan tanpa sedikitmu hatimu berubah..Engkau tetap mempertahankan islam..Sedangkan ujian yang di lalui mu jauh lebih hebat dari apa yang ku alami saat ini..Aku berharap diri ini bukan sekadar meminjam namamu namun juga mewarisi sifat tabah mu..Agar aku tetap dapat menjejak kan kaki dunia ini tanpa imanku goyah..

~Ya Allah,Moga ku pergi dari dunia ini dalam imanMu~

6 pesanan untuk wanita

Selasa, 18 Mei 2010 9:51 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dilampirkan 6 pesanan khas untuk kaum Hawa, juga tidak ketinggalan secara umumnya untuk kaum Adam. Sama-sama kita amalkan, insya Allah:-

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun dan tidak dapat solat, duduklah di atas tikar sembahyang supaya anak-anak tidak lihat si ibu yang diharamkan mendirikan solat dalam tempoh tersebut.

2. Hidupkan bacaan hadith Nabi SAW di rumah dengan keluarga. Dianjur baca hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah
zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya sepotong ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan
mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya
Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab-Mu pada hari
ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar
anak-anak dari kecil bermula dengan
doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi
saw seperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak
membebankan suami. Setiap hari malaikat
akan menghantar 500 jambangan bunga
dari syurga untuk wanita yg hidup
sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadizikir mohon keampunan kepada Allah swt atas
wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas
Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat
berjemaah di masjid akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini
bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman
wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak
amalkan.

Moga kita diberkati-Nya selalu, Amin.Wassalam

Related Posts with Thumbnails