Ahad, 27 Disember 2009 12:04 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
Tudung Labuh Pun Sama Sahaja
www.iluvislam.com
oleh : limaumerah
Editor : doraemong13



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Izinkan diri ini untuk meluahkan kata-kata, Bukan kata-kata kesat, Bukan kata sindirian, Bukan kata kosong.

Perkara ini nampak seperti hal yang remeh, tetapi bagi ana ini merupakan sesuatu yang amat mendalam dan agak menikam kalbu.. Apabila diutarakan mengenai tudung labuh, walaupun bukan tudung bulat pun, apabila tudung itu sudah lebih besar daripada orang lain, pastinya persepsi masyarakat akan turut berubah seiring dengan perubahan tudung tersebut.





Mengapa persoalan ini diutarakan? Apa selalunya yang terlintas dalam diri masing-masing apabila melihat seorang perempuan memakai baju kurung berserta dengan tudung yang lebih labuh daripada perempuan-perempuan yang lain? Pastinya tanggapan pertama ialah; perempuan ini perempuan yang baik, perempuan yang sopan, perempuan yang tahu menjaga adab dirinya.

Namun adakah kita sedar, dalam majoriti kaum wanita yang dikatakan bertudung labuh yang nampaknya sopan itu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka ini yang sebenarnya sedang menconteng arang ke muka wanita-wanita yang lain.

Mengapa ana berkata begini? Tentu saja anda semua pernah dengar perkataan ini, “Alah tak payahlah nak poyo-poyo pakai tudung labuh. Ingat semua orang yang tudung labuh ni baik sangat ke? Kadang-kadang yang tudung labuh ni lagi teruk daripada tudung kecil!” pasti pernahkan? Bagi yang baru pertama kali mendengarnya, pasti hati berasa panas sahaja mendengar perkataan sebegitu yang diluahkan. Namun, itulah hakikat.

Kebanyakkan wanita sekarang ini, maaf untuk menegur, tidak berakhlak seperti yang tertera pada pakaiannya yang labuh. Berdating sana sini, bermesejan lelaki itu ini, berhuha-huha dengan lelaki ajnabi, berkoling-koling, berkapelan islamik kononnya, cakap buang masa, menggedik sana sini(maaf kalau ada yang terasa) dan banyak lagi yang mana akhlak tersebut langsung tidak kena pada imej wanita muslimah yang ditonjolkan.

Apabila orang kata tudung labuh pun sama teruk juga, cepat saja naik darah. Sedangkan siapa yang menyebabkan orang lain berfikiran seperti itu? Apabila timbul masalah seperti ini, pastinya orang lain yang mahu bertudung labuh terbantut niatnya melihatkan akhlak wanita bertudung labuh yang lain ini. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.






Akhirnya timbullah perkataan seperti, “ Aku tak pakai tudung labuh pun, free hair je kot, tapi aku tak adalah macam si polan tudung labuh tu. Harap tudung tu je yang besar, akhlak tak besar pun,”

Ya, memang diakui,yang bertudung labuh juga adalah manusia biasa yang punya keinginan. Tapi bukankah elok jika cara pemakaian kita seiring dengan tudung yang dipakai? Tutup aurat itu merupakan satu kewajipan,menjaga akhlak juga satu kewajipan bagi kita. Mengapa hanya diambil satu perkara sahaja, dan ditinggalkan satu perkara lagi?

*dari iluv islam
*ingatkan diri sendiri juga...

I FALL IN LOVE.

Sabtu, 12 Disember 2009 8:01 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan



Remaja bagaikan tak boleh lari dari cinta.Masa remaja,masing-masing mencari cinta sejati mereke.Masa tu,mereka mula jatuh cinta,bercinta,putus cinta,cinta bertepuk sebelah tangan dan sebagainya.Segala-galanya cinta.Dan cinta yang selalu dicari adalah cinta manusia.Walaupun mereka tahu cinta manusia tu tak kekal dan menyakitkan.

Boleh dikatakan ramai kawan-kawan aku sedang hangat bercinta,kalau masih ada yang single pun Cuma beberapa orang yang belajar di UDM.Yang belajar luar dari kuala terengganu boleh dikatakan semuanya dah menemui pasangan hidup.Entahlah kawan2 aku kat UDM ni tak bercinta(termasuk aku),mungkin disebabkan kami dekat dengan ibu bapa,yang membuatkan kami takut nak bercinta dan lebih fokus pada pelajaran.dan mungkin juga kerana di UDM kami dapat bimbingan dari senior2 yang melarang kami bercinta(atau couple)..Boleh dikatakan senior2 pengajian islam di sini tegas dengan pendirian COUPLE HARAM..

Masih teringat lagi banner tentang couple haram(persatuan Aqsa yg buat) terpampang di kafe..Tapi entahlah berapa ramai yang ambil peduli tentang banner tu.Di kefe,masih penuh dengan pasangan couple yang begitu romantic berdua-duaan.Terumatanya di tengah malam.Mungkin banner tu Cuma menjadi hiasan semata-mata untuk mencantikkan kafe.mungkin juga ada yang memandang,insaf seketika kemudian buat lagi.Mungkin ada yang lebih baik,memahami setiap bait kata yang tertulis di banner tu dan menjadikannya sebagai pedoman hidup.

Mungkin status aku sebagai mahasiswi Quran Sunnah menjadikan aku tempat rujukan berkaitan tentang halal dan haram.namun,aku juga manusia biasa yang punya banyak kekurangan.dan aku Cuma dapat membantu apa yang termampu.Ramai yang bertanya ‘betul ke couple tu haram?’..ada yang cakap ‘mana boleh letak hukum couple tu haram sesuka hati,ada bukti ke?’..ada juga yang cakap ‘kalau bercinta,tapi tak jumpa dan jaga batas pergaulan,percintaan kami tu haram juga ke’..beribu-ribu alas an yang dicipta untuk menegakkan kata-kata mereka..tapi ingat,matlamat tak pernah menghalalkan cara.

Ikhlas dari hati,aku sendiri tak yakin yang couple tu haram..tapi,cuba kita renungkan apa yang kita dapat melalui couple ..bagi aku,tak ada apa-apa pun yang berfaedah.tak dinafikan,kita akan dapat teman untuk meluahkan perasaan,ceritakan masalah,atau Bantu kita bila susah.tapi bukankah masih ada rakan-rakan yang boleh mendampingi kita.Boleh dikatakan ramai yang lupa kawan bila dah bercinta,Kawan tolak ke tepi.Kekasih jua yang didahulukan.Padahal persahabatan itu lebih berharga daripada percintan.Tapi kerana cinta itu buta,maka sahabat yang menjadi mangsa.

Cuba bayangkan bila kita bercinta,diri kita ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.Cuba menuruti nafsu untuk bergayut atau mesej sampai lewat malam,berjumpa dengan si dia.Yang paling terseksa ialah hati,hati yang rasa seksa merindui makhluk yang tidak halal bagi kita umpama membuka jalan kepada syaitan untuk melupakan cinta kita kepada Allah.Hati yang merasa sakit melihat orang yang kita cintai bersama orang lain.Jika kita mencintai manusia,tak semestinya manusia cinta kepada kita.Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya, kita cinta kepada manusia,kita akan cemburu kapada orang yang mencintai orang yang kita cintai.Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah..

Wahai sahabat-sahabatku yang aku cintai,

Niatku,bukan untuk menghalang kalian bercinta.Tapi aku bimbang,cinta kalian dipandu hawa nafsu dan dipimpin oleh syaitan.Carilah cinta Allah,nescaya kalian tak akan kecewa.Aku memahami perasaan kalian yang ingin dincintai dan mencintai.Aku juga begitu.Tapi kita harus sabar dan ikhlas untuk menantinya,nescaya Allah akan menghadiahkan kita cinta yang lebih baik.Ingatlah,jodoh kita telah Allah catatkan di Luh mahfuz.Ia masih berada di alam ghaib yang belum dibukakan oleh Allah.Jika waktunya tiba,semuanya akan terang.Hadiah agung dari Allah itu akan datang.

Berusaha menjadikan diri sebagai wanita solehah yang menjadi idaman lelaki yang soleh.apabila sesuai masanya dan tepat orangnya,serahkanlah “kesediaan hati” untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.Berusaha mengawal diri supaya tidak menjadi wanita yang mudah menyerah dan mudah melayan,kerana wanita begitu senang dimiliki lelaki yang tidak berakhlak.Biasanya wanita yang senang untuk dmiliki(hanya dengan sedikit godaan berupa SMS,panggilan telefon,puji-pujian dan lain-lain)senang pula untuk dipersia-siakan.

Berkawanlah dengan rakan-rakan yang solehah,jodoh anda mungkin dalam kalangan kenalan,atau saudara-mara mereka yang soleh juga.Jelaslah niat itu bukan matalamat,tetapi wasilah semata-mata.

Jika terpikat pada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan,pilihlah cara melalui orang tengah.Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana tindakan itu boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan “malu” anda di matanya.

Jika anda dirisik secara lansung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya,serta keyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik,mintalah dia merisik dengan cara yang yang lebih mulia iaitu dengan melibatkan ibu bapa.Jangan berdua-duaan dengan lelaki ajnabi kerana tindakan tersebut akan mengudang dosa dan fitnah.Ingatlah bahawa dengan menggunakan orang tengah dapat menjauhi fitnah dan itu adalah cara terbaik yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Jodoh itu telah ditetapkan.bezanya sama ada kita mendapatkannya dengan cara yang mulia atau sebaliknya.Pilihlah yang terbaik!!!!!

ISLAM….

Sabtu, 5 Disember 2009 2:25 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
Sedang aku sibuk download citer korea yang mengarut2 ni…terdetik di hati nak download benda2 berfaedah yang lebih berfaedah…Lebih baik dari citer2 korea ni…So,aku downloadlah satu video tentang seorang budak perempuan yang baru berumur 2 tahun tapi sangat bijak dan berpengetahuan luas tentang islam.So,aku letak dalam blog aku ni agar dapat dikongsikan dengan sahabat2 yang lain…

Sangat kagum tatkala aku melihat budok perempuan yang baru berumur dua tahun tapi sangat bijak..Banyak ilmu tentang islam yang dia tahu..Boleh dikatakan,mungkin ada orang dewasa yang tak tahu pun tentang soalan yang ditanya pada budak tu..Sepatutnya orang dewasa patut rasa malu kalau tak tahu tentang semua itu..Itulah berkat didikan ibu bapa yang mengajar anak tentang islam sejak kecil..SO,sambil tengok video tu kita muhasabahlah diri kita…Banyak mana yang kita tahu tentang islam sehingga umur kita pada hari ni…
video

2:24 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

KERANA KITA LEKA…

Mungkin kerana kita leka,
Seringkali bila pena terlepas dari genggaman,
Ucapan “OPPS” mendahului “ALLAH”
Taktala perut yang lapar didisi.
“HAA KENYANGNYA” mendatasi “ALHAMDULLILAH”
Bila diri terpegun dengan keindahan alam
“SUBHANALLAH” tertutup dengan “CANTIKNYA”
Ada masanya berita kematian berkunjung tiba,
“KASIHAN” terucap jua,
Kerana kita lupa “INALILLAHIWAINAILAIHIROJIUN”
Namun,
Walau kita lupa,
Sengaja,
Suka atau biasa,
Berhati-hatilah….AGAR,
Bila Izrail tiba membawa berita,
Ucapan LAILAHAILALLAH
Tetap menjadi JUARA…

Lucunya..

2:18 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Lucunya..
Orang berebut paling depan,
Duit RM50 kelihatan begitu besar
Bila dibawa ke kotak derma masjid,tetapi kecil bila dibawa shopping.

Lucunya….
Betpa lama 2 jam berada di dalam masjid,
Tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu,
Menonton wayang di panggung….

Lucunya…
Susah sungguh merungkai kata
Dipanjatkan saat berdoa atau solat,
Tapi betapa mudahnya cari sembang,
Bertemu kawan-kawan,boyfriend atau gielfriend..

Lucunya…
Betapa seruan dan teriakan
Yang berpanjangna waktu perlawanan bola sepak,
Tapi betapa bosannya bila imam
Soalt terawih Bulan ramadhan,bacanya lame dan panjang.


Lucunya..
Susah sangat baca Al-Quran
1 juzu’ saja,tapi majalah hiburan
Dan novel best giler,100 halaman pun habis ditelaah…

Lucunya…
Orang berebut paling depan
Untuk menonton konsert atau bola,
Tapi tak berebut saf paling depan bila sembahyang supaya cepat dapat keluar..

Lucunya,
Semua orang ingin masuk syurga,
Tapi amalan macam mana???
Fikirkanlah dan muhasabahlah diri kita…
Layakkah kita menikmati Syurga Firdausi????

Related Posts with Thumbnails