Apa Nak Jadi Lepas SPM?

Rabu, 27 Januari 2010 9:54 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan


“Yes! Paper SPM dah habis. Aku MERDEKA!!!”

yes

Inilah ungkapan yang biasa kita dengar daripada pelajar Form 5 yang baru sahaja tamat SPM.

MERDEKA.

Tidak. Jangan lupa, merdeka itu Cuma sementara, kerana ketahuilah, perjalanan selepas SPM itu lebih perit dan jerih. Tapi, sebesar mana pun keperitan dan kejerihan itu, ia akan dapat diatasi dengan perancangan yang rapi.

Jadi, mari kita merancang!

plan

Perkara yang paling penting dalam menentukan ke mana kita selepas tamat persekolahan ialah cita-cita kita. Memilih cita-cita ataupun kerjaya yang ideal dengan kita merupakan keputusan yang selalunya sukar untuk dibuat.



Ada orang nak jadi Engineer tapi mak nak dia jadi Doktor.

Ada orang nak jadi Doktor tapi mak nak dia jadi Cikgu.

Ada orang nak jadi Engineer tapi dia tidak pandai Matematik.


Keliru. Dan tidak tahu.

confused

Untuk memilih course, saya simpulkan 4 faktor penting yang perlu difikirkan dalam membuat pertimbangan tersebut iaitu Minat, Kemampuan, Keluarga dan Wawasan.

PILIH COURSE



1. Minat

minat

Fikirkan apa yang menjadi kegemaran anda. Apa yang anda paling suka lakukan. Perkara apakah yang paling anda bersemangat nak lakukan.

Ada orang suka dengan computer dan teknologi.

Ada orang suka dengan nombor.

Ada orang seronok membedah katak semasa Form 5.

Ada orang minat belajar Geografi.

Setelah mengenalpasti kegemaran anda, kaitkan kegemaran anda dengan kerjaya yang ada.

Orang yang suka dengan teknologi MUNGKIN sesuai dengan kerjaya Engineer.

Orang yang seronok membedah katak MUNGKIN sesuai dengan kerjaya Doktor.

Orang yang gemar bermain dengan nombor MUNGKIN sesuai menjadi Actuary.

Orang yang minat Geografi MUNGKIN sesuai menjadi seorang ahli Geologi.

BANYAK lagi peluang kerjaya yang ada di luar sana, dan anda perlu mancari dan mengkaji. Pastikan kerjaya pilihan anda sesuai dengan MINAT anda.


2. Kemampuan

mampu


Adakalanya kita gemar melakukan sesuatu, tapi itu bukanlah perkara terbaik yang kita lakukan. Contohnya kita minat dengan Matematik dan sangat suka bermain dengan nombor, tetapi kita jarang berjaya menyelesaikan soalan-soalan Matematik yang kompleks.

Kalau kita lihat kepada minat kita semata-mata, justeru kerjaya sebagai Actuary ataupun Financial Analyst kelihatan seperti kerjaya yang paling sesuai dengan kita. Namun bila kita pertimbangkan pula kemampuan diri kita, mungkin kita perlu berfikir dua kali sebelum membuat keputusan tersebut.

Meletakkan kemampuan diri sebagai salah satu factor utama dalam memilih kerjaya adalah sangat penting dan kritikal, kerana kita seboleh-bolehnya ingin mengelakkan daripada mencuba sesuatu perkara beberapa kali.

Ada orang yang ingin menjadi Engineer kerana minat dengan mesin-mesin ataupun bangunan, namun disebabkan kemampuan diri dalam menguasai ilmu Fizik yang agak rendah, pengajian Engineering akhirnya terbantut di tengah jalan.


3. Wawasan

wawasan


Setiap orang ingin mencapai sesuatu dalam hidup ini. Menjadi jutawan, mempunyai empayar perniagaan sendiri, menjadi pakar sesuatu bidang ilmu, memiliki keluarga yang bahagia dan sebagainya merupakan perkara-perkara yang menjadi matlamat bagi sebahagian daripada kita.

Segala yang kita harapkan untuk capai akan melibatkan apa yang kita buat di masa hadapan. Kerjaya kita di masa hadapan samada akan membantu kita dalam mencapai wawasan tersebut, ataupun akan membantutkan usaha tersebut. Contonya, menjadi doktor MUNGKIN akan menyukarkan seseorang untuk memiliki empayar perniagaan sendiri; maka pemilihan kerjaya perlu mengambil kira wawasan hidup kita.

empire

Contohnya, saya bercita-cita untuk memiliki empayar perniagaan dalam segenap bidang; real asset, engineering, IT, dan lain-lain. Maka, setelah mengambil kira minat dan kemampuan saya, saya memilih untuk menjadi seorang akauntan. Walaupun di peringkat awal pendidikan saya menanam azam untuk menjadi seorang doktor, namun setelah saya JELAS dengan apa yang ingin saya capai di dunia ini, maka saya mengubah cita-cita saya daripada menjadi seorang doktor kepada menjadi seorang akauntan kerana kerjaya tersebut lebih dekat dengan apa yang ingin saya capai dalam hidup ini.


4. Keluarga

family

Setelah kita memikirkan minat, kemampuan dan wawasan hidup dalam memilih kerjaya, ada satu lagi faktor yang sangat penting dalam hidup kita: keluarga. Kadang-kadang apa yang kita ingin dalam hidup ini tidak sama dengan apa yang keluarga kita harapkan daripada kita. Situasi yang paling banyak berlaku ialah apabila ibu mahukan anak menjadi doktor, tapi anak mahukan perkara yang sebaliknya.

restu

Semua orang tahu bahawa restu ibu bapa adalah sangat penting dalam setiap apa yang kita buat. Islam sendiri mengajar kita supaya jangan membuatkan ibu bapa kecil hati, walaupun dengan hanya menyebut ‘uff’. Maka, dalam soal memilih kerjaya yang terbaik untuk diri kita, setelah pilihan kita memenuhi minat, kemampuan dan wawasan diri kita tapi tidak kena dengan harapan ibu bapa terhadap kita, bawalah berbincang. Jelaskan kepada ibu dan bapa sebab kita membuat keputusan tersebut. Tunjukkkan yang kita JELAS dan YAKIN dengan apa yang kita nak buat. Insya-Allah, mereka akan boleh menerimanya.

Yang penting, jangan SEKALI-KALI membelakangkan keluarga dalam soal memilih kerjaya, kerana mereka akan terkesan dengan pilihan kita.


Kesimpulan

think

Buatlah pilihan dan keputusan dengan bijak dan rasional. Pertimbangkan segala fakta yang berkaitan dan kemungkinan yang akan kita hadapi. Jika pilihan kita boleh memenuhi keempat-empat aspek di atas, insya Allah keputusan yang dibuat akan mampu untuk sentiasa memuaskan hati kita.

virus.....

9:26 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
Dua tiga hari ni....
aku n roomate aku tak betul sikit...
kaki asyik nak berjalan je....
kafe tu 10 kali pusing pun tak puas lagi...
tiap2 malam lepak kat kafe...
padahal banyak benda nak study...
apa nak jadi ni????
teruk betul..
aku pun tak tahu kenapa...
asyik keboringan je dua tiga hari ni...
minggu ni first time aku tak balik umah..
belum ni...hari2 balik umah...
sebab minggu ni banyak sangat kerja...
ditambah lagi minggu ni ada forum...
"SYURGA CINTA"...
rugilah kalau tak pergi..
tengok trademark forum ni pun dah best...
pastu ditambah lagi panggung wayang "2012" kat DABS...
dengan harga tiket RM2...
bukan senang nak dapat tiket murah kan...
minggu ni nampak macam enjoy je...
sebenarnya banyak kerja nak buat..
enjoy2 jugak,tapi kerja tetap kena buat...
jangan sampai tertangguh lak..


P/s:mengatuknye...nak tido..tapi nanti ada kelas...

success

Isnin, 25 Januari 2010 8:33 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

alhamdulillah.....
setelah seminggu aku bertungkus lumus menyiapkan presentation bi...
akhirnya berjaya gop aku wat hari ini...
rasa yang lega amat sangatlah..
bila dah siap semua ni...
bolehlah aku fokus kat benda lain lak..
tapi aku tak sangka gop dapat komen yg ok ..
hahaha...lansung tak nervous tadi....
maybe sebab semua tu kawn2 kot...
kalau belum ni..
sampai menggeletar satu badan...
fuhhhh....
lepas ni fokus aku kat asignment tafsir lak...
memang susah lah tafsir ni...
aku kena kaji 3 tafsir quran untuk assingment ni...
siang malam duk ngadap kamus arab r lepas ni..
harap2 berjaya assignment ni..
aku nak kaji pasal surah Al-Tin...
lepas siap assingment ni...
aku kongsi dengan korang...
apa yang ada dalam surah ni..
untuk renugan kita bersama..
sapa yang tgh wat assignment tu...
chayok2....jangan mudah putus asa...
SEMANGAT!!!!!!!!!!!!

kena gam....

Ahad, 24 Januari 2010 3:26 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 1 ulasan

salah satu lagu kumpulan al-gebra kena gam...
dengan RTM
ntah kenapa...?????
mungkin sebab lirik lagu tu mengkritik dasar pemerintahan...
kalau korang rasa ada pendapat...
kenapa lagu ni kena gam....
kongsilah sesame...

al-gebra

3:18 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan


aku dah tukar lagu dlam blog ni
lagu "aku rela" kumpulan algebra...
camnne best tak lagu ni?????
ni semua gara2 algebra wat show kat UDM last week...
secara automatic aku jadi peminat...
masa tu konsert amal untuk bina maahad tahfiz kat Sabah..
Abg nazrey Johani buat konsert ni untuk bangunkan maahd tu..
bagus btol abg nazrey ni..
moga tercapai lah hasrat tue...
harap2 kita sama-sama doakan kejayaan abg nazrey...
mana tau kot satu hari nanti...
aku jadi ustazah kat sana..
dapat juga aku merasa duk negeri orang...
asyik terperuk je kat trg...
dah bosanlah...
memang sangat sangat bosan...




P/s:::Harap2 sangat nak gi makan kat kedai kek dgn special person..(ntah jadi ke x????)

fist time

sekarang ni aku sorang2 kat bawah tanggan blog aku semata- mata nak dapatkan wireless kat UDm yang memang tahap ko lah..Aku baru je balik kena interview utuk exco2 tertinggi rakan muda UDM..Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terlibat dengan benda-benda macam ni...Ni semua gara-gara aku isi je borang tanpa baca dulu..Ada ke patut???

tak pasal2 aku kena interview dengan 3 orang jejaka yang agak hemsen ni...Soalan yang dia tanya pun pelik2,,,,ntah pape....bengang betol...tanyae lah benda yg logik sikit....ni tanye pasal orang menari???apa kaitan nyer dengan rakan muda...Ni memang first time aku kena interview...harap2 jadi pengalaman yang berguna untuk aku....Jangan mudah terpedaya dengan orang yang menginterview ni...sebab diorang suka tanye soalan yang pelik2...

HARI YANG MEMENATKAN.

Rabu, 13 Januari 2010 10:40 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan



Sambil ditemani secawan milo panas dan beberapa keeping biskut kering,aku memulaan hari ini dengan mengupdatekan blog yang tak seberapa ini..Hari ni nak update pasal hari yang memenatkan yang telah aku lalui semalam.

Semalam,atau hari isnin..Sememangnya ari isnin akan terus menjadi hari yang memenatkan sepanjang se mini diseabkan kelas yang sangat padat..Dari pukul 8 pagi hingga 7 malam..Dalam hidup aku,nii firat time aku ada rutin hidup yang sangat padat..

Ditambah lagi,aku terpaksa berjalan kaki hampir lebih kurang 1 kilometer di tengah panas yang terik seorang diri untuk ke pejabat HEPA(Hal ehwal pelajar) sebab nak menguruskan hal pinjaman..rasa macam nak tercabut lutut aku..Ditambah lagi aku memeikirkan kelas tafsir yang sepatutnya pukul 2..Terfikir sempat ke tak nak gi kelas,kalau tak pergi nanti rugi..Tiba-tiba je telefon ku berbunyi,sape ni??? “kelas tafsir tunda pukul 3”..penolong kelas aku rupanya..Masa tu syukur yang amat sangat kat Allah sebab tolong aku,sempat juga aku nak gi kelas..

Sampai je kat pejabat,takde sape2 pun kat pejabat…mana semua orang ni???Radio je yang berbunyi..Macam-macam lagu keluar..Pukul 1.30,patutlah masa ni orang tengah lunch..Takpe,rehat lu…ambil angina aircon yang sejuk ni..Selepas hampir setengah jam aku menunggu macam tunggul kat dalam pejabat tu,barulah ada orang masuk pejabat..Nak uruskan dokumen,banyak masalah lah pulak..

Lepas siap semua,Alamak!!!dah pukul 2.30 ptg lah…sempat ke aku nak gi kelas ni…Dengan menggunakan kaki lama aku ni,ditambah kelajuan tahap kaki kuda ..Aku berjalan sepantas yang mampu..sampai pak cik tyukang kebun pun pelik tengok aku,macam nak masuk pertandingan jalan kaki sukan SEA je..

Tengah syok aku jalan kaki,ada kerta tahan aku..Sape ni???aku nak cepat ni..main tahan2 pulak.. “Adik nak gi mana jalan sorang-sorang???tak takut ke,nanti kena culik kan??”ada suara yang menegur aku.. “Nak gi FKI”jawabku malu2.. “naiklah kereta akan,bar akak hantar”…Baik hati betul kakak ni,tahu-tahu je aku lewat nak gi kelas..Allah hantar dia tolong aku kot..Akhirnya,dapat juga aku gi kelas tafsir..

Hari ni betul-betul mencabar,tapi walaupun sangat meletihkan..tapi masih ku mampu tersenyum…Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku hari ini..Aku dapat merasakan allah akan menolong kita dengan apa cara sekalipun..Walaupun,banyak dugaan dan cabaran,tapi itulah yang menjadikan hidup kita lebih matang dan kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang..

Ingat,walaupun sesukar manapun ujian yang kita hadapi..tapi kita harus melaluinya dengan ikhlas dan sabar..Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya..Pasti Allah akan berikan sesuatu yang lebih baik disebaliknya…

P/S:nak tengok konsert UNIC,tapi takde geng lah!!!!

kisah cintaku

Sabtu, 9 Januari 2010 9:39 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Nak share ttg KEKASIH aku? (aku type huruf besar tu sbb aku terlampau sangat sayang kat DIA! )Penyayang sifatnya. Betul ni..tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan.





Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA ->direct! Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah…KEKASIH,kan?!
Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni…tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang
seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan? DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab,kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat.
Tak kiralah, material ke…spiritual ke…emm memang kekasih sejatilah tu!

Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu.Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham. Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giller la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje.

Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu.Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun. Cuma aku je yang jeles ngan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul.Kata orang putih… what you give, you get back…so,
kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan?

KEKASIH aku ni baik sangat-sangat. Perfect! Tu yang kadang-kadang aku
tengah-tengah malam …area pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindulah! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya …millionaire…billionaire…dan ntah apa-apa naire lagi… Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support…caya tak? Free of charge…Tapi aku tak sedap hati la…
mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan?

Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la…pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja…cheewah!

DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu.Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius etc…

DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia.DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.
Malu la sebenarnya nak cakap ni. Emm…aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la… tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti
jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal. Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka.

Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang,
sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun! Ish! Rindu sangat dah ni!

KEKASIHKU..AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI…
WALAU NYAWA DIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG
INI, TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA… ITULAH KEKASIHKU…ALLAH S.W.T..… CINTA
TERAGUNGKU! MAY THAT KEKASIH, OUT OF HIS SHEER MERCY, GRANT US ALL THAT TRUE AND PURE LOVE... AMIIN.

Bantulah insan yang memerlukan.

9:34 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
\

Kene tolong ni.. kalau kene kat anak kita camner lah erk??? baca di bawah sekali...
Keperihatinan anda diperlukan.. ...

Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan
memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain Semoga usaha kita ini
mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!

Se tia p satu email yang anda fowardkan akan didermakan $0.01 kepada keluarga adik NURUL


Anak ini memerlukan keperihatinan kita semua...

Assalamualaikum/ Salam sejahtera ,

Penulis sebagai mewakili ahli keluarga adik Nurul Aysha Safiya bt
Samsulrizal( 4 tahun), merayu kepada
sesiapa yang prihatin agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik

Nurul.

Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambahan

tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari
sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang
lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor
adalah kanak-kanak istimewa -down sind ro m). Beliau kini terpaksa
menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk
kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator
untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus).

Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda
serba
sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau.

Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan
memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain.
Tidak dilupakan, marilah sama-sama kita berDOA kepada Allah semoga diringankan beban
dan dimudahkan pertolongan untuk adik NURUL ni.
Se tia p satu email yang anda fowardkan akan didermakan RM 0.01 kepada keluarga adik NURUL Semoga usaha kita ini
mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!


Hari ini dia susah, kita senang...esok lusa tak mustahil jadi
sebaliknya dengan kehendakNYA!
Wallahua ' lam....




P/S:please foward to your frenz....

salam ukhuwah

Ahad, 3 Januari 2010 3:43 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
salam ukhuwah buat semua pengunjung blog nio....rasanya daha lama tak update blog ni..maklumlah sangat sibuk dengan kuliah yang baru bermula...ditambah pula emester ni ada subjek kokurikulum...(kayak)..Jadi cuma ada satu hari je untuk berehat dari memikirkan semua tentang pelajaran..Tapi tak terasa juga masa untuk berehta..

Alhamdullilah,akhirnya berjaya juga aku dapat lesen kereta selepas tiga kali menhadap muka JPJ..Jadi sekarang ni,aku tak duduk diamlah,ada je tempat nak dituju..Jumpa kawan-kawan lama...Kadang-kadang menjadi tumpuan kawan-kawan lain untuk meminta tolong menjadi driver ataupun nak pergi mana-mana tempat yang jauh..Dan mak yah aku pun jadi mals nak mengahantar aku ke hostelKereta pun dah jadi macam hak milik aku..Kemana sahja sentiasa bersamaku..Takpelah,janji tak accident..

Related Posts with Thumbnails