Sambil ditemani secawan milo panas dan beberapa keeping biskut kering,aku memulaan hari ini dengan mengupdatekan blog yang tak seberapa ini..Hari ni nak update pasal hari yang memenatkan yang telah aku lalui semalam.
Semalam,atau hari isnin..Sememangnya ari isnin akan terus menjadi hari yang memenatkan sepanjang se mini diseabkan kelas yang sangat padat..Dari pukul 8 pagi hingga 7 malam..Dalam hidup aku,nii firat time aku ada rutin hidup yang sangat padat..
Ditambah lagi,aku terpaksa berjalan kaki hampir lebih kurang 1 kilometer di tengah panas yang terik seorang diri untuk ke pejabat HEPA(Hal ehwal pelajar) sebab nak menguruskan hal pinjaman..rasa macam nak tercabut lutut aku..Ditambah lagi aku memeikirkan kelas tafsir yang sepatutnya pukul 2..Terfikir sempat ke tak nak gi kelas,kalau tak pergi nanti rugi..Tiba-tiba je telefon ku berbunyi,sape ni??? “kelas tafsir tunda pukul 3”..penolong kelas aku rupanya..Masa tu syukur yang amat sangat kat Allah sebab tolong aku,sempat juga aku nak gi kelas..
Sampai je kat pejabat,takde sape2 pun kat pejabat…mana semua orang ni???Radio je yang berbunyi..Macam-macam lagu keluar..Pukul 1.30,patutlah masa ni orang tengah lunch..Takpe,rehat lu…ambil angina aircon yang sejuk ni..Selepas hampir setengah jam aku menunggu macam tunggul kat dalam pejabat tu,barulah ada orang masuk pejabat..Nak uruskan dokumen,banyak masalah lah pulak..
Lepas siap semua,Alamak!!!dah pukul 2.30 ptg lah…sempat ke aku nak gi kelas ni…Dengan menggunakan kaki lama aku ni,ditambah kelajuan tahap kaki kuda ..Aku berjalan sepantas yang mampu..sampai pak cik tyukang kebun pun pelik tengok aku,macam nak masuk pertandingan jalan kaki sukan SEA je..
Tengah syok aku jalan kaki,ada kerta tahan aku..Sape ni???aku nak cepat ni..main tahan2 pulak.. “Adik nak gi mana jalan sorang-sorang???tak takut ke,nanti kena culik kan??”ada suara yang menegur aku.. “Nak gi FKI”jawabku malu2.. “naiklah kereta akan,bar akak hantar”…Baik hati betul kakak ni,tahu-tahu je aku lewat nak gi kelas..Allah hantar dia tolong aku kot..Akhirnya,dapat juga aku gi kelas tafsir..
Hari ni betul-betul mencabar,tapi walaupun sangat meletihkan..tapi masih ku mampu tersenyum…Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku hari ini..Aku dapat merasakan allah akan menolong kita dengan apa cara sekalipun..Walaupun,banyak dugaan dan cabaran,tapi itulah yang menjadikan hidup kita lebih matang dan kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang..
Ingat,walaupun sesukar manapun ujian yang kita hadapi..tapi kita harus melaluinya dengan ikhlas dan sabar..Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya..Pasti Allah akan berikan sesuatu yang lebih baik disebaliknya…
P/S:nak tengok konsert UNIC,tapi takde geng lah!!!!
Catat Ulasan