selamat hari guru

Sabtu, 23 Mei 2009 11:19 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan


SELAMAT HARI GURU..
Tema hari guru tahun ni ialah Guru Pembina Anak Bangsa.Maksudnya guru adalah orang yang mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna.Tanpa guru,tak mungkin lahirnya seorang doctor,jurutera,pilot dan sebagainya.Dan tanpa guru.tak munkin aku akn menjadi seorang manusia yang mampu untuk menjalani hidup dengan lebih baik dan mampu bertutur,menulis,membaca dan menuntut ilmu dengan baik seperti sekarang.Terima kasih Cikgu.
Di hari guru ni,saya nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di SK Kompleks Mengabang Telipot,SMA Khairiah,SMKA Sheikh Abdul Malek,Jurulatih SIlat Gayong dan juga Jurulatih Silat Helang Putih dan juga pada ibu bapaku,serta semua yang pernah mendidik saya secara lansung taupun secara tak lansung.Sesungguhnya semua ilmu yang diberikan tidak ternilai harganya dan tak dapat dibalas.Akan saya gunakan semua ilmu itu untuk ke
arah kebaikan.Maafkan segala salah silap saya sekirannya ada terkasar bahasa dan mengguris hati.saya tahu ramai cikgu yang terasa hati dengan saya sebab saya suka sangat tidur dalam kelas.he8.Maafkan saya.Halalkan segala ilmu yang diberikan.Saya juga doakan semua guru akan sentiasa dilimpahi rahmat dan rezeki di dunia dan diakhirat.Amin…
Tahniah juga saya ucapkan kepada Teacher Diana sebab dah dapat Baby Girl.Mesti comel macam Mama dia.Tahniah sebab dah dapat gelaran seorang ibu,gelaran yang tak ternilai harganya.Gelaran yang cukup bermakna.syoknyer,entah bila dapat nak tengok baby tu..tengok dalam friendster tce je lah..
Ni adalah hari yang terakhir aku create blog ni sebelum aku pergi ke hostel esok.jadi blog ni takkan di update kan selama 2 minggu mahupun sebulan.Insya Allah,jika tiada sebarng halangan.Aku akan update blog ni dan akan ku ceritakan setiap detik dan saat di hostel.Berat je rasa kaki ni nak masuk hostel.hu6.Aku masuk hostel ni untuk menuntut ilmu..wassalam.

letih

11:10 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan


Sememangnya hari-hari di sekolah amat meletihkan.Aku kena pergi sekolah pukul 6.30 pagi dan sampai ke rumah lebih kurang pukul 5.30 petang.Jarak rumah aku yang lebih kurang 30 km dari rumah aku menyebabkan aku terpaksa pergi sekolah lebih awal dan pulang agak lambat.Kadang-kadang aku kesian tengok ayah aku kena hantar dan ambil aku ke sekolah.Sebab tu lah aku memohon untuk ke hostel walaupun aku memberontak tak nak duk hostel.Tapi lebih baik aku duk hostel dari menyusahkan ayah aku.
Minggu ni dah berlansung Program Reorientasi.Kami telah diperkenalkan dengan guru-guru kami dan mereka menerangkan serba sedikit tentang matapelajaran yang bakal kami pelajari.Antara subjek yang bakal kami pelajari ialah Pengajian Am,Bahasa Melayu,Sejarah,Bahasa Arab dan Syariah/Usuluddin.Sebenarnya akau lebih berminat untuk mempelajari Usuluddin tapi disebabkan kawan-kawan aku nak ambil Syariah,maka aku pun ikutlah diorang study Syariah.Syariah memang seronok untuk dipelajar tapi agak sukar untuk mendapat markah.tapi aku tak kisahlah,asalkan kita rajin berusaha,yang sukar pun boleh jadi senang.Kami juga mengadakan sesi taaruf dengn student upper six.Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SHAMS ialah abg Shamin.Pastu Prisedin Persatuan Pra-Universiti ialah ….x ingat r.name ye unik ngat ekpon.susah nak ingat.Pastu ada kak Kamilah,kak Aina,Kak Su and ramai lagi kakak2 n Abang2 upper six..Diorang semua baik2.Selalu bagi nasihat dan bantuan.InsyaAllah,dengan bimbingan diorang dan guru-guru,kami akan dapat menjalani hidup di Shams dengan baik.
Student form six kena pakai baju juniform yang lain daripada student2 lain.Kami kena pakai kain warna blueblack.macam kain budak skolah rendah.Kami ni berbeza lah dari student lain.Student-student lain memang respect dengan form six.Bila jumpa kitaorang,dia akan cakap “Assalamualaikum kak”.Jadi wajiblah kami jawab.”Waalaikumussalam Dik”..Memang student-student sekolah ni bagus-bagus..Kami pun bila jumpa kakak2 upper six,kenalah bagi salam sebab kami kena respect pada mereka-mereka yang lebih tua.Tapi kalu jumpa abang-abang upper six,kami tak beri salamlah sebab takut jadi lagu lain.he5.Sekolah ni memang sangat menjaga apergaulan antara muslimin dan muslimat.Bahkan tangga dan laluan juga dibahagikan antara muslimin dan mslimat.Ada tangga muslimin d nada tangga muslimat.Ada laluan muslimin dan ada alauan muslimat.Dan ada pintu muslimin dan ada pintu muslimat.Begitu terayrnya penyusunan di sekolah ini untuk menjaga pergaulan antara muslimin dan muslimat.Mungkin bagi student yang tak pernah mengalami keadaan ini amat menyusahkan.Tapi bagi student Khairiah macam aku dan kawan-kawan ku yang lain yang tak pernah belajar dengan muslimin,ini adalah perkara yang menggembirakan.Sebab kami rasa lebih selesa bila kurang bertembung untuk bertemu dengan muslimin.
Aku ni agak kasihan dengan kawanku yang kecik dan kiut ni,yang namanya Zakira..Muka dia ni memang macam budok-budok.kadang-kadang,aku rasa dia ni macam adik aku.Ada kak form six yang kata “Form six ke ni,kiutnye”.Nasib baik lah form six pakai baju yang lain dengan student lain,kalau tak.mesti ada orang ingat dia ni form 1.Kira jangan marah ya.Walupun kecik tapikira memang kiut.tadi aku sembang-sembang denagan kak illah.Aku rasa hairan lah juga sebab ye x gi matrik dan nak ambik Diploma Ukur Bahan di UiTM Perak.Dia sememangnya nak pergi jauh dari Bumi Terengganu ni atas sebab-sebab tertentu.Tapi dia agak bimbang ,bila jauh dari sini dan tiada sahabat-sahabat di sisi.Dia akan mula berubah.dan dia tak pasti dia mampu mencari sahabat-sahabat yang sama macam aku,nisa n kira kat sana.Sedangkan aku sendiri pun menagmbil masa lebih kurang 4 tahun sebelum aku ni jadi ngam dengan ye.Sememangnya nak mencari seorang sahabat yang betul-betul serai dengan kita tu agak sukar.tapi aku berharap kami takkan loss contact.dan sentiasa ada di waktu suka dan duka dikala berjauhan.Sebenarnya kak illah adalah sahabat yang paling baik aku pernah jumpa.tanpa dia,mungkin aku ni dah hanyut dengan dunia fantasia aku sendiri.Mungkin tanpa dia,aku ni lalai dalam menjalankan amar makruf nahi mungkar.walaupun ramai orang yang selalu bercakap sesuatu yang buruk tentang dia.Tapi aku tetap menganggapnya sebagai seorang sahabat yang mulia.Dulu mungkin ad anisa,yang selalu mendorong aku untuk berubah kea rah kebaikan,tapi sekarang.dia dengan dunianya sendiri.Mungkin juga dia sibuk berjuang untuk mengahadapi STAM.jadi dia,tak ada waktu untuk melayan kerenah aku yang macam budok-budok ni.Kadang-kadang aku rasa,aku ni macam adik kepada kak illah n nisa yang sentiasa memerlukan bimbingan mereka supaya aku tak tersasar jauh dari hala tuju hidyp yang sebenarnya sebagai seorang Khalifah di muka Bumi Allah ni.InsyaAllah!!!!Moga Ukhuwah Persahabatan antara aku dan sahabt-sahabatku akan terus berkekalan.Amin..

10:53 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan


MENUNTUT ILMU DI MANA JUA KITA BERADA..
Memang inilah yang dikatakan takdir.Tidak semua yang berlaku tidak seperti yang kita inginkan.Setiap apa yang berlaku telah diaturkan olah Allah.Sesungguhnya Allah yang Maha Mengatur.Tapi tak semestinya apabila apa yang kita inginkan tidak dapat kita kecapi,kita harus merasa kecewa.Pasti ada hikmahnya yang tersirat.Kita sebagai hambanya harus ikhlas menerima apa yang telah ditetapkan dan diaturkan oleh Allah.kita tidak boleh sedikitpun merasa ragu akan kasih sayang Allah pada diri kita.Allah sangat menyayangi Nabi Yahya.Dan Nabi Yahya dipancung kepalanya untuk dihadiahkan kepada pelacur.Hussien cucu Baginda Rasulullah dipenggal kepalanya dan ditacapkan di hujung tombak dan diarak di Bandar Kufah.Mereka adalah manusia-manusia mulia meskipun kelihatan hina dihina.Orang yang dihukum salah di mahkanmah dunia belum tentu salah di mahkamah akhirat dan sebaliknya.Kuatkanlah dirimu kerana Allah..
Akhir-akhir ini banyak dugaan yang membebankan hati,jiwa dan perasaan aku.Semua yang aku inginkan tak semestinya dapat ku kecapi.namun aku takkan mudah mengalah.Pasti aku akan bangkit lagi dan terus berusaha hingga dapat aku kecapi apa yang aku inginkan.Keputusan UPU dah keluar,dan sekali lagi permohonan aku tidak diterima.Aku tak dapat menyambung pelajaran ke mana-mana IPTA.Memang aku agak kecewa.namun itu tak bermakna aku gagal.Mungkin belum bukan masanya untuk aku menjejakkan kaki di Menara Gading,tapi aku pasti akan aku jejakinya satu hari nanti.Akhirnya aku memutuskan untuk mengambil STPM di SMKA Sheikh Abdul Malek..Salah sebuah sekolah terbaik di bumi Terengganu.Mula-mula aku rasa x sanggup nak gi sekolah ni.Bukan aku x suka sekolah ni tapi sekolah ni terlalu jauh dengan rumah aku dan aku paling anti duk hostel walaupun aku pernah duk hostel selama 5tahun di SMA Khairiah.Tapi pengalaman duk hostel rasanya macam madu pahit,Sape pernah makan madu pahit,tahu r gane.Tapi demi untuk menuntut ilmu,apa pun aku sanggup aku lakukan.
Hari ni,first time.aku menjejakkan kaki di SHAMS.Sekolah ni besar sangat,rasanya dua kali ganda lebih besar dari Khairiah.Pelajar-pelajar kat ni pun semuanya baik-baik dan comel-comel dan hemsen-hemsen.Ni first time aku belajar di sekolah yang ada pelajar lelaki.tapi niat aku datang sini nak mengejar cita-cita dan bukannya cinta..jadi,aku ni tak ambil kisah sangat kat student boy.nasib baik,aku ni rabun.Dan aku memang tak suka pakai cermin mata kalau tak diperlukan.So,bila aku jalan2 kat sekolah,aku tak nampak sangat muka-muka hemsen kat sini,kalau tak memang tak berkelip mata aku tengok muka diorang,he8.Ramai juga student Khairiah yang ambil STPM di sini.Tapi aku rasa tak ramai yang akan kekal kat sekolah ni.Mesti ada yang transfer kat lain..Ada ustaz yang kata,sepatutnya Khairiah kena wujudkan form 6 tapi,aku rasa takde orang yang sanggup duk khairiah selama 7 tahun.Kalau aku,aku memang tak sanggup.Sebab apa??adalah sebabnya.Mana boleh tahu.Secret of Khairiah.he7.Hari First aku duk kat sekolah ni,aku agak terkejut kerana terlalu ramai pelajar Khairiah yang mendsftar untuk ke sekolah ini.Boleh dikatakan separuh daripada lower six adalah pelajar Khairiah.Dan Cuma ada 8 orang pelajar lelaki,entah kemana perginya pelajar lelaki..dah pupus agaknya.Tapi kebanyakkan pelajar Khairiah akan bertukar ke sekolah lain atas macam-macam alasan.Antaranya atas sebab sekolah yang jauh,nak ambil aliran lain dan ada yang tak nak belajar Bahasa Arab.Macam2.Kalau aku pun,aku nak sangat tukar sekolah lain tapi bila ayah n mak akau tak setuju dan mahu aku belajar di sini maka aku pun terus kekal di sini.InsyaAllah,aku takkan mengecewakan mak ayah aku,aku akan terus belajar di sini hingga akau dapat mencapai kejayaan.

10:33 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan


KITA HANYA MAMPU MERANCANG,TAPI ALLAH YANG MENENTUKAN
Kita hanya mampu merancang,Allah yang menenentukan segala-galanya.Itulah yang kita selalu kita kena ingat setiap kali kita merancang dalam hidup kita,itulah yang berlaku dalam hidupku ini.Setiap apa yang berlaku tak semestinya sempurna seperti yang kita rancang.Hari ni aku merancang untuk ke Pantai teluk Ketapang dengan menaiki kereta sepupuku(yang sebenarnya kereta sewa milik ayahnya) untuk bertemu sahabat-sahabat ku yang bakal ke Matrikulasi pada 11 mei ini.Namun semuanya tidak berlaku seperti yang dirancang.Tiba-tiba je semua kereta kat umah sepupu aku disewa.Jadi my first problem is no transport.pening jugak kepala aku memikirkan nak pergi dengan apa.Takkan nak naik motor..aku ni takde lesen motor..Nak naik kereta viva,cormfirm ayah kau tak bagi coz aku x lulus lagi lesen kereta .Selama ni aku bawak kereta sepupu aku tu,ayah aku tak tahu.(jangan bagi tau ayah tau).Akhirnya aku suruh mak aku hantar aku,alang2 mak aku nak g kat adik aku kat hostel.
Sampai je kat Taman permainan di Pantai Teluk Ketapang,aku mencari-cari sahabt-sahabat ku ini.Tapi tak nampak pun.Cakap dah sampai tapi batang hidung pun aku x nampak.Kat mana lah diorang ni??Dahlah aku sorang-sorang je kat sini.seram je rase.Setelah hampir 5 minit menunggu.Alhamdulillah..diorang pun sampai.Jom g jalan2..Mula-mula g kat stadium,nak main bowling.Alamak!!!ramainya orang.maklumlah hujung minggu,memang ramai orang.Luangkan masa dengan family n frenz..Selepas hampir 10 minit menunggu,tapi tetap ramai orang.Akhirnya kitaorang wat keputusan nak g KFC..Nampaknyer,aku lah yang kena belanja.Sekali-sekala,takpelah.Sambil menunggu sahabatku beratur.Aku pun cari tempat nak makan.sambil menunggu,aku pun borak –borak dengan sahabatku yang lain.banyak cerita yang kami kongsikan.lagu-lagu yang ada dalam handset pun kami tukar-tukar.Antara topik yang dibincangkan ialah khabar angin yang mengatakan Tsunami akan melanda di Terengganu.Ini semua gara-gara sotong2 yang banyak naik ke pantai sejak akhir2 ni.dan juga ribut serta hujan yang melanda Negeri Darul Iman ni.Cuma khabar angin sahaja,tak tahulah betul ke tak..tapi aku berdoa semoga bencana alam ini tak akan melanda negeri ini.Aku akui,aku masih tak mampu menghadapi dugaan sebesar itu.setiap ujian yang Allah berikan adalah untuk menguji keimanan.Aku sentiasa berdoa semoga setiap ujian yang Allah berikan,aku mampu menghadapi dengan hati yang sabar.Insya Allah.
Pertemuan dengan sahabat-sahabat ku ini,sedikit sebanyak dapat memberi semangat pada aku supaya tak mudah berputus asa.mungkin aku x dapat peluang untuk ke Matrikulasi seperti mereka,mungkin rezeki aku ada di tempat lain.Aku sentiasa bersabar untuk mengetahui keputusan UPU pada 1Mei ini.Insya Allah,ada peluang untuk aku terus menuntut ilmu di dunia ini.Entah bila lagi,aku dapat peluang nak jumpa diorang lagi lepas ni.Kami bercadang nak ke rumah cikgu Ros sebelum sambung study.Cikgu ros ni adalah kaunselor di sekolah kami.Pada dialah,kami meminta nasihat.Kami berhasrat nak meminta nasihatnya sebelum ke IPT supaya kami tak mudah tersasar dari tujuan sebnar kami di IPT.Jumpa lagi nanti.inilah coretan aku yang tak seberapa untuk hari ni….

10:25 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan


SEDIHNYA….
Keputusan matrik untuk setahun dah keluar.Dan dengan result aku yang tak memuaskan tu aku tak diterima ke matrik.Takde rezeki r tu,nak wat camne.Mungkin aku akan dapat matrik 2 tahun yang akan diumumkan 3 jun ni.Ada kawan-kawan aku yang dapat matrik setahun.Kak illah dapat matrik kat pahang.Sufia dapat matrik kat johor n mira dapat matrik kat pahang.Aku dapat matrik kat Padang Nanas.Hahahaha..Matrik sendiri.Diorang akan masuk study pada 11 Mei ni.Bestnyer diorang dapat study awal2.Result maktab pun dah keluar,sekali lagi permohonan aku tak diterima.aku tahu memang banyak saingan..Insya-Allah,mungkin rezeki aku ada kat ane2 kot…Satu lagi keputusan UPU akan keluar 1 mei ni.harap-harap sangat aku dapat kat mane2..Janji,aku dapat sambung study.Kalau aku x dapat g mane2,jawabnyer aku kena ambik STPM or STAM.Kena pakai uniform sekolah lagi,boringnyer…dah 11 tahun aku pakai uniform…
Aku dah buat plan dengan member2 aku nak jumpa diorang sebelum sambung study.kat Pantai Teluk Ketapang tu je..Aku xleh nak g jauh2 coz aku mana ada lessen.jadi kawan aku yang dah ada lesen r jadi mangsa kena datang jauh2.Sekali-sekala bukan sokmo.aku nak bawa diorang main bowling kat stadium.Pastu picnic kat pantai.Syoknyer!!!Dah lama tak jumpa diorang.Aku asyik terperap je dalam rumah ni.Tapi aku hanya mampu merancang,Allah yang menenentukan segalanya-galanya.
Buat cg.saiful.thank you so Much because selalu take care pasal saya.Walaupun saya ni kadang-kadang nakal sikit,tapi cikgu tetap ambil berat pasal saya.Saya pun nak minta maaf kalau ada salah silap yang mengguris hati dan perasaan.Saya pun nak ucapkan tahniah sebab dah jadi cikgu yang sebenarnye..Moga sabar dan tabah melayan kerenah anak murid di SMK Dato’ Razali.harap-harap dah tak naik atas kerusi lagi masa mengajar,Macam cikgu ajar saya dulu.Saya rasa cikgu dah cukup tinggi.Saya pun nak ucap terima kasih atas ilmu yang cikgu ajar saya walaupun Cuma sekali tapi ilmu tu amat berharga.saya ingat lagi tau cikgu ajar saya Log dalam add math.Mesti ramai peminat cikgu kat sekolah tu nanti,bolehlah cikgu cari calon isteri.Saya doakan cikgu akan jadi seorang guru yang berdedikasi dan terus bersemangat untuk mendidik anak bangsa.Chayok…chayok…

10:21 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan


CABARAN….
Semasa aku update blog ni,aku diganggu oleh adik bongsuku yang berusia 2 tahun ni.Aku ditinggalkan berdua dengannya oleh parentku yang sedang mengikuti kursus haji.InsyaAllah..Hujung tahun ni,parent aku akan menunaikan rukun islam yang kelima.Alhamdullilah,dengan rezeki yang Allah berikan.Parent aku dapat menyempurnakan rukun Islam dengn sempurna pada usia yang masih muda(Sebelum umur 50 tahun).Walaupun aku Cuma menjaga seorang adik,tapi cukup pening untuk aku melayan kerenahnya yang pandai bercakap,tapi aku tak faham satu pun apa yang dia cakap.Jadi aku buat cara mudah,aku dodoi dia sampai tidur.Barulah aku dapat buat kerja dengan aman.
Mak ayah aku dah pulang dari perak.Jelas terpancar kegembiraan dan kepuasan hati di wajah mereka apabila Pakatan Rakyat menang di Bukit Gantang dan Bukit selambau.tak sia-sia mereka menghabiskan wang,masa dan tenaga utk p’juangan mrk di Bukit gantang.Rakyat semakin berani membuat keputusan yang bijak.Nampaknya Datuk Nizar masih lagi dihati Rakyat Perak..Ayuh,kita teruskan perjuangan untuk menakluk kembali perak.Kadang-kadang,aku rasa sakit hati melihat suasana politik di Negara kita yang sentiasa diwarnai dengan rasuah,fitnah,ugutan,politik wang dan sebagainya.Semua itulah yang menyebabkan politik di Negara kita kurang stabil.Sekarang Najib yang menjadi Perdana Menteri.Aku pun tak tahu,selama mana dia mampu bertahan.namun,aku yakin.Pakatan Rakyat takkan mudah mengalah.akan terus berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.Buah tangan dari perak yang aku dapat ialah resepi Mee Udang Kuala Sepetang.Walaupun tak dapat g Kuala Sepetang utntuk merasa Mee Udang yang berharga RM6-RM9 sepinggan ni,dapat rasa Mee Udang air tangan mak aku ni pun dah cukup sedap.Sedap sangat tau,sepinggan pun tak cukup lg tau..
Sahabatku,Umi Atini akan melanjutkan penganjian dalam diploma perguruan di KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor) pada 11 Mei ni.Bestnyer…Dapat sambung study awal2.Hari ni aku dapat 2 lg tawaran untuk sambung study.dr UNITEN(Universiti Tenaga Nasional) dalam Foundation in Business Administration..Tempoh pengajian selama 1 tahun dan yuran pengajian lebih kurang RM 9000..Tawaran yang kedua di UNISEL(Universiti Industri Selangor) dalam Diploma Industri Bioteknologi..Tempoh pengajian selama 3 tahun dan yuran pengajian RM 19,000.00...Kalu ikutkan hati aku ni,nak sangat aku g UNISEL,memang dari dulu la aku nak ceburi Bidang Bioteknologi..Satu bidang baru di Negara kita yang menjanjikan peluang pekerjaan..Selama 2 tahun aku belajar sains tulen dan berharap aku dapat peluang lagi nak belajar sains..Tapi,disebabkan mak ayah aku ni tak berkenan dengan IPTS,terpaksa aku tolak dengan hati yang kecewa.Sebenarnya,aku rasa serba salah sangat.Kalau aku tak terima tawaran ni,ruginyer..peluang ni datang sekali je..Tapi,kalau aku terima,mak ayah aku x bagi..Kalau aku ada duit sendiri,memang dah lama aku terima.Tak payah aku menyusahkan mak ayah aku kan…Aku rasa dah lebih 10 kali aku belek surat tawaran ni..Aku tahu mak ayah aku nak yg terbaik untuk aku.lg pun IPTS memang banyak belanja.Lgpun aku ni anak sulung,first time diorang hantar anak masuk U.Mestilah diorang nak yang terbaik untuk aku..Nampaknya surat tawaran ni kan jadi kenangan semata-mata
Kalau aku tak dapat bidang sains atau bidang yang sesuai dengan jiwa aku ni.Memang aku masuk form 6 je lah,pastu aku nak study btul2.Satu je yg aku tak sanggup,aku malas nak pakai bju uniform..rse mcm bdok2 je lg.Tapi demi cita-cita ku,apa2 pun aku sanggup lakukan.Macam citer Embun Mutiara. “Demi cinta akan ku takluk dia,demi cita-cita akan ku takluk dunia”.Tapi cita-cita je lah,kalu cinta tu..malas aku nak pkir.memeningkan perut dan menyakitkan kepala je.Keputusan matrik kuor 17/4 ni,kalu aku dapat pun,memang sure.mak ayah aku tak bagi aku g atas alasan kos pengajian yang tinggi.Sepupu aku yg cakap,aku pun x tau btul dop.Keputusan IPTA akan keluar minggu kedua bulan Mei,setiap aku hari aku berdoa,masa kan pantas berlalu supaya aku dapat tahu result cepat2.sememangnya aku tengah dilema ni.Ditambah dengan tension coz boring duk umah plus hatiku yang dah tak sabar nak sambung study..Macam-macam ada.Ya Allah,berilah petunjuk pada hambaMu ini.
Sekarang ni kan,mak ayah aku dah bagi aku naik kete walaupun aku ni xdop lessen lagi.Setakat hantar n ambil adik aku dari sekolah boleh r,kurang ckit beban mak aku tu kan.Aku malas doh nak g PSM kat Gong Badak tu.Sepupu aku,Ustaz Irwami dah pusing satu Malaya ni pun xdop lesen.Takkan aku ni tak boleh nak pusing satu kampong Mengabang Telipot pun x leh kan.X tau r bila plok aku nak test lesen.Malas aku nak ngadap muka JPJ yang garang macam singa tu.Aku rase aku ni macam Arnab je bila duk tepi ye.Ish5.Maybe sebelum aku sambung study,aku cuba dapatkan lesen kete yang paling mahal kat dunia ni..insya Allah..
Buat sahabatku,Mr.genius n Miss Silat,aku harap korang belajar rajin2 dan jangan jadi malas macam aku ni.buat yang terbaik dalam SPM 2009.Aku doakan korang berjaya dan dapat result yang lebih bagus dari aku.Mr.Genius,aku harap kau guna segala bahan2 ilmu yang aku bagi tu dengan baik.Dari nota Bahasa Arab sampai Nota Biology,gunakan dengan sebaik-baiknya.Aku doakan kau dapat sambung study kat India dan menjadi Pakar bedah yang terbaik di Dunia.InsyaAllah.Dan Miss Silat,jangan asyik nak bersilat kat gelanggang SUKMA tu je.Ingat!!SPM tu penting sangat.Penentu masa depanmu.Jangan Sleeping dalam kelas macam aku ni.Aku tahu,wabak ni dah merebak kat hostel sejak berkurun-kurun lamenya.Make sure sarapan dlu sebelum ke sekolah.Dan aku minta maaf sangat sebab aku masih tak ada peluang nak jumpa korang berdua.Bukan tak ada masa tapi transport yang menjadi masalah.Tunggu je lah aku dapat lesen F1.buat Admin,terima kasih atas nasihat yang diberikan.Semoga dirimu dirahmati Allah.

10:08 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan


MUDAH!!!!!DISUKAI SEKELIP MATA..
Semua orang pasti mempunyai karisma atau pesona,yang membuatkannya disukai ramai orang.ternyata kamu juga boleh menjadi seperti itu tanpa perlu punya bakat yang istimewa.
1.Perlakukan orang-orang di sekitar kamu seperti sahabat lama,sehingga tercipta kehangatan emosional seperti magnet.cara untuk menunjukkannya cukuplah dengan tersenyum.
2.Jangan mengenakan pakaian berwarna hitam kerana warna ini merupakan satu tanda kekuatan dan ingin mendominasi.Lebih baik mengenakan warna seperti pink,oren atau kuning daripada memakai little black dress.Ini kerana warna-warna ini terbukti memancarkan kehangatan atau keramahan tetapi jangan gunakan warna ini dari hujung kaki sampai hujung rambut.nampak pelik nanti.
3.Saat orang lain berbicara,ada kalanya kamu mungkin kurang memberikan perhatian penuh kerana sibuk memikirkan sesuatu yang lainOleh itu,jadilah pendengar yang setia dan baik kerana amat penting untuk kamu menunjukkan sikap ambil berat pada si yang bercerita.
4.Sentiasa mengingati nama-nama orang di sekeliling kamu tidak kiralah yang rapat dengan kamu ataupun tidak.sikap akrab seperti ini akan membuatkanorang akan merasa lebih dekat dengan kamu.

9:58 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan


CIRI KAMU SUKA BUANG MASA.
Ada antara kamu tidak sedar yang kamu mungkin salah seorang daripada individu yang suka membuang masa atau tidak?Jadi,untuk itu apa kata kamu cuba semak perkara di bawah.Andai kamu punya sikap-sikap tersebut,ha..nampaknya memang benarlah kamu ni seorang yang suka mensia-siakan masa.Oleh itu,lakukanlah sesuatu agar kamu mampu memanfaatkan setiap masa dengan sebaiknya…
kamu sering merasa masa begitu pantas berlalu sehinggakan dalam masa 24 jam kamu tak sempat untuk melakukan apa-apa pun.
kamu tidak pernah memikirkan masa depan kerana merasakan masih banyak masa untuk fikirkannya.
Setiap kali tidak berkerja ataupun ada masa yang terluang pasti akan dihabiskan dengan mengelamun.
Usia telah meningkat tetapi masih belum dan tidak pernah ada sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan.
Kamu lebih banyak berangan-angan dan bercakap kosong daripada berusaha untuk mencapai sesuatu.Akibatnya tiada hasil yang kamu dapat.
Aktiviti harian kamu andai tidak berkerja ataupun ke kuliah banyak masa dihabiskan dengan melepak serta berhibur bersama-sama teman.Mungkin bagi kamu,itu adalah salah satu cara untuk menghilangkan tekanan,tetapi kalau aktiviti tersebut sudah menjadi kebiasaan.,semua itu hanya membuang masa.
bergayut di telefon dan sms 24 jam menjadi hobi atau perkara wajib yang dilakukan setiap hari.
Orang yang suka membuang masa,kehidupannya agak tidak terurus.Bukan sahaja dari segi pakaian malah rumah berselerak,meja penuh dengan barang dan macam-macam lagi.Alasan yang sering diberikan tidak ada masa,tatapi kalau shopping mesti ada masa.

Related Posts with Thumbnails