CIRI KAMU SUKA BUANG MASA.
Ada antara kamu tidak sedar yang kamu mungkin salah seorang daripada individu yang suka membuang masa atau tidak?Jadi,untuk itu apa kata kamu cuba semak perkara di bawah.Andai kamu punya sikap-sikap tersebut,ha..nampaknya memang benarlah kamu ni seorang yang suka mensia-siakan masa.Oleh itu,lakukanlah sesuatu agar kamu mampu memanfaatkan setiap masa dengan sebaiknya…
kamu sering merasa masa begitu pantas berlalu sehinggakan dalam masa 24 jam kamu tak sempat untuk melakukan apa-apa pun.
kamu tidak pernah memikirkan masa depan kerana merasakan masih banyak masa untuk fikirkannya.
Setiap kali tidak berkerja ataupun ada masa yang terluang pasti akan dihabiskan dengan mengelamun.
Usia telah meningkat tetapi masih belum dan tidak pernah ada sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan.
Kamu lebih banyak berangan-angan dan bercakap kosong daripada berusaha untuk mencapai sesuatu.Akibatnya tiada hasil yang kamu dapat.
Aktiviti harian kamu andai tidak berkerja ataupun ke kuliah banyak masa dihabiskan dengan melepak serta berhibur bersama-sama teman.Mungkin bagi kamu,itu adalah salah satu cara untuk menghilangkan tekanan,tetapi kalau aktiviti tersebut sudah menjadi kebiasaan.,semua itu hanya membuang masa.
bergayut di telefon dan sms 24 jam menjadi hobi atau perkara wajib yang dilakukan setiap hari.
Orang yang suka membuang masa,kehidupannya agak tidak terurus.Bukan sahaja dari segi pakaian malah rumah berselerak,meja penuh dengan barang dan macam-macam lagi.Alasan yang sering diberikan tidak ada masa,tatapi kalau shopping mesti ada masa.
Catat Ulasan