Sabtu, 23 Mei 2009 10:33 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH


KITA HANYA MAMPU MERANCANG,TAPI ALLAH YANG MENENTUKAN
Kita hanya mampu merancang,Allah yang menenentukan segala-galanya.Itulah yang kita selalu kita kena ingat setiap kali kita merancang dalam hidup kita,itulah yang berlaku dalam hidupku ini.Setiap apa yang berlaku tak semestinya sempurna seperti yang kita rancang.Hari ni aku merancang untuk ke Pantai teluk Ketapang dengan menaiki kereta sepupuku(yang sebenarnya kereta sewa milik ayahnya) untuk bertemu sahabat-sahabat ku yang bakal ke Matrikulasi pada 11 mei ini.Namun semuanya tidak berlaku seperti yang dirancang.Tiba-tiba je semua kereta kat umah sepupu aku disewa.Jadi my first problem is no transport.pening jugak kepala aku memikirkan nak pergi dengan apa.Takkan nak naik motor..aku ni takde lesen motor..Nak naik kereta viva,cormfirm ayah kau tak bagi coz aku x lulus lagi lesen kereta .Selama ni aku bawak kereta sepupu aku tu,ayah aku tak tahu.(jangan bagi tau ayah tau).Akhirnya aku suruh mak aku hantar aku,alang2 mak aku nak g kat adik aku kat hostel.
Sampai je kat Taman permainan di Pantai Teluk Ketapang,aku mencari-cari sahabt-sahabat ku ini.Tapi tak nampak pun.Cakap dah sampai tapi batang hidung pun aku x nampak.Kat mana lah diorang ni??Dahlah aku sorang-sorang je kat sini.seram je rase.Setelah hampir 5 minit menunggu.Alhamdulillah..diorang pun sampai.Jom g jalan2..Mula-mula g kat stadium,nak main bowling.Alamak!!!ramainya orang.maklumlah hujung minggu,memang ramai orang.Luangkan masa dengan family n frenz..Selepas hampir 10 minit menunggu,tapi tetap ramai orang.Akhirnya kitaorang wat keputusan nak g KFC..Nampaknyer,aku lah yang kena belanja.Sekali-sekala,takpelah.Sambil menunggu sahabatku beratur.Aku pun cari tempat nak makan.sambil menunggu,aku pun borak –borak dengan sahabatku yang lain.banyak cerita yang kami kongsikan.lagu-lagu yang ada dalam handset pun kami tukar-tukar.Antara topik yang dibincangkan ialah khabar angin yang mengatakan Tsunami akan melanda di Terengganu.Ini semua gara-gara sotong2 yang banyak naik ke pantai sejak akhir2 ni.dan juga ribut serta hujan yang melanda Negeri Darul Iman ni.Cuma khabar angin sahaja,tak tahulah betul ke tak..tapi aku berdoa semoga bencana alam ini tak akan melanda negeri ini.Aku akui,aku masih tak mampu menghadapi dugaan sebesar itu.setiap ujian yang Allah berikan adalah untuk menguji keimanan.Aku sentiasa berdoa semoga setiap ujian yang Allah berikan,aku mampu menghadapi dengan hati yang sabar.Insya Allah.
Pertemuan dengan sahabat-sahabat ku ini,sedikit sebanyak dapat memberi semangat pada aku supaya tak mudah berputus asa.mungkin aku x dapat peluang untuk ke Matrikulasi seperti mereka,mungkin rezeki aku ada di tempat lain.Aku sentiasa bersabar untuk mengetahui keputusan UPU pada 1Mei ini.Insya Allah,ada peluang untuk aku terus menuntut ilmu di dunia ini.Entah bila lagi,aku dapat peluang nak jumpa diorang lagi lepas ni.Kami bercadang nak ke rumah cikgu Ros sebelum sambung study.Cikgu ros ni adalah kaunselor di sekolah kami.Pada dialah,kami meminta nasihat.Kami berhasrat nak meminta nasihatnya sebelum ke IPT supaya kami tak mudah tersasar dari tujuan sebnar kami di IPT.Jumpa lagi nanti.inilah coretan aku yang tak seberapa untuk hari ni….

0 Response to " "

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails