letih

Sabtu, 23 Mei 2009 11:10 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH


Sememangnya hari-hari di sekolah amat meletihkan.Aku kena pergi sekolah pukul 6.30 pagi dan sampai ke rumah lebih kurang pukul 5.30 petang.Jarak rumah aku yang lebih kurang 30 km dari rumah aku menyebabkan aku terpaksa pergi sekolah lebih awal dan pulang agak lambat.Kadang-kadang aku kesian tengok ayah aku kena hantar dan ambil aku ke sekolah.Sebab tu lah aku memohon untuk ke hostel walaupun aku memberontak tak nak duk hostel.Tapi lebih baik aku duk hostel dari menyusahkan ayah aku.
Minggu ni dah berlansung Program Reorientasi.Kami telah diperkenalkan dengan guru-guru kami dan mereka menerangkan serba sedikit tentang matapelajaran yang bakal kami pelajari.Antara subjek yang bakal kami pelajari ialah Pengajian Am,Bahasa Melayu,Sejarah,Bahasa Arab dan Syariah/Usuluddin.Sebenarnya akau lebih berminat untuk mempelajari Usuluddin tapi disebabkan kawan-kawan aku nak ambil Syariah,maka aku pun ikutlah diorang study Syariah.Syariah memang seronok untuk dipelajar tapi agak sukar untuk mendapat markah.tapi aku tak kisahlah,asalkan kita rajin berusaha,yang sukar pun boleh jadi senang.Kami juga mengadakan sesi taaruf dengn student upper six.Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SHAMS ialah abg Shamin.Pastu Prisedin Persatuan Pra-Universiti ialah ….x ingat r.name ye unik ngat ekpon.susah nak ingat.Pastu ada kak Kamilah,kak Aina,Kak Su and ramai lagi kakak2 n Abang2 upper six..Diorang semua baik2.Selalu bagi nasihat dan bantuan.InsyaAllah,dengan bimbingan diorang dan guru-guru,kami akan dapat menjalani hidup di Shams dengan baik.
Student form six kena pakai baju juniform yang lain daripada student2 lain.Kami kena pakai kain warna blueblack.macam kain budak skolah rendah.Kami ni berbeza lah dari student lain.Student-student lain memang respect dengan form six.Bila jumpa kitaorang,dia akan cakap “Assalamualaikum kak”.Jadi wajiblah kami jawab.”Waalaikumussalam Dik”..Memang student-student sekolah ni bagus-bagus..Kami pun bila jumpa kakak2 upper six,kenalah bagi salam sebab kami kena respect pada mereka-mereka yang lebih tua.Tapi kalu jumpa abang-abang upper six,kami tak beri salamlah sebab takut jadi lagu lain.he5.Sekolah ni memang sangat menjaga apergaulan antara muslimin dan muslimat.Bahkan tangga dan laluan juga dibahagikan antara muslimin dan mslimat.Ada tangga muslimin d nada tangga muslimat.Ada laluan muslimin dan ada alauan muslimat.Dan ada pintu muslimin dan ada pintu muslimat.Begitu terayrnya penyusunan di sekolah ini untuk menjaga pergaulan antara muslimin dan muslimat.Mungkin bagi student yang tak pernah mengalami keadaan ini amat menyusahkan.Tapi bagi student Khairiah macam aku dan kawan-kawan ku yang lain yang tak pernah belajar dengan muslimin,ini adalah perkara yang menggembirakan.Sebab kami rasa lebih selesa bila kurang bertembung untuk bertemu dengan muslimin.
Aku ni agak kasihan dengan kawanku yang kecik dan kiut ni,yang namanya Zakira..Muka dia ni memang macam budok-budok.kadang-kadang,aku rasa dia ni macam adik aku.Ada kak form six yang kata “Form six ke ni,kiutnye”.Nasib baik lah form six pakai baju yang lain dengan student lain,kalau tak.mesti ada orang ingat dia ni form 1.Kira jangan marah ya.Walupun kecik tapikira memang kiut.tadi aku sembang-sembang denagan kak illah.Aku rasa hairan lah juga sebab ye x gi matrik dan nak ambik Diploma Ukur Bahan di UiTM Perak.Dia sememangnya nak pergi jauh dari Bumi Terengganu ni atas sebab-sebab tertentu.Tapi dia agak bimbang ,bila jauh dari sini dan tiada sahabat-sahabat di sisi.Dia akan mula berubah.dan dia tak pasti dia mampu mencari sahabat-sahabat yang sama macam aku,nisa n kira kat sana.Sedangkan aku sendiri pun menagmbil masa lebih kurang 4 tahun sebelum aku ni jadi ngam dengan ye.Sememangnya nak mencari seorang sahabat yang betul-betul serai dengan kita tu agak sukar.tapi aku berharap kami takkan loss contact.dan sentiasa ada di waktu suka dan duka dikala berjauhan.Sebenarnya kak illah adalah sahabat yang paling baik aku pernah jumpa.tanpa dia,mungkin aku ni dah hanyut dengan dunia fantasia aku sendiri.Mungkin tanpa dia,aku ni lalai dalam menjalankan amar makruf nahi mungkar.walaupun ramai orang yang selalu bercakap sesuatu yang buruk tentang dia.Tapi aku tetap menganggapnya sebagai seorang sahabat yang mulia.Dulu mungkin ad anisa,yang selalu mendorong aku untuk berubah kea rah kebaikan,tapi sekarang.dia dengan dunianya sendiri.Mungkin juga dia sibuk berjuang untuk mengahadapi STAM.jadi dia,tak ada waktu untuk melayan kerenah aku yang macam budok-budok ni.Kadang-kadang aku rasa,aku ni macam adik kepada kak illah n nisa yang sentiasa memerlukan bimbingan mereka supaya aku tak tersasar jauh dari hala tuju hidyp yang sebenarnya sebagai seorang Khalifah di muka Bumi Allah ni.InsyaAllah!!!!Moga Ukhuwah Persahabatan antara aku dan sahabt-sahabatku akan terus berkekalan.Amin..

0 Response to "letih"

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails