Sabtu, 23 Mei 2009 10:21 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH


CABARAN….
Semasa aku update blog ni,aku diganggu oleh adik bongsuku yang berusia 2 tahun ni.Aku ditinggalkan berdua dengannya oleh parentku yang sedang mengikuti kursus haji.InsyaAllah..Hujung tahun ni,parent aku akan menunaikan rukun islam yang kelima.Alhamdullilah,dengan rezeki yang Allah berikan.Parent aku dapat menyempurnakan rukun Islam dengn sempurna pada usia yang masih muda(Sebelum umur 50 tahun).Walaupun aku Cuma menjaga seorang adik,tapi cukup pening untuk aku melayan kerenahnya yang pandai bercakap,tapi aku tak faham satu pun apa yang dia cakap.Jadi aku buat cara mudah,aku dodoi dia sampai tidur.Barulah aku dapat buat kerja dengan aman.
Mak ayah aku dah pulang dari perak.Jelas terpancar kegembiraan dan kepuasan hati di wajah mereka apabila Pakatan Rakyat menang di Bukit Gantang dan Bukit selambau.tak sia-sia mereka menghabiskan wang,masa dan tenaga utk p’juangan mrk di Bukit gantang.Rakyat semakin berani membuat keputusan yang bijak.Nampaknya Datuk Nizar masih lagi dihati Rakyat Perak..Ayuh,kita teruskan perjuangan untuk menakluk kembali perak.Kadang-kadang,aku rasa sakit hati melihat suasana politik di Negara kita yang sentiasa diwarnai dengan rasuah,fitnah,ugutan,politik wang dan sebagainya.Semua itulah yang menyebabkan politik di Negara kita kurang stabil.Sekarang Najib yang menjadi Perdana Menteri.Aku pun tak tahu,selama mana dia mampu bertahan.namun,aku yakin.Pakatan Rakyat takkan mudah mengalah.akan terus berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.Buah tangan dari perak yang aku dapat ialah resepi Mee Udang Kuala Sepetang.Walaupun tak dapat g Kuala Sepetang utntuk merasa Mee Udang yang berharga RM6-RM9 sepinggan ni,dapat rasa Mee Udang air tangan mak aku ni pun dah cukup sedap.Sedap sangat tau,sepinggan pun tak cukup lg tau..
Sahabatku,Umi Atini akan melanjutkan penganjian dalam diploma perguruan di KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor) pada 11 Mei ni.Bestnyer…Dapat sambung study awal2.Hari ni aku dapat 2 lg tawaran untuk sambung study.dr UNITEN(Universiti Tenaga Nasional) dalam Foundation in Business Administration..Tempoh pengajian selama 1 tahun dan yuran pengajian lebih kurang RM 9000..Tawaran yang kedua di UNISEL(Universiti Industri Selangor) dalam Diploma Industri Bioteknologi..Tempoh pengajian selama 3 tahun dan yuran pengajian RM 19,000.00...Kalu ikutkan hati aku ni,nak sangat aku g UNISEL,memang dari dulu la aku nak ceburi Bidang Bioteknologi..Satu bidang baru di Negara kita yang menjanjikan peluang pekerjaan..Selama 2 tahun aku belajar sains tulen dan berharap aku dapat peluang lagi nak belajar sains..Tapi,disebabkan mak ayah aku ni tak berkenan dengan IPTS,terpaksa aku tolak dengan hati yang kecewa.Sebenarnya,aku rasa serba salah sangat.Kalau aku tak terima tawaran ni,ruginyer..peluang ni datang sekali je..Tapi,kalau aku terima,mak ayah aku x bagi..Kalau aku ada duit sendiri,memang dah lama aku terima.Tak payah aku menyusahkan mak ayah aku kan…Aku rasa dah lebih 10 kali aku belek surat tawaran ni..Aku tahu mak ayah aku nak yg terbaik untuk aku.lg pun IPTS memang banyak belanja.Lgpun aku ni anak sulung,first time diorang hantar anak masuk U.Mestilah diorang nak yang terbaik untuk aku..Nampaknya surat tawaran ni kan jadi kenangan semata-mata
Kalau aku tak dapat bidang sains atau bidang yang sesuai dengan jiwa aku ni.Memang aku masuk form 6 je lah,pastu aku nak study btul2.Satu je yg aku tak sanggup,aku malas nak pakai bju uniform..rse mcm bdok2 je lg.Tapi demi cita-cita ku,apa2 pun aku sanggup lakukan.Macam citer Embun Mutiara. “Demi cinta akan ku takluk dia,demi cita-cita akan ku takluk dunia”.Tapi cita-cita je lah,kalu cinta tu..malas aku nak pkir.memeningkan perut dan menyakitkan kepala je.Keputusan matrik kuor 17/4 ni,kalu aku dapat pun,memang sure.mak ayah aku tak bagi aku g atas alasan kos pengajian yang tinggi.Sepupu aku yg cakap,aku pun x tau btul dop.Keputusan IPTA akan keluar minggu kedua bulan Mei,setiap aku hari aku berdoa,masa kan pantas berlalu supaya aku dapat tahu result cepat2.sememangnya aku tengah dilema ni.Ditambah dengan tension coz boring duk umah plus hatiku yang dah tak sabar nak sambung study..Macam-macam ada.Ya Allah,berilah petunjuk pada hambaMu ini.
Sekarang ni kan,mak ayah aku dah bagi aku naik kete walaupun aku ni xdop lessen lagi.Setakat hantar n ambil adik aku dari sekolah boleh r,kurang ckit beban mak aku tu kan.Aku malas doh nak g PSM kat Gong Badak tu.Sepupu aku,Ustaz Irwami dah pusing satu Malaya ni pun xdop lesen.Takkan aku ni tak boleh nak pusing satu kampong Mengabang Telipot pun x leh kan.X tau r bila plok aku nak test lesen.Malas aku nak ngadap muka JPJ yang garang macam singa tu.Aku rase aku ni macam Arnab je bila duk tepi ye.Ish5.Maybe sebelum aku sambung study,aku cuba dapatkan lesen kete yang paling mahal kat dunia ni..insya Allah..
Buat sahabatku,Mr.genius n Miss Silat,aku harap korang belajar rajin2 dan jangan jadi malas macam aku ni.buat yang terbaik dalam SPM 2009.Aku doakan korang berjaya dan dapat result yang lebih bagus dari aku.Mr.Genius,aku harap kau guna segala bahan2 ilmu yang aku bagi tu dengan baik.Dari nota Bahasa Arab sampai Nota Biology,gunakan dengan sebaik-baiknya.Aku doakan kau dapat sambung study kat India dan menjadi Pakar bedah yang terbaik di Dunia.InsyaAllah.Dan Miss Silat,jangan asyik nak bersilat kat gelanggang SUKMA tu je.Ingat!!SPM tu penting sangat.Penentu masa depanmu.Jangan Sleeping dalam kelas macam aku ni.Aku tahu,wabak ni dah merebak kat hostel sejak berkurun-kurun lamenya.Make sure sarapan dlu sebelum ke sekolah.Dan aku minta maaf sangat sebab aku masih tak ada peluang nak jumpa korang berdua.Bukan tak ada masa tapi transport yang menjadi masalah.Tunggu je lah aku dapat lesen F1.buat Admin,terima kasih atas nasihat yang diberikan.Semoga dirimu dirahmati Allah.

0 Response to " "

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails