MENUNTUT ILMU DI MANA JUA KITA BERADA..
Memang inilah yang dikatakan takdir.Tidak semua yang berlaku tidak seperti yang kita inginkan.Setiap apa yang berlaku telah diaturkan olah Allah.Sesungguhnya Allah yang Maha Mengatur.Tapi tak semestinya apabila apa yang kita inginkan tidak dapat kita kecapi,kita harus merasa kecewa.Pasti ada hikmahnya yang tersirat.Kita sebagai hambanya harus ikhlas menerima apa yang telah ditetapkan dan diaturkan oleh Allah.kita tidak boleh sedikitpun merasa ragu akan kasih sayang Allah pada diri kita.Allah sangat menyayangi Nabi Yahya.Dan Nabi Yahya dipancung kepalanya untuk dihadiahkan kepada pelacur.Hussien cucu Baginda Rasulullah dipenggal kepalanya dan ditacapkan di hujung tombak dan diarak di Bandar Kufah.Mereka adalah manusia-manusia mulia meskipun kelihatan hina dihina.Orang yang dihukum salah di mahkanmah dunia belum tentu salah di mahkamah akhirat dan sebaliknya.Kuatkanlah dirimu kerana Allah..
Akhir-akhir ini banyak dugaan yang membebankan hati,jiwa dan perasaan aku.Semua yang aku inginkan tak semestinya dapat ku kecapi.namun aku takkan mudah mengalah.Pasti aku akan bangkit lagi dan terus berusaha hingga dapat aku kecapi apa yang aku inginkan.Keputusan UPU dah keluar,dan sekali lagi permohonan aku tidak diterima.Aku tak dapat menyambung pelajaran ke mana-mana IPTA.Memang aku agak kecewa.namun itu tak bermakna aku gagal.Mungkin belum bukan masanya untuk aku menjejakkan kaki di Menara Gading,tapi aku pasti akan aku jejakinya satu hari nanti.Akhirnya aku memutuskan untuk mengambil STPM di SMKA Sheikh Abdul Malek..Salah sebuah sekolah terbaik di bumi Terengganu.Mula-mula aku rasa x sanggup nak gi sekolah ni.Bukan aku x suka sekolah ni tapi sekolah ni terlalu jauh dengan rumah aku dan aku paling anti duk hostel walaupun aku pernah duk hostel selama 5tahun di SMA Khairiah.Tapi pengalaman duk hostel rasanya macam madu pahit,Sape pernah makan madu pahit,tahu r gane.Tapi demi untuk menuntut ilmu,apa pun aku sanggup aku lakukan.
Hari ni,first time.aku menjejakkan kaki di SHAMS.Sekolah ni besar sangat,rasanya dua kali ganda lebih besar dari Khairiah.Pelajar-pelajar kat ni pun semuanya baik-baik dan comel-comel dan hemsen-hemsen.Ni first time aku belajar di sekolah yang ada pelajar lelaki.tapi niat aku datang sini nak mengejar cita-cita dan bukannya cinta..jadi,aku ni tak ambil kisah sangat kat student boy.nasib baik,aku ni rabun.Dan aku memang tak suka pakai cermin mata kalau tak diperlukan.So,bila aku jalan2 kat sekolah,aku tak nampak sangat muka-muka hemsen kat sini,kalau tak memang tak berkelip mata aku tengok muka diorang,he8.Ramai juga student Khairiah yang ambil STPM di sini.Tapi aku rasa tak ramai yang akan kekal kat sekolah ni.Mesti ada yang transfer kat lain..Ada ustaz yang kata,sepatutnya Khairiah kena wujudkan form 6 tapi,aku rasa takde orang yang sanggup duk khairiah selama 7 tahun.Kalau aku,aku memang tak sanggup.Sebab apa??adalah sebabnya.Mana boleh tahu.Secret of Khairiah.he7.Hari First aku duk kat sekolah ni,aku agak terkejut kerana terlalu ramai pelajar Khairiah yang mendsftar untuk ke sekolah ini.Boleh dikatakan separuh daripada lower six adalah pelajar Khairiah.Dan Cuma ada 8 orang pelajar lelaki,entah kemana perginya pelajar lelaki..dah pupus agaknya.Tapi kebanyakkan pelajar Khairiah akan bertukar ke sekolah lain atas macam-macam alasan.Antaranya atas sebab sekolah yang jauh,nak ambil aliran lain dan ada yang tak nak belajar Bahasa Arab.Macam2.Kalau aku pun,aku nak sangat tukar sekolah lain tapi bila ayah n mak akau tak setuju dan mahu aku belajar di sini maka aku pun terus kekal di sini.InsyaAllah,aku takkan mengecewakan mak ayah aku,aku akan terus belajar di sini hingga akau dapat mencapai kejayaan.
Catat Ulasan