Istiqamah Vs Karamah

Selasa, 14 Jun 2011 10:51 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
Seorang ulama telah mengajar di sebuah madrasah selama 40 tahun dengan tekun.Dia tidak pernah ponteng walaupun sekali melainkan apabila ada uzur syarie.Namun ,ketekunan ulama tua itu tidak dihargai sebahagiab besar anak muda yang menuntut imu dengannya.

"Sepanjang kita belajar dengannya,sedikit pun tidak terserlah keluarbiasaannya"kata salah seorang anak muridnya.

"berbanding dengan guru-guru lain di tempat kita,guru kita tidak mempunyai apa-apa keistimewaan .semua yang ada padanya biasa-biasa sahaja"tambah yang lain.

"Betul.Aku dengar guru di kampung sebelah pernah mengeluarkan cahaya dari celah-celah jarinya.malang betul nasib kita"

Akhirnya,sungutan2 itu kedengaran sampai jua ke telinga ulama tua itu.Lalu beliau bertekad untuk memberi pengajaran yang berguna kepada anak-anak muridnya.Ketika mengajar pada suatu hari,beliau dengan sengaja telah melepaskan kapur menulis di atas papan hitam.Namun,anehnya kapur itu tidak jatuh..sebaliknya terus bergerak dan menulis di atas papan hitam dan menulis perkataan yang ingin ditulis oleh ulama itu.

Melihat kejadian aneh itu semua anak muridnya berdiri dan melopong kekaguman.Tidak sangka bahawa guru yang mereka anggap lekeh selama ini rupanya turut memiliki karamah. Melihat kekaguman anak-anak muridnya,guru tua itu menepuk papan hitam dengan kuat lantas berkata:
"Aku hairan melihat sikap kamu semua.Melihat kapur ini menulis hanya beberapa ketika telah membuat kamu kagum.Bagaimana dengan aku yang telah menulis selama 40 tahun di papan hitam itu??"

Pengajaran:Istiqamah itu hakikatnya lebih hebat daripada karamah.Allah cintakan amalan istiqamah sekalipun sedikit.Oarang yang istiqamah lebih terjamin imannya daripada orang yang memproleh karamah.Sejarah mencatatkan betapa ramai orang yang pernah diberi karamah tersesat kerana iman yang tidak istiqamah.





Aidiladha di Kemboja

10:37 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan



InsyaAllah..pada 4 november ini saya akan bertolak ke Kemboja untuk Program Kebajikan Masyarakat di sana..pertama kali menyambut Aidiladha di negara orang dan pertama kali merantau ke negara orang..Semoga perjalanan ini akan diberkati Illahi.

Cara perlaksanaan bagi kesalahan liwat

Sabtu, 21 Mei 2011 1:40 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
Para ulama' telah khilaf cara perlaksanaan hukuman bagi kesalahan liwat .Oleh kerana ditarjihkan hukuman mati,maka persoalan di sini,bagaimana cara perlaksanaannya??

  1. Dibunuh dengan pedang seperti orang murtad. Pendapat ini kemukakan oleh al-Syarbini daripada kalangan fuqaha al-Syarbini daripada kalangan al-Syafi'i dalam kitabnya,Mughni al-Muntaj.(Jil.4,hlm 44).Imam al-Syawkani menisbahkan pendapat ini juga kepada Abu Bakar Al-Siddiq dan Ali bin Abi Talib r.a. (Nail al-autar,jil.7 hlm 132)
  2. Direjam dengan batu sehingga mati.Berdasarkan beberapa dalil : (a)diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Pelaku amalan kaum lut hendaklah direjam sama ada yang di atas atau di bawah(peliwat ataupun yang diliwat) (b)Athar bin Abbas r.a."bahawa hendaklah direjam " (Al-Muhalla jil.13 hlm.447 danNail al-autar jil7.hlm 131)
  3. Dibakar dengan api. Berdasarkan riwayat al-baihaqi dengan sanadnya daripada Muhammad Ibn al-Munkadir , bahawa Khalid bin al-Walid mengutuskan surat kepada Abu Bakar yang mendapati wujud amalan kaum Lut di perkampungan Arab yakni berkahwin seperti perkahwinan dengan wanita (melakukan liwat)Lantas Abu bakar mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat.Kenyataan paling tegas dikemukakan oleh Syaidina Ali bin Abi Talib,antara yang lainnya: "Ini merupakan dosa yang tidak pernah dilakukan kecuali satu umat,di mana Alllah s.w.t azabkan mereka seperti yang kamu tahu.kami berpendapat hendaklah dibakar dengan api dan para sahabat bersetuju atas pendapat tersebut(Al-Sunan al-kubra jil8,hlmn,232)
  4. Dilontarkan atau dicampakkan dari tempat tinggi. Ini berdasarkan riwayat daripada Abu Bakar Al-Siddiq r.a.Begitu juga diriwayatkan daraipada Ibn Abbas r.a.Ketika ditanya berkenaan hukuman had diliwat.Jawabnya "hendaklah dilihat dari tempat paling tinggi di sebuah tempat dan dicampak kepala dahulu dan direjam dengan batu." (Nail al-autar,jil 7,hlm 132 dan al-Muhalla jil. 13,hlm.446)
  5. Dihumbankan ke dinding atau pagar yang besar ke atasnya. Pendapat ini dinisbahkan oleh al-Syawkani kepada Umar r.a dan uthman r.a. ibn Qayyim juga menisbahkan kepada Sayidina Ali r.a.
Tarjih:
Melihat kepada perbuatan para sahabat dalam melaksanakan hukuman berkaitan dengan liwat ini .pengarang kita Uqubah al-I'dam cenderung menyerahkan hal ini atas pertimbangan pemerintah dan boleh dilaksanakan berdasarkan salah satu cara di atas.ini tidak lain semata-mata bagi menggerunkan orang ramai daripada terbabit dengan maksiat tersebut..

P/s:sekadar perkongsian daraipada majalah SOLUSI isu no. 31..

Maaf..

Ahad, 17 April 2011 3:54 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
sudah terlalu rasanya blog ini dibiarkan sepi tanpa bicara..maaf kerana mengabaikan blog ini..bukan tak mahu menuturkan setiap kata di sini..tapi masa yang penuh dengan jadual menyebabkan tiada masa untuk mencoretkan kata di sini.mungkin juga kerana saya terbuai lena dengan perkara-perkara yang tak penting.kadang-kadang merasakan diri ini tidak layak untuk menuliskan kata-kata nasihat untuk pembaca blog ini..saya cuma manusia yang penuh engan kehilafan..masih lagi belajar dan mengenal siapa diri ini..status sebgai pelajar quran sunnah tak bererti saya seorang manusia yang sempurna...saya juga bukan seorang penulis yang pandai bermain kata-kata..entah apa yang harus saya coretkan di sini..InsyaAllah blog ini akan diupdate selepas final exam..Moga semua pengikut setia blog ini sentiasa di dalam rahmat Illahi..InsyaAllah..

Related Posts with Thumbnails