Para ulama' telah khilaf cara perlaksanaan hukuman bagi kesalahan liwat .Oleh kerana ditarjihkan hukuman mati,maka persoalan di sini,bagaimana cara perlaksanaannya??
Melihat kepada perbuatan para sahabat dalam melaksanakan hukuman berkaitan dengan liwat ini .pengarang kita Uqubah al-I'dam cenderung menyerahkan hal ini atas pertimbangan pemerintah dan boleh dilaksanakan berdasarkan salah satu cara di atas.ini tidak lain semata-mata bagi menggerunkan orang ramai daripada terbabit dengan maksiat tersebut..
P/s:sekadar perkongsian daraipada majalah SOLUSI isu no. 31..
- Dibunuh dengan pedang seperti orang murtad. Pendapat ini kemukakan oleh al-Syarbini daripada kalangan fuqaha al-Syarbini daripada kalangan al-Syafi'i dalam kitabnya,Mughni al-Muntaj.(Jil.4,hlm 44).Imam al-Syawkani menisbahkan pendapat ini juga kepada Abu Bakar Al-Siddiq dan Ali bin Abi Talib r.a. (Nail al-autar,jil.7 hlm 132)
- Direjam dengan batu sehingga mati.Berdasarkan beberapa dalil : (a)diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Pelaku amalan kaum lut hendaklah direjam sama ada yang di atas atau di bawah(peliwat ataupun yang diliwat) (b)Athar bin Abbas r.a."bahawa hendaklah direjam " (Al-Muhalla jil.13 hlm.447 danNail al-autar jil7.hlm 131)
- Dibakar dengan api. Berdasarkan riwayat al-baihaqi dengan sanadnya daripada Muhammad Ibn al-Munkadir , bahawa Khalid bin al-Walid mengutuskan surat kepada Abu Bakar yang mendapati wujud amalan kaum Lut di perkampungan Arab yakni berkahwin seperti perkahwinan dengan wanita (melakukan liwat)Lantas Abu bakar mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat.Kenyataan paling tegas dikemukakan oleh Syaidina Ali bin Abi Talib,antara yang lainnya: "Ini merupakan dosa yang tidak pernah dilakukan kecuali satu umat,di mana Alllah s.w.t azabkan mereka seperti yang kamu tahu.kami berpendapat hendaklah dibakar dengan api dan para sahabat bersetuju atas pendapat tersebut(Al-Sunan al-kubra jil8,hlmn,232)
- Dilontarkan atau dicampakkan dari tempat tinggi. Ini berdasarkan riwayat daripada Abu Bakar Al-Siddiq r.a.Begitu juga diriwayatkan daraipada Ibn Abbas r.a.Ketika ditanya berkenaan hukuman had diliwat.Jawabnya "hendaklah dilihat dari tempat paling tinggi di sebuah tempat dan dicampak kepala dahulu dan direjam dengan batu." (Nail al-autar,jil 7,hlm 132 dan al-Muhalla jil. 13,hlm.446)
- Dihumbankan ke dinding atau pagar yang besar ke atasnya. Pendapat ini dinisbahkan oleh al-Syawkani kepada Umar r.a dan uthman r.a. ibn Qayyim juga menisbahkan kepada Sayidina Ali r.a.
Melihat kepada perbuatan para sahabat dalam melaksanakan hukuman berkaitan dengan liwat ini .pengarang kita Uqubah al-I'dam cenderung menyerahkan hal ini atas pertimbangan pemerintah dan boleh dilaksanakan berdasarkan salah satu cara di atas.ini tidak lain semata-mata bagi menggerunkan orang ramai daripada terbabit dengan maksiat tersebut..
P/s:sekadar perkongsian daraipada majalah SOLUSI isu no. 31..
Catat Ulasan