jom berkayak

Ahad, 28 Februari 2010 1:45 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

hari ni betul3 meletihkan..Pagi2 hari lagi dah naik bas menuju ke Pantai Merang..untuk latihan keyak selepas sebulan takde kelas..Btul2 happy bila dah dapat naik kayak..Apa lagi,kayak puas2 hati lah..First,aku naik kayang sorang2..mula2 takut gop coz dah ada yang terbalik naik kayak tapi..Tapi,nasib baik tak jadi pape..Kalu tak,sape nak selamatkan aku dah lah tak pandai berenang..Tapi,yang frust nyer banyak kali langgar kayak orang n orang langgar kayak aku..Fuhh..memang letihlah berkayak ni..Rasa dah krem tangan ak ni..Yg penting happy..Sepatutnya kelas dari 8 pagi hingga nak petang..Tapi terpaksa sampai 2 petang je coz ada program petang tu..Kitaorang happy sgt2 dan tak sabar nak gi next kelas kayak..

dan aku nak mintak maaf banyak2 kat senior aku..Abg Ali coz absent kelas Bi petang tadi..Tak larat lah nk gi kelas..Lepas balik kayak terus je pensang atas katil..He8..Next kelas janji tak ponteng..Minggu ni btol2 bizi..Dengan exam and assignment yg berlambak..Assignment tafsir tak siap lagi dah tambah usul Fiqh..Pening!!Ditambah lagi dengan dengan proposal Rakan Muda..Pastu ad Family Day kat Lata Tembakah ..FUh..Full jadual aku minggu ni..Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku..Amin!!!

P/s:Kawan2 semua,....study hard for Tafsir malam esk!!

Huruf pertama nama anda

Jumaat, 26 Februari 2010 7:58 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan



Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.


A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan
ketika rakannya sedang tekun.

H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.


p/s:S.....mmg btol!!

COLOURFUL TAZKIRAH

7:29 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Assalamualaikum ..



Dan The Duck Walking With BagHanya Ingin Mengingatkan ...


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Pencil Draw

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....Exclaim

1.
Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2.
Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3.
Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4.
Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5.
Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.



(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)


Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Potato Walking

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah
SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah
SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah
TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.



Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Cartoon Family Of Strawberries Bounce
Subuh :
Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor :
Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar :
Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak :
Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya


Sekarang anda mempunyai 2 pilihan:

1) Biarkan e-mel ini dalam mailbox anda.

ATAU ...

2) Forward e-mel ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya-Allah,redha
Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.



Wassalam.

Salam Maulidur Rasul





Salam Maulidur Rasul buat semua pengunjung blog ni..Sekali lagi kita menyambut kelahiran NAbi Muhammad S.A.W. yg amt kita cintai.Semoga kita sentiasa hisup dengan Sunnah Rasulullah..Macam Biasa,sudah pasti akan ada perarakan maulidur rasul..Esok,junior2 di Khairiah akan berarak dari Wisma Terengganu ke Taman Syahbandar(kalau tak silap)..Ingin sekali pergi berarak sama dan ingin sekali menggagahkan diri untuk turut serta.Namun,badanku ini tak mampu..Sangat2 keletihan..Dengan otak yg harus terus bersedia untuk mengahdapi Exam tafsir pada Ahad depan..Banyak lagi buku yg perlu ditelaah..Ditambah lagi,Tafsir adalah subjek yang paling aku lemah sekali..Bila tengok orak berarak,teringat kenangan lama bila Kami(Khairiah 07) menang pertandingan Berarak Maulidur rasul semasa tingkatan 4 di Khairiah..Semnagatnya kami berarak sampai tak kisah matahari yang panas terik masa tue..Kami semua perempuan dan dapat mengalahkan kontinjen lelaki dari Kospint dan SMA Ladang..Perasaan bangga tu masih tersemat di hati..Kenangan yang takkan dilupakan..Buat adik2 yg nak berarak esok..Chayok2!!Kuat semangat,jangan putus asa..Tapi jangan berarak kerana nak menang je tapi keran ingin memperingati Rasulullah..Rasulullah adalah sebaik2 insan di ats muka bumi ini dan kita sebagai Muslim haruslah mengikuti sunnahnya..Sesungguhnya Rasulullah meninggalkan kita dua benda berharga supaya menjadi panduan hidup kiat di dunia yang fana ini iaitu Al-Quran dan Assunnah..Siapa yang mengikutinya tidak akan sesat!!!

P/s:Assalamualaika ya Rasulullah..sesungguhnya aku merinduimu..

DUIT OH DUIT...

Rabu, 24 Februari 2010 1:40 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

ditengah malam yang hening,,,jari-jariku masih lagi pantas menari di atas keyboard..roomate ku dah terbaring kaku di atas katil..entahlah tidur ke tak..senyap je..mungkin tidak terkata dengan apa yang kami bahskan tadi..atau mungkin terasa dengan kata-kataku..Maafkan aku kawan!!

Tadi kami bahskan tentang duit..ada sesuatu yang aku tak setuju dan tak sependapat dengannya..Dikalangan student UDM telah tersebar satu program cari duit secara senyap..Program laburkan duit melalui internet..maybe spesies dengan e-dagang..aku pun tak tahulah...laburkan duit dalam RM500 dan ke atas dan duit akan sentiasa masuk dalam poket..ada student yg join dgn alasan nak bayar PTPTN..

kenapa aku tak setuju???bukan ke kalau masuk nanti kita boleh dapat duit???tak payah susah2...goyang kaki je..duit terus masuk.Aku tak setuju sebab duit yang masuk tu tak tahu sumbernyer dari mani..Duit tu halal ke haram..???terjamin ke duit yang dilaburkan tu akan bertambah???Duit tu dilaburkan ke mana???Banyak persoalan yang tibul bila dikaitkan dengan duit..Banyak benda yang kita kena tahu sebelum kita ambil duit atau laburkan duit tu..

Bukannya aku menentang apa yang kawan2 aku lakukan..tapi,kalau boleh biarlah jelas tentang tentang duit tu..Takkan lah duit tu akan datang tanpa usaha..Kita kenalah ingat rezeki tu kan datangnya dari Allah..Setiap orang ada rezeki masing2..Percayalah pada QADA' DAN QADAR..Lagi baik kalau rezeki yang kita dapat tu dari usaha kita sendiri dan bukannya dari usaha orang lain..

p/s:kalau duit datang semudah itu,dah ramai yg jadi kaya...

Kita mencari JODOH...Bukan mengejar CINTA

Selasa, 23 Februari 2010 1:21 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan


“ Rep...enta boleh bayang tak? Ana dah beli semua barangan untuk pertunangan kecuali cincin tunang sahaja. Ana cadang hendak masuk meminang dia pertengahan tahun ini. Tapi, tahu-tahu saja dia putuskan hubungan kami..Enta boleh gambarkan perasaan ana sekarang ini? ” ada getar dalam nada suara Fauzi (bukan nama sebenar).

Saya kelu...sungguh saya tidak sangka inilah rupanya permasalahan yang membelenggu anak usrah saya 3-4 minggu kebelakangan ini. Saya membatukan diri...menunggu permasalahan itu diluah secukup rasa.

“ Family ana dan dia dah pun bertemu...masing-masing dah berkenalan antara satu sama lain. Jujurnya...ana sangat mengharap perhubungan ini berjaya. Tapi...” Fauzi tidak dapat meneruskan lagi kata-katanya. Air mata sudah pun mengalir dipipinya.

Kaget..saya sedikit buntu bagaimana mahu membantu dia untuk tidak bersedihan lagi. Tatkala itu otak saya memutar ligat memikirkan kalimah terbaik yang perlu disusun bagi memujuk jiwa yang duka itu. Saya hanya mampu mengusap-usap bahagian belakangnya. Lalu, saya mula membuka bicara...

“ Sabar ji..kita sama-sama tahukan setiap ujian yang Allah s.w.t timpakan kepada kita...”

“ pasti ada hikmahnya.” tidak sempat saya menghabiskan ayat tersebut, Fauzi sendiri yang melunaskan bait-bait terakhirnya.

“Ana tahu...ana tahu segala yang Allah s.w.t timpakan pada hambaNYA adalah untuk meningkatkan lagi darjatnya. Tapi rep...berbicara itu mudah apabila keadaannya senang, tetapi beramal dengannya sangat payah apabila menelan sakitnya.”

Saya tersenyum..inilah Fauzi yang saya kenal. Petah bicaranya itu kadangkala boleh membisukan pihak yang ingin menasihati. Dia adalah di antara anak usrah saya yang paling menyerlah sekali. Seringkali juga, usrah kami itu seakan-akan medan berbahas akibat kelantangan hujah-hujahnya dalam membincangkan isu semasa.

Sekali lagi, otak saya diperah memikirkan bentuk nasihat yang berkesan untuk dilemparkan ke dalam kotak pemikiran orang yang sudah ‘tinggi’ darjatnya ini.

“Siapalah ana untuk menghalang keputusan yang dia buat...ana hormati keputusannya. Cuma yang bermasalah adalah diri ana. Nak melupakan seseorang yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup kita bukan mudah!” ketika ini sendu tangisnya semakin perlahan. Saya pula? Menggangguk dan terus memerah..

“ Ji..kalau yang dicari seorang lelaki itu JODOH. Makanya, kesedihan itu tidaklah terlalu berpanjangan walaupun dikecewakan puluhan orang...Tapi, kalau yang dikejarnya itu CINTA, sedihnya mungkin membawa kepada bunuh diri tahu?” sekadar sebuah persoalan yang dicampak bagi menggugurkan segala keserabutan yang ada.

Fauzi melemparkan pandangan kosong ke arah tumbuhan hijau yang melata di hadapan mata. Barangkali sedang memproses ayat-ayat tadi supaya ianya mudah meresap ke hati. Saya menyambung...

“Dalam keserabutan...mohon NUSRAH Allah s.w.t, dahla tu..ana lapar dah ni...breakfast kat Pok Pim jom? Kita sambung cerita kat sana pulak” Saya sendiri tersenyum kerana mengenangkan kepada siapa nasihat tersebut pernah diberi.

(Maaf, saya tidak dapat meneruskan kisah ini sehingga pengakhirannya kerana telah diamanahkan oleh Fauzi untuk menghadkannya. Cukuplah sekadar yang diperlukan untuk mengambil ‘point’ yang ada)



Hakikat Ubudiyyah di bawah takdir JODOH

Berada di sesi pengajian semester 5 ini sedikit sebanyak telah banyak membuka minda saya mengenai erti percintaan, pernikahan dan tanggungjawab. Topik ini seringkali menjadi tajuk utama perbualan kami rakan sekelas/seusrah. Jika dahulu ‘awek’, tapi kini ‘calon isteri’, jika dahulu ‘couple’, tapi kini ‘nikah’...kematangan topik ini seiring dengan kematangan usia. Prosesnya? Terpulang kepada individu...ada yang masih mengumpul duit (ini ramai..=), ada yang sudah bertunang, ada juga yang dah nak bernikah dah pun =P (Amin..jgn terasa ye?hehe). Apa pun peringkatnya, saya menyeru agar dipelihara lingkungan syara’ sebagai perbatasan perhubungan itu kerana cita-cita melahirkan sebuah pokok keluarga Soleh bermula dari akar pencarian pasangan yang seiring dengan Syara’.

Namun, tidak semua proses itu berjalan lancar seperti yang diharapkan. Kecundang ataupun gagal bukanlah istilah yang tepat untuk menterjemahkannya. Setiap perkara itu mempunyai sisi pandang positif bagi menjadikan diri kita semakin dekat kepada Allah s.w.t. Salah satu contohnya adalah seperti yang diceritakan diatas. Gerak kerja saudara Fauzi agak lemau 2-3 minggu kebelakangan ini dan saya menyedarinya. Alhamdulillah, risikan demi risikan, saya dibukakan olehNYA untuk mengetahui kisah sebenar disebalik kekenduran itu.

Allah s.w.t telah memberikan TIGA ketetapan untuk setiap Muslim mengenai prihal jodohnya. Pertama, dipermudahkan dan dipercepatkan olehNYA bagi mendapatkan pasangan hidup. Kedua, susah dan diperlambatkan olehNYA (tetapi masih dikurniakan), atas sebab-sebab hanya yang Allah s.w.t sahaja yang mengetahuinya. Ketiga, ditunda soal jodohnya hingga ke Akhirat kelak (ertinya di atas dunia tidak dipertemukan kepadanya mana-mana pasangan hidup).

Saya pasti konsep ini mudah dihadam oleh mana-mana pejuang agama Allah s.w.t. Cuma adakalanya kita terlupa konsep asas ini sehinggakan kita terasa berputus asa pada takdir Allah s.w.t ini, hanya kerana sulitnya untuk menjayakan sebuah pernikahan. Kita berkahwin dengan pasangan yang telah diJODOHkan oleh Allah s.w.t kepada kita, bukan dengan pasangan yang TELAH kita CINTAI. Jika keadaannya kita telah terlanjur mendahulukan CINTA pada seseorang maka bermuhasabahlah, kerana tiada CINTA SEBELUM PERKAHWINAN. Hanya yang wujud adalah sebuah persefahaman dan perkenalan, itu pun apabila menempuh proses pertunangan.

Terkadang perasaan itu berkeseinambungan hingga tumbuhnya rasa KASIH SAYANG, dan disinilah wujudnya HARAPAN. Tidak mengapa...kerana ia adalah lumrah dalam perkembangan kepada sebuah perhubungan, cuma amat ditekankan disini agar ia sentiasa ditekan dan dikongkong serta jangan sekali-kali perasaan itu dibiarkan bebas menghalalkan suasana yang HARAM. Perlulah ianya segara diikat dengan sebuah ikatan pernikahan. Jangan diletakkan perasaan itu secara total dan penuh kepada pasangan, kelak ianya akan membawa kesengsaraan pada sang pencinta, MENGAPA? Kerana CINTA dan HARAPAN itu selayaknya hanya di letak kepada Allah s.w.t.

Bersedihlah…kerana Rasulullah s.a.w juga bersedih. Tetapi sedihnya baginda sentiasa ada Allah s.w.t sebagai tempat aduan. Hatta, Rasulullah s.a.w, yang kita sama-sama akui Qudwah terbaik dalam medan perjuangan dakwah Islamiyyah itu pun, sujud mengadu pada Allah s.w.t tatkala dihurung duka dan nestapa. Inikan pulan kita manusia biasa? Yang sentiasa tercalit dengan dosa dan noda…layakkah kita berputus asa padaNYA? Sentiasa sabar dan redha dalam menempuh proses lumrah bagi setiap insan ini. Pastikan jiwa Ubudiyyah itu sentiasa segar agar tidak mudah mengalah dan berputus asa.





Artikel ini sekadar memudahkan pemahaman dan menjelaskan lagi misi sebenar pencarian JODOH dalam Islam. Ambillah iktibar sebagaimana tabahnya seorang pemuda bernama Khairul Azam dalam filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ mencari jodoh bagi dirinya. Sentiasa ada yang tidak kena, tapi jiwa pemuda itu sentiasa tegar dan tidak berputus asa mencari keredhaan Allah s.w.t melalui jalan penikahan. Konsepnya mudah…berCINTA itu tidak semestinya berakhir dengan diJODOHkan, namun JODOH itu pasti bersamanya sebuah rasa CINTA. Insya Allah. Wallahua’alam.

Surah Ar Rum ayat 21 : “Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir

p/s:Dari waznulhaq.blogspot.com.....sekadar renungan kita bersama...

DEMAM

12:37 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

semalam exam ICT
malam ni exam usul fiqh
malam esok Mutalaah Wa tadbir...
Malam Lusa English...

Sesungguhnya sekarang ni aku sedang berdepan dgn exm..
bukan je exam pelajaran..
juga exam2 lain ....

sepatutnya sekarang ni aku duka dalam kelas..FIQH IBADAT..tapi terpaksa aku ponteng..Tiba2 je ak sakit..Kepala rasa pening sangat2...rasa mcm nk pecah kepala aku ni..Ditambah lg aku kna study..Malam ni ada exam..Satu ape pun tak baca lagi..
tak larat rasaenyer tangan ni nak buka buku..Takde semangat pun nk jawab exm...
DONT GIVE UP...SEMANGAT!!!kena jadi kuat...Sakit mcm mana sekalipun,kna study..

P/S:tak larat nk g klinik UDM,jah sgt..ubat angin je jadi ubat..

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah

Sabtu, 20 Februari 2010 12:47 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 1 ulasan



Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran

...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!




Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]




usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]


Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa
~

Cinta Tersulam Redha

12:38 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan




Jangan dikira pasangan yang sudah bercinta sekian lama,saat menikah akan terus mencintai pasangannya. Dan jangan dikira pasangan yang tidak melalui fasa percintaan akan sulit mencintai pasangannya setelah bernikah.

Cinta itu ibarat pohon.Akarnya tumbuh ketika kita mulai berinteraksi dengan pasangan kita.Cinta pun akan bersemi ketika kita mulai menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan kita.Kita sirami dan pupuk ia dengan kasih sayang dan perhatian. Ia akan mekar dan berbuah ranum ketika kita berusaha memberi yang terbaik untuk pasangan kita. Namun ia tidak akan tumbuh begitu sahaja. Ia perlu dirawat dan dijaga dari penyakit dan hama yang menganggu.

Di antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan…’I will marry a stranger!’…Namun aku pasrah…

Jam 8.00 malam


‘Yang mana satu ek…?’

‘Yang itukan?’..

‘Iskh..bukan lah..itu kawan dia’..

‘OOo..ye ke..hurm…. takde beza pun…Mana satu ni?’

‘Aku terima nikahnya Najdatul ‘Iffah binti Umar Faruq dgn mas kahwinnya 80 ringgit tunai….’.

‘‘Iffah dah jadi zaujah!’ Bisik Wafa’ sahabatnya seusai akad itu dan di saat aku menadah tangan berdoa. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun pada hakikatnya hati aku teramat gembira..

Detik-detik ijab kabul itu. Sungguh ia merupakan sebuah momentum sederhana yang memiliki energi potensi dasyat untuk mengubah kehidupan dua anak manusia yang akan menjadi sepasang suami istri. Pernikahan adalah sebuah kerja besar yang menunggu kita.Kita tidak akan lagi merasa bahagia atau sedih sendiri. Malahan sudah tidak boleh melakukan banyak hal dengan menuruti keinginan sendiri. Kini telah hadir seseorang yang mencintai kita dan harus juga kita cintai, yang memperhatikan dan perlu kita perhatikan, tempat curahan hati, berkongsi rasa, canda, tangis, bahagia, susah dan marah. Dan seseorang itu adalah suami yang Allah berikan padaku….

Bila ada keindahan,

Yang mewujud utuh..

Dalam seluruh dimensi..

Dan menyentuh utuh..

Sepenuh rasa di jiwa,

Itulah detik ijab qabul..

Selamanya..

Indahnya nyata..

insyaAllah


“Assalamualaikum!’ sapa satu suara.Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku dan terus menunduk. Ruang di antara para tetamu wanita di hadapanku di buka untuk lelaki tersebut mendekatiku. Aku bertambah gementar…Namun terus menghulurkan tanganku buatnya, lalu disarungkan sebentuk cincin emas ke jari manisku. Kerlipan cahaya dari berbelas kamera membuatku terus berpeluh-peluh. Dia lantas keluar tanpa berkata apa-apa. Mungkin dia segan dan malu, aku menebak. Mana tidaknya, puluhan akhawat memenuhi segenap ruang yang ada di bilik kecil itu.


‘Tak sempat lagi tengok muka dia’

‘Tak sempat ke?Tak berani ke?Ke malu?’ Wafa’ masih tersengih memerli.

‘Semualah sekali. Eh, dia ada kat mana sekarang?’

‘Makan kot…kat luarlah..pergilah tengok,’

‘Tak mahulah. Segan sangat-sangat. Dahlah tak kenal. Dia balik lepas jamuan. Esok akan datang semula’.

Aduhai…

Sahabat-sahabat yang ada geli hati agaknya melihat gelagat ‘Iffah. Mana tidaknya. Muka suami pun tak pernah dilihat Dah akad nikah pun masih belum melihat. Esoklah nampaknya rezekinya di waktu kenduri.

Di malam akadnya itu, dia masih belum bersama suaminya. Orang tua-tua kata tak elok selepas bernikah duduk sekali. Mesti tunggu majlis rasminya keesokan harinya.

Di saat itu dia masih membayangkan wajah suaminya yang hanya dilihatnya lewat gambar foto yang dikirimkan oleh ustaznya, perantara yang menjodohkan antara dia dan suaminya.

Di saat itu juga, memori lama terimbau kembali......

Dia masih teringat di saat dia ditanyakan adakah mahu dia berumah tangga dengan pemuda itu. Oleh kerana kepercayaan yang telah lama dibaja kepada manusia yang sudah lama mendidiknya, ’Iffah menyatakan persetujuannya. Bukan tergesa-gesa, tidak juga tanpa berfikir panjang. Malah, dia telah mempertimbangkannya sejak sekian lama.

Dia sangat mahukan pernikahannya hanyalah semata-mata kerana Allah. Dia mahu tindakannya itu disandarkan kerana Allah. Dia mahu berkarya untuk mengeratkan kasih dan produktif memaknai cinta tanpa mengharapkan balasan manusia, hattakan suaminya sendiri. Dia mahu cintanya itu bersumberkan kecintaan kepada Ilahi. Kecintaan yang benar-benar hidup dan menghidupkan…

‘Iffah sedar keputusannya menyerahkan segala urusan baitul muslimnya (perkahwinannya) pada jemaah untuk mengatur dan memilih pasangan hidupnya membuktikan sedalam mana kepercayaannya pada jemaah dan manusia yang bertanggungjawab menjaganya.

Memasuki alam pernikahan memerlukan akar yang cukup kuat. Ibarat sebuah bangunan, semakin berat beban yang diterima, maka akan semakin kukuh struktur asas yang dibuat. Semakin teliti penelitian yang akan dibuat ke atas bangunan yang di buat. Bukan sahaja pada struktur asas ,tetapi kekuatan pendukungnya yang lain.

Dan semenjak hari itu,setiap detik menjelangnya merambat begitu lambat, di lautan hati yang penuh bunga,senyum bertebaran di wajah-wajah cerah, yang kian berseri.

Seiring makin mendekatnya detik-detik penuh bersejarah itu, ’Iffah,seorang gadis biasa yang fitrahnya manusia, kadangkala tersadung juga. Hampir tergelincir ke lembah yang tidak diingininya. Dia mahu memelihara suci hubungan itu. Biarlah tiada ada noda. Biarlah bahagia itu bermula pada detik pernikahan itu sendiri.



Perbincangan mereka awalnya sangat terpelihara. Hanya sekadar atas urusan yang perlu dan di ‘cc’ kan pada mereka yang selayaknya.

ustaz….Ukhti…

Entah di mana ana harus mulakan…agak segan menulis kata2 walaupun tidak nampak rupa, malu pula untuk menuturkan bahasa di khalayak kalian berdua….Ana pun tidak pasti atas dasar mana ana menulis email ini, yang pastinya, aqidah ISLAM lah yang menghubungkan kita semua, tidak perlu la didetailkan lagi…Ustaz dan ukhti maklum dan jelas di dalam perkara ini insyaAllah.. ..Ana pasti ukhti iffah jelas di atas apa yang telah berlaku sebelum ini, resume telah diterima dan dibaca, boleh kata masing2 faham tidak perlu diterangkan mengapa dan siapa kerna semua itu sudah diserahkan kepada murabbi kita …ana hanyalah insan lemah yang menyerahkan segala yang berlaku kepada Allah s.w.t….semoga Allah berikan yang terbaik buat kita semua….. Tidak lain dari sini, ana hanyalah meminta keizinan menyatakan persoalan dengan tenang kepada ukhti iffah di atas perancangannya di dalam perkara ini, ana perlu lebih jelas tentang apa yang difikirkan oleh enti. …….

Perbincangan sering berlaku lewat email dan ‘yahoo messenger’. Atas alasan untuk menguruskan hal-hal bersangkut paut dengan pernikahan. Namun setelah beberapa kali berhubung sudah muncul pula icon yg mampu menggetarkan hati-hati manusia yang menanti saat yang dirasakan manis itu. Ada juga email yang terlepas dan tidak di ‘cc’ kan pada orang lain. Astaghfirullah! Pada mulanya berchatting sedaya upaya dielakkan. Namun akhirnya ‘Iffah pasrah. Tunduk pada hatinya yang seakan rindu melihat icon senyum itu menyala. Dan akhirnya syaitan itu menang jua. Walaupun tiada bicara yang melekakan. Namun cukuplah ucapan ‘doakan diriku pejuang sejati’ mampu menggetarkan dan mengusik hatinya itu. Entah mengapa saat pernikahannya itu dirasakan terlalu lama.

Thariq zayyad : ok, undur dulu…

‘iffah : ok, jaga diri ..

Thariq zayyad : doakan diriku pejuang ISLAM sejati =)

‘iffah..insyaAllah. . wassalam..

Thariq :wslm wr wbt..

Mungkin berbaur semangat perjuangan, tetapi sebenarnya ia cukup palsu! Sayang sungguh sebagai pekerja islam yang kononnya membina bangunan Islam, tetapi dalam masa yang sama meruntuhkannya. Prinsip-prinsip pergaulan dilanggar, kata-kata walaupun sebentar mampu membuka ruang fitnah. Memang di mata manusia biasa apalah sangat perbuatan itu. Mereka akan berkahwin! Tapi jiwa orang mukmin yang sensitif, yang peka dengan maksiat-maksiat kecil, dia tahu perbuatannya itu tidak diredhai oleh Allah swt. Cepat-cepat dia beristighfar. Biarlah dia bersabar asalkan pernikahannya nanti adalah suci.

Alhamdulillah, Allah tidak membiarkan ia berlaku lama. Akhirnya ada yang dapat menghidu dan menegur. Aduh..malu sungguh dirinya pada Allah! Dirinya sering dianggap hebat dan cukup tsiqah (baca : dihormati) tetapi kalah pada naluri rindunya. Walaupun sekadar icon =) namun dia merasakan itu satu noda besar untuknya!

Ruang dialog hati,

dalam kesedaran cinta ilahi,

sebagai sebenar-benar cinta.


Kita membangun sebuah pernikahan kerana cinta kita kepada Allah. Kita ingin selalu menyempurnakan cinta itu maka kecintaan kepada Allahlah adalah yang lebih utama perlu kita perhatikan demi kelangsungan pernikahan kita di dunia dan akhirat. Tentunya kita tidak ingin membawa pernikahan kita semakin jauh dariNya kerana peluang. Kita mudah terbawa arus lantaran selalu sebuk dan lalai dengan pernikahan itu. Mudah lari dari syariatnya.. Midah tertipu zahirnya dalam kebaikan. Kerana itu, kita perlu membangun sebuah komitmen denganNya dahulu sebelum menjalin komitmen dengan pasangan hidup kita…


Cinta bukan kerana keindahan yang tampak di mata..

Tetapi kerana yang menyatukan hati dan jiwa…


Akhirnya, segalanya ditinggalkan kerana Allah. Dia tidak sanggup lagi membiarkan fitnah berlaku ke atas hatinya. Komitmen dengan Allah swt dibutuhkan kerana dia bertekad membangunkan mahligai rumah tangga semata-mata mencari ridhaNya. Ingin membangunkan mahligai pernikahan dengan nuansa cintaNya dan cinta kepadaNya….

kala cinta bertanya pada cinta..

imanlah jawabnya..


Azan subuh yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan . Tidak disedari masa berlalu begitu cepat sekali. Kedengaran diluar suasana kelam kabut…bunyi kaca dan suara saudara mara hiruk pikuk di luar.

Baru aku teringat, hari itu adalah kenduri walimahku setelah akad semalam. Aku tersenyum sendirian. Di manakah suamiku? Bilakah dapat aku menatap wajahmu duhai kekasih?


Di sini teduh hadir kukuh,

Di kelopak cerah segala bunga,

di pucuk-pucuk hijau segala rasa..


Alhamdullillah, kenduri berjalan dengan lancar hari itu. Ramai sungguh teman-teman yang hadir mengucapkan tahniah dan menyerikan lagi suasana. Aku sempat mencuri pandang ke arah suamiku. Itupun setelah disuruh oleh sahabatku. Mana tidaknya seorang di hulu, seorang ke hilir. Penat sungguh sanak saudara menyuruh kami berjalan berdua-duaan. Sungguh aku tak mampu menahan getaran hatiku berada di samping seorang lelaki asing yang tak pernah kukenal mahupun kulihat! Namun hatiku pasrah dan menerima seadanya. Biarlah proses taaruf kami berjalan selepas ini. Dan insyaAllah kami akan mengenali keluarga besar masing-masing juga. Biarlah hari ini kami kelihatan seperti dua makhluk asing pun!

Mulai detik itu, kami melayari bahtera ini dengan keindahan dan kecintaan yang sebenar. Benarlah apabila syariat dipatuhi, manisnya pernikahan itu benar-benar dirasai. Di saat itu kisah cinta agung Khadijah r.a dan Muhammad saw kita selusuri. Betapa suburnya pohon cinta itu, akar-akarnya menghujam di hati, batangnya kukuh, rantingnya menjulang ke langit, daunnya rimbun, buahnya ranum,menaungi dan memberi kebahagiaan kepada sepasang jiwa.

Benarlah… nyata pernikahan juga memerlukan keperluan emosional yang tinggi. Hubungan dua insan yang saling memahami, empati, toleransi dan motivasi. Perlunya ada penyelarasan dan keselarian emosi. Tambahan lagi ketika awal pernikahan, banyak saat-saat yang cukup terduga, oleh itu sabar dan iman harus diutamakan. Penyelarasan ini tidak akan terjadi serta merta, seperti antena radio atau tv yang perlu diputar-putar untuk mendapat gelombang yang betul, maka penyelarasan antara dua jiwa ini juga memerlukan banyak percubaan. Ini akan terjadi sepanjang pernikahan kita hingga ke akhir hayat. Sabar dan syukur memudahkan kita memandang segala permasaalah kita dengan jiwa yang jernih…

Aku benar-benar bersyukur atas apa yang dianugerahkan padaku hari ini. Sungguh tidak ternilai cintaNya padaku….


‘ Ya Allah. dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati..

kecuali pada cintaMu..

ke mana lagikah hati ini harus berlabuh..

kecuali pada kasihMu..

Jadikanlah hati yg lemah ini yaAllah..

tertambat kukuh hanya padaMU..

Aku mohon redha atas segenap keputusanMu

kesejukan setelah matiku..

kenikmatan memandang wajahMu..

dan kerinduan untuk berjumpa denganMu..

Ampunilah diri ini yang tidak beharga Ya Allah ..

Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirahMu’

TIP SEDEKAH TANPA WANG

Khamis, 18 Februari 2010 5:01 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan



1. Sedekah dengan hati
Niat yang ihklas dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.sabda Rasulullah bermaksud: “Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang tulus,ia berkata: ‘Seandainya aku mamiliki harta,nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat si polan(golongan yang ciberi harta dan ilmu).’ Dengan niatnya tersebut,maka pahala kedua-dua hamba ini sama” (Riwayat al-tirmizi)

2. Sedekah dengan lisan
• Berzikir seperti tasbih,tahmid,tahlil dan takbir.Abu dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Setiap tasbih adalah sedekah,setiap tahmid adalah sedekah,setiap tahlil adalah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah..” (Riwayat muslim)

• Ucapan yang baik.rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Perkataan yang baik adalah sedekah.”(Riwayat al-Bukhari).Antara ucapan yang baik ialah memberi salam,mengajak manusia ke arah kebaikan dan menegah daripda kemungkaran,berlemah-lembut sewaktu bercakap dan tidak mengguris hati orang lain.

3. Sedekah dengan perbuatan
• Senyuman. Sabda rasulullah s.a.w. mafhumnya “senyuman kepada saudaramu adalah sedekah.” (Riwayat al-Tirmizi)
• Solat.Soalat adalah sedekah untuk diri sendiri.berjalan ke masjid juga merupakan sedekah.
• Puasa sunat.juga sedekah untuk diri sendiri.
• Tidak mampu menunaikan haji dan umrah,tetapi inginkan pahalanya?Sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya: “barang siapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk menunaikan solat fardu,pahalanya seperti pahala haji.barang siapa yang keluar untuk solat Dhuha dan tidak keluar melainkan hanya untuk itu,pahalnya sama seperti pahala umrah.” (Riwayat Abu Daud)
• Manusia mempunyai sebanyak 360 sendi dan sedekahnya ialah Solat Dhuha dua rakaat setiap hari.
• Membuang atau mengalihkan sesuatu yang menghalang di jalan.
• Membersihkan masjid dan menjaga kebersihannya.
• Menolong insan yang memerlukan dan mendamaikan dua antara dua orang.
• Memberi tumpang seseorang atau barang-barang dengan kenderaan.
• Menunjukkan jalan kepada orang yang sesat dan membantu orang yang buta.
• Memberi minuman kepada sesama makhluk tidak kira sama ada manusia ataupun binatang.
• Mengajarkan ilmu.
• Memberi pinjaman wang atau mengizinkan penangguhan membayar balik pinjaman sekiranya orang yang meminjam tidak mampu membayar dalam tempoh yang sepatutnya dilangsaikan hutang itu.
• Mengajarkan ilmu.
• Menanamkan apa jua pokok atau tanaman,kemudian dimakan oleh makhluk Allah.


P/s:Ibtisam…(~.~)

stress

3:29 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Hari-hari cutiku terus berlalu tanpa satu kerja pun aku siapkan…kat umah ni lansung tak ada ketenangan nak buat kerja…bising dengan suara adik2 dan anak sepupuku..Ditambah lagi dengan keadaan bilik study yang agak panas dan buatku tak selesa..nak buat kerja kat bawah tapi tak sedap hatilah bila orang datang ke umah tanpa henti menziarahi tok aku..Petang tadi pun satu rombongan muslimat PAS datang menziarahi tok aku..Ditambah lagi dengan kehadiran sahabatku yang sudah hampir dua tahun tidak berjumpa..Walaupun happy dengan kehadiran kawanku ini,tapi hati tetap kusut memikirkan kerja yang tak sudah2..Akhirnya,aku wat keputusan nak buat kerja di tangah malam..masa nilah yang paling tenang nak buat kerja…Diharapkan semua kerja aku akan siap sebelum kuliah bermula…

Walaupun hari2 aku lalu depan UDM,tapi aku betul2 rindukan suasana kat UDM..Rasa macam dah lama sangat cuti dan tak sabar nak mula kuliah balik…Rindu dgn gelagat2 student UDM…Akhi Mad yg cool..Sunbae2 yg garang..Abg Ali yang serius..Fatin yg suka bercakap tu..Mak cik kafe yg muka masam..Pozi kiosk yg ada MR.crab yg panggang daging burger,Patrick yg wat burger dan spongebob yg wat wafer dgn telingan terpasang earphone...(aku Sandy)..kelakar bila ingat balik gelagat diorang ni...Rasa macam nak packing semua baju sekarang dan terus ke UDM..tapi kalau aku pergi sekarang dah pasti aku keseorangan..sabar2..

Tapi orang yang paling aku rindu sekarang ialah adikku sayang yg tengah sakit sekarang..Rindu sangat2..nak tengok gelagat dia yang comel2..nak dengar suara2 dia yang ceria yang selalu buat aku tersenyum.tatap muka dia yang comel tu...Kalau boleh,aku nak tanggung semua kesakitan dia.. Biar aku tanggung segala-galanya asalkan dia bahagia dan sihat..Namun,apakan daya itu semua kuasa tuhan..tuhan yang menentukan segala-galanya..Sabar ye dik,anggap sakit ni ujian dari Allah untuk menguatkan iman kita..jangan putus asa tau dan selalu semangat..barulah cepat sembuh..Kalau awak sihat,kak cabar awak lumba lari….Kita tengok siapa yang menang!!!

Isnin (14 feb 2010)

Selasa, 16 Februari 2010 3:33 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
Pertama kali dalam sejarah aku bangun pukul 5 pagi pastu terus drive kereta baru ayah aku..bukan mengigau tau..Tapi,aku pergi ambil kawan aku kat stesen bas yang baru je sampai kat terengganu dan takde orang nak ambil..So,aku sebagai kawan yang baik hati ni,pergi lah ambil dia di pagi buta dan ditemani ayah aku ..tapi aku yg drive..menagntuk gila mase tu!!!Kesian kat kawan aku ni,orang lain cuti seminggu tapi dia cuti dua tiga hari je sebab menjadi wakil UDM ke kelantan untuk karnival keusahawanan di Kelantan..Pukul 5 pagi sampai Terengganu dan Pukul 7 pagi dah kena bertolak ke kelantan..Itulah pengorbanan seorang student pada Universiti tercinta..hehehe..Lepas ni,mungkin giliran aku jadi sebusy dia..

Ayah aku sengaja suruh aku naik kereta baru dia yg macam lori ni padahal ada kereta kecik yg selalu aku bawa tu..Sebab nak aku biasa dgn kereta tu..Dan tak mustahil,lepas ni aku yg jadi mangsa kena jadi penghantar barang2 kat tempat kerja dia..dahlah jadi kerani tambah lagi jadi pemandu lori..Tapi nasib baik dapat duit!!Tapi setiap kerja yg kita buat kena ikhlas tau!!!jgn pikir nak duit je…

Ahad(13 feb 2010)

3:32 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
Di pagi hari ,ada mesej sampai “kau bz tak hari ni,jomlah pergi jalan”..sahabatku yg ku panggil Kak Illah merayu2 dgn aku ajak dia pergi jalan sebab aku je kawan dia yg ada lesen dan berani bawa kereta..yg lain ada lesen,tapi wat hiasan je dalam dompet..Aku apa lagi,semalam dah rehat…hari ni kena pergi jalanlah..Aku n the geng berpeluang ke TTC..kat sana ada festival rias pengantin dan pelamin..seronok tgk baju2 pengantin yg cantik2 semua dan pelamin yg digubah indah..terasa macam nak duduk je atas pelamin tu tapi tak boleh...aku pergi festival ni bukan sebab nak kawen tapi saje nak cuci mata..lepas tu,shopping lah kat mydin mall..tu je tempat shopping yg paling menarik kat terengganu ni..Kak Illah shopping barang dapur..Aku tolong Umi pilih alat mekap(aku ni dah macam perunding kecantikan je )..Aku beli kasut je sepasang..Alang2 K.illah balik ni,apa lagi..Aku buli dia cukup2..k.illah kawan yg paling baik pernah aku ada..Dia je yang memahami keadaan aku dan dialah tempat aku mengadu bila ada masalah..Walaupun pukul 3 pagi,aku mengadu masalah aku..dia tak kisah..Still setia menjadi pendengar aku..Aku sayang sangat kat dia…he8…hargailah setiap insan yang hadir dalam hidup kita dgn sebaik-baiknya sebelum dia pergi meninggalkan kita…

11 feb 2010

3:29 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Hari ni aku wat keputusan tak nak gi mane2..Duk umah je..ditambah lagi dengan tok aku ada kat umah..Tok sakit,dah lama tok sakit..sepupu aku pun bagi ubat SNE tu..harap2 cepatlah sembuh..Tok duk kat dalam bilik aku sebab bilik aku paling dekat dgn ruang tamu..so,senanglah sikit kalau ada orang datang menziarah tok aku kan..tiap2 petang memang pintu umah aku selalu terbuka sebab saudara-mara aku datang menziarahi tok..masa ni lah yang paling aku suka sebab ramai baby yang datang..sepupu2 aku ramai yang ada anak kecil..Aku suka sangat main dgn budok kecik ni apa lagi..memang takkan terlepas baby tu dari tangan aku selagi mak dia tak balik..aku ada ramai anak sepupu tasnim,aisyah,izzat,amalina,adi,hanie,irfan…ramai lagi sampai tak terbilang..aku suka sangat baby sebab diorang ni macam beri ketenangan..Suka tengok diorang yang selalu happy dan tak payah fikir ttg hidup diorang…

Tapi,ada sesuatu yg menakutkan aku..ttg seseorang,setiap kali dia menziarahi tok aku pasti dia seperti dirasuk sesuatu dan perlu ditenangkan oleh anaknya.Semua anak dia belajar ilmu agama…so,senanglah nak menyedarkan dia kembali dari keadaan itu..Aku yg tak biasa dgn keadaan macam ni rasa agak seram dan ketakutan masa tu..aku sgt takut dgn benda2 macam ni sampai adik2 aku cakap aku ni penakut!!tak kisahlah…

Jumaat(12 Feb 2010)

3:26 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan



Disebabkan duit dah masuk..apa lagi..Shopping!!Rm 300 dah aku habiskan untuk belanja family aku ni..mak+ayah+ 8 orang adik…untuk family..tak kisah sangat!!Pastu untuk diri aku ni adalah dalam RM #@$!%..banyaknyer aku shopping...tak terkira..yg penting bagi aku baju,beg dan kasut…Aku rasa semua perempuan macam tu..tapi kenalah pandai berjimatkan..Aku tak pakai baju branded..pakai baju bundle je..Sape2 yg merasa nak bergaya tapi duit tak cukup,pakai je baju bundle..Pasar bundle kat patai Teluk Ketapang tiap2 petang jumaat ni ada banyak baju2 yg bagus2..tiap2 petang jumaat,ni lah tempat persinggahan aku..sape2 yg nak join beli baju bundle,jangan segan2 singgah kat sini tau…

Khamis(11 feb 2010)

3:18 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan


Di pagi hari,mak aku kejut…baru je bajet nak tidur over limit hari ni.. “Cepat bangun,pergi umah makcik”..buat apa ni???tiba2 je suruh aku gi umah mak cik aku ni..Rupa-rupanya sepupuku yang hemsen tu balik..wah!dah lama aku tak jumpa dia ni..ingatkan tak balik cuti raya cina ni..Rupa-rupanya dia balik sebab nak buat promosi tentang ubat yang dia jual.. ubat SNE..yg dikatakan dapat merawat segala penyakit..memang mujarab lah ubat yang yang datang dari Mongolia ni..tapi harga pun bleh tahanlah (RM170-RM500)..hajat di hati,nak beli untuk orang tersayang..tapi tgk harga,bleh licin duit pinjaman aku..pastu,aku dapat tau yg sepupu aku ni dah bertemu jodoh dan tunggu masa je nak disatukan..(melepaslah sudah!!He6)..apapun,aku doakan moga diorang ni cepat2 lah kawen dan dapatlah menambah bilangan anak sepupuku yg dah pun ramai…

Rabu(10 feb 2009)

3:16 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Student FKI cuti sehari lebih awal dr orang lain sebab hari khamis takde kelas.. kami yg lebih2 nak bercuti padahal org lain yang beraya..tapi,macam biasalah..Aku kan busy person..kawan2 semua dah balik tapi aku still kat UDM..sebab ada meeting dgn exco2 rakan muda ni..Aku diberi jawatan sebagai Exco Rakan Muda Siber..Agak berat jugalah tugas ni..Pengerusi aku yg kiut miut ni..sengaja je menambahkan tugas aku di hari cuti..Kena wat proposal program yang berakaitan dgn exco aku ni..ras nak pecah kepala aku memikirkan program yang bajet sikit tapi sambutan yg meriah..macam mana nak buat ni??????lepas maghrib,barulah aku sapa kat umah…

father and son

2:58 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
An old man was sitting in the courtyard of his house along with his
son who had received tertiary education. Suddenly a crow perched on
a wall of the house.

The father asked the son: `What is this?' The son replied: `It is a
crow.'

After a little while the father again asked the son: `What is this?'
The son said: `It is a crow.' After a few minutes the father asked
his son the third time: `What is this?' The son said: `Father, I
have just now told you that this is a crow.'

After a little while the old father again asked his son the fourth
time: `What is this?' At this time some _expression of irritation was
felt in the son's tone when he said to his father with a
rebuff, `Father! It is a crow, a crow.'

A little after the father again asked his son: `What is this?' This
time the son replied to his father with a vein of temper.
Father: `You are always repeating the same question, although I have
told you so many times that it is a crow. Are you not able to
understand this?'

A little later the father went to his room and came back with an old
diary. Opening a page he asked his son to read that. When the son
read it the following words were written in the diary: "Today my
little son was sitting with me in the courtyard, when a crow came
there. My son asked me twenty-five times what it was and I told him
twenty-five times that it was a crow and I did not at all feel
irritated. I rather felt affection for the innocent child."

The father then told the son the difference between a father and a
son's attitude, `While a little child he asked me this question
twenty-five times and I felt no irritation in replying to the
question twenty-five times and when today I asked him the same
question only five times, he felt irritated and annoyed.'

"And your Lord has decreed that you worship none but Him, And that
you be dutiful to your parents, If one of them or both of them
attain old age with you, do not say `uff' to them, nor repulse them,
but speak to them a gracious word. And lower to them the wing of
submission and humbleness out of mercy to both of them and say: `My
Lord! Have mercy on them both, as they cared for me and brought me
up when I was a little child.'" (17:23-24)

"And worship Allah, Ascribe nothing as partner to Him, and (show)
kindness to parents…." (4:36)

It is narrated from Abdullah bin Masud (radhiallahu anhu) that he
asked the Rasulullah (sallallahu alayhi wasallam) which act is the
best of all in the sight of Allah. Rasulullah (sallallahu alayhi
wasallam) said: "It is prayer at its appointed time." He
(radhiallahu anhu) asked which was the next best act after prayer.
Rasulullah (sallallahu alayhi wasallam) said: "Nice behaviour with
the parents." He (radhiallahu anhu) asked which was the next best
act after that. Rasulullah (sallallahu alayhi wasallam) said: "It is
Jihad (holy war) in the path of Allah." (Bukhari)

"If they (your parents) compel you to commit shirk (polytheism) with
Me, then do not obey them, but behave with them in the world with
kindness" (31:15)

According to this verse Allah forbids you to obey your parents if
they force you to become mushriks (polytheists) but He commands you
to behave with them, nicely (still) in the life of this world,
because THEY ARE YOUR PARENTS!
Administrivia
Subscribe: Peace_Now_2005-subscribe@y...
Unsubscribe: Peace_Now_2005-unsubscribe@y...

A person once asked the Rasulullah (sallallahu alayhi
wasallam), "What is the right of the parents over their children?"
He (sallallahu alayhi wasallam) answered: "They are your heaven and
hell." (Ibn Majah)

This beautiful Hadith answers in just three words (in the original
Arabic ) not only what, but also why. We are to honour them, serve
them, and take care of them in such a way that pleases them. For we
will find the pleasure of Allah in the pleasure of our parents. On
the other hand, if a person is disrespectful, disobedient, or
careless toward his parents, he has just opened his door to hell
through this behaviour.

menangis lagi...

Selasa, 9 Februari 2010 2:27 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Sekarang ni aku sibuk menyediakan diri untuk menghadapi exam..musim exam dah pun melanda bumi UDM..masing2 sibuk menatap buku-buku…dan ada juga yang sibuk menyiapkan assignment..Termasuklah aku..memikirkan exam usul fiqh malam ini..Dan juga assignment tafsir yang tak mula2 pun lagi..Ntahlah bila nak siap…Walaupun cuti midsem dah nak strat minggu depan..Tapi cuti tu takde makna pun,tetap juga sibuk dengan buku2…sebab ada 3 exam yang menanti lepas cuti seminggu ni..Arghh..so stress..Aku kena pastikan CGPA aku 2.67 ke atas..kalau tak,En.fauzan nak heret aku ke bilik kaunseling..Dia nak pastikan aku walaupun jadi exco dan aktif berpersatuan,tapi pelajaran tetap diutamakan..

Dua tiga hari ni,aku betul2 susah hati..Dah banyak kali aku contact adik kesayangan aku ni tapi tak dapat2..ntahlah kenapa..Betul2 buat aku jadi bimbang..lepas tak dapat contact..aku terus off handphone,ingatkan nak merajuk tapi aku pula yang jadi susah hati..Harap dia okay2 je…jangan lupa makan ubat tau!!! Actually, aku betul2 sunyi bila dia tak ada…

Walaupun kat UDM ni aku ada ramai kawan,tapi aku tetap rasa sunyi dan kadang2 aku rasa tak happy..kalau tengok secara zahir,mungkin orang akan kata aku ni ceria and banyak cakap..Tapi sebenarnya,dalam hati aku betul2 rasa sunyi and I’m not happy..Aku sengaja buatkan diri aku jadi sibuk,supaya aku tak fikr pun pasal ni....Aku betul2 rindukan kawan2 lama aku..Aku rindukan kira,k.Illah,Sufia,Nisa and Fatimah..Korang memang kawan2 yang selalu menceriakan hidup aku,bagi semnagat kat aku dan tempat aku mengadu masalah …kat sini,mengadu pada diri sendiri je lah.tak ada orang pun ambil tahu pasal aku kat sini.Kan best,kalau korang ada kat sini..Aku betul2 rindu kat korang semua…

P/s:teringin sangat nak masuk zaman sekolah semula..

2:23 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan


Aku ditinggalkan seorang diri kat umah…
Adik-adik semua kat sekolah..
Ayah aku pergi kerja…
Mak aku???entahlah kat mana…’
Kat umah mak saudara aku kot…
Adik bongsu aku pun ikut mak aku..
Nak call someone..
Tapi takde kdt..
Semalam pun cakp ntah pape…(mengarut je)
Tinggallah aku sorang-sorang kat umah..
Ditemani laptop+handphone+Kingston+motor warne pink…
Laptop memainkan lagu-lagu yang menenangkan hati..
Handphone hanya sepi tanpa mesej or call..
Kingston sedang tercucuk kat laptop ni…
Motor pink aku???dah lame tak naik…




Alhamdullilah,mesyuarat semalam ok je..Aku tak banyak cakap…Masih segan2 dengan sunbae2 sekalian..Sekarang ni tengah memikirkan..Baju apa nak pakai masa perlantikan exco..Dahlah kat DKU..Siap kena bagi ucapan…Kenalah pakai baju cantik-cantik…Ramai nak tengok aku ni..Dah habis almari aku geledah….Siap dengan almari mak aku dan adik aku sekali..Aku kebas baju mak aku and adik ..Tapi still tak tahu lagi..nak pakai yg mana..Dua-dua jubah warne hitam….Kasut?????aku tak tahulah high hells sape…Pakai je lah….Ingatkan nak kebas yg adik aku punya…Tapi tak tahulah ye sorok kat mana…Macam tau2 je aku nak kebas ni…

Buat student2 UDM yang nak join program rakan muda…jangan lupa datang kat DKU hari sabtu..6 feb..pukul 8.30 malam..100 pertama akan dapat kupon makanan percuma dan 20 yang pertama akan dapat cenderamata…Datang jangan tak datang tau….


P/S:tengah siapkan skrip ucapan untuk 3 minit….

bulan ini bulan cinta

Khamis, 4 Februari 2010 5:41 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Bulan Februari, bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Apa yang istimewanya dengan bulan ini? Tak lain tak bukan, setiap 14 Februari mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's Day.

Membuta tuli barangkali, meraikan dengan penuh keghairahan tanpa mengetahui sejarah dan kisah sebenar Hari Valentino diraikan. Islam mengajar kita mencegah kemungkaran dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan perkataan dan jika masih juga tidak berkeupayaan, cegahlah dengan hati. Doa. Benci kepada kemaksiatan. Benci kepada kemungkaran. Jangan sekali-kali menyokong atau mengiyakannya! Andai kita meraikan Valentines' Day, bukankah ini bermakna kita menyokong tindakan Valentino pada satu masa dahulu?? Istighfarlah.. istighfar.. minta keampunan dari Allah.


Setiap Hari adalah Hari Kekasih

Kenapa mesti tunggu 14 Februari? Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi saudara seagamanya? Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang? Apa salahnya kita berkasih sayang setiap hari? Berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian. Tidak melanggar syarak, tidak melampaui batas.

Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim. Kasih kepada mereka yang berhak.

Malangnya. Bukan perkara baru, sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis, si teruna memujuk rayu, "Kalau betul sayangkan saya, buktikan!". "Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!". "Kalau betul percaya dengan cinta saya, serahkan benda yang paling berharga itu, saya akan jaga kamu sampai bila2!"

Justeru, sebagai lambang cinta si gadis pula, dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri. Bertepuk soraklah syaitan laknatullah, sepasang anak cucu Nabi Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan. Astagfirullahalazim..

Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita?
Bila yang halal dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu. Siapa yang harus dipersalahkan?

Jangan menunding jari, muhasabah diri kita. Katakan TIDAK pada Hari Valentine. Tak perlulah kita menghambakan diri, membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat kita. Jangan biarkan budaya kuning berleluasa dan berkuasa dalam diri kita. Usah gadaikan maruah, prinsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yang sementara, sengsara menanti di hadapan.

Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.

Tanggungjawab

Selasa, 2 Februari 2010 1:10 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan


di satu malam yang sepi..
selepas habis termenung kat loker..
mamikirkan esok nak pakai baju apa..
tiba-tiba je handphone berbunyi...
"tuut...tutt..."
sape lak yang hantar mesej malam-malam buta ni..
sape hantar mesej ni..
no. pun tak kenal..

"SALAM...TAHNIAH!ANDA TELAH BERJAYA DALAM TEMUDUGA PEMILIHAN MAJLIS TERTINGGI DAN EXCO-EXCO SEKRETARIAT RAKAN MUDA IPT_UDM..aNDA DIWAJIBKAN MENGAHDIRKAN DIRI KE MESYUARAT KALI PERTAMA BERTEMPAT BILIK MESYUARAT MPP BLOK BPADA HARI RABU, 3 FEBUARI 2010,JAM 5.30 PETANG.KEGAGALAN BERBUAT DEMIKIAN KIRA DITOLAK DALAM PENYERTAAN..TERIMA KASIH"


terkedu,happy,excited....macam2 lah perasaan masa baca mesej tu...
tak sangka lak aku boleh berjaya dalam temuduga tu..
dah lah temuduga tanye soalan2 ntah pape je..
Alhamdullilah,syukur..atas nikmat yg Allah beri ni..

tapi.mesej yang berharga 1 sen ni bukan datang dengan sekadar tulisan je..
tapi datang dengan satu tanggungjawab dan amanah..
yang harus ku pikul..
bertambah satu lagi tanggungjawab..
InsyaAllah,aku akan berikan komitmen yang sepenuhnya..
untuk jalankan tanggungjwab sebagai exco2 teringgi ni dengan sebaik mungkin..
moga aku diberikan kekuatan untuk terus menjalankan tanggungjwab sebagai seorang anak,kakak,pelajar,pemimpin dan yang paling penting...
sebagi seorang Muslimah..


P/s:Berdebar nak masuk bilik mesyuarat esok!!!

1:05 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan



Tahun ni diwajibkan ambil kursus kokurikulum…so,aku pilih nak masuk kayak..sebenarnya banyak pilihan lagi macam golf, equestrian,pelayaran, ragbi, kebajikan,iqra’…tapi aku pilih kayak..sebenarnya nak masuk kebajikan..boleh merasa jadi anak angkat orang..tapi kawan2 tak nak join.aku pun pilih kursus ni..dapat merasai benda yang berlainan and mencabar skit..kami berlatih berkayak di Pantai Merang..lebih kurang setengah jam perjalanan dari kampus kusza..(naik bas UDM)

Tapi kami baru je belajar water confidence..sambil2 tu belajar berenang..tapi tak pandai2 juga..Balik umah,kena belajar berenang kat kolam renang belakang umah..dari dulu agi belajar berenang dgn ayah..tapi tak pandai2 juga..ish5..kayak kami tak sentuh lagi..tengok je dari jauh..(kempunan nak naik kayak)

Insyaallah,27 Feb. kami akan berkampung satu hari di Pantai Merang untuk belajar berkayak..Dari pukul 8 pagi sampai 6 petang…Fuhh..lama gila..InsyaAllah…lepas ni pandailah berkayak..Kalau tak ada aral melintang,Sebelum final Exam,kami akan adakan ekspedidi berkayak dari Pantai Merang ke Pulau Kapas..Perjalanan kami sambil berkayak ni akan mengambil masa selama 1 jam(bagi yg pro kayak)..Sape tak pandai tu…maybe berjam-jam baru sampai kat Pulau Kapas(lepas kayak terbalik 10 kali)..tak sabar rasanya nak gi ekspedisi ni..

Kemudian,kami duk kat Pulau Kapas selama dua hari satu malam..Macam2 aktiviti yg dirancang macam snorkeling,BBQ,swimming,fishing,cari jodoh(KJ yg ckp)…Yg pasti,akan jadi hari yang menyeronokkan dan satu pengalaman yang takkan dilupakan..
Sape nak join??????kenalah jadi student UDM..tak pun,wat ekspedidi sendiri..Ekspedisi berkayak ke korea kelab peminat blog suterakasih(hahaha…angan2 semata-mata)..

P/S:Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang..

ASSIGNMENT

1:03 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan




Lepas teman kawan aku gi kelas..Aku pun jalan sorang2 di tengah2 malam..Gi blok kawan aku..Niat di hati nak wat discussion pasal assignment…tapi sampai je kat bilik diorang..Tengah makan…Baru balik shopping kat pasar malam..Aku pun tanyelah…”bila nak wat assignment ???”Diorang senyap je…buat tak tau je..“ntahlah…dah lah dlm BA,mls agi nak wat..Yg lain pun x siap agi…”Aku tak terkata apa-apa..Nak marah pun tak guna..So,aku pun bla je lah..Malas aku nk layan diorang…Baik aku wat sorang2…

Dah lah penat aku jalan dari blok M sapa blok A..tapi hampeh je…Bukannya dekat..Try baca A……sampai M…jauh kan???Malam-malam pun aku jogging..Last2 aku gi umah kawan2 nurse..diorang pun tengah wat discussion..semangat btol..siap boleh terangkan satu persatu perkataan saintifik yang sememangnya susah bagi aku nak faham masa belajar biologi dulu..dahsyat lah diorang ni..Boleh dikatakan,student nursing yang paling serius time study and wat discussion..walaupun diorang ni nampk mcm main je banyak,tapi time study diorang serius..Tak hairanlah,kalau ramai student nursing dapat CGPA atas 3.5

Student aqsa????macam mana..bila nak serius belajar(t’masuk aku)…result lepas pun ko giler2…takkan tahun ni pun nak main2 lagi..takkan sebab full in Arabic dijadikan alas an susah nak study..sepatutnya student aqsa kena jadi lagi hebat…kalau semangat setakat di bibir je…baik tak payah!!!!buktikan dengan usaha…Chayok2…semangat semua!!!!!!!!!!!make sure semua dapat anugerah dekan sem ni…INsyaAllah..

P/s:Stop lepak kat kafe…Study hard!!!!

Related Posts with Thumbnails