TIP SEDEKAH TANPA WANG

Khamis, 18 Februari 2010 5:01 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH



1. Sedekah dengan hati
Niat yang ihklas dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.sabda Rasulullah bermaksud: “Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang tulus,ia berkata: ‘Seandainya aku mamiliki harta,nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat si polan(golongan yang ciberi harta dan ilmu).’ Dengan niatnya tersebut,maka pahala kedua-dua hamba ini sama” (Riwayat al-tirmizi)

2. Sedekah dengan lisan
• Berzikir seperti tasbih,tahmid,tahlil dan takbir.Abu dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Setiap tasbih adalah sedekah,setiap tahmid adalah sedekah,setiap tahlil adalah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah..” (Riwayat muslim)

• Ucapan yang baik.rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Perkataan yang baik adalah sedekah.”(Riwayat al-Bukhari).Antara ucapan yang baik ialah memberi salam,mengajak manusia ke arah kebaikan dan menegah daripda kemungkaran,berlemah-lembut sewaktu bercakap dan tidak mengguris hati orang lain.

3. Sedekah dengan perbuatan
• Senyuman. Sabda rasulullah s.a.w. mafhumnya “senyuman kepada saudaramu adalah sedekah.” (Riwayat al-Tirmizi)
• Solat.Soalat adalah sedekah untuk diri sendiri.berjalan ke masjid juga merupakan sedekah.
• Puasa sunat.juga sedekah untuk diri sendiri.
• Tidak mampu menunaikan haji dan umrah,tetapi inginkan pahalanya?Sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya: “barang siapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk menunaikan solat fardu,pahalanya seperti pahala haji.barang siapa yang keluar untuk solat Dhuha dan tidak keluar melainkan hanya untuk itu,pahalnya sama seperti pahala umrah.” (Riwayat Abu Daud)
• Manusia mempunyai sebanyak 360 sendi dan sedekahnya ialah Solat Dhuha dua rakaat setiap hari.
• Membuang atau mengalihkan sesuatu yang menghalang di jalan.
• Membersihkan masjid dan menjaga kebersihannya.
• Menolong insan yang memerlukan dan mendamaikan dua antara dua orang.
• Memberi tumpang seseorang atau barang-barang dengan kenderaan.
• Menunjukkan jalan kepada orang yang sesat dan membantu orang yang buta.
• Memberi minuman kepada sesama makhluk tidak kira sama ada manusia ataupun binatang.
• Mengajarkan ilmu.
• Memberi pinjaman wang atau mengizinkan penangguhan membayar balik pinjaman sekiranya orang yang meminjam tidak mampu membayar dalam tempoh yang sepatutnya dilangsaikan hutang itu.
• Mengajarkan ilmu.
• Menanamkan apa jua pokok atau tanaman,kemudian dimakan oleh makhluk Allah.


P/s:Ibtisam…(~.~)

0 Response to "TIP SEDEKAH TANPA WANG"

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails