stress

Khamis, 18 Februari 2010 3:29 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH

Hari-hari cutiku terus berlalu tanpa satu kerja pun aku siapkan…kat umah ni lansung tak ada ketenangan nak buat kerja…bising dengan suara adik2 dan anak sepupuku..Ditambah lagi dengan keadaan bilik study yang agak panas dan buatku tak selesa..nak buat kerja kat bawah tapi tak sedap hatilah bila orang datang ke umah tanpa henti menziarahi tok aku..Petang tadi pun satu rombongan muslimat PAS datang menziarahi tok aku..Ditambah lagi dengan kehadiran sahabatku yang sudah hampir dua tahun tidak berjumpa..Walaupun happy dengan kehadiran kawanku ini,tapi hati tetap kusut memikirkan kerja yang tak sudah2..Akhirnya,aku wat keputusan nak buat kerja di tangah malam..masa nilah yang paling tenang nak buat kerja…Diharapkan semua kerja aku akan siap sebelum kuliah bermula…

Walaupun hari2 aku lalu depan UDM,tapi aku betul2 rindukan suasana kat UDM..Rasa macam dah lama sangat cuti dan tak sabar nak mula kuliah balik…Rindu dgn gelagat2 student UDM…Akhi Mad yg cool..Sunbae2 yg garang..Abg Ali yang serius..Fatin yg suka bercakap tu..Mak cik kafe yg muka masam..Pozi kiosk yg ada MR.crab yg panggang daging burger,Patrick yg wat burger dan spongebob yg wat wafer dgn telingan terpasang earphone...(aku Sandy)..kelakar bila ingat balik gelagat diorang ni...Rasa macam nak packing semua baju sekarang dan terus ke UDM..tapi kalau aku pergi sekarang dah pasti aku keseorangan..sabar2..

Tapi orang yang paling aku rindu sekarang ialah adikku sayang yg tengah sakit sekarang..Rindu sangat2..nak tengok gelagat dia yang comel2..nak dengar suara2 dia yang ceria yang selalu buat aku tersenyum.tatap muka dia yang comel tu...Kalau boleh,aku nak tanggung semua kesakitan dia.. Biar aku tanggung segala-galanya asalkan dia bahagia dan sihat..Namun,apakan daya itu semua kuasa tuhan..tuhan yang menentukan segala-galanya..Sabar ye dik,anggap sakit ni ujian dari Allah untuk menguatkan iman kita..jangan putus asa tau dan selalu semangat..barulah cepat sembuh..Kalau awak sihat,kak cabar awak lumba lari….Kita tengok siapa yang menang!!!

0 Response to "stress"

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails