Demi ilmu

Isnin, 20 September 2010 3:55 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH
kelmarin sepatutnya sudah bermula kuliah.namun hingga ke hari ini,saya msih bergoyang kaki di rumah.Sepi tanpa kata.hanya menghadap komputer yang tak mampu berkata-kata.

'kelas ditunda hingga ke malam ini,pukul 8 malam di GA07"satu mesej singgah di handphone ku.agak berat rasenya nak menerima kenyataan.kenapa ada kelas malam ni?saya agak keberatan untuk ke kelas di waktu malam.Memandu seorang diri di malam yang gelap.Namun tetap dikuatkan hati,demi menuntut ilmu,apa pun mesti ku tempuhi.

Hanya berbaju kurung dan berselendang,menghidupkan ejin kereta yang baru saje keluar dari wad.Hanya 10 minit dari tumah,sampai ke tempat yang dituju.Aku menumpangkan beberapa orang kawan untuk ke kelas.Agak bimbang menuju ke kelas seorang diri di tangah malam.Tak ramai pelajar yang ada kelas malam.Kelihatan kelas masih sepi.hanya ada seorang pelajar lelaki yang sedang khusyuk membaca kitab.Saya bangga dengan lelaki itu,dia pandai menjaga pandangan mata.Tak ramai pelajar lelaki seperti dia.

Hampir setengah jam menunggu,namun kelibat ustaz masih belum kelihatan.Aku menatap kitab ulumhadis berbahasa arab.Cuba memahami setiap bait kata dalam kitab itu.Ada yang difahami ada yang tidak.Aku belum fasih berbahasa arab.Masih banyak yang perlu diusahakan.

Seorang lelaki tua memberi salam dengan suara yang agak pelahan.berjalan pelahan dengan bantuan tongkat .Agak terkejut melihatnya,ruap-rupanya itu ustaz,Dia kelihatan agak berbeza.Sudah hampir sebulan kami tak bertemunya.Kini,rupanya agak cekung dan badanya kelihatan tidak bermaya.Dia batuk tanpa henti.

Namun,dia tak berputus asa walaupun batuk sesekali mengganggu pemebelajaran kami.Suaranya agak pelahan.Kadang-kadang tidak kedengaran.Kami cuba memahami apa yang cuba disampaikannya.15 minit kemudian,dia berhenti.Tak mampu lagi mengeluarkan suara bagi menyampaikan ilmu.Kami berasa agak terharu melihat keadaanya.Walaupun hanya mampu bertongkat untuk datang ke sini,tapi dia tetap cuba menyampaikan ilmu semampu yang boleh.

kami hanya diam melihat keadaanya.memikirkan diri sendiri,saya walaupun cuma pening sedikit,sudah memberi alsan untuk tidak ke kelas.Sedangkan ustaz,hanya mampu berjalan menggunakn tongkat tapi tetap datang untuk memberikan kami ilmu.

Ustaz hanya diam di atas kerusi.Cuba merehatkan diri.ustaz tidak larat lagi untuk berkata-kata.Akhirnya,seorang pelajar lelaki menawarkan bantuan untuk menghantarnya pulang.kami mengiringi ustaz hingga ke kereta.semoga Allah memberikan kesembuhan kepada ustaz.

dalam perjalanan pulang,saya memikirkan diri sendiri.mengapa diri ini tak mampu mejadi sehebat ustaz?walaupun cuma mampu bertongkat,tapi tetap berusaha untuk sampaikan ilmu.sedangkan diri ini masih sihat,mampu berjalan bahkan berlari,mampu bertutur.Tapi masih malas utuk menuntut ilmu..saya cuba memotivasikan diri,mencuba untuk menjadi seorang penuntut ilmu yang gigih.Moga dberi kekuatan oleh Allah untuk menuntut ilmu hingga ke liang lahad.

0 Response to "Demi ilmu"

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails