
Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam???? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.Adakah kita yakin kita seorang Islam???
Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana
menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai perasaan...
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah...
Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???
Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan
Allah????
Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.
Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang
tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!!
Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat???? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar.
Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat? Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?
Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?
Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?
Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ... * kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?
Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat?
Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?
Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

Seorang guru sangat mengasihi seorang anak muridnya berbanding yang kain,sehingga murid-murid yang lain begitu cemburu.mereka yang cemburu itu menuduh guru itu pilih kasih.Ini menyebabkan guru itu mencari jalan bagaimana hendak menjelaskan kenapa dia bersikap demikian.
Satu hari guru itu memberikan seekor ayam kepada setiap anak muridnya.Dia menyuruh setiap orang menyembelih ayam itu di tempat yang dapat dilihat oleh sesiapa.tidak lama kemudia,semua anak murid pulang.masing-masing dengan ayam yang telah disembelih di tangan masing-masing.Ada yang menyembelih di hutan,di sebalik batu dan temapat-tempat yang tidak dapat dilihat orang.
Namun,anak murid yang dikasihi oleh guru tadi pulang agak lewat.dan di tangannya ayam itu masih hidup,yakni belum disembelih.
“Adakah kamu gagal menyembelih ayam ini?”Tanya guru.
“Saya tidak dapat menemui tempat yang tidak dapat dilihat sesiapa.”
“maksud kamu?”
“Di mana pun saya pergi,Allah sentiasa melihat”ujar anak merid kesayangn guru ini.
Mendengar jawapan dan melihat sikap itu,tahulah anak-anak murid yang lain mengapa guru mereka sayangkan kawan mereka itu.
HARI RAYA Dah BErlalU…
Walaupun bulan syawal dah nak habis tapi sempat juga aku buat benda ni untuk tontonan anda semua…Saje je wat mende ni untuk habiskan waktu2 di malam hari yang masih tersisa..
Posted in
1 syawal 2009
Semangkuk maggi pun dah ku habiskan.secawan milo pun dah habis ku hisap.sebungkus roti pun dah habis ku mamah.Tapi perutku masih lagi lapar tahap maksimun..nak pergi kafe tapi aku malas..ditambah lagi malam yang ditemani hujan ni..malas lah aku nak berpayung meredah hutan air..Ditambah lagi keadaan kafe yang bertambah riuh dengan suara-suara yang menjerit-jerit bagaikan
Dari kecik sampai besar,aku memang tak suka bola..bola sepak,bola jarring,bola baling hatta badminton sekali pun..tak pernah aku minat buat kerja-kerja macam ni..Aku lebih suka duk kat dapur,buka buku resepi,pastu try masak apa yg aku tak pernah masak…walaupun aapa yg aku masak tu tak pernah nak serupa macam dalam buku resepi tu..Dah pernah beberpa masakan yang aku buat menjadi hidangan istimewa kambing2 di dalam kanadang ayah aku tu..beruntung kambing tu dapat makan masakan aku tau..bukan semua makhluk kat bumi ni dapat rasa air tangan aku ni..
Buat warga UDM yang tengah syok tengok bola tu.Kesianlah kat hamba Allah ni yang terpaksa makan magi je disebabkan korang dah memenuhkan kafe yg selama ni tak pernah penuh pun..Tengok bola tengoklah jugak..tapi jangan sampai lupa buku.Final exam dah dekat ni..jangan tido bola,makan bola samapi study pun bola..
P/S:rasa nak belasah semangkuk maggi lagi je…lapar!!!




