Seorang guru sangat mengasihi seorang anak muridnya berbanding yang kain,sehingga murid-murid yang lain begitu cemburu.mereka yang cemburu itu menuduh guru itu pilih kasih.Ini menyebabkan guru itu mencari jalan bagaimana hendak menjelaskan kenapa dia bersikap demikian.
Satu hari guru itu memberikan seekor ayam kepada setiap anak muridnya.Dia menyuruh setiap orang menyembelih ayam itu di tempat yang dapat dilihat oleh sesiapa.tidak lama kemudia,semua anak murid pulang.masing-masing dengan ayam yang telah disembelih di tangan masing-masing.Ada yang menyembelih di hutan,di sebalik batu dan temapat-tempat yang tidak dapat dilihat orang.
Namun,anak murid yang dikasihi oleh guru tadi pulang agak lewat.dan di tangannya ayam itu masih hidup,yakni belum disembelih.
“Adakah kamu gagal menyembelih ayam ini?”Tanya guru.
“Saya tidak dapat menemui tempat yang tidak dapat dilihat sesiapa.”
“maksud kamu?”
“Di mana pun saya pergi,Allah sentiasa melihat”ujar anak merid kesayangn guru ini.
Mendengar jawapan dan melihat sikap itu,tahulah anak-anak murid yang lain mengapa guru mereka sayangkan kawan mereka itu.
Catat Ulasan