BISIKAN HIDAYAH UNTUK SEORANG MODEL..

Isnin, 19 Oktober 2009 10:39 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH



Hidayah merupakan nikmat yang paling agung.Tidak semua orang mersakan nikmat hidayah yang mampu membuatkan insane yang menerimanya menitiskan air mata dan merasakan bahawa hidupnya kini telah lengkap.
Bukan sedih,bahkan sayu dan bersyukur ,satu perasaan yang sukar diungkapkan. Insan yang paling memahami hakikat ini ialah saudara baru,baru memeluk islam.Mereka menerima islam dengan hati lapang,bukan islam keran keturunan.
Sara bokker merupakan model,pelakon dan pelatih fitness.Hidupnya dilimpahi kemewahan dan glamour.Waktu itu,hidupnya tertumpu pada menjaga penampilan agar tampak menarik di mata khalayak ramai.Akibatnya,dia menjadi hamba kerana keingina untuk sentiasa kelihatan menarik hingga meragut kebahagiaan sendiri.
Akhirnya,Sara bokker berasa bahawa hidupnya hanyalah satu rutin yang membosankan dan tiada makna.Duani glamornya tidak menjanjikan ketenangan.Ada lompang dalam hatinya yang belum terisi.
Ekoran daripada itu,dia mengalihkan aktiviti seharian daripada berpesta dan minum minuman alcohol kepada aktiviti kemasyarakatan dan mempelajaro pelnagai agama.Pengembaraannya dalam mempelajari pelbagai agama memberi sedikit ketenangan buatnya,namun dia masih mencari satu agama yang konkrit ,tersusun dan indah.Bagaimana Sara kenal islam???
Ia bermula apabila ramai rakyat Amerika menganggap islam adalah agama pengganas terutamnya setelah pengeboman World Trade City(WTC).Di sebalik tanggapan negative yang bercambah tentang islam,Sara menemui hidayah daripada Allah s.w.t.
Ini bermula apabila Sara mempunyai keinginan yang kuat untuk mengetahui tentang islam yang membawanya menemui sebuah al-Quran.Sara kemudian berusaha memahami terjemahan Al-Quran.
“Isi kandunagn al-Quran sangat menyentuh hati dan jiwa saya yang paling dalam,tanpa perlu saya mentafsir dan bertanya orang yang mengetahui,”terang Sara.
Akhirnya dengan lafaz syahadah,Sara Bokker kini merupakan seorang muslimah yang amat komited.Sebaik memeluk Islam,Sara terus menukar penampilannya secara holistic.Semalambeliau melalui kawasan perumahannya dengan pakaian menjolok mata dan elegan,hari ini Sara melalui jalan yang sama dengan berbusana muslimah,Bukan itu sahaja,menurut Sara,dia merasakan dirinya benar-benar seorang wanita yang berbusana Muslimah dan dia juga bersa bebas kerana tidak perlu berbelanja besar untuk menghias diri.
Sebulan selepas memeluk Islam,sara mengahwini seorang lelaki soleh yang membimbingnya ke jalan lurus.Sara bukan sahaja berbusana lengkap sebagi muslimah,sebaliknya sara juga memakai niqab walaupn tahu pemakaian niqab bukan wajib.Sara telah menemui tujuan hidupnya.

Maha Suci Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa jua yang dikehendakiNya.

Dipetik dan diubah suai dari:http://www.albalagh.net/women/0097.shtml

0 Response to "BISIKAN HIDAYAH UNTUK SEORANG MODEL.."

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails