MY LAST DAY IN SHAMS

Selasa, 23 Jun 2009 10:29 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
MY LAST DAY IN SHAMS…
Selepas 2 hari aku tak pergi sekolah,hari selasa tu aku pun tergerak hati nak pergi sekolah.Tiba-tiba je rasa rindu kat member2 kat sekolah.Terutamanya bila mak saudara aku cakap yang aku dapat 2nd intake kat UDM di Fakulti Pengajian Islam..Alhamdullilah,syukur yang tak terhingga bila aku dengar berita gembira ni.Tapi pada masa yang aku juga rasa sedih..sebab aku akan berpisah dengan kawan2 aku kat SHAMS.Dan kebanyakkan daripada mereka adalah kawan aku sejak daripada form 1 lagi…Dn bila aku gi UDM,aku kena cari kawan2 baru.Dan mungkin agak sukar untuk cari kawan seperti diorang…Nak cari sahabat sejati yang betul2 memahami diri kita memakan masa yang agak lama.Tiga hari terakhir di SHAMS,banya k perkara yang terjadi.Ada petistiwa yang sedih,memalukan,menggembirakan dan menyakitkan..
Student lelaki dlm kelas aku yang aku panggil FK dah tak ada dalam kelas aku.Masa aku g sekolah,dia dah tak ada dlm kls aku..Dah berpindah ke SMK Panji Alam..Dia pindah sebab x nak ambil bahasa Arab..Tak sempat aku nak minta maaf dengan dia sebelum dia pindah.Selama ni aku banyak sangat kutuk dia.banyak betul dosa aku kat dia.Harap-harap dia maafkan aku…Dah tak adalah klon F***D K***L kat Shams…Tinggal 4 ekor je kumbang dalam kelas tu.Harap2 akan jadi kumbang yang berguna.
Yang menyedihkan plok sebab nak berpisah dengan kawan2 aku.Kawan aku,Tasha menangis bila aku beritahu yang aku akan ke UDM.Dalam kelas tu,kami kawan berempat je..2 org lagi kawan aku pun dah buat rayuan kat UDM dan 90% ada peluang nk masuk UDM.Tapi tasha x buat rayuan pun.Jadi tak de peluang lah.So,dia sedih sebab kami bertiga kemungkinan akan pergi dan dia akan keseorangan dalam kelas ni.Sebenarnya,aku pun sedih nak tinggalkan diorang ,Kalau boleh aku pun nak stay je F6.lepas 1 ½ tahun.aku dah buat ijazah.Tapi diploma 3 tahun.Tapi keadaan dan suasana kat sekolah dan kelas yang memaksa aku keluar dari sekolah tu…(nak tahu kenapa???lain kali r aku cerita.)
Dalam kelas syariah dah bertambah dua lagi student lelaki dari SMA LADANG.Diorang ni kira baik r.Dan agak malu2 ckit.Si panjang dalam kelas syariah dah takde.sambung study kat UiTM Dungun dalam Diploma Pengurusan perniagaan.dan hari terakhir di Shams,aku belajar dalam kelas Syariah sebab 3 orang lagi kawan aku tak datang sekolah.Dan aku tak sanggup duduk keseorangan dalam kelas usulludin yang seolah-olah tak menerima kehadiran aku tu..Walaupun baru hari ni aku study dalam kelas Syariah tapi rasa macam dah lama je.Kitaorang jadi rapat sangat,mungkin disebab kan kebanyakkan dari mereka kawan2 dari sekolah Khariah..Rasa hepi dan tenang je duk dalam kelas ni.Nasib baik cikgu2 tak prasan aku dari kelas usuluddin.Kalu tak teruk jugak aku kena..Seronok sangat duk dalam kelas ni walaupun Cuma untuk kali pertama dan terakhir.Sebelum aku keluar dari kelas tu aku minta maaf banyak2.Dahlah datang tanpa diundang,lepas tu buat kecoh plok…
Dan yang amat meyakitkan hati aku,bila aku jumpa dengan ketua kelas aku.,Syukri..Dia Tanya”nak g doh ke dari sekolah ni”.Aku jawablah.”ya,aku nak g doh”..ikutkan hati aku mals nak layan dia.Tapi ni hari terakhir jadi aku layan je dengan baik lah..lepas tu dia kata “pergilah cepat sikit,aku serabut doh tengok muka mu”..Masa tu tuhan je tahu bertapa sakitnya hati aku.Sabarlah.Aku layan baik tapi dia buat macam ni kat aku.Dah lah sebelum ni anggap aku macam tak wujud dlm kelas tu.Sekarang dia seolah-olah menghalau aku je.nasib baik hari terakhir kat sekolah tu.kalau tak,merana aku dibuatnya.Dahlah dekat hostel kena kutuk dengan warden.kat sekolah plok disisihkan dengan budok2 kelas.sabar je lah..mujurlah ada kawan2 lain yang ceria dan terus bagi aku semangat.Terubatlah sikit luka di hati aku ni..kalau boleh,aku nak naik kelas aku dan uminta maaf dengan diorang semua.Tapi,bila diorang pun anggap aku ni macam pedatang tnpa izin,Aku pun berat hati nak minta maaf.Harap2diorang maafkan aku kalau kehadiran aku dalam kelas tu menyakitkan hati mereka.Dan aku maafkan diorangyang pernah buat aku derita.Aku anggap ni semua dugaan yang akan menjadikan aku tabah dan sabar dalam menghadapi setiap dugaan..

MY CLASSMEK

Khamis, 11 Jun 2009 2:44 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

MY CLASSMEK…

Dalam kelas aku ni lain plok ceritanya.kadang-kadang aku rasa macam budok darjah satu jer duk dalam kelas ni.Umur dah masuk 18 tahun tapi perangai macam budok lapan tahun je.x matched lansung..Sia-sia je bagi gelaran PRA-U..Disebabkan x jadual kelas yg tetap..Terpaksalah berkongsi kelas dengan budok kelas syariah..Cikgu ingat nak buka satu je kelas f6 tapi tak sangka plok ramai yg masuk f6 tahun ni..Ada juga yg dapat matrik dan UPU tapi x nak g.Pelik betullah diorang ni.Kalau aku..aku nak sangat masuk U..

Bila cg takde dalam kelas,mulalah bising macam pasar payang.Sebab tu aku cakap diorang ni macam budok lapan tahun.Ada ke patut diorang ni bising masa budok2 form lain tengah exam.Tak reti lansung nak hormat adik2 yg tgh exam.Bukan yg muda je kena hormat yang tua tapi yg tua pun kena hormat yg tua.Betul2..mase tu,aku tengah bace buku pengajian Am yg tebal dia lebih kurang 3 inci.Macam mana aku nak focus kalau keadaan tu macam pasar…Lebih kurang dalam 10 minit aku cubalah bersabar dengan keadaan macam tu.Tapi kesabaran pun ada batasnya..selepas suhu kesabaran melepasi tahap 1000086575 celcius…gunung api pun meletus..Aku pun sound je lah..”DIAMLAH…BUDOK2 FORM LAIN TENGAH EXAM”..rasa nak tercabut anak tekak aku sound dia..bergegar kelas aku,nasib baik tak runtuh..puas hati aku.bharu lah senang sikit aku nak study kalau keadaan sepi macam ni.Thu pun diorang ni diam.Ingat kan aku kena stapler mulut diorang baru nak senyap..tapi kadang-kadang aku rasa bersalah juga sound diorang macam tu,tiba-tiba jer..mesti diorang terkejut.Kalu ada yg sakit jantung,mesti dah mati…

Selepas hari tu,semua orang cop aku ni sebagai ‘PEREMPUAN GARANG’.Sampai ada diantara diorang yg tak berani nak tegur terutamanya student lelaki..Sampai hari ni,takde pun budok lelaki yg berani bercakap dengan aku.sampai 3 orang lagi kawan aku pun terkena bahangnya.Bukan aku sorang je diorang tak berani tegur..3 lagi kawan aku pun diorang tak berani tegur..Bagus juga diorang tak tegur kami coz kami pun tak layan sangat budok lelaki sebab kami ni tak pernah pun duk sekelas dengan budok lelaki..

Lepas hari tu,muncul plok cerita lain..Aku ni rapat dengan 3 org kawan aku ni.kami dulu sekelasmasa form 5,jadi kami ni kira rapatlah.Tempat kami berempat ni di bahagian tepi kelas dekat dengan pintu..Belakang kami ni kira kosonglah..So,kitaorang ni macam terasinglah sikit dari orang lain(bukan sengaja mengasingkan diri).Bila ada aktiviti kelas yg dibincangkan.Maka ketua kelas pun perasanlah yang kami ni agak terpingggir.maka disampaikan melalui assistant kami pesanan ni “tegurlah budok2 kelas yang lain,janganlah meminggirkan diri.”.Kami tahu niat dia baik dengan pesanan tu.maka kami pun cubalah bertegur sapa dengan budok-budok kelas lain..tapi,ada juga yang tak layan bila kami cuba berkawan.

Esoknya,macam biasa ada tazkirah sebelum kami memulakan kelas.Ketua kelas bagilah tazkirah.Tazkirah dia lebih kurang macam ni.”saya merasakna ada semangat Assabah dikalangan kelas kita.Hidup secara berpuak-puak.Sedangkan semangat assabiah adalah sikap masyarakat jahiliah yang diamalkan sebelum kedatangan islam.Sepatutnya kita sebagai satu kelas hendaklah sentiasa berkerjasama.Saling bertegur sapa.Janganlah terlalu bangga dengan status diri kita..Contohnya:jika awak pada asalnya adalah dari kelas aliran sains.Janganlah sampai tak nak bertegur sapa dengan pelajar dari aliran sastera.kalau awak rasa hebat sangat dari aliran sains,bakpe x masuk universiti .bakpe ada kat sini untuk ambik stpm…”.Lebih kurang macam tu r.masa ye cakap semangat assabiah tu aku tak terasa hati coz aku tak rasa yang aku ni assabiah.tapi bila aku cakap pelajar aliran sains.aku macam terasa je coz Cuma kau dan kawan-kawan aku je dari lairan sains.Bengang nyer!!!!Mase tu aku doh lah badmood coz bestfrenz aku dah bla g kat matrik..patut ke diorang caka aku macam ni.Tak patut betullah.

Kalau diorang nak kata aku ni asabiah sebab aku ni dari aliranh sain dan bangga aku ni aliran sains.aku rasa tak patut.Sebab kebanyakkan kawan2 aku di kelas syariah dari aliran sastera.Kalau nak kata aku ni assabiah sebab aku n the geng tak tegur student lelaki.Aku pun rasa tak patut.Sebab lelaki dengan perempuan ada batas pergaulan..kalu tiada urusan penting melibatkan pelajaran ,aku rasa tak perlulah aku tegur diorang.Lagipun sesi pembelajaran pun masih lagi tak teratur.jadi tiada lagi perbincangan tentang pelajaran yang patut dibncangkan dengan student lelaki.kalau nak tegur atau setakat berbual kosong je,aku rasa tak perlulah sebab takut isu lain plok yang akan keluar.

Kepada sesiapa yang mersakan saya dan kawan-kawan saya ni ada semangatt assabiah.kami minta maaf sangat2 dan kami akan mengubah sikap kami.Tapi kawan-kawan lain pun perlu ubah sikap juaga supaya kita akan sentiasa bertegr sapa dan menghilangkan semnagt assabiah yang ada tu.Dan kami ingin menegaskan bahawa kami sesekali tak pernah berasa bangga dengan status kami sebagai pelajar dari aliran sains.Bagi kami,hanya iman yang membezakan setiap manusia di mata Allah.Insya-Allah,ukhuwah antara kita kan terjalin sehingga ke Taman Firdausi.Ameen….

Selasa, 9 Jun 2009 12:01 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Kau Penggerak Ummah
www.iluvislam.com
Mastura Mohd Yusuf
Editor: arisHa27


Laju jari-jemari Faiz menari di papan kekunci laptopnya. Assignment Ulum Al-Quran yang baru diberi oleh Ustaz Zamri tadi telah dimulakannya.

Oi Faiz! Kau buat apa tu?” Kedengaran suara Hamdi, merangkap teman sebilik dan juga sekelasnya melaung dari muka pintu.

Faiz menoleh sekilas.

Assignment” Jawabnya ringkas.

"Assignment Ustaz Zamri tu ke?” Hamdi melangkah masuk, meletakkan dirinya di sisi Faiz.

"Ha ah” Terbeliak mata Hamdi melihat Faiz telah siap menaip satu muka surat penuh.

"Fulamak! Skema la kau. Awal betul buat, kan kena hantar minggu depan. Enjoy la beb! Bahu Faiz ditepuk kasar.

Faiz menghela nafas berat. Hamdi memang terkenal dengan sikap sambil lewanya.

"Aku banyak kerja lain lagi nak kena buat. Lagi pun, program-program dakwah dan tarbiyyah banyak minggu ni.Aku tak nak sebab program-program tu amanah aku sebagai mahasiswa terabai. Nanti jadi fitnah pada Islam” Faiz cuba menjawab setenang mungkin.

Hamdi tergelak. Tubuhnya dihempas ke atas katil.

"Apa la kau ni Faiz,asal aku cakap je kau mula lah nak berceramah. Kau ni asyik program sana program sini, macam tak ada life! Ha, tadi Ayu kirim salam kat kau. Kesian la budak tu, kau buat tak layan je. Kau jangan jual mahal sangat Faiz.”

Faiz tergamam. Ayu. Nama itu tidak asing lagi buat dirinya, semenjak dirinya di semester satu lagi Ayu telah cuba mendekati. Bukan Ayu sahaja malahan beberapa wanita lain lagi. Namun, Ayu yang paling ketara.

Faiz menghela nafas berat. Di manakah dia pewaris Ummahatul Mukminin?

"Woi! Kau berangan apa lagi tu? Ha lagi satu Ayu pesan, balas surat ni.”

Hamdi bangun dan meletakkan sekeping kertas di sebelah laptop Acer Aspire 4530 lantas berlalu ke bilik air.

Faiz diam merenung kertas putih itu. Hatinya masih berbelah bahagi.

"Perlu ke aku baca surat ni?"

Perlahan-lahan tangannya mencapai kertas putih itu dan dibuka lipatannya. Faiz menelan air liur. Tulisan tangan yang kemas di atas kertas itu dibaca.

Assalamualaikum.. Maaf andai surat ini mengganggu ketenangan Iz. Dah lama Ayu perhatikan Iz,makin lama hati Ayu makin terpaut pada Iz. Iz je yang jual mahal.
Harap Iz balas surat Ayu ni. Ayu tunggu…
Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas.
"Astarghfirullah.” Spontan, istighfar itu meluncur laju daripada mulut Faiz. Dadanya senak. Lantas kertas itu digumpal-gumpal menjadi sebentuk bola dan dicampakkannya ke dalam tong sampah.

Faiz bungkam.

"Ya Allah, apa lagi yang perlu aku lakukan? Bukankah Hawa itu tercipta daripada tulang rusuk lelaki yang bengkok. Andai kekerasan yang digunakan, maka akan patahlah tulang itu."

Faiz baring di atas katilnya yang berwarna biru. Kedua-dua tangannya disilangkan di atas dahi.Panorama biliknya yang sederhana besar pada petang itu seolah-olah membungkamkan lagi hatinya.

"Jadi, aku harus membimbing dia?"

"Jangan! Nanti lain jadinya."

"Jadi apa tindakan terbaik? Carikan dia seorang pembimbing daripada kalangan muslimah!"

"Tapi siapa pula?"


"Arghh!” Spontan, Faiz menjerit kecil. Tersedar akan keterlanjurannya, Faiz beristighfar. Ditukar pula posisi daripada baring ke duduk.

Hatinya yang berkecamuk diulit dengan zikrullah. Dia bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu’.

"Aku tidak perlu mengikut nafsu syaitan!"

***

"Faiz!” Laungan suara daripada belakang membuatkan pergerakan kaki Faiz yang baru keluar dari kelas terhenti. Faiz menoleh.

MasyaAllah, akhi! Lama tak nampak?” Faiz mengukir senyuman apabila melihat sekujur tubuh yang Uwais yang tegap. Senior yang dikenalinya semenjak sesi taa’ruf di kolejnya, seorang yang banyak benar membantunya daripada sudut rohani dan jasmani.

"Ha, tu lah enta, sibuk mengalahkan Perdana Menteri sampai tak sempat nak menjenguk ana di bilik. Kat masjid pun boleh tak perasan ana.”

Uwais menggeleng-geleng kepala.Tangan dihulur dan Faiz menyambut.

"Allah… ‘afwan, ana bukan sengaja tak perasan tapi enta tu kecik sangat.”

Uwais tergelak.

"Ha, dah alang-alang jumpa ni, marilah minum sama-sama. Enta ada kelas lagi ke lepas ni?”

"Alhamdulillah, tak ada dah. Bolehlah nak duduk berbual dengan enta. Lama betul tak berbual.”

"Jomlah”

***

"Enta apa khabar? Dah makin cengkung ana tengok. Ada masalah ke?” Uwais memulakan pertanyaan. Teh O ais yang berada di depan mata di hirup sedikit.

Faiz melepaskan satu keluhan berat.

"Ana nak cakap pun, malu..”

"Sejak bila pula enta pandai nak malu-malu dengan ana ni?”

"Macam ni..”

Faiz menarik nafas panjang. Uwais menanti tenang.

"Ana sering diganggu.”

"Dengan makhluk halus?” Uwais bertanya seraya menghirup Teh O ais di hadapan matanya.

"Bukan. Dengan muslimah!”

Hampir-hampir sahaja air Teh O ais tersembur daripada mulut Uwais. Uwais tersedak-sedak akibat air yang tidak ditelan secara sempurna.

"Ana dah agak, enta mesti gelakkan ana” Faiz menunduk malu.

"Bukan, enta jangan salah faham, ana terkejut aje. Wah, bertuahlah enta ye.” Uwais tersengih.

Faiz mencebik.

"Kalau enta rasa apa yang ana rasa, baru enta tau bertuah tak bertuahnya ana ni” Faiz membalas separuh hati.

Uwais tergelak.

"Enta dah berterus terang?”

Angguk.

"Banyak kali. Tapi seolah-olah tak bermakna langsung penerangan ana.”

"Sabarlah Faiz, Allah sedang berbicara dengan enta. Dia tahu enta mampu hadapi ujian ni, sebab tu Dia tak turunkan kat ana. Apa-apa pun, enta berserahlah kepada Allah. Hidup di dunia ni memang banyak dugaannya. Berdoalah agar enta terhindar daripada fitnah dunia.Teringat ana pada sabda Rasululullah s.a.w bahawa wanita itu adalah aurat, maka apabila dia keluar syaitan akan menghiasinya.Jadi andai enta dah berusaha, maka bertawakallah. Kalau enta perlu pertolongan, cari sahaja ana.”

Faiz tersengih.

Ha, yang enta tersengih-sengih ni kenapa?”

"Muka enta waktu serius kelakar juga ya.”

"Faiz!”

***

Eh, tu macam Hamdi.

Berkerut-kerut kening Faiz untuk memastikan insan yang hanya jauh beberapa meter di hadapannya itu benar-benar sahabatnya.

Sah!

Faiz beristighfar di dalam hati. Kakinya mula dihayun menuju ke tempat di mana Hamdi sedang rancak berbual dengan seorang muslimah. Sakit benar hatinya melihat Hamdi bergelak-ketawa dengan yang bukan ajnabi, bukan kerana cemburu tetapi kerana rasa kasih yang teramat sangat pada Pencipta Sekalian Manusia. Rasa cinta pada Allah yang mengurniakan cinta.

Hanya beberapa meter sahaja lagi untuk sampai kepada Hamdi, Faiz mematikan langkah.Tiba_tiba dia teringat pesanan Ustaz Hamzah pada seminar ‘Mencari Seorang Da’ie’ minggu lepas.

Manusia mana yang suka didekati secara kasar? Begitu juga mad’u kita. Kadang-kadang kita fikir menegur mad’u di khalayak ramai merupakan sesuatu yang hebat. Setelah menghentam mad’u dengan segala perkataan yang terbuku di dalam hati, kita akan melangkah pergi dengan gah tanpa kita sedari ada air muka yang telah kita kotori, ada hati yang telah kita lukai. Itu salah. Pertama sekali dalam berdakwah antum haruslah mendekati mad’u dan selepas itu peganglah hatinya dengan berhikmah. Jangan buat mereka berdendam pada kita.

Faiz melihat sekeliling. Ramai. Kakinya dihayun kembali menuju ke asrama.

***

'Kreek'

Bunyi pintu bilik yang terbuka membuat Faiz berhenti daripada menyusun buku-bukunya pada rak buku. Berdebar hati Faiz melihat sekujur tubuh Hamdi masuk dengan muka kepenatan.

"Baru balik Di?” Faiz bertanya ramah.

"Ha ah. Discussion tadi.”

Hamdi mencampakkan begnya di atas katil dan duduk di kerusi yang berada berdekatan meja belajar Faiz. Matanya meliar.

"Kau buat apa ni Iz?Bersepah semua”.

"Aku nak kemas sikit buku-buku ni. Dah nak bersawang rak buku aku ni”

Senyum.

"Erm, Di aku nak cakap sikit boleh?”Faiz berbelah bahagi.

"Sejak bila kalau nak bercakap kena minta izin daripada aku?” Hamdi berseloroh.

Faiz bangun daripada posisinya yang sedang bersila di atas lantai dan mengambil kerusi lantas diletakkan di hadapan Hamdi lalu dilabuhkan punggungnya dengan selesa.

"Di..”

"Apa dia? Cakaplah.”

Faiz memandang mata Hamdi. Kelakuan mad’u ketika dia sedang bercakap harus diambil kira kerana segala kelakuannya merupakan satu komunikasi bukan verbal yang harus difahami oleh seorang da’ie.

Faiz menarik nafas panjang.

"Macam ni Di, aku nak tanyalah…” Faiz mencapai buku yang baru sahaja di bacanya. Satu bab di buka dan tertera tajuk batas-batas pergaulan dalam Islam.

"Ni ha, aku tak berapa faham ayat dia. Putar-belit. Antara lelaki dan perempuan apa batas-batas dia?” Jari telunjuk Faiz menunjuk ke arah tajuk yang tertera.

"Bak sini buku tu”

Faiz menghulur.

La.. kacang je, apa yang kau tak faham. Lelaki kena tundukkan pandangan apabila berhadapan dengan wanita yang bukan muhrim, begitu juga dengan wanita. Kedua-duanya harus menundukkan pandangan untuk mengelak fitnah dan penyakit di dalam hati.” Lancar Hamdi menerangkan.

"Jadi kalau ada discussion?”

"Bincang yang penting-pentinglah, tapi janganlah berdua sahaja nanti syaitan pula jadi yang ketiga. Yang perempuan tak boleh melunak-lunakkan suara, lelaki kena pandailah kawal diri.”

"Kalau berbual berdua di khalayak ramai?”

Hamdi mendengus.

"Tak boleh juga. Lagi bahaya sebab nanti bakal menimbulkan fitnah. Ala, pasangan kekasih kalau di khalayak ramai pun tak malu nak buat maksiat! Kalau lelaki perempuan dalam satu kumpulan nak bergurau senda pun kena juga berpada, jangan sampai menyumbang kepada pergaulan bebas.”

"Di..”

Faiz memanggil perlahan.

"Apa lagi kau nak tanya?”

"Tadi, aku ternampak kau bergelak-ketawa berdua dengan seorang muslimah” Faiz menembak tepat pada sasaran.

Hamdi diam, baru tersedar jawapannya tadi itu bakal memakan dirinya sendiri. Dalam tidak sedar, mindanya memikirkan kebenaran kata-katanya sendiri!

***

Sudah tersebar fitnah itu. Fitnah yang mengatakan bahawa Faiz sering keluar dating bersama Ayu. Fitnah yang disertakan dengan gambar-gambar super impose Ayu dan Faiz benar-benar menggigit sanubari Faiz.

Faiz bungkam. Mindanya masih memikirkan tentang kejadian sebentar tadi.

Eh kenapa semua orang tengok aku ni?

Faiz bingung memikirkan mengapa setiap langkahan kakinya di sertai dengan mata-mata yang tajam melihat.

"Eleh, nampak je alim. Pura-puralah tu”

Telinga Faiz menangkap suara seseorang namun kepalanya tidak berani menoleh.

"MasyaAllah, Faiz” Bahunya ditepuk seseorang. Faiz menoleh, dan terasa ingin dipeluk sahaja batang tubuh Uwais di hadapannya.

"Uwais, tolong ana, ana tak tahu kenapa hari ni semua orang macam nak telan ana”

"Ikut ana”

Faiz mengekori langkah Uwais yang akhirnya tiba di sebuah kelas kosong. Uwais membuka beg laptopnya dan mencari rangkaian internet. Emailnya dibuka.

"Faiz” Uwais memanggil.

"Ya”

"Mari sini sekejap.”

Faiz melangkahkan kakinya merapati Uwais. Uwais menghalang Faiz daripada melihat ke arah laptopnya.

"Nanti. Ana harap enta bersabar banyak-banyak. Ini ujian Allah”

"Kenapa ni?” Faiz gelisah.

"Ni...” Uwais menunjukkan emailnya.

Faiz hampir-hampir rebah melihat semua gambarnya bersama Ayu. Jijik.

***

Hamdi mundar-mandir di dalam bilik. Sesekali matanya menjeling tubuh Faiz yang asyik berselubung di atas katil. Sudah dua minggu Faiz begitu, rutin hidupnya yang selalu sibuk dengan urusan dakwah dan tarbiyah kini bertukar 360 darjah!

Faiz hanya pergi ke kelas dan kemudian balik ke bilik. Wajahnya pula semakin cengkung dek kerana kurang makan.

Hamdi mendengus. Hidupnya mula terasa bosan tanpa ceramah percuma dan teguran daripada Faiz. Matanya menjeling lagi tubuh Faiz yang semakin tidak terurus.

Ni tak boleh jadi!

Pantas kakinya dihayun dan berdiri di sebelah katil Faiz.

"Faiz” Hamdi memanggil. Tegas.

Diam.

"Faiz!" Suaranya ditinggikan sedikit.

Diam.

Hamdi berang. Pantas tangannya memegang bahu Faiz dan mendudukkannya.

"Kau nak apa ni Di....” Faiz bersuara lesu.

"Kau tanya aku nak apa? Kau ni dah kenapa Faiz? Mana Faiz yang dulu?” Hamdi membetulkan posisinya agar duduk berhadapan dengan Faiz. Faiz harus disedarkan!

"Kau tak nampak ke, satu universiti dah tak suka kat aku. Nama aku dah busuk Di, aku malu.Faiz mula mengalirkan air mata. Wajahnya yang mula cengkung ditambah pula dengan deraian air mata dan rambut yang agak kusut benar-benar menyentuh sanubari Hamdi.

"Faiz, kau lupa ke maksud nama kau apa? Pemenang. Seorang pemenang tak boleh cepat mengalah macam ni. Seorang pemenang akan bertungkus-lumus mengalahkan lawan. Kau nak biar nama kau busuk sampai bila? Kalau kau sendiri tak bangkit, siapa lagi nak perbaiki keadaan?Bukankah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasibnya sendiri?”

"Tapi aku tak tahu nak buat apa..”

"Tu alasan,Faiz. Allah dah janji, setiap masalah ada jalan penyelasaiannya. Kau lagi arif daripada aku. Bangkitlah Faiz, kau tak boleh terus macam ni, kau penggerak ummah! Kalau kau lemah, apa jadi kat ummah?" Faiz, kalau kau tak kesian kat diri kau sendiri, kesianlah kat ummah yang dah semakin parah. Aku rindu pada Faiz yang tidak pernah tinggal untuk solat berjemaah di masjid hatta sakit sekali pun!”

Faiz tidak menjawab. Terhenggut-henggut badannya menahan tangis yang semakin menderas. Hamdi menepuk-nepuk bahu Faiz. Matanya turut digenangi air, memikirkan beban yang dipikul Faiz. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.

"Tinggalkan aku sendiri, Di...”

Hamdi akur, kakinya mula melangkah keluar bilik. Air matanya tumpah jua, terbayang kembali bagaimana sikapnya terhadap wanita, terasa hina kerana biar pun dirinya yang terlibat dalam pergaulan bebas, Allah memilih Faiz untuk ditunjukkan kasih sayangNya.Hidayah Allah seolah-olah telah meresap dalam hatinya.

Faiz, semoga kau tabah dan sabar. Aku rindu Faiz yang dulu... Aku janji lepas ni aku akan teman kau menjadi penggerak ummah!

***

Hamdi membuka pintu bilik perlahan-lahan, bimbang akan mengganggu Faiz dan sebaik sahaja pintu bilik terbuka, kornea mata Hamdi menangkap imej Faiz yang sedang khusyuk berdoa sambil menangis. Hamdi membiarkan. Tubuhnya dicampak ke atas katil. Matanya dipejamkan.

"Di..”

Oh Allah, rindunya aku pada suara itu yang sentiasa menasihatiku.

"Di...”

Ya Allah, ubatilah rinduku ini.

"Di!”

Hamdi membuka matanya. Terpinga-pinga dia sebentar tatkala melihat batang tubuh Faiz berdiri tegak di sebelah katilnya. Matanya digosok-gosok seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Faiz tersenyum.

"Kenapa Di?” Faiz kehairanan melihat Hamdi yang tidak keruan.

"Er, takde, aku ingat aku berangan tadi dengar suara kau”

Faiz tergelak kecil dan melangkah ke lockernya. Sehelai jubah baru berwarna hijau lembut diambil dan disarung ke tubuhnya. Rambutnya disisir rapi.

"Kau nak ke mana ni?” Hamdi bertanya cemas.

"Aku nak jumpa Uwais.”

"Buat apa?”

"Di, aku pemenang!” Faiz menjawab ringkas dan berlalu meninggalkan Hamdi yang terpinga-pinga.

***

"Em, lamanya.” Faiz mengeluh, sesekali jam ditangannya dikerling. Raut kegelisahan jelas terpamer di wajahnya.

"Sabarlah Faiz, berzikir dahulu, selepas ni kita tidak tahu apa yang akan berlaku.” Uwais di sebelah menasihati.

Pertemuan antara Ayu dan Faiz di wakaf yang terletak di Taman Ilmu yang sengaja diatur oleh Uwais untuk menyelesaikan segala-galanya jelas mengundang kegelisahan buat diri Faiz. Uwais tenang. Jam casio di tangan di kerling sekilas.

"Hm, janji pukul 2 ni dah 2.30. Dia datang ke tak ni” Faiz mengeluh lagi.

"Faiz, duduklah, apa-apa pun ingatlah kita nak selesaikan masalah dengan cara berhikmah.”

Faiz akur dan mengambil tempat di sebelah Uwais. Hatinya mengalunkan zikir.

"Ha tu dia” Uwais menyenggol siku Faiz.

Faiz gelisah.

"Assalamualaikum” Ayu memulakan kalam, wajahnya kelihatan berseri.

"Waalaikumsalam” Serentak Uwais dan Faiz menjawab.

"Ada apa panggil Ayu ke sini?” Ayu bertanya tanpa menampakkan walau sedikit pun rasa bersalah.

"Beginilah ukhti, ana tak pandai nak berkias-kias, ana cuma nak penjelasan daripada enti tentang penyebaran gambar palsu ana dan enti” Faiz bersuara. Tegas.

Wajah Ayu berubah cemas.

"Mana Ayu tahu apa-apa”

"Ukhti, Allah lebih tahu apa yang enti lakukan. Takutlah pada Allah.”

Mata Ayu mula digenangi air mata. Faiz menundukkan pandangan, tidak tegar dia melihat air mata wanita yang mampu melumpuhkan iman lelaki.

"Ayu... Ayu terlalu sayangkan Faiz!” Akhirnya Ayu bersuara,jujur..

"Ana hargai rasa sayang pemberian Allah tu, rasa sayang yang suci tidak harus enti kotori dengan fitnah mainan syaitan. Rasa sayang yang suci tidak harus membutakan mata enti daripada melihat kebenaran dan kebatilan dan rasa sayang yang suci tidak harus membuatkan enti tunduk pada tuntutan nafsu.Bukan begini caranya enti menyalurkan rasa sayang tu, yang mana tindakan enti telah membusukkan nama ana...”

Ayu menangis.

"Maafkan Ayu, Ayu tak sangka jadi begini...”

"Enti, berginilah. Ana tidak mahu panjang-panjangkan kes ni, Ana cuma nak enti bersihkan kembali nama ana. Ana berjuang di jalan Allah,susah untuk ana berhadapan dengan mad’u yang mencerca ana atas maksiat yang tidak pernah ana lakukan. Mad’u ana yang dahulu pun sudah semakin jauh daripada ana dan Islam. Ana harap enti fikir-fikirkanlah.Jika enti tak mahu, ana terpaksa bawa kes ni kepada pihak atasan. Perbualan kita telah pun sahabat ana rekod melalui handphonenya.”

Ayu memandang Uwais. Uwais mengangguk.

"Jadilah mawar berduri yang berkembang mekar mengharungi arus dunia yang semakin kejam.Katakanlah yang benar walau pahit.”

Faiz mematikan ayatnya dan melangkah pergi bersama Uwais.

***

"Faiz! Tahniah, Ayu dah buat pengakuan. Memo-memo dah ditampal menyatakan kemaafan pada kau”

Hamdi tersenyum girang menyatakan berita itu kepada Faiz yang sedang duduk berteleku di meja belajarnya. Bagaikan masih kelihatan memo yang dibacanya di papan-papan notis menyatakan maaf pada Faiz.

Faiz tersenyum.

"Alhamdulillah, lapang dada ana... Syukur ya Allah.”

Sebak dada Faiz memikirkan pertolongan daripada Allah yang tidak pernah berhenti.

"Di, syukran....” Faiz memeluk erat tubuh Hamdi, menyatakan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah menyedarkannya.

Hamdi membalas pelukan itu.

"Uhibbuka fillah” Faiz bersuara sebak.

"Uhibbuka fillah aidhon” Faiz melepaskan pelukan, dilihatnya mata Hamdi dipenuhi air.

"Eh, Di kau menangis?”

"Mana ada, mata aku masuk habuk.” Hamdi mengesat matanya yang memerah.

"Eleh sudahlah. Ada hikmahnya Allah turunkan ujian ni, dapat aku tengok air mata kau.” Faiz masih mahu mengusik.

Sejenak, mindanya teringatkan Uwais. Lantas, handphonenya dicapai dan dia mula menaip.

Salam ya akhi, syukran atas segalanya. Hanya Allah yang dapat membalas jasamu.

"Faiz” Hamdi memanggil, perlahan.

"Ya”

"Aku.. Aku nak jadi penggerak ummah juga”

Faiz terpana.

"Boleh sahabatku...”

Sekali lagi, Faiz memeluk erat tubuh Hamdi, seerat janji yang dipatri, seutuh ikatan yang dibina.


SEBUAH MAHAR CINTA

11:37 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Nabi saw bersabda;

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara . Kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, nescaya akan beruntunglah kedua-dua tanganmu”

Persediaan Melayarkan Sebuah Bahtera Kasih

Orang bujang yang yang masih rasa malu-malu atau lucu apabila memperkatakan tentang hal ehwal perkahwinan, ia adalah salah satu tanda yang dirinya belum sampai masa untuk berkahwin.

Bersedialah dari sekarang, kemantangan anda dinilai, sebelum sebuah bahtera perkahwinan bersedia dilayarkan. Penulis berpandangan isteri beragama yang dimaksudkan Rasulullah saw tidak semestinya diukur dari sudut jurusan ilmu atau bidang pengajian semasa di universiti, tetapi akhlaknya dan sejauh mana amalannya terhadap ilmu-ilmu syariat yang dipelajarinya walaupun sedikit.

Lebih penting hikmah yang diperolehinya setelah amalan dilakukan dengan ikhlas. Disiplin akademik di universiti tidak penting. Mungkin seseorang itu dari bidang sains tetapi luas pembacaannya tentang lapangan ad Din, dan mempelajarinya melalui saluran tepat secara formal atau tidak seperti menghadiri kuliah di masjid, menonton program televisyen berbentuk perbincangan agama, dan sebagainya.

Kita perlu pada anjakan paradigma, sepertimana ditonjolkan oleh baginda saw sebagai seorang suami, terutama dalam menilai sifat agama pada perempuan yang hendak dicari sebagai isteri. Menilai terlebih dahulu dari sudut hati atau batiniah sebelum lahiriah.

Ujian selepas berkahwin

Penulis merasakan ramai sekali isteri yang meminta perhatian dari suami sehinggakan suami terasa rimas dengan sikap ini. Untuk kehidupan rumahtangga yang seimbang, sangat penting dipihak isteri belajar memahami suami dengan meletak diri ditempat suami.

Jika setiap insan menghargai keunikan diri masing-masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, sebuah kehidupan akan menjadi seimbang. Oleh kerana perempuan kuat pada emosi, maka emosinya terpilih untuk hanya disuburkan oleh suami tercinta dan anak-anak.

Kepuasan pada mengisi keperluan emosi hanya boleh diperolehi dari insan yang diberikan emosi itu iaitu suami dan anak-anak. Tidak ada apa sangat yang hendak dicari di luar sana. Bila dah faham, maka tidak berlakulah isteri dan suami 'bermain kayu tiga', dan menjadi bahana adalah anak-anak.

Sebuah perkahwinan itu memerlukan perkongsian fizikal dan minda dalam erti kata yang sebenar-benarnya, interdependence- saling bergantung- Banyak pasangan suami isteri yang terkandas bila sampai pada bab ni. Perempuan kena belajar untuk mencintai dirinya sendiri, sebelum untuk mencintai suami dan anak-anaknya. Persiapan ini perlu, sebagai persedian awal sebelum berumahtangga. Seorang perempuan memang dalam fatrah masa sepuluh tahun pertama perkahwinan, akan merasa seolah-olah tidak memerlukan kawan perempuan yang lain, sedangkan itulah support yang diperlukan terutama ketika emosi terlalu kuat melanda. Suami tidak dapat menampung kehendak emosi itu. Cuba dekatkan diri dengan teman yang sudah berumahtangga, mungkin usia perkahwinan mereka lebih tua, untuk berkongsi itu, dan ini, sedikit sebanyak dapat mengawal emosi yang membuak-buak.


Merancang masa secara berkala

Pada zaman sekarang suami isteri bekerja sama ada sektor awam atau sektor swasta. Apabila ini berlaku iaitu suami isteri bekerja, penulis dapati isteri lebih penat daripada suami, kerana selepas balik kerja mereka terpaksa menguruskan rumahtangga.

Kalau ada anak-anak yang masih kecil, penat mereka lagi bertambah. Tiada akses masa yang terancang, untuk diri dan keluarga. Penulis berpendapat sebahagian besar masa dan sudah tentu tenaga telah diragut untuk negara.

Bekerja sampai overtime, lupa untuk menyediakan keperluan untuk isteri, suami, dan anak-anak, terutama kasih sayang. Akibatnya tenaga untuk keluarga, termasuklah pendidikan anak dan juga hubungan intimasi keluarga amat berkurangan dan lesu.

Kadangkala untuk konsisten membaca el Quran dan melakukan solat sunat juga terbengkalai begitu sahaja. Kitab-kitab yang berguna tidak mampu dibaca dan dihabiskan, malahan hampir tiada akses masa untuk memperolehinya.

Dunia Barat telah mengalami lima puluh tahun lebih awal keadaan pekerjaan yang membebankan akibat kurang akses kepada masa bersama keluarga. Akibatnya keruntuhan moral anak-anak menjadi-jadi.

Gejala sosial tidak sihat sudah menjadi lumrah hidup, gara-gara kurang perhatian dari seorang ibu dan bapa. Mereka telah berusaha memperbaiki sistem ‘rat race’ tersebut. Mereka telah belajar dari kesilapan. Pembahagian jumlah kerja dan bilangan tenaga kerja telah dibahagi lebih adil. Kini mereka kembali menikmati masa bersama keluarga dan akses kepada masa rehat dan aktiviti membaca, bersukan atau seni untuk ‘recharged’ minda, fikiran dan perasaan mereka. Nampaknya sistem kita sudah terbalik dan cuba mengulangi kesilapan mereka.

Jika diperbetulkan hubungan intimasi ini, maka rintangan ini juga mudah diperbaiki dengan penuh bertenaga dan segar.


Bercinta Hingga Ke Syurga

Kadang kala penampilan sesorang itu nampak tip top, berkopiah, berjanggut sejemput, bertudung labuh, berpurdah dan lain-lain lagi, namun apabila golongan ini mula terjebak dalam masalah sosial tidak sihat, siapa yang tidak mahu bercinta dan dicintai, penulis melihat ada petanda yang kurang sedap pada hati masing-masing, ada masalah hati.

Memang mudah nak mengubah luaran, namun teramat susah nak mengikis karat jahiliah dalam hati. Jika terpaksa mengurung atau memenjarakan keinginan (nafsu) yang terlalu memuncak, cuba lakukan sedaya mungkin. Jika terpaksa melepaskan keseronokan yang sering melalaikan Iman, cuba buktikan tanpa banyak soal.

Biar merana dahulu sebelum merana kemudian. Bimbang kalau dah terkena 'bius cinta' nanti, habis satu badan terasa kebas, nak angkat satu jari pun terasa berat. Apabila terbius seseorang itu dengan cinta, segala tindakan seolah-olah seperti diri telah dipukau.

Tiba-tiba menjadi bodoh, tidak pernah mengerti halal haram, dan batas pergaulan. Lebih-lebih lagi si perempuan, makhluk yang banyak menggunakan emosi dan selalu inginkan perhatian. Mereka yang terkena 'bius cinta', secara terangan menolak apa sahaja nasihat yang ditujukan.

Ada juga manusia yang seolah mampu mendengar nasihat, diangguk-angguk apabila dinasihati. Berjanji cuba mengatasi ‘masalah cinta’ itu, tetapi dalam diam rupanya, menolak mentah-mentah. Biusannya sungguh kuat. Jadilah mereka yang terkena penyakit angau. Makan tak kenyang, tidur tak lena, dan mandi tak basah, kerana setiap detik dan masa fikiran telah tertumpah pada keayuan wajah si 'cewek', yang dikatakan solehah, dan cantik bak bidadari. Inilah dikatakan ['Pungguk Rindukan Bulan'].

Mulut melafazkan kata yang melegakan hati si penasihat, tetapi mindanya, dan hatinya tetap sama. Maka tindakannya, menjadi kaku terpana dalam alam khayalan. Kadang-kadang makan minum pun tidak dihiraukan. Deraian air mata ibu tidak dipeduli.

Sebaliknya deraian air mata si anak yang tidak dibenarkan berjumpa si 'kekasih hati' kononnya, itu pula yang mengundang simpati si ibu. Merintih si ibu keseorangan di tikar sejadah, memohon agar diberi petunjuk buat si anak. Bukannya si ibu tidak membenarkan si anak membuat pilihan, tetapi si anak langsung tidak mempedulikan nasihat si ibu akibat dibius cinta 'dos tinggi'. Cukup bahaya.


Pesan-Memesan

Maafkan aku wahai sahabat andai aku tidak menegur kalian. Hati aku membenci apa kalian lakukan, tapi aku hanya mampu menasihati dari jauh. Aku hanya mampu mengalirkn air mata menahan amarah apabila kau tidak mampu memahami kenapa aku diam membisu dalam membenci tindakan kalian walaupun sudah banyak kali menegur. Diam aku bukan kerana benci pada kalian, tetapi marah aku pada perbuatan kalian. Bukan kerana aku dengki, tapi kerana sebuah kasih sayang aku pada kalian.

Bermujahadahlah wahai sahabat pembaca budiman. Jagalah kesucian syariat agama kita. Biarlah diri dicemuh, mahupun disisihkan, asalkan hatimu, agamamu tetap terjaga menunggu masa yang dijanjikan Allah Taala. Ameen.



KITA MISKIN CINTA DAN KASIH SAYANG

11:35 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
Masyarakat kini miskin cinta. Cinta mereka hanya terbatas pada orang, kaum dan benda tertentu. Bila disebut pemuda, maka dia semestinya seorang yang akan mencintai gadis. Bila disebut orang kaya, dia perlu mencintai harta. Maka setiap haluan hidup di tujukan pada yang tercinta.

Bila kasih sayang 100% untuk kekasihnya, hartanya, dan jawatannya, orang lain tidak lagi penting dalam hidup. Cintailah semua orang, kerana cinta itu tidak terhad.. Bila saja berhadapan dengan orang yang dicintai, orang lain dilihatnya seperti batu dan tunggul. Bila diminta pertolongan, sedikit pun tidak diendahkan.

Namun untuk terjun ke lautan api bagi membuktikan cinta pada kekasihnya sanggup diredahi . Lalu bagaimana sikap tolong menolong, kasih mengasihi terhadap sadara-saudara yang lain dapat diamalkan jika segala perbuatan baik hanya untuk orang tertentu dan hanya di dasari oleh material semata-mata.

Kerana itu manusia kini miskin cinta. Cinta itu terhad untuk harta, jawatan, wanita, dan kaum kerabat. Kisah peperangan di Negara jiran tidak dihiraukan kerana; cinta hanya terhadap Negara sendiri dan semangat perkauman yang menebal.

Perompak berjaya melarikan beg tangan seorang mak cik dan kita melihat dari jauh kerana; itu bukan makcik kita atau wajah mak cik itu tidak seiras Siti Nurhaliza.

Ingatlah ketika jenazah kita disuatu hari nanti hendak dikebumikan. Siapa yang membantu. Saudara kita yang tidak pernah kita kasihi di dunia dahulu yang menurunkan kita ke liang lahad.

Dahulu kita sibuk menghabiskan masa dengan mengira nilai wang emas, sibuk dengan kekasih dari awal pagi hingga malam. Lalu, dimanakah benda yang kita cintai itu pada waktu ini. Pangkat yang kita cintai kini dijawat orang lain. Harta yang diusahakan siang dan malam kini menjadi warisan untuk anak-anak.

Ingatlah Allah tidak pernah membataskan sifat arRahmanya pada manusia tertentu. Nabi saw juga tidak datang hanya untuk sebuah kaum atau bangsa sahaja.

Maka bersahabatlah dan sebarkanlah silatarrahim kepada semua manusia. Jangan kerana cinta harta, pangkat, dan kekasih, kita tidak berpeluang untuk mencintai yang lainnya.

Artikel dihantar oleh : az-zahrah

11:30 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan



Life in the hostel not like in the hotel….

Akhirnya aku dapat melepaskan diri dari hostel setelah seminggu aku menjalani hidup di hostel shams.Hidup kat hostel memang tak sama macam duk hotel.Sangat memboringkan!Aku tak sangka aku masih tinggal di hostel walaupun masa aku form 1 dulu,aku adalah oaring yg paling benci duk hostel.Duk kat hostel di shams bolehlah tahan.Nasib baik aku duk sebilik dengan kawan aku yg kecik tu.

Rutin harian aku di hostel….Aku kena bangun pagi sebelum solat subuh,lepas bersihkan diri solat berjemaah di surau yg diimamkan oleh muslimin.Kadang2 ada tazkirah selepas subuh atau bacaan al-Quran.Masa solat tu memang mengantuk sangat..Biasanya aku ni kat rumah pukul 6 baru bangun tidur.kat khairiah,pukul 6 baru nak mandi.Tapi kat sini aku kena bangun pukul 5,Lepas orang azan subuh pukul 5.30 dah kena ada kat surau.boleh kata aku ni kena kejutan budaya.lepas solat,naik bilik ,bersiap nak pergi sekolah,Pukul 6.30 kena sarapan..Sarapan kat sini ok lah dari Khairiah..Makan Soto,kadang-kadang cococrunch.lagi mewah dari Khairiah.Tapi makcik kat Khairiah lg best masak dari kat sini.he6.Lepas tu,dalam dewan makan tak boleh buat bising macam kat Khairiah bcoz ada muslimin.Mak cik pun kurang peramah lah.kalu kat khairiah,dengan mak cik2 sekali buat bising.he7.

Memang sangat meletihkan hidup kat asrama ni.Setiap masa kena naik turun tangga.Bilik aku tingkat tiga.Kelas tingkat 3.Dan surau plok 2 tingkat…Kaki aku ni rasa macam nak patah je sebab dah lama tak naik turun tangga…Kat umah aku mana ada tangga tinggi macam ni…Kul 12 aku dah masuk tidur tapi budok2 lain masih lagi study..Kadang-kadang diorang study sampai pukul 3 pagi.Dahsyat btul diorang study.aku tak pernah pun study sampai macam ni…belum pukul 2,mesti kepala aku dah ada atas meja…Patutlah bdok2 sekolah ni bijok sangat…Diorang anggap masa study tu lebih penting dari tidur .Tapi aku!!!!dalam kel;as pun aku tidur….Ish7..Nampaknya aku kena ubah sikap aku kalau aku nak berjaya dan belajar di Universiti Al-Azhar suatu hari nanti…InsyaAllah….

11:18 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan


WANITA SOLEHAH LEBIH BAIK DARI BIDADARI SYURGA

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.

Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, contohnya seperti Uwais Al-Qarni. Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda, Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir). Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata,
“Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku Perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu”.“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”. Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat,“Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram“. (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda“.“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.

Setelah itu si anak bertanya,”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)

P/S: “Seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH”


11:03 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
~”’JODOH ITU KETENTUAN TUHAN…~

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


Related Posts with Thumbnails