Tetapkan Imanku

Ahad, 30 Mei 2010 12:54 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
di keheningan malam,berfikir sendiri..Menyesali perjalanan hidup selama ini
terlalu banyak masa diluangkan untuk benda yang sia-sia.Nak disesali tiada gunanya lagi.Allah tak suka hambanya mengeluh tapi kenapa diri ini tetap mengeluh..Bertapa lemahnya imanku..Ya Allah,tetapkanalah imanku.Kuatkanlah semangatku untuk menghadapi setiap dugaan Mu ni dunia ini..Aku tahu ujian darimu ingin menguji keimanan ku dah tanda kasih dan syang-Mu padaku..Terima kasih Ya Allah kerana ujian dari Mu mematangkan diri ini menghadapi hidup..

Ya Rasulullah....Sungguh aku rindu padamu.Aku ingin sekali dirimu menemani ku di sini..Agar aku tak lalai lagi menjalani tanggungjawabku sebagai khalifah Allah di bumi ini..Maafkan aku kerana melupakanMu saat aku lalai dengan ilusi di dunia ini..Sungguh aku memerlukan bimbinganmu Ya Rasulullah..Aku tak mahu lagi sesat di dunia ini seperti dulu..Hanya SunnahMu yang mampu mengubat kerinduan padaMu..

Sumaiyyah,Ummu Ammar..Serikandi islam yang cukup aku kagumi..Kau wanita yang tabah dan hebat..Mengharung setiap dugaan tanpa sedikitmu hatimu berubah..Engkau tetap mempertahankan islam..Sedangkan ujian yang di lalui mu jauh lebih hebat dari apa yang ku alami saat ini..Aku berharap diri ini bukan sekadar meminjam namamu namun juga mewarisi sifat tabah mu..Agar aku tetap dapat menjejak kan kaki dunia ini tanpa imanku goyah..

~Ya Allah,Moga ku pergi dari dunia ini dalam imanMu~

6 pesanan untuk wanita

Selasa, 18 Mei 2010 9:51 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dilampirkan 6 pesanan khas untuk kaum Hawa, juga tidak ketinggalan secara umumnya untuk kaum Adam. Sama-sama kita amalkan, insya Allah:-

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun dan tidak dapat solat, duduklah di atas tikar sembahyang supaya anak-anak tidak lihat si ibu yang diharamkan mendirikan solat dalam tempoh tersebut.

2. Hidupkan bacaan hadith Nabi SAW di rumah dengan keluarga. Dianjur baca hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah
zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya sepotong ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan
mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya
Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab-Mu pada hari
ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar
anak-anak dari kecil bermula dengan
doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi
saw seperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak
membebankan suami. Setiap hari malaikat
akan menghantar 500 jambangan bunga
dari syurga untuk wanita yg hidup
sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadizikir mohon keampunan kepada Allah swt atas
wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas
Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat
berjemaah di masjid akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini
bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman
wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak
amalkan.

Moga kita diberkati-Nya selalu, Amin.Wassalam

Anak Angkat

Jumaat, 7 Mei 2010 1:07 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
esok bermula lah episod baru di dalam hidupku,bakal dijadikan anak angkat..belum pernah sebelum ini mengikuti program anak angkat seperti ini..Moga pengalaman ini akan menadikan diri ini insan yang lebih baik..Hari ini seharian aku berulang alik ke UDM..Jawatan sebagai exco ternyata tak semudah yang disangka..Mengurus program seperti ini bukan mudah..banyak perkara yang perlu diatur supaya perjalanan program berjalan lancar..

Masih teringat kata-kata pengarah program "lepas program ni,janganlah lupakan keluarga angkat,contact lah selalu".. Keluarga angkat pun tak boleh dilupakan.. Apatah lagi keluarga sendiri. Namun,hari ini terlalu ramai yang melupakan ibu bapa..Masih teringat kunjungan ke rumah orang tua beberapa minggu yang lalu.sebak hati ini melihat warga emas di sini..Mendengar kisah hidup mereka dillupakan anak-anak membuatkan hati ini sebak..Kehadiran kami lah yang membuatkan mereka tersenyum ceria..Mereka amat rindukan kasih sayang anak2 mereka.mengharapkan anak-anak mereka datang menjenguk,jauh sekali...Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu..

Aku ingin menjadi anak anak solehah seperti mak..Setiap hari pasti akan menjenguk nenek di rumah mak saudara..Aku merasakan nenek adalah seorang ibu yang sangat bertuah dan berjaya mendidik anak-anaknya dengan baik..Tak seorang pun daripada adik-beradik mak yang melupakan nenek..Malah berebut-rebut nak menjaga nenek yang sedang sakit..Alhamdulillah!! Setiap kali nenek sakit,setiap orang akan menghulurkan wang untuk perubatan nenek..Sungguh,ajaran ibu mithali yang membentuk anak-naka yang soleh dan solehah..

Namun,hakikatnya pada hari ini..Cabaran mendidik anak-anak tak semudah dahulu..Arus dunia yang semakin moden menjadi tugas ibu bapa semakin mencabar..Anak-anak mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling yang menarik perhatian mereka..Hari ini,masalah sosial semakin hari semakin teruk..Tiap2 hari di dada akhbar dan tv rancak dengan kes pembuangan bayi..Sangat menyedihkan bila melihat bayi yang tak berdosa mati di tangan ibu sendiri.Manusia sekarang sudah hilang sifat keperikmanusiaan..Sekarang umurku baru nak menjangkau 19 tahun..10 TAHUN lagi mungkin aku sudah bergelar seorang ibu..pasti cabaran mendidik anak-anak semakin sukar.Semoga diberi kekuatan untuk menghadapinya..Aku kagum dengan cara UMMU AMMAR mendidik anak-anaknya..Moga aku juga dapat menjadi seperti beliau..

P/s:merancang masa depan...berfikir ke hadapan..

100 tip menuju kemantapan iman

Selasa, 4 Mei 2010 5:13 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
01. Bersyukur apabila mendapat nikmat
02. Sabar apabila mendapat kesulitan
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
05. Jangan membiarkan hati dalam kesedihan
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
08. Jangan irihati dengan kekayaan orang
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan
11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu ego akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur kerana kezaliman
14. Jangan goyah kerana fitnah
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan sholat dengan ikhlas dan khusyuk
24. Lakukan sholat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid
25. Biasakan sholat malam
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan hormati fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebih-lebihan
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah kerana Allah
33. Berlatihlah konsentrasi fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabur dan degil
42. Berlakulah adil dalam segala urusan
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
46. Eratkan hubuangan silaturrahim
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
48. Berkata-kata pada perkara yang perlu
49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu
51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin
53. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
54. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan
55. Hormatilah kepada guru dan ulama
56. Sering-sering bershalawat kepada nabi saw
57. Cintai keluarga nabi saw
58. Jangan terlalu banyak hutang
59. Jangan terlampau mudah berjanji
60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti (membebel) yang tidak berguna
62. Bergaullah dengan orang-orang soleh
63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
66. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
67. Jangan membenci seseorang karena fahaman dan pendiriannya
68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita
69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuai pilihan
70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
71. Jangan melukai hati orang lain
72. Jangan membiasakan berkata dusta
73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
77. Jangan membuka aib orang lain
78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita
79. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
81. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya
82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara
83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
85. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
86. Hargai prestasi dan pemberian orang
87. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan
88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita
90. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu
91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana
92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita
93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang
dapat menyebabkan orang lain terhina
94. Jangan cepat percaya kepada kekurangan/keburukan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban
96. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
97. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri
98. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan.Jangan lari dari kenyataan kehidupan
99. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan
kerosakan
100. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan ora

Solusi

4:39 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 2 ulasan




Alhamdulillah....masih lagi mampu jari jemari ini menekan keyboard untuk terus menulis dan menulis bait-bait kata di dalam..sungguh aku bukan seorang penulis yang bagus..Entri2 sebelum ini hanya diciplak dari rakan2 lain setelah diberi kebenaran..begitu banyak tazkirah2 yang ditag di Facebook yang ingin saya kongsikan dengan pembaca blog ini..InsyaAllah..entri selepas ini adalah hasil karya saya sendiri..

Menanti dibuka semester baru..cuti selama 2 bulan membuatkan diri ini begitu banyak masa terluang tapi entah mengapa masih tak ada kesempatan untuk menulis entri baru..Sibuk melayan adik-adik dan kadang2 ada sahaja panggilan dari rakan-rakan yang mengajak untuk mengikuti agenda mereka..Di hari cuti begini lah dapat kami bertemu mesra dan merapatkan ukhuwah antara kami..Sungguh rindu pada sahabat2 lama yang jauh merantau menuntut ilmu di negeri orang..berharap pertemuan semula pada 19 jun ini akan mengubat kerinduan di hati ini..

Semalam,Alhamdulillah akhirnya dapat juga membeli majalah SOLUSI yang menjadi makanan jiwa dan hati ini..Majalah yang cukup bermakna ..penuh dengan ilmu yang bermanfaat dari kulit ke kulit..namun agak kecewa,terlepas keluaran yang lepas..rasa rugi yang teramat sangat..pasti banyak ilmu duniawi dan ukhrawi di dalamnya..
InsyaAllah.pada masa akan datang akan dikongsikan ilmu yang ada di dalam Majalah ini..Diharap rakan-rakan yang lain juga tidak terlepas untuk mendapatkan majalah ini yang supaya kita sentiasa dapat menambah imu duniawi dan ukhrawi..Amin..May Allah Bless You All..


P/s:Dr Aidh Abdullah al-Qarni (penulis buku La Tahzan - Jangan Bersedih)- tercari-cari buku ini..

Walimatul Urus

4:12 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Assalamualaikum, Jemputan Walimah saya pada 22 Mei 2010 di Terengganu. Sila berikan alamat rumah anda untuk saya poskan kad jemputan. Mohon doa agar dipermudahkan segala urusan. Diberi kekuatan untuk menjadi suami mithali dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, insyaAllah. Syukran =)

Alhamdulillah...baru sahaja menerima jemputan walimah seorang sahabat yang dikenali di Alam Maya...Tidak disangka akan dijemput..Saya juga turut menumpag gembira di atas berita ini..Semoga beliau mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami dan akan membina sebuah keluarga yang sakinah..Tahniah buat Ustaz Lisam..

P/s:entah siapa pula yang akan ikut jejak ustaz lisam untuk mendirikan masjid...

Luahan Hati Seorang Muslimah...

Sabtu, 1 Mei 2010 11:17 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 2 ulasan

aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.siapalah diriku ini memilih berlian sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud dimana-mana.tetapi aku juga mempunyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga,memimpinku ke arah tuju yang satu..


tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat.andainya kau jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, ALLAH pasti akan mencampakkan rasa cinta di dalam hatiku jua hatimu kali pertama kita berpandangan.itu janji ALLAH.akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah,selagi itu jangan kau zahirkan perasaan itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara'.aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.


permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfaq seluruhnya pada mencari redha ilahi.aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuanganmu.bahkan aku amat bersyukur pada illahi,kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan ALLAH dengan kemenangan atau syahid itu.akanku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri.itu impianku.


aku pasti akan berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.bukan itu yang aku impikan.cukuplah engkau mencintai ALLAH dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai ALLAH, kau akan mencintaiku kerana-Nya.cinta ini lebih abadi dari cinta insan biasa.moga cinta ini juga akan mempertemukan kita kembali di syurga.


aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia.cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibi bapa ku dulu.apa guna kau menimbunkan harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu akan membuatkan aku dan kau lupa tanggungjawab kita.aku tidak akan sekali-kalib bahgia melihatmu begitu..biarlah kita hidup dibawah jaminan ALLAH sepenuhnya.itu lebih bermakna bagiku..

Related Posts with Thumbnails