Anak Angkat

Jumaat, 7 Mei 2010 1:07 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH
esok bermula lah episod baru di dalam hidupku,bakal dijadikan anak angkat..belum pernah sebelum ini mengikuti program anak angkat seperti ini..Moga pengalaman ini akan menadikan diri ini insan yang lebih baik..Hari ini seharian aku berulang alik ke UDM..Jawatan sebagai exco ternyata tak semudah yang disangka..Mengurus program seperti ini bukan mudah..banyak perkara yang perlu diatur supaya perjalanan program berjalan lancar..

Masih teringat kata-kata pengarah program "lepas program ni,janganlah lupakan keluarga angkat,contact lah selalu".. Keluarga angkat pun tak boleh dilupakan.. Apatah lagi keluarga sendiri. Namun,hari ini terlalu ramai yang melupakan ibu bapa..Masih teringat kunjungan ke rumah orang tua beberapa minggu yang lalu.sebak hati ini melihat warga emas di sini..Mendengar kisah hidup mereka dillupakan anak-anak membuatkan hati ini sebak..Kehadiran kami lah yang membuatkan mereka tersenyum ceria..Mereka amat rindukan kasih sayang anak2 mereka.mengharapkan anak-anak mereka datang menjenguk,jauh sekali...Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu..

Aku ingin menjadi anak anak solehah seperti mak..Setiap hari pasti akan menjenguk nenek di rumah mak saudara..Aku merasakan nenek adalah seorang ibu yang sangat bertuah dan berjaya mendidik anak-anaknya dengan baik..Tak seorang pun daripada adik-beradik mak yang melupakan nenek..Malah berebut-rebut nak menjaga nenek yang sedang sakit..Alhamdulillah!! Setiap kali nenek sakit,setiap orang akan menghulurkan wang untuk perubatan nenek..Sungguh,ajaran ibu mithali yang membentuk anak-naka yang soleh dan solehah..

Namun,hakikatnya pada hari ini..Cabaran mendidik anak-anak tak semudah dahulu..Arus dunia yang semakin moden menjadi tugas ibu bapa semakin mencabar..Anak-anak mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling yang menarik perhatian mereka..Hari ini,masalah sosial semakin hari semakin teruk..Tiap2 hari di dada akhbar dan tv rancak dengan kes pembuangan bayi..Sangat menyedihkan bila melihat bayi yang tak berdosa mati di tangan ibu sendiri.Manusia sekarang sudah hilang sifat keperikmanusiaan..Sekarang umurku baru nak menjangkau 19 tahun..10 TAHUN lagi mungkin aku sudah bergelar seorang ibu..pasti cabaran mendidik anak-anak semakin sukar.Semoga diberi kekuatan untuk menghadapinya..Aku kagum dengan cara UMMU AMMAR mendidik anak-anaknya..Moga aku juga dapat menjadi seperti beliau..

P/s:merancang masa depan...berfikir ke hadapan..

0 Response to "Anak Angkat"

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails