Alhamdulillah....masih lagi mampu jari jemari ini menekan keyboard untuk terus menulis dan menulis bait-bait kata di dalam..sungguh aku bukan seorang penulis yang bagus..Entri2 sebelum ini hanya diciplak dari rakan2 lain setelah diberi kebenaran..begitu banyak tazkirah2 yang ditag di Facebook yang ingin saya kongsikan dengan pembaca blog ini..InsyaAllah..entri selepas ini adalah hasil karya saya sendiri..
Menanti dibuka semester baru..cuti selama 2 bulan membuatkan diri ini begitu banyak masa terluang tapi entah mengapa masih tak ada kesempatan untuk menulis entri baru..Sibuk melayan adik-adik dan kadang2 ada sahaja panggilan dari rakan-rakan yang mengajak untuk mengikuti agenda mereka..Di hari cuti begini lah dapat kami bertemu mesra dan merapatkan ukhuwah antara kami..Sungguh rindu pada sahabat2 lama yang jauh merantau menuntut ilmu di negeri orang..berharap pertemuan semula pada 19 jun ini akan mengubat kerinduan di hati ini..
Semalam,Alhamdulillah akhirnya dapat juga membeli majalah SOLUSI yang menjadi makanan jiwa dan hati ini..Majalah yang cukup bermakna ..penuh dengan ilmu yang bermanfaat dari kulit ke kulit..namun agak kecewa,terlepas keluaran yang lepas..rasa rugi yang teramat sangat..pasti banyak ilmu duniawi dan ukhrawi di dalamnya..
InsyaAllah.pada masa akan datang akan dikongsikan ilmu yang ada di dalam Majalah ini..Diharap rakan-rakan yang lain juga tidak terlepas untuk mendapatkan majalah ini yang supaya kita sentiasa dapat menambah imu duniawi dan ukhrawi..Amin..May Allah Bless You All..
P/s:Dr Aidh Abdullah al-Qarni (penulis buku La Tahzan - Jangan Bersedih)- tercari-cari buku ini..
4 Mei 2010 pada 5:43 PTG
nak beli! majalah ni memang best~
5 Mei 2010 pada 12:12 PTG
sekali terlepas majalah ni...rasa rugi sangat2..
kalau susah nk dpt..
boleh beli on9 kat www.stormreaders.com