ORANG SEKARANG TAK BOLEH HIDUP TANPA HENPON.KALAU TERTINGGAL HENPON SANGGUP PATAH BALIK AMBIL.MASALAHNYA KALAU TAK SOLAT TAK PULAK GABRA.KORANG TAKDE NAK CONTACT DIA,HELLOOOO!!!HELL-OOO!!!GO-TO-HELL..
BATERI LOW
Mungkin masalah kita bateri low gamaknya.Berapa kali korang cas diri korang?Berapa kali korang pergi jemaah kat masjid atau surau,dengar ceramah.Seminggu sekali pergi Jumaat bukan nak dengar khutbah.Tengok muka pun takde bateri,lentok semcam je..
NO COVERAGE
Mana tempat dia tak cover??Kalah makhluk buncit warna kuning tu.Patutnya tak kira kat mana,kat atas bulan sekalipun.Dia gerenti ada service punya.Korang aje tak ingat kat Dia walhal dia tak pernah lupa korang.Korang yang jual mahal.Hot spot pun bersepah-sepah,masjid atau surau tiap tempat perumahan ada,korang aje tak singgah.Sombong betul!!!!
MISSED CALL
Korang kalau ada miss call gerenti korang call balik.korang risau kalau tak call balik kot-kot ada hal penting.Tapi kenapa Dia call korang buat derk aje.Lima kali sehari pak bilal melaungkan ‘ringtone’ azan sehari.Usahkan nak jawab,kalu boleh taruk ‘silent’ korang dah buat dah.
LINE TAK CLEAR
Korang perasan tak dalam solat korang bercakap dengan siapa??Kalau borak dalam henpon sorang-sorang orang tak kata apa sebab tau kat belah satu lagi ada yang jawab.ni kita yang cakap sorang-sorang .pastu tak berapa paham apa yang dicakap,maklum le bahasa arab.Dia tengok pun pelik gamaknya.
SIM CARD PROBLEM
Kita pun ada sim card brader,hati kiat le.Contact number Dia kita save dalam sim card tapi tak reti-reti nak call.kalu call pun tak dapat,nak buat cemana sim card dah berkarat,berdaki,penuh dengan contact number dunia,setan,nafsu dan tahpehapentah.tak nak upgrade ,tak nak repair.Sudahnya kita lost contact,sesat sepanjang hayat.kalu henpon hukumny cam[pak kat lombong,kalau kita??Campak kat neraka lah jawabnya…
p/s:jadi muhasabahlah diri kita ni,pernah tak contact Dia sekerap kita contact awek or balak kita…SEbagai Hamba Allah,tunjukkanlah ketaatan kita kepadaNya..
(Dipetik dari mjalah Ujang Edisi 368….)
Catat Ulasan