IMAN,KAMU CUTI HARI INI???

Isnin, 23 November 2009 4:50 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH


Iman:Assalamualaikum..

Diri:Waalaikumussalam.Oh En. Iman!saya rasa dah dua tiga hari kamu tak datang ke pejabat,kamu cuti ke??

Iman:apa pula saya cuti bos.saya kan diberikan cuti..

Diri:oh ye,lupa.Itu la,saya ingat urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En. Nafsu berkerja.tapi jadi kelam kabut lak.lepas terdengar ustazNafsu berkerja.tapi jadi kelam kabut lak.lepas terdengar ustaz berceramah hari tu,saya teringatkan kamu.

Iman:Jadi ssya boleh kembali kerja la bos.?saya boleh ambil nalik jawatan saya dari En. Nafsu?

Diri:eh,tak boleh.saya sayang nak pecat En. Nafsu.Walaupun saya terpaksa membayar gaji yang tinggi..tapi dia berjaya menghiburkan saya.

Iman:Kalau macam tu,lebih baik saya berundur.

Diri:Eh jangan.Tolonglah saya!saya tak boleh kehilangan kamu berdua.

Iman:Tapi bos,kami tak mungkin bersama dalam satu syarikat.Perbezaan antara kami sangat besar.En. Nafsu saya tengok sangat anti dengan saya.

Diri:saya rasaserba salah pula.

Iman:Bos boleh pilih satu je.Bos perlu mujahadah untuk pecat En.Nafsu,bos.

Diri:saya tahu.jauh dalam hati saya memang perlukan kamu,En.Iman.Iri hati saya tengok syarikat ustaz sebelah.mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu.Baiklah,saya kena pecat juga En. Nafsu.tak kiralah apa yang berlaku.En.Iman,saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat,puasa ,zikir,al-Quran dan apa-apa yang patut.

Iman:Alhamdulillah,nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak.kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ni,saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO(Allah) sebagai Muttaqin..

Kitalah bos kepada diri sendiri.kita yang menguruskan semua tentang diri,makan minum,pakain,pelajaran dan perkerjaan,Tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita menguruskan iman kita.Buatlah keputusan terbaik pilihlah agenda dan aktiviti yang boleh menyuburkan iman,jangan ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lamabi palit dosa masuk ke dalam diri.

0 Response to "IMAN,KAMU CUTI HARI INI???"

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails