assignment

Isnin, 15 Mac 2010 11:56 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH

TAFSIR SURAH TAHA (AYAT 123-126)

TAJUK:BAHAGIA ATAU DERITA PILIHAN MANUSIA SENDIRI

Firman Allah dalam Surat Taha ayat 123-126 bermaksud:

“Turunlah kamu berdua dari syurga itu,bersama-sama,dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh kepada setengah yang lain ;kemudian jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku,maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescya tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.”

“dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku maka sesumgguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit,dan kami akan himpunkan da pada hari kiamat dalam keadaan buta.Ia berkata: ‘wahai tuhanku.mengapa engkau himpunkan daku dalam keadaan buta ,padahal dahulu aku melihat?” Allah berfirman: ‘Demikianlah keadaanya!Telah datang yat-ayat keterangan kami kepadamu,lalu engkau melupakan serta meninggalkannya , dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan.

Menurut para ulama’ mufassirin, antaranya Ibn Athiyyah dalam tafsirnya al-muharrar al-Wajiz,arahan yang dikemukakan Allah itu turut merujuk kepada ramai,termasuk syaitan.

Ini dapat dilihat menerus penggunaan kata “jamian” dalam ayat ke 123.frasa “ba’dukum liba’din aduwwun” pula merujuk kepada persengketaan yang akan berterusan berlaku antara manusia dan syaitan.

Dalam frasa berikutnya .Allah berfirman “maka sesiapa yang mengikut petunjuk_ku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tdak akan menderta azab sengsara” yang bermaksud menurut Ibn Kathir,petujuk yang dimaksudkan ialah kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah dan petunjuk para nabi dan rasul.

Kata Ibn Abbas r.a., “Tidak kan sesat dan tidak akan hidup sengsara” merujuk kepada kehidupan dunia dan sekaligus akhirat.Al-Zamkhsyariy menyokong,dengan katanya dalam Tafsir al-Kasysyaf: “penderitaan di akhirat adalah disebabkan kegagalan mentaati perintah Allah di dunia,maka laykalah bagi seseorang itu mendapat kesinambungan hukuman yang sewajarkan di akhirat.”

Ayat yang berkutnya memberikan penjelasan lanjut mengapakah seseorang itu memilih hidup sesat,seterusnya menjalani kehidupan yang susah lagi penuh dengan kesempitan.

Permulaan ayat ke 124 mengisyaratkan bahwa “al-I’rad anillah” bermaksud berpaling daripada petunuk Allah,dan mereka itulah yang sesat.menurut Ibn Kathr dalam tafsirnya, berpaling bermaksud menentang perintah Allah dan melupakan sunnah Rasul_nya serta mengambil petunuk yang lain selan slam.Mereka akan menghadapi kehisupan yang sempit.Dicabut daripada dada mereka perasaan tenang dan kelapangan dada.dada akan sentiasa merasa kesempitan menyesakkan sekalipun dia memiliki pakaian dan tenpat tinggal yang sempurna.meskipun lahiriah kelihatan terbela dan sempurna ,namun hatinya mengalami ketenangan yang amat sangat.Oarang yang berpaling daripada hidayah Allah akan sentasa dihantu perasan bimbang.Demikianlah penjelasan Imam Ibn Kathir terhadap ayat tersebut.

Pemilihan kata nama “dankan” sudah cukup untuk memberitahu menusia tentang fitnah kesusahan yang ditempa seseorang.di dalm kitab Mufradat Alfaz al-Quran , kata nama ini berasal daripada al-dank yang bermaksud kesusahan atau kesempitan lahir ataupun batin.

Perasaan rasa serba tidak cukup seperti ini apabila dibayangkan menjelma dalam kehidupan dengan rasa tamak hingga mengetepikan kepentingan orang lain.dalam kedua keadaan manusia yang miskin dan yang berharta ini sentiasa merasakan kekurangan kerana terbelenggu dengan hal-hal yang bersifat material.

Demikianlah maha benar Allah,memberikan satu perkataan yang merangkumi dua keadaan;seorang miskin yang terasa dihimpit rasa susah dan seorang yang sudha kaya tetapi masih lagi merasa tidak cukup lantaran perasaan rakus yang menguasainya.

Fitman Allah selanjutnya, “Dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”

Menurut Ibn Jarir dalam tafsirnya jamik al-bayan , bahwa mereka tidak mempunyai sebrang hujah di hadapan mahkamah Allah kelak.Ikrimah pula mengatakan,bahwa mereka kan menjadi buta iaitu tidak melihat sebarang benda melainkan neraka sahaja yang mampu dilihatnya.

Ayat ini disokong oleh ayat yang lain iaitu ayat ke-97 suarah al-Isra’ yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang diberikan hidayah petunujk Allah maka dialah yang sebenar-benarnya berkaya mencapai kebahagiaan;dan sesiapa yang disesatkan-Nya .Dan kami akan himpukan mereka pada hari kiamat(dengan menyeret mereka) atas muka (masing-masing),dalam keadaan buat, bisu dan pekak;tempat mereka adalah meraka;tiap-tiap kali malap julangan apinya,kami akan tambah dengan api yang menjulang-julang.”

Hamba yang bersalah ini akan merayu kepaa Allah “Mengapa Engkau himpunkan aku dalam keadaan buata,padahal aku dahulu melihat?”,Allah akan menjawab dengan firman-Nya yang bermaksud “Demikianlah keadaannya!Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepada kamu,lalu kamu lupakan serta meninggalkannya,dan demikianlah kamu pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan.”

Maksud jawapan sinis ini adalah untuk mengingatkan manusia ini tentang kelalaian mereka daripada mengingati Allah menyebabkan mereka menerima balasan yang setimpal dengan itu,iaitu dilipakan oleh Allah pada hari yang penting itu.

Selain daripada orang yang meninggalkan ayat-ayat Allah,terdapat beberapa kategori manusia yang turut menerima penghinaan Allah,seperti hadis sahih yag diriwayatkan oleh Muslim(309),nabi menjelaskan tiga kategori manusia itu ialah orang tua yang berzina,pemimpin yang sombong dan orang yang berkelakuan sombong.

Semua golongan yang dimaksudkan si atas sama ada pemimpian yang zalim,peniaga yang menipu dan lelaki tua yang berzina serta golongan yang meninggalkan tuntutan-tuntutan yang dipertanggungjawabkan oleh Allah sebenrnya memiliki sifat buruk yang dikongsi bersama iaitu tidak memenuhi amanh yang diberikan.

Mafhum mukhalafah dari ayat 124 surah taha ini,seseorang mukmin akan terhindar kesusahan hari akhirat lantaran mereka sentiasa menjalani hubungan secxara istiqamah dengan Allah.Hubungan ini menjadi sebab ketenangan jiwanya dan kebahagiaan hatinya.ini balasan untunya di dunia.Di akhirat pula baginya ganjaran yang dinyatakan dalam ayat ke-17 surah al-sajadah : Maka tidak ka nada seseorang pun yang mengetahui persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka(dari segala jenis nikmat) yang mat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka kerjakan”

Jika orang yanglalai daripad mengingati Allah,bagi mereka hidup yang sempit dan mata yang buta di akhirat .Sebaliknya orang yang beriman dijanjikan bagi mereka ketenangan dan keselamatan di akhirat.Maksudnya ketenangan atau kebahagiaan ,kesengsaraaan dan kesempitan adalah pilihan manusia itu sendiri.


P/s:ini adalah assignment yg dibuat untuk subjek Tafsir II..kalau x faham,jgn segan2 tanyer..

0 Response to "assignment"

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails