MENANGIS DARI SUDUT PERUBATAN

Jumaat, 12 Mac 2010 9:52 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH

  1. Menyahkan Zat berbahaya dari tubuh badan.

Menangis merupakan kaedah semulajadi untuk mengeluarkan zat-zat kimia yang berbahaya daripada tubuh manusia.Zat-zat kimia ini dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan.

  1. Meningkatkan kadar degupan jantung.

Menangis boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan dianggap sebaga latihan yang berguna bagi rongga badan,urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu.Selepas menangis,kadar degupan jantung kembali pelahan sehingga menimbulkan perasaan yang tenang.

  1. Menghalang penyakit.

Satu kajian oleh Universiti Temple,Amerika Syarikat kepada 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka ad [erut dan 100 orang yang sihat.Hasil kajian mendapati jawapan yang agak mengejutkan .Hampir semua pesakit yang menghidap penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemah peribadi,maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka.Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semulajadi jika dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.

  1. Membebaskan racun dari badan

Athur Frank,seorang ilmuwan Amerika berkata, “oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsure-unsur yang beracun dari dalam tubuh,maka menahan air mata bereti membiarkan tumbuhnya racun secara pelahan-lahan.Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk menangis berbandng kaum lelaki,maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalm tubuh melalui tangisan.”

Saintis2 dan pakar mata bependapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan.Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.

  1. Air mata mengandungi 25% protein.

Kajian2 yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian zat terutamanya magnesium.Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia.Ianya hanya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.


1 Response to "MENANGIS DARI SUDUT PERUBATAN"

  1. Tanpa Nama Says:

    Assalamualaikum...
    1 catatan yg sgt menarik.
    tahniah diucapkan...

    Insya Allah..
    Muhammad Asyraf

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails