SIAPA YANG KAYA

Jumaat, 12 Mac 2010 10:55 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH

seorang hartawan membawa anaknya menginap di rumah seorang kenalan yang sangat miskin.Dia berharap anaknya akan sedar akan kekayaan yang mereka miliki.Setelah tiga hari di rumah si miskin,mereka pun pulang.Dalam perjalanan di ayah bertanya: "Apa pandangan kamu tentang kembara kita"

"seronok"jawab anaknya.
"sekarang,mesti kamun bandingkan hidup sebagai orang kaya dengan orang miskin kan??"
"Ya"jawab anaknya ceria.
"Nah,sekarang .Apakah kamu belajar dari semua ini?"

Si anak menjawab:"Kita mempunyai seekor kucing perliharaan,tetapi mereka ada banyak kucing yang mereka beri makan.Kiata ada kolam renang,tetapi mereka ada sungai yang mengalir jernih untuk mreka mandi.Kita ada lampu import yang mahal,tapi mereka ada bintang-bintang bergemerlapan di langit yang mereka pandang waktu santai di halaman rumah pada malam hari..."

Si ayah ingin menyampuk,namun si anak meneruskan "Kita ada jalan yang berturap tetapi mereka ada padang hijau yang saujana mata memandang.Kita seronok menyuruh orang gaji membuat itu dan ini untuk kita,mereka pula cerria berkhidmat memberikan pertolongan kepada orang lain.kita ada banyak makanan,tetapi mereka menghasilkan makanan.Kita akan jaga harta kekayaan kita..Tetapi mereka ada ramai sahabat setia yang sentiasa melindungi mereka."

Si ayah tambah terdiam apabila anaknya menambah"Terima kasih ayah kerana menyedarkan betapa kayanya mereka dan bertapa miskinnya kita"

P/S:Kekayaan yang sebenar letaknya di hati yang bersyukur dan redha.Bukan kerana apa yang kita miliki tetapi kerana apa yang kita beri.Untuk mencapai kesenangan,kita perlu memiliki.Tetapi untuk mencapai ketenangan kita perlu memberi.Memberi lebioh gembira daripada menerima.

0 Response to "SIAPA YANG KAYA"

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails