DEBAT

Selasa, 16 Mac 2010 8:53 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH
biasenya persoalan tentangagama mahupun isu semasa sepatutnya berlaku di dalam kelas apa??usul fiqh.fiqh ibadat ataupun tafsir..Sudah pasti,kelas ini sepatutnya hangat membincangkan persoalan tentang agama..Tapi yang sebaliknya berlaku,mase kelas ni..Semua dian..Cuma bertanya perkara yang berkaitan tantang pelajaran..Dan perbincangan tantang isu semasa sentiasa berlaku di dalam kelas ENGLISH..banyak persoalan yang dibangkitkan semasa kelas sama ada tantang agama mahupun isu semasa..Dan kadang2 kelas ni menjadi tempat tazkirah yang disampaikan oleh seorang sahabat yang cukup mantap ilmunya "Ust.Zulhilmi"..Kenapa panggil ustaz??sedangkan dia masih seorang pelajar..saya memanggilnya ustaz kerana kagum dengan ilmu agama yang ada pada dirinya..

hari isnin yang lalu telah dibangkitkan satu isu..tentang..Adakah perempuan perlu berkerja??"..Persoalan ini dibangkitkan selepas salah seorang sahabat kami(perempuan) membentangkan tentang "KERJAYA".dan 'si tukang soal' bertanya "IF your husband not allow you to work,what you will do??"..Jawabnya "I will follow what my husband want and forget about my job"..dan ramai antara pelajar perempuan yang membantah jawapan tersebut..Patutkan seorang perempuan melupakan kerjayanya untuk mentaati suaminya???.

si tukang soal pun berkata "sepatutnya tugas seorang isteri adalah menjaga anak-anak,menguruskan rumah tangga dan menunggu suaminya pulang dari kerja..Saya tak mahu menjadi seorang suami yang menanti isterinya pulang dari kerja..dan saya juga mempunyai perasaan cemburu apabila isteri saya bergaul dengan lelaki lain semasa berkerja"

ini telah menimbulkan suasan yang agak tegang di dalam kelas..Akhirnya si ustaz bersuara "Tidak salah untuk perempuan berkerja..Tetapi keperluan wanita untuk berkerja adalah untuk memenuhi pekerjaan yang memerlukan wanita seperti doktor atau jururawat bagi merawat pesakit wanita.Guru atau pensyarah..Tukang jahit..dan sebagainya..Dan bukanlah berkerja di atas dasar untuk menandingi kekuatan lelaki"

Lecturer(woman) saya pun berkata "Ada juga di kalangan suami yang mempunyai sifat ego yang tinggi..Tidak membenarkan isteri berkerja supaya dapat mengawal istero dari segi kewangan dan sebagainya.Bila isteri berkerja,lelaki tidak dapat mengawal isteri untuk berbelanja atau melakukan perkara2 lain"

Ustaz pun berkata "tidak dapat dinafikan yg lelaki ada sifat ego,tapi dia buat semua tu sebab nak jaga isterinya.Kalau saya,saya pun tak akan benarkan isteri saya berkerja dan bergaul bebas dengan lelaki lain.."

Begitulah pemikiran pelajar2 yang baru berusia 19 tahun tapi mempunyai pemikiran yang jauh tentang masa depan..Tidak dinafikan apa yang dikatakan oleh ustaz zulhilmi dan si tukang soal..mereka tidak membenarkan isteri berkerja disebabkan oleh perasaan cemburu dan ingin menjaga isteri masing2..Mungkin perasaan cemburu tu boleh memusnahkan rumah tangga mereka dan lebih baik mereka tidak membenarkan isteri berkerja..Tak perlulah kita mengambil contoh yg jauh..Contohnya,artis2 di Malaysia yang bercerai disebabkan oleh artis wanita tersebut yang berkerja siang malam dan bergaul bebas dengan lelaki lain...Menyebabkan rumah tangga mereka musnah..Atau kita lihat Usahawanita,ada juga di kalangan mereka yang bercerai..

So,cuba kita renungkan dan berfikir..adakah seorang perempuan itu perlu berkerja????

2 Response to "DEBAT"

  1. Ameen Muslim Says:

    hmm... isu munakahat. isu yg jrg sy baca n hanya sedikit info yg sy tahu. btw, insyaALLAH su cuba dlmi ilmu ni. nice entry!

  2. SuMaiYyaH Says:

    Masih banyak lagi bab munakahat yang belum tahu..InsyaAllah akan dipelajari dan diperbaiki..Terima kasih..

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails