PASTI ADA HIKMAHNYA

Selasa, 31 Mac 2009 4:24 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 1 ulasan
SESUATU YANG TERJADI PASTI ADA JAWAPANNYA
Kita sering kali bertanya dan mempertikaikan apo yang terjadi ke atas diri kita selama ini.Kita tidak sedar dan redha bahwa smua yang berlaku adalah ketentuan dan kehendak Allah jua.

Ya Allah,kenapa semua ini terjadi kepada Aku...?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”(Al-Baqarah ayat 266)

Ya Allah,kenapa berat sangat ujian ini?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya” (Al-Baqarah ayat 286)

Ya Allah,terasa kehidupan ini tiada maknanya lagi.
“Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman” (Al-Imran ayat 139)
“.....dan jangnlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari Allah melainkan kaum yang kafir” (Yusuf ayat 12)

Ya Allah,bagaimana harus aku menghadapi segala-galanya ini.
“dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan mengerjakan solat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (Al-Baqarah ayat 45)
Ya Allah,kepada siapa aku berharap?
“cukuplah!Allah bagiku,tidak ada tuhan selain dari-Nya.Hanya kepada-Nya aku bertawakal” (Al-Taubah ayat 129)

Ya Allah ,berimankah aku?
“apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,’kami telah beriman’ sedangkan mereka tidak dijui?dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta” (Al-Ankabut ayat 2-3)

RENUNG DAN REDHALAH TERHADAP KETENTUAN ILLAHI
“Sebaik-baik insan adalah memberi manfaat kepada insan yang lain”

PASTI ADA HIKMAHNYA

4:21 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 1 ulasan


DOA-DOA RASULULLAH
Doa ibadah yang sangat agung dan boleh dipohon hanya daripada Allah dan sebagai rasa rendah diri serta tidak berdaya seorang hamba kepada Dia Yang Esa.Di dalam doa juga terkandung pujian kepada Allah.Rasulullah bersabda,”Doa adalah inti ibadah”(H.R tirmizi)
Dalam setiap kesempatan,Rasulullah sering berdoa dan bertadharru(berasa rendah diri di hadapan Allah) serta menampakkan kebergantungan kepada Allah.Terutama di waktu yang mustajab(dikabulkan doa) seperti tengah malam,hari Arafah dan di multazam.
Antara doa-doa baginda ,”Ya Allah,perbaikilah olehM urusan agamaku ialah kendali segala urusan duniaku,kerana ialah tempat penghidupanku.Perbaikilah urusan akhiratku kerana ialah tempat kemabali yang abadi.An jadikanlah kehidupanku sebagai tambahan bagiku untuk memproleh segala kebaikan.Dan jadikanlah kematian sebagai akhirat dai segala keburukan:(H.R Muslim)
Baginda juga sering berdoa setiap pagi dan petang yang bermaksud,”Ya Allah,Zat yang mengetahui segala sesuatu yang ghaib dan yang nampak,yang mencipta langit dan bumi,pemilik raja dan segala sesuatu,aku bersaksi tiada tuhan selain engkau.Aku berlindung kepadamu dari kejahatan diri dan nafsuku dari kejahatan syaitan dan sekutunya dan dari perbuatan jelek atau yang menyebabkan kejelekan kepada sesama Muslim,”(H.R Daud)
Di antara doa Nabi Muhammad s.a.w,”Ya Allah,cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal daripada haram.Dan jadikanlah aku kaya hanya dengan kurniaMu,tidak daripada yang lain.”(H.R. Tarmidzi)
Doa baginda di saat menghadapi zikratul maut,”Ya Allah,ampunilah aku dan kasihanilah aku serta tempatkanlah aku di sisiMu”(muttafaq Alaih)
Rasulullah banyak memanjatkan doa kepada doa kepada Allah s.w.t di setiap kesempatan dan suasana yang berbeza.Di waktu senang,susah dan perang.Bahkan dalam perang badar ketika melihat kekuatan musuh sangat besar,baginda berdoa lama sekali sehingga selendang baginda jatuh daripada bahunya untuk memohon pertolongan Allah untuk kemenangan kaum Muslim.Rasulullah berdoa bukan hanya untuk dirinya bahkan untuk keluarganya,sahabatnya serta seluruh umat islam.

3:50 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

RINDUNYER KAT SEKOLAH

Aku belajar di SMA Khairiah.Masa mula-mula masuk sekolah ni,aku tak tahu pun sekolah ni wujud.Dan aku pun tak tahu yang sekolah ni semuanya perempuan.Padahal tiap kali aku g Bandar,memang aku lalu kat sekolah ni.Masa tu aku ni anak yang baik(sekarang pun masih baik).Apa mak aku suruh,aku ikut je.Mak aku suruh sekolah kat sini,Aku pun sekolah lah kat sini.Bermulalah hidup aku sebagai student SMA Khairiah.Aku seorang anak kampong bersekolah di tengah Bandar Kuala Terengganu.Memang suasana kat sini,lain sikit dengan kampong aku,Kampung aku dekat dengan bukit,banyak pokok,udara segar,sunyi dan aman..Nyaman je rasa.Tapi kat sini jauh sangat berbeza..penuh dengan kenderaan,banyak asap dan kadang-kadang bau yang kurang menyenangkan..tambahan pula hostel tepi jalan,dekat plop dengan hospital..tiap-tiap hari dengar bunyi ambulans.Masa mula-mula duk kat hostel,memang susah sangat nak tidur..bunyi kenderaan mengganggu hidup aku..terutamanya bila ada lumba haram..akibatnya aku ni mengantuk dalam kelas.Dan masalah kesihatan aku pun bertambah.Batuk aku tak pernah hilang kecuali aku balik kampong..Aku rasa masa form 1,aku dah habiskan 5 botol ubat batuk,nasib baik aku tak ketagih..(Tak pasal2,aku masuk pusat serenti kan!!)

Masih kedengaran kat telinga aku ni,cikgu aku marah giler bila aku sleeping dalam kelas..Terutamanya masa pertama..”Awak ni!!!baru je masa pertama dah tidur??apa nak jadi dengan awak ni!!”..memang teruk aku kena marah.Tambah pula malu dengan kawan-kawan aku dalam kelas.Mujur semua perempuan.Klau ad lelaki,lagi aku malu.Tapi apa yang boleh aku buat,mata aku ni tak nak buka.Dah macam-macam aku buat tapi tetap mata ni nak tutup..Boleh kata,setiap hari aku tidur dalam kelas..dah puas kawan sebelah aku ni cubit tangan aku,tetap aku tidur.Akhirnya diorang semua dah lali dengan aku.diorang biar je lah aku tidur dengan aman.Tapi itu tak bermakna,aku abaikan pelajaran..Masa form 3,aku study betul2 walaupun aku ni tdo..Alhamdullilah,aku dapat result PMR yang boleh dikatakan cemerlang..Amin!!!Syukur yang tak terhingga aku masa tu.Memang aku tak sangka boleh dapt result yang gempak..Cikgu-cikgu semua terkejut dengan result aku.Sleepy beauty macam aku ni pun boleh dapat result macam ni!!Hebat kan??Aku dah buktikan walaupun sleepy tapi tetap boleh sukses.

Memang banyak dugaan.cabaran.suka dan duka yang ku alami di sini. Banyak perubahan yang berlaku kat sekolah ni!!Dugaan yang paling besar ialah persahabatan(Kalau percintaan,x de rasenyer sebab semua girl)susah nak cari sahabat yang betul-betul boleh bersama kita di saat suka dan duka.Kalau kat sini,sahabat lah segala-galanya.Terutamanya yang duk hostel.Mak ayah,family or maybe boyfriend semua tak de kat sini.Sahabat lah yang menjadi tempat bergantung,tempat untuk meluahkan isi hati,berkongsi kegembiraan dan kesedihan.

Sahabat itu diibaratkan seperti Muhajirin dan Ansar,disebalik kesusahan muhajirin.ada tangan Ansar menghulurkan bantuan penuh kasih sayang.Di sebalik tangisan Ansar,ada tangan Muhajirin yang menyeka titisan air mata yang mengalir.Apabila Muhajirin gembira,Ansar turut tersenyum penuh keikhlasan.begitulah ertanya persahabatn kerana Allah.Sepatutnya kita mencontohi Muhajirin Dan Ansar.Tapi ada di kalangan kita,yang sanggup menimbulkan fitnah mahupun kata-kata yang mengguris hati seseorang hingga memutuskan tali persahabatan yang selama ini terjalin kukuh.Itulah apa yang berlaku pada aku.Bukan sahaja berlaku pada aku,tapi sebahagian besar student di sini.Sikap aku yang agak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang,telah memusnahkan persahabatan aku dengan seorang sahabat yang cukup mulia.Maafkan aku!!Apa yang mampu aku lakukan sekarang.Memperbaiki hubungan itu kembali seperti dulu.Namun disebabkan jarak yang memisahkan aku dan dia terlalu jauh,membuatkan ia sukar untuk pulih kembali.namun aku takkan putus asa.Dan aku tak mahu ia berulang kembali.Cukuplah sekali.Sesungguhnya manusia itu tidak lari dari membuat kesilapan.Namun kesilapan itu harus diambil pengajaran untuk dijadikan pedoman dalam hidup kita.

Rindunya kat hostel.walaupun aku rasa benci sangat dudukkat hostel dan banyak tekanan yang aku hadapi.Tapi Alhamdulillah,berkat kesabaran aku…Aku berjaya mengharungi hidup di hostel yang penuh dugaan ni selama 5 tahun.Macam tak percaya je..Sebenarnya,hidup di hostel banyak mengajar aku tentang bedikari,kesabaran dan ketaatan..Sekarang ni aku terlalu rindukan suasana kat hostel.Memang banyak kenangan yang tak dapat aku lupakan.Keriuhan di padang masa bermain bola jarring,Gelak tawa danatangisan bersama rakan-rakan,Keseronokan membuat persembahan atas pentas.main sama-sama kat pantai batu burok,kena denda tengah panas oleh warden n biro,saat kena marah dengan warden kat tengah padang,Masa kena naik turun tangga sebab datang lewat,makan sama-sama kat dewan makan sambil komen makanan mak cik,solat berjemaah sama-sama kat surau,Qiamulail sama-sam kat dewan..Tidur dalam surau masa qiamulail,bersih hostel sama-sama,cuci tadas sama-sama.Memang banyak yang kami lakukan bersama.rindurnyer….sekarang dah tak ada peluang untuk aku rasai semua tu..

Sekarang,apa-apa yang aku lakukan semuanya sendirian..makan sorang,tdor sorang,solat pun sorang,baca quran pun sorang.Qiamulail pun sorang..kadang2 aku tak de semangat nak qiamulail sebab sorang je.walaupun qiamulail tu lebih afdal sorang-sorang tapi bila ada kawan,aku rasa lebih bersemangat..Tak rasa mengantuksangat kan!!sekarang ni aku rasa kesunyian sangat.Dah lah single…tak pe lah..Handphone je lah yang menjadi kawan baik kau sekarang ni.Tu je cara untuk berhubung dengan sahabat-sahabat aku.Kadang-kadang aku buka frienster,cri kawan-kawan baru untuk hilangkan kesunyian aku ni.Macam-macam orang aku jumpa.Dari penjual burger tepi jalan sampai lah best student yang belajar kat oversea.macam-macam aku dapat tahu.Suasana dan kehdupan diorang.banyak yang kami kongsi bersama.terutamnaya sorng mamat ni yang belajar kat jepun.Dia macam membangkitkan semangat aku untuk belajar rajin2 rajin dan dapat belajar di oversea.Insya Allah..

Blog ni pun salah satu cara aku untuk hilangkan boring aku yang dah sampai tahap 200 celcius tu..Inspirasi datang bila aku baca blog..::catatan pejuang::..Aku suka cra dia bercerita tentang kehidupan dia dalam blog tu..Cara dia tulis..jadi aku pun try lah jadi penulis blog..Tujuan aku Cuma untuk hilangkan boring dan tulis apa-apa je yang aku suka..Kalau kat rumah,x de orang nak dengar cerita aku..Jadi pada blog ini aku bercerita…Ada orang baca ke tak,aku pun tak tahu..Sapa yang baca tu,terima kasih banyak2..sapa yang komen tu,lagilah saya berterima kasih..Semoga Allah merahmati dan Memberkati hidup kalian.Mungkin blog aku ni tak bagus macam blog orang lain..tapi aku puas hati sebab aku dapat luahkan apa yang ada dalam hati aku ni.Tak lah aku rasa terbeban sangat..Kalau aku pendam je dalam hati,merana aku di buatnya..


Alhamdullilah,dengan rezeki yang Allah berikan padaku.Sudah hampir 18 tahun aku hidup di atas dunia ini.Walaupun banyak dosa yang aku lakukan,namun Allah amat bermurah hati memberi kesempatan pada aku untuk menmebus kembali dosa-dosa yang telah aku lakukan.Terima kasih Ya Allah..Akhirnya,aku telah menmatkan alam persekolah.Kalau dulu,rasa macam tak sabar sangat nak habis sekolah,tapi sekarang aku teringin sekali nak pergi sekolah lagi.Begitulah sifat manusia,tak pernah puas dengan apa yang ada..Namun,aku tetap bersyukur.Semua dugaan aku hadapi dengan hati yang redha..Aku selau ingat,Allah takkan menguji hambaNya diluar kemampuan mereka.Itu lah kata-kata hikmah yang membuatkan aku tak pernah putus asa dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah..Dalam kita melangkah ,terkadang dijuji dengan ujian yang berat hingga kita terduduk menangis,peritnya terasa,tapi ktahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri,kerana mungkin air mata itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit semula Sejadah Iman yang kian koyak.Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar.Semoga kita tabah dan ditetapkan iman.

3:32 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
BOYFRIEND..

Sekali lagi,aku dilamar oleh seorang lelaki yang tak dikenali untuk dijadilkan girlfriend.Tawaran istimewa kan!!Walaupun dulu aku pernah terlibat dengan cinta SMS,tapi aku rasa itu hanya kerja yang mebuang masa dan duit.Jadi aku rasa tak perlu aku buat untuk kali kedua kan!!jadi aku menolak tawaran yang hanya mensia-siakan hidup aku tu.Biarlah aku ni tetap single.Walaupun kadang-kadang aku rasa cemburu sangat tengok kawan-kawan aku ada boyfriend.Mereka tak kesunyian macam aku ni.boleh ajak pergi keluar jalan-jalan,lepas tu luch or maybe dinner sama-sama.Malam-malam,call or mesej.Ada buah hati yang bagi gift masa birthday.Ada orang yang ambil berat pasal diri diorang.Saling tolong-menolong bila susah.Bila ada problem,ada tempat mengadu..wah…bahagianya hidup diorang!!Memang cukup lengkap..

Tapi single macam aku ni,tak ada orang nak ajak jalan-jalan.Dinner dengan family je,(tapi best..)Tak ada orang nak bagi gift masa birthday.nak mengadu,cukuplah aku dan Dia saja yang tahu.kalau susah,kadang-kadang tanggung je sorang-sorang..kesian kat aku ni kan..Kalau boleh,aku nak sangat ada boyfriend macam kawan-kawan aku tu..Asyik aku je yang kena teman orang pergi dating(Kalau dating berdua,nanti susah tau)..bilalah orang nak teman aku pergi dating..Asyik aku je yang kena tolong plh gift untuk boyfiend diorang,bila diorang nak tolong aku plih plok!!Apalah nasib aku ni kan??tapi apa yang boleh aku buat,belum ada yang sesuai.kawan aku kata kau ni memilih sangat.Nak yang hemsen,kaya,baik,bijak….apa lagi ey!!Of course lah aku nak yang macam tu..Tu idaman semua wanita tau..Tapi bukan semua orang perfect kan..Aku ni Cuma nak orang yang memahami diri aku dan menerima aku seadanya..Kawan aku pernah ingatkan aku..Tak perlu mencari teman secantik Balqis,andai diri tak sehebat Sulaiman.Mangapa mengharap teman setampan Yusuf andai diri tak setulus Zulaikha.Tak perlu mencari teman seteguh Ibrahim,andai diri tak sekuat Hajar dan mengapa di damba teman hidup sempurna Muhammad,andai diri tak sehebat Siti Khadijah.

Sebenarnya aku pernah jatuh cinta dengan seorang lelaki.Dia ni tak hemsen pun,tak lah bijak sangat,dressing pun KO,harta dia pun aku tak tahu banyak mana.Tapi dia sangat baik dengan aku dan memahami aku.Aku rasa tenang sangat bila ada dia di samping aku.Dia membuatkan aku dekat dengan Yang Maha Esa.Bila aku ada masalah,dia yang menjadi kekuatan aku untuk menghadapinya.Keimanan dia pada Allah yang telah membuatkan aku terpikat.Aku dapt merasakan bahawa dial ah yang Allah ciptakan untuk aku.Tanpa dia hidup aku ni bagaikan tak lengkap.

Tapi,aku Cuma bertepuk sebelah tangan.Cinta aku ditolak kerana usia aku yang lebih tua dari dia.walaupun orang kata cinta tak mengenal usia,tapi manusia tetap mengenalinya.Masa tu,tuhan je yang tahu bertapa sakitnya hatiku.Bertapa hancurnya hati aku bila cinta ditolak.Percintaan yang belum bermula,akhirnya telah berakhir.Malam tu aku menangis puas-puas dari malam sampai pagi.aku rasa itulah kesedihan yang paling berat aku alami.rasa macam kehilangan sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup aku..Selepas hari tu,boleh dikatakan tiap-tiap malam aku nangis,hampir sebulan..tapi depan orang lain,aku buat2 happy r.aku tak nak orang lain tahu..masa tu,Allah je yang thu macam mana perasaan aku yang sebenarnya.

Aku berusaha untuk lupakan dia tapi tak dapat.hari-hari,hanya dia yang bermain di fikiran aku ni.Aku cuba untuk tidak berhubung dengan dia tapi tangan aku ni asyik tekan no.phone dia je.Bertapa susahnya nak lupakan dia.Sekarang aku masih berhubung dengan dia,Cuma sebagai kawan.Kadang-kadang aku rasa nak menghilangkan diri dari kehidupan dia supaya aku dapat lupakan dia.aku tukar no.handphone dan cuba untuk tidak berhubung dengan dia.Bukan aku nak memutuskan persahabatan,tapi inilahyang terbaik untuk aku dan dia.kalau dia baca blog aku ni,aku nak minta maaf banyak2.Kalau aku terus di sisi dia,aku takut aku akan terus berharap supaya dia menerima aku dalam hidupnya.

Lepas tu,aku tak pernah bercinta dan jatuh cinta lagi.Mungkin aku belum jumpa orang yang standing dengan dia.dan aku masih tak dapat lupakan dia.aku dapat merasakan dia masih ada dalam hati aku.Tapi aku akan cuba lupakan dia.Memang aku patut mencari pengganti.tapi masih belum ku temui.kalau aku nak cari boyfriend.dah lama aku terima setiap orang yang melamar aku.Tapi aku tak inginkan boyfriendaku tak nak bercinta seperti orang lain .aku takut ia akan melalaikanaku.Lagipun Rasulullah dah ingatkan Cinta itu buta. cinta itu bukan sahaja tak mengenal sesiapa tapi tak mengenal batas haram dan halall juga.Dalam bercinta ni,liciknya strategi syaitan menipu pemikiran sepasang kekasih.Orang yang berjumpa kekasihnya memberi alasan…alah tak pegang-pegang pun.Orang yang pegang0pegang pula berkata,,,alah bukan berzina pun.Orang yang berzina pula ada alasan..alah tak adalah sampai pregnant.Seolah-olah dia tak rasa bahawa apa yang dibuatnya itu salah.Nau’zubillah min zalik,Di usia kita ini,cinta perlu dihijab dengan iman dan kasyatillah,takutkan Allah.Allah jadikan cinta itu satu ujian.Dan aku mahu menjalani ujian ni dengan cara yang diredhai oleh Allah.

Sekarang aku nak cari bakal suami.mungkin aku ni terlalu muda untuk fikirkan semua ni..tapi mencari calon suami bukan seperti memilih ikan di pasar.Terlalu sukar untuk kita mengenali hati budi seseorang dan ianya memakan masa.Aku mengharapkan seorang suami yang iakan memeriahkan mahligaiku dengan kalamullah,menghidupkan malamku dengan Tahajjud berjemaah.mendidik generasiku dengan pewaris perjuangan Rasulullah.Biarlah lelaki tak ada rupa dan kekayaan asal hatinya sarat dengan keimanan.Aku tak tahu,masih ada ke lelaki seperti ini di atas dunia ni.Dan aku tak tahu layakkah aku untuk memiliki seorang lelaki seperti itu.Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Buat masa ni,biarlah aku sandarkan cintaku ini pada Allah.Berusaha sebaik mungkin supaya aku tidak lalai dalam menunaikan ibadahku kepadaNya.Biarlah Allah yang menentukan segala-galanya.Sekrang aku
tidak mahu menghampiri perkara-perkara yang boleh menyebabkan saya mencintai lelaki di saat ini.Perasaan itu terlalu mahal harganya bagi aku &ia tidak boleh dicemari oleh lelaki lain selain dari lelaki yang dijanjikan Allah untuk aku. Lagipun wanita yang menjadi pelemah iman lelaki dan kerana wanita ramai lelaki jadi lemah iman dan kerana wanita ramai lelaki menjadi lalai dan tergelincir dari prinsip perjuangan sendiri.Saya tak mahu menjadi wanita akhir zaman yang seringkali Rasulullah gusarkan yang mana menjadi fitnah kepada lelaki.Ingin sekali saya mentarbiyyah diri ini agar menjadi seorang wanita yang bisa mengetuk pintu kelalaian lelaki daripada terpesona dari fitnah wanita.Insya-Allah…..



Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim..
Allhu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku padaMu tetap utuh
Allahu Rabbi
Pin\taku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan per\nah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pupus oleh waktu.

31 MAC 2009,2:31 AM

TAWARAN ISTIMEWA

Sabtu, 28 Mac 2009 11:32 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan


Baru-baru ni,aku menerima satu panggilan telefon dari Management and Science Universiti..Sebuah universiti Swasta..Aku diberi peluang untuk memilih course yang aku minat dan aku diberi tawaran untuk menyambung pengajian pada bulan Mei ini.Aku memilih untuk menyambung pengajian Diploma Makmal Perubatan..Aku dari dulu lagi meminati bidang Perubatan.Jika Aku mendapat CGPA yang tinggi selepas menamatkan diploma.Aku akan diberi peluang untuk melanjutkan pengajian aku dalam bidang yang sama atau Medic.Aku memang tak menyangka aku masih ada peluang untuk aku menjadi seorang Doktor..Padahal semasa aku menerima keputusan SPM yang lalu,aku merasakan bagaikan tiada lagi peluang untuk aku kerana keputusan aku yang tidak memuaskan.Alhamdullilah,rupanya masih ada lagi rezeki yang Allah berikan padaku.Alhamdullilah...
Namun keputusan aku mendapat tentangan daripada ibu aku.Ibu aku tak benarkan aku menerima tawaran itu.Alasannya,itu adalah sebuah IPTS,ibu aku bimbang infrastruktur dan kualiti tidak memuaskan.Dan juga bayaran lebih mahal jika dibandingkan dengan IPTA.Ibu aku juga mahu aku meneruskan pengajian dalam bisnes supaya aku dapat meneruskan bisnes ayah aku..Aku teringin sekali meneruskan pengajian di MSU supaya cita-cita aku sebagai doctor akan tercapai.Tapi aku tak nak membantah kata-kata ibu aku.Sekarang aku begitu pening memikirkan hal ini.Mungkin aku patut solat istikharah supaya Allah memudahkan jalan untuk aku membuat pilihan..Ya Allah,mudahkanlah urusanku di dunia mahupun di akhirat.

SAYANG SUMAIYYAH

11:28 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

Ini adalah imej yang ku ambil dari sehelai baju yang ku beli semasa berjalan di pasar malam berdekatan dengan tempat ceramah yang diadakan sempena Pilihan Raya Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan beberapa bulan yang lalu..Semasa pertama kali aku melihat baju ini,aku berasa agak terkejut kerana ada orang yang design baju seperti ini.Aku terlalu ingin tahu siapa yang design baju ini.Bagaikan ada makna yang tersirat di sebalik makna “SAYANG SUMAIYYAH”..Aku ingin sekali tahu apakah maknanya.Tambahan pula baju ini yang berwarna hijau(warna syurga).membuatkan aku rasa sangat tenang dan nyaman.Moga Allah akan menunjukkan aku jalan bagi merungkai persoalan yang sering berlegar di dalam fikiranku ini.Insya Allah….
Begitu ramai sekali orang mengerumuni tempat ceramah tu..ada ramai ahli politik seperti Anwar Ibrahim dan Datuk mohd.Nizar yang lantang bersuara membicarakan tentang kebenaran.Aku amat mengagumi mereka yang begitu tabah menghadapi segala onak duri untuk memperjuangkan kebenaran.Tak pernah sekali mereka mengalah.Mereka bagaikan pantai yang tak pernah berubah walau beberapakali ombak menghempas..Alhamdullilah ,akhirnya kemenangan menjadi milik kita.Tahniah kepada En.Abdul Wahid Endut.Semoga beliau akan terus berbakti kepada rakyat yang memberi kepercayaan kepadanya.Ini menunjukkan rakyat sudah bijak memilih pemimpin tanpa rasa takut dan gerun kepada pihak yang sentiasa cuba untuk meracuni fikiran rakyat.
Tidak lama kemudian,kita dikejutkan dengan peristiwa perak jatuh ke tangan kerajaan kerana sifat tidak bertanggungjawab beberapa orang wakil rakyat.Rakyat telah memberi kepercayaan kepada mereka untuk menjadi pemimpin tetapi hati dan mata mereka buta kerana wang.Mereka mengejar kemewahan hidup di dunia tanpa memikirkan azab yang menanti di akhirat.Sedangkan semasa kita dilahirkan di dunia,kita tidak membawa pa-apa.Semuanya dipinjamkan oleh Allah.Bahkan jasad kita juga dipinjamkan.Suatu hari anti harus dipulangkan.Semoga kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi terhadap kita.Tak lama lagi,sekali lagi kita akan bertempur di Bukit Gantang.Sekali lagi kita kan cuba mempejuangkan nasib rakyat yang sudah sekian lama teraniaya.Ibu bapa aku begitu semangat sekali untuk sama-sama berjuang dengan sahabat-sahabat mereka.Sanggup menghabiskan wang dan masa dari Terengganu ke Perak untuk memperjuangkan kebenaran.Ayah aku kata tak salah menghabiskan wang di jlan kebenaran untuk memperjuangkan Islam..Kalau diikutkan hati,ingin sekali aku ikut serta dengan mereka tapi Aku pula tetap di sini,menjaga 7 orang adik-adik ku di sini.Aku doakan moga kejayaan akan menyebelahi nasib kita di Bukit Gantang.Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar.

Related Posts with Thumbnails