SAYANG SUMAIYYAH

Sabtu, 28 Mac 2009 11:28 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH

Ini adalah imej yang ku ambil dari sehelai baju yang ku beli semasa berjalan di pasar malam berdekatan dengan tempat ceramah yang diadakan sempena Pilihan Raya Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan beberapa bulan yang lalu..Semasa pertama kali aku melihat baju ini,aku berasa agak terkejut kerana ada orang yang design baju seperti ini.Aku terlalu ingin tahu siapa yang design baju ini.Bagaikan ada makna yang tersirat di sebalik makna “SAYANG SUMAIYYAH”..Aku ingin sekali tahu apakah maknanya.Tambahan pula baju ini yang berwarna hijau(warna syurga).membuatkan aku rasa sangat tenang dan nyaman.Moga Allah akan menunjukkan aku jalan bagi merungkai persoalan yang sering berlegar di dalam fikiranku ini.Insya Allah….
Begitu ramai sekali orang mengerumuni tempat ceramah tu..ada ramai ahli politik seperti Anwar Ibrahim dan Datuk mohd.Nizar yang lantang bersuara membicarakan tentang kebenaran.Aku amat mengagumi mereka yang begitu tabah menghadapi segala onak duri untuk memperjuangkan kebenaran.Tak pernah sekali mereka mengalah.Mereka bagaikan pantai yang tak pernah berubah walau beberapakali ombak menghempas..Alhamdullilah ,akhirnya kemenangan menjadi milik kita.Tahniah kepada En.Abdul Wahid Endut.Semoga beliau akan terus berbakti kepada rakyat yang memberi kepercayaan kepadanya.Ini menunjukkan rakyat sudah bijak memilih pemimpin tanpa rasa takut dan gerun kepada pihak yang sentiasa cuba untuk meracuni fikiran rakyat.
Tidak lama kemudian,kita dikejutkan dengan peristiwa perak jatuh ke tangan kerajaan kerana sifat tidak bertanggungjawab beberapa orang wakil rakyat.Rakyat telah memberi kepercayaan kepada mereka untuk menjadi pemimpin tetapi hati dan mata mereka buta kerana wang.Mereka mengejar kemewahan hidup di dunia tanpa memikirkan azab yang menanti di akhirat.Sedangkan semasa kita dilahirkan di dunia,kita tidak membawa pa-apa.Semuanya dipinjamkan oleh Allah.Bahkan jasad kita juga dipinjamkan.Suatu hari anti harus dipulangkan.Semoga kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi terhadap kita.Tak lama lagi,sekali lagi kita akan bertempur di Bukit Gantang.Sekali lagi kita kan cuba mempejuangkan nasib rakyat yang sudah sekian lama teraniaya.Ibu bapa aku begitu semangat sekali untuk sama-sama berjuang dengan sahabat-sahabat mereka.Sanggup menghabiskan wang dan masa dari Terengganu ke Perak untuk memperjuangkan kebenaran.Ayah aku kata tak salah menghabiskan wang di jlan kebenaran untuk memperjuangkan Islam..Kalau diikutkan hati,ingin sekali aku ikut serta dengan mereka tapi Aku pula tetap di sini,menjaga 7 orang adik-adik ku di sini.Aku doakan moga kejayaan akan menyebelahi nasib kita di Bukit Gantang.Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar.

0 Response to "SAYANG SUMAIYYAH"

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails