Selasa, 31 Mac 2009 3:32 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH
BOYFRIEND..

Sekali lagi,aku dilamar oleh seorang lelaki yang tak dikenali untuk dijadilkan girlfriend.Tawaran istimewa kan!!Walaupun dulu aku pernah terlibat dengan cinta SMS,tapi aku rasa itu hanya kerja yang mebuang masa dan duit.Jadi aku rasa tak perlu aku buat untuk kali kedua kan!!jadi aku menolak tawaran yang hanya mensia-siakan hidup aku tu.Biarlah aku ni tetap single.Walaupun kadang-kadang aku rasa cemburu sangat tengok kawan-kawan aku ada boyfriend.Mereka tak kesunyian macam aku ni.boleh ajak pergi keluar jalan-jalan,lepas tu luch or maybe dinner sama-sama.Malam-malam,call or mesej.Ada buah hati yang bagi gift masa birthday.Ada orang yang ambil berat pasal diri diorang.Saling tolong-menolong bila susah.Bila ada problem,ada tempat mengadu..wah…bahagianya hidup diorang!!Memang cukup lengkap..

Tapi single macam aku ni,tak ada orang nak ajak jalan-jalan.Dinner dengan family je,(tapi best..)Tak ada orang nak bagi gift masa birthday.nak mengadu,cukuplah aku dan Dia saja yang tahu.kalau susah,kadang-kadang tanggung je sorang-sorang..kesian kat aku ni kan..Kalau boleh,aku nak sangat ada boyfriend macam kawan-kawan aku tu..Asyik aku je yang kena teman orang pergi dating(Kalau dating berdua,nanti susah tau)..bilalah orang nak teman aku pergi dating..Asyik aku je yang kena tolong plh gift untuk boyfiend diorang,bila diorang nak tolong aku plih plok!!Apalah nasib aku ni kan??tapi apa yang boleh aku buat,belum ada yang sesuai.kawan aku kata kau ni memilih sangat.Nak yang hemsen,kaya,baik,bijak….apa lagi ey!!Of course lah aku nak yang macam tu..Tu idaman semua wanita tau..Tapi bukan semua orang perfect kan..Aku ni Cuma nak orang yang memahami diri aku dan menerima aku seadanya..Kawan aku pernah ingatkan aku..Tak perlu mencari teman secantik Balqis,andai diri tak sehebat Sulaiman.Mangapa mengharap teman setampan Yusuf andai diri tak setulus Zulaikha.Tak perlu mencari teman seteguh Ibrahim,andai diri tak sekuat Hajar dan mengapa di damba teman hidup sempurna Muhammad,andai diri tak sehebat Siti Khadijah.

Sebenarnya aku pernah jatuh cinta dengan seorang lelaki.Dia ni tak hemsen pun,tak lah bijak sangat,dressing pun KO,harta dia pun aku tak tahu banyak mana.Tapi dia sangat baik dengan aku dan memahami aku.Aku rasa tenang sangat bila ada dia di samping aku.Dia membuatkan aku dekat dengan Yang Maha Esa.Bila aku ada masalah,dia yang menjadi kekuatan aku untuk menghadapinya.Keimanan dia pada Allah yang telah membuatkan aku terpikat.Aku dapt merasakan bahawa dial ah yang Allah ciptakan untuk aku.Tanpa dia hidup aku ni bagaikan tak lengkap.

Tapi,aku Cuma bertepuk sebelah tangan.Cinta aku ditolak kerana usia aku yang lebih tua dari dia.walaupun orang kata cinta tak mengenal usia,tapi manusia tetap mengenalinya.Masa tu,tuhan je yang tahu bertapa sakitnya hatiku.Bertapa hancurnya hati aku bila cinta ditolak.Percintaan yang belum bermula,akhirnya telah berakhir.Malam tu aku menangis puas-puas dari malam sampai pagi.aku rasa itulah kesedihan yang paling berat aku alami.rasa macam kehilangan sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup aku..Selepas hari tu,boleh dikatakan tiap-tiap malam aku nangis,hampir sebulan..tapi depan orang lain,aku buat2 happy r.aku tak nak orang lain tahu..masa tu,Allah je yang thu macam mana perasaan aku yang sebenarnya.

Aku berusaha untuk lupakan dia tapi tak dapat.hari-hari,hanya dia yang bermain di fikiran aku ni.Aku cuba untuk tidak berhubung dengan dia tapi tangan aku ni asyik tekan no.phone dia je.Bertapa susahnya nak lupakan dia.Sekarang aku masih berhubung dengan dia,Cuma sebagai kawan.Kadang-kadang aku rasa nak menghilangkan diri dari kehidupan dia supaya aku dapat lupakan dia.aku tukar no.handphone dan cuba untuk tidak berhubung dengan dia.Bukan aku nak memutuskan persahabatan,tapi inilahyang terbaik untuk aku dan dia.kalau dia baca blog aku ni,aku nak minta maaf banyak2.Kalau aku terus di sisi dia,aku takut aku akan terus berharap supaya dia menerima aku dalam hidupnya.

Lepas tu,aku tak pernah bercinta dan jatuh cinta lagi.Mungkin aku belum jumpa orang yang standing dengan dia.dan aku masih tak dapat lupakan dia.aku dapat merasakan dia masih ada dalam hati aku.Tapi aku akan cuba lupakan dia.Memang aku patut mencari pengganti.tapi masih belum ku temui.kalau aku nak cari boyfriend.dah lama aku terima setiap orang yang melamar aku.Tapi aku tak inginkan boyfriendaku tak nak bercinta seperti orang lain .aku takut ia akan melalaikanaku.Lagipun Rasulullah dah ingatkan Cinta itu buta. cinta itu bukan sahaja tak mengenal sesiapa tapi tak mengenal batas haram dan halall juga.Dalam bercinta ni,liciknya strategi syaitan menipu pemikiran sepasang kekasih.Orang yang berjumpa kekasihnya memberi alasan…alah tak pegang-pegang pun.Orang yang pegang0pegang pula berkata,,,alah bukan berzina pun.Orang yang berzina pula ada alasan..alah tak adalah sampai pregnant.Seolah-olah dia tak rasa bahawa apa yang dibuatnya itu salah.Nau’zubillah min zalik,Di usia kita ini,cinta perlu dihijab dengan iman dan kasyatillah,takutkan Allah.Allah jadikan cinta itu satu ujian.Dan aku mahu menjalani ujian ni dengan cara yang diredhai oleh Allah.

Sekarang aku nak cari bakal suami.mungkin aku ni terlalu muda untuk fikirkan semua ni..tapi mencari calon suami bukan seperti memilih ikan di pasar.Terlalu sukar untuk kita mengenali hati budi seseorang dan ianya memakan masa.Aku mengharapkan seorang suami yang iakan memeriahkan mahligaiku dengan kalamullah,menghidupkan malamku dengan Tahajjud berjemaah.mendidik generasiku dengan pewaris perjuangan Rasulullah.Biarlah lelaki tak ada rupa dan kekayaan asal hatinya sarat dengan keimanan.Aku tak tahu,masih ada ke lelaki seperti ini di atas dunia ni.Dan aku tak tahu layakkah aku untuk memiliki seorang lelaki seperti itu.Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Buat masa ni,biarlah aku sandarkan cintaku ini pada Allah.Berusaha sebaik mungkin supaya aku tidak lalai dalam menunaikan ibadahku kepadaNya.Biarlah Allah yang menentukan segala-galanya.Sekrang aku
tidak mahu menghampiri perkara-perkara yang boleh menyebabkan saya mencintai lelaki di saat ini.Perasaan itu terlalu mahal harganya bagi aku &ia tidak boleh dicemari oleh lelaki lain selain dari lelaki yang dijanjikan Allah untuk aku. Lagipun wanita yang menjadi pelemah iman lelaki dan kerana wanita ramai lelaki jadi lemah iman dan kerana wanita ramai lelaki menjadi lalai dan tergelincir dari prinsip perjuangan sendiri.Saya tak mahu menjadi wanita akhir zaman yang seringkali Rasulullah gusarkan yang mana menjadi fitnah kepada lelaki.Ingin sekali saya mentarbiyyah diri ini agar menjadi seorang wanita yang bisa mengetuk pintu kelalaian lelaki daripada terpesona dari fitnah wanita.Insya-Allah…..



Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim..
Allhu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku padaMu tetap utuh
Allahu Rabbi
Pin\taku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan per\nah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pupus oleh waktu.

31 MAC 2009,2:31 AM

0 Response to " "

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails