Baru-baru ni,aku menerima satu panggilan telefon dari Management and Science Universiti..Sebuah universiti Swasta..Aku diberi peluang untuk memilih course yang aku minat dan aku diberi tawaran untuk menyambung pengajian pada bulan Mei ini.Aku memilih untuk menyambung pengajian Diploma Makmal Perubatan..Aku dari dulu lagi meminati bidang Perubatan.Jika Aku mendapat CGPA yang tinggi selepas menamatkan diploma.Aku akan diberi peluang untuk melanjutkan pengajian aku dalam bidang yang sama atau Medic.Aku memang tak menyangka aku masih ada peluang untuk aku menjadi seorang Doktor..Padahal semasa aku menerima keputusan SPM yang lalu,aku merasakan bagaikan tiada lagi peluang untuk aku kerana keputusan aku yang tidak memuaskan.Alhamdullilah,rupanya masih ada lagi rezeki yang Allah berikan padaku.Alhamdullilah...
Namun keputusan aku mendapat tentangan daripada ibu aku.Ibu aku tak benarkan aku menerima tawaran itu.Alasannya,itu adalah sebuah IPTS,ibu aku bimbang infrastruktur dan kualiti tidak memuaskan.Dan juga bayaran lebih mahal jika dibandingkan dengan IPTA.Ibu aku juga mahu aku meneruskan pengajian dalam bisnes supaya aku dapat meneruskan bisnes ayah aku..Aku teringin sekali meneruskan pengajian di MSU supaya cita-cita aku sebagai doctor akan tercapai.Tapi aku tak nak membantah kata-kata ibu aku.Sekarang aku begitu pening memikirkan hal ini.Mungkin aku patut solat istikharah supaya Allah memudahkan jalan untuk aku membuat pilihan..Ya Allah,mudahkanlah urusanku di dunia mahupun di akhirat.
Catat Ulasan