LETIHNYA……..
Letih sangat2 hari ni…dah selesema tambah plok demam ni…Sakit tekak pun tak hilang2 juga ni.Banyak betul dugaan hari ni.Tapi aku gagahkan juga diri aku untuk datang juga kelas hari ni…Tiba2 plok ada berita,kami ni kena tukar hostel baru hari nie…terpaksa aku ponteng kelas tafsir(walaupun memang dah niat nak ponteng)..Melilau aku n the geng mencari hostel2 kosong yang dekat dengan tempat kuliah..Lepas pusing2 habis semua hostel..kitaorang pun pilih lah blok M ni..jauh sikit je lah dari kuliah berbanding hostel lama kami…Nak daftar pun kelam kabut je….ramai sangat orang,,,ditambah plok budok2 hostel lain yang nak tukar bilik padahal bilik diorang dah cukup perfect..nasib baik ,hari ini aku g kuliah bawa kereta..Boleh guna kereta ni nak angkat barang2 yang teramat banyak tu..aku hairan betullah apa yg budok2 ni bawa banyak sangat..Sampai 3,4 beg sorang..tak tambah lagi dengan baldi n buku2 lagi…Aku Cuma bawa satu beg je…tu pun baju2 je…And barang2 lain yg wajib…(Umah dekat je,tak cukup barang,balik je lah)..Dari pukul 11 pagi sampai 5 petang..kerja aku Cuma angkut barang je…lepas sorang,sorang minta tolong angkat barang..aku Cuma tolong setakat aku mapu je…kesia juga tengok diorang jalan kaki angkat barang..Apa gunanya ada kereta,kalau tak mampu nak tolong orang
Aku campak je beg aku kat dalam bilik tu…sekarang ni,malas lagi nak simpan..nak enjoy cuti mid-sem dulu..(tapi ada exam lepas mid-sem)..Cuti seminggu je…macam sehari je jawabnya..Tak cuti mane pun aku ni,ada je kerja nak buat..Aku terfikir,macam mana nak buat shortcut nak g tempat kuliah yang jauh bangat tu..Nak gali lubang bawah tanah ke???bawa basikal??motor or kereta???jawabnya,jalan kaki je lah..hahhahahahha..lepas ni kena bawa periuk nasi sebab nak jimat duit makan…rasa tak cukup kenyang,konsi nasi bungkus 1 dua orang…Badan aku pun dah makin kurus ni…Tak cukup tenaga aku kalau hari2 makan kongsi 2orang ni…Pastu kena berjalan lagi,turun naik tangga lagi…Jadi cicak kering juga aku nanti…
Sekarang ni cuti mid-sem selama seminggu…Aku nak qada makan nasi kat umah..lepas tu,aku kena study semua kitab2 bahasa arab yang memang aku tak pernah faham salam ni..dan cuti seminggu ni,aku kena fahamkan apa yang aku tak faham tu..kawan2 YM aku yang paling aku saying n sporting giler(his_krush_yam,gun_troop,ust_lysam,tt517,and so on)..kalau tak dapat contact tu,faham2 lah yang ana tengah sibuk sangat2…Nak update blog pun susah..nak Ym tu,jauh sekali lah..
Catat Ulasan