15 RamaDhaN

Ahad, 6 September 2009 9:44 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH


Alhamdulillah,sekarang dah pun separuh bulan kita menjalani ibadah puasa.Rasa seperti terlalu cepat masa berlalu..Tak lama lagi,Ramadhan akan meninggalkan kita.mungkin ada yang kata,bestnya raya dah dekat..Tapi sepatutnya kita merasa sedih kerana Bulan yang penuh kerahmatan ini akan meninggalkan kita.Di bulan ramdhan,amalan dan ibadat yang kita lakukan akan dilipat gandakan pahala kita..Kita juga dapat melakukan ibadat dengan tenang tanpa gangguan syaitan.Tapi bila Ramdahan pergi,Syaitan2 akan dibebaskan dan kembali menghasut anak2 adam…
Hari ni aku berpeluang bertemu dengan adik angkat aku,Athirah yang dah lama aku tak jumpa..Kebetulan junior2 khairiah ada kem ibadat di sekolah lama arab batu rakit atupun sekarang ni dikenali Integrasi Batu rakit yang telah berpindah ke tempat lain.Dapat jumpa hari ni pun Cuma sekejap disebabkan hari hujan dan aku perlu ke rumah tok aku kerana ada majlis berbuka puasa..Aku juga berpeluang jumpa dengan junior2 lain seperti baiyah,husna,syuk, dan ramai lagi..Bila aku muncul je depan pintu,ramai junior yang panggil aku dan cepat menghulurkan salam..Tak sangka,diorang ni masih ingat kat aku ni!!!Masa sekolah dulu,aku tengok diorang ni macam tak endah je bila aku ada..da juga yang kirimkan salam buat senior2 diorang yang ada kat UDM..Terutamanya salina(nurse)…Nurse ni memang terkenal masa sekolah dulu sebab dia peramah.Tak macam aku,Pendiam.Sentiasa dalam silent mode..

0 Response to "15 RamaDhaN"

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails