BERAYA DI HOSPITAL

Sabtu, 26 September 2009 11:36 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH
BERAYA DI HOSPITAL…

Hari raya ni,hari raya yang paling unhappy bagi aku..Aku kena beraya kat hospital..Tapi bukan sebab aku kena mercun mahupun meriam api tapi aku kena jaga nenek aku yang sakit..Nenek masuk hospital masa 1 syawal..Pagi raya tu,bila aku g umah nenek,nenek duk terbaring atas katil..Sepupu2 aku yang balik kampung,semua naik risau..Akhirnya,diorang bawa nenek aku g hospital.

Ni lah 1st time,nenek masuk hospital…masuk hari ni dah 4 hari..nenek beraya kat hospital.Semalam,pengalaman pertama aku tidur kat hospital sebab jaga nenek aku(cucu mithali ni)..malam sebelum tu,adik aku dan sepupu aku yang jaga..Sebab dah tahu malam tu,aku kena jaga nenek aku..pagi tu,aku pergi jalan raya puas2..Habis kampong aku ronda..tapi duit raya tak dapat pun..SAMPAI AKU LUPA NAK MAKAN NASI..Rupa-rupanya dah dua hari aku tak makan nasi..Asyik makan benda2 yang mengarut je..

Bila sampai kat hospital,sepupu aku,Ust. Hasmin (biasa panggil Abg ha) ajak gi makan sebab aku pun dah tahap kebulur ni..Sambil menunggu makanan sampai,kami borak-borak dulu..Tapi bukan borak kosong tau..Aku bertanya tentang Hadis 40 yang aku dan sepupu aku belajar..

“Kuna belajar hadis 40 kan??semua dalam bahasa arab ke?”aku bertanya
“ya,k.suma pun belajar juga kan,”balas kuna..
“k.suma pun sama..banyak lagi hadis yang k.suma tak hafal ni”
“cuba baca hadis yang paling panjang”Abg Ha ikut serta dlm perbualan kami.
“Suma tak ingat,tapi pasal islam,iman dan ihsan kan??”jawab aku…
“abg Ha bagi syarah hadis ni…”Ust. Hasimin memperlawakan diri untuk menerangkan tentang hadis tu..

Kemudian Ust. Hasmin membacakan hadis tu yang bermaksud,

Daripada Umar Raydhiyallahu ‘anhu juga,katanya “Ketika kami duduk bersama-sama Rasulullah S.A.W pada suatu hari,sekonyong-konyong muncul seorang lelaki yang berpakaian putih bersih teramat putih,rambut yang hitam tersangat hitam dan tidak kelihatan padanya kesan dari satu perjalanan(yang jauh) dan tiada seorang pun dikalangan kami yang mengenalinya.kemudian beliau merapatkan kepala lututnya ke dua-dua kepala lutut Nabi S.A.W. yang satu lagi dan meletakkan kedua-dua telapak tangannya di atas kedua-dua pahanya.Dan beliau berkata, “Ya Muhammad!Beritahulah padaku mengenai islam”maka Rasulullah S.A.W bersabda, “Islam ialah hendaklah kamu bersaksi tiada tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah,mendirikan solat , mengeluarkan zakat,berpuasa di bulan ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullah bagi sesiapa yang berkemampuan ke sana,”Kata lelaki itu: “Benar kamu.”maka kata-katanya itu menghairankan kami sedangkan dia yang bertanya,maka dia pula yang membenarkannya(mengiyakannya)..lelaki itu berkata lagi “Maka beritahulah padaku tentang iman.”Sabda Rasulullah S.A.W. “(Iman itu adalah) hendaklah kamu beriman kepada Allah,para MalaikatNya,Kitab-kitabNya,para RasulNya,hari qiamat dan hendaklah kami beriman dengan ketentuan baik dan buruknya.”kata lelaki itu: “kam telah berkata benar”.Kemuadian lelaki itu berkata lagi, “Maka beritahulan padaku tentang Ihsan.”Sabda Rasulullah S.A.W (ihsan itu adalah) hendakalah kamu menyembah Allah,seolah-olah kamu melihatNya dan sekiatanya kamu tidak melihatNya,maka sesungguhnya dia melihat kamu.”kata lelaki itu lagi “maka beriathulah padaku tentang hari kiamat.”Sabda Rasulullah S.A.W. “Tidaklah orang yang ditanya lebih tahu daripada orang yang bertanya”Kata lelaki itu “Maka beritahulah padaku tentang tanda-tandanya.”sabda Rasulullah S.A.W.: “Bila seorang wanita melahirkan tuannya.dan kamu dapat melihat pengembala-pengembala kambing yang berkaki ayam,tidak berpakaian dan fakir berlumaba-lumba dalam membina bangunan tinggi.”Kemudian lelaki itu pun pergi.Kemudian aku menunggu dalam jarak waktu yang agak lama.lalu rasulullah S.A.w. bersabda “Ya Umar,adakah kamu tahu siapa yang bertanya itu?”Aku menjawab “Allah dan RasulNya lebih mengetahui,”Sabda rasulullah S.A.W. “Sesungguhnya beliau ialah Jibril telah datang kepadamu untuk mengajari kamu tentang agama kamu”.(diriwayatkan oleh muslim)

“Tanda-tanda Hari kiamat yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah pertama,ibu bapa menjadi hamba kepada anak-anaknya.Yang kedua,perempuan menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai perempuan.yang ketiga ialah orang yang jahil menjadi pemimpin.tanpa kita sedari,tanda-tanda tu dah ada pada masa kini..jelas depan mata kita”jelas Ust. Hasmin..

“Nanti bila kamu semua dah berjaya,jangan lupa tengok belakang..jangan tengok ke hadapan”Sambung Ust. Hasmin.

“Maksudnya???”kata-kata Ust. Hasmin membuatkan aku tertanya-tanya.

“Contohnya,bila kita pakai kereta kancil,jangan kita tengok orang yang pakai kereta yang lebih besar dan kita pun berangan nak pakai kereta besar…macam kereta BMW..tapi cuba kita tengok orang yang di belakang kita.yang Cuma naik basikal tua je..lebih daif daripada kita..Sepatutnya kita bersifat qanaah(berpada-pada)..daripada kita beli kereta BMW lebih baik kita Bantu orang yang lebih susah dari kita”jawab ust.Hasmin..

Sebenarnya banyak yang kami bincangkan malam tu,soal ihsan,aurat,masalah sosial..tapi tak sempat aku nak tulis dalam blog ni.Cuma sebahagian sahaja dari perbualan kami yang dapat saya tulis.InsyaAllah,jika ada kesempatan di hari lain..aku akan tulis lagi tentang ni lagi..

0 Response to "BERAYA DI HOSPITAL"

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails