JUST WANT TO SAY

Ahad, 6 September 2009 9:38 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH


Dua tiga hari ni,tak ada apa-apa yang menarik untuk dikongsi.Perjalanan hidup aku di Universiti berjalan seperti biasa.Sama je.Bangun pagi,lepas tu gi kelas sampai petang,kemudian beli lauk buka puasa,buka puasa ,terawih,maybe study sikit2…Kemudian tidur.kadang-kadang rasa boring dengan rutin harian hidup yang sama..
Hari isnin lepas,ada pengalaman berbuka puasa yang melucukan dan agak menyedihkan.hari tu,aku habis kelas agak lewat..Pukul 5.Sebelum pergi kelas,aku dah pesan kat kawan-kawan aku pergi masak nasi..Bila aku balik kelas,barulah diorang gaduh2 nak pergi masak nasi..Lepas solat,aku ambil heater nak masak air..masa tu,nasi baru je switch on..Tiba-tiba beklan eletrik terputus.Rupa-rupanya heater yang aku guna untuk masak nasi dah rosak dan menyebabkan eletrik terputus..Akibatnya,nasi tak masaklah dan air pun tak panas…air masak yang ada pun Cuma setengah botol je..Puas kami fikir,nak makan apa buka puasa nanti.Nasi tak ada.Takkan nak makan lauk dengan beras kot..
Dah hampir pukul 7 malam..tapi eletrik masih tak pulih lagi.Akhirya,kami selongkar stok makanan yang ada dalam loker..Cuma ada biskut kering,roti dan juga kurma.Air masak yang separuh botol tu kami buat air limau..Nasib baik ada sebekas pudding dan tiga keeping cream puff yang kami beli tadi..Itulah makanan buka puasa hari tu..Alhamdullilah..Dulu,buka puasa takde lauk.Sekarang buka puasa tak ada nasi..Rasa memang agak sedihlah masa berbuka tu..nak menangis pun ada.Tapi kami berempat,redha jel ah.Anggap ini dugaan di bulan puasa.Lepas hampir 10 minit lepas berbuka,barulah eletrik okay balik..Lepas solat maghrib,dalam pukul 8.30,barulah kami dapat menjamah nasi..Alhamdullilah…
Masih di negeri sendiri pun,tetap banyak dugaan yang kami alami.Walaupun mak ayah duduk dekat dengan kami,tapi kami tak nak jadi anak yang manja dan sentiasa mengharapkan bantuan orang tua kami..Ada satu lagi masalah belum selesai,permohonan pinjaman ptptn kami masih belum jelas statusnya..padahal kami sepatutnya dah mula bayar yuran pengajian yang hampir RM1200..Kawanku yang mengambil course nursing pula kena bayar lebih kurang RM1800..Yuran hostel saja dah hampir RM 700..Puas kami fikir,macamana nak langsaikan yuran pengajian kami jika pinjaman ptptn masih belum dapat sebelum final exam.kami tak boleh ambil final exam kalau yuran tak dijelaskan.Diantara kami masih belum ada seorang pun yang sanggup beritahu ibubapa kami tentang masalah pinjaman.masing-masing berharap dapat menyelesaikan masalah ni sendiri..kami pelajar universiti,mesti hidup berdikari..sampai sekrang,kami masih belum jumpa jalan penyelesaian…
Pensyarah –pensyarah aku pula ,dah tambah lagi exam..Exam Mutalaah wa tadbir kelmarin pun,tak boleh jawab.Entahlah berapa markah aku dapat.Minggu depan aku ada exam Hadis dan tafsir.Banyak betul benda yang perlu difahami dan dihafal.Buku2 hadis dan tafsir masih belum aku dapat fahami dengan sepenuhnya.Apatah lagi nak dihafal.Ujian hafalan Quran pun akan diadakan minggu depan.Cuma Surah Al-Mulk dan beberapa ayat Surah Al-Insan sahaja yang dapat ku hafal sampai sekarang.Banyak betul benda yang aku kena buat..Kadang-kadang rasa letih..Tambahan pila,aku kena berjalan kaki selama 10 minit untuk sampai ke kelas.Dan naik turun tangga tingkat 4 setiap hari.Cukup memenatkan..Tapi,aku tak boleh mengalah.Aku mesti dapat hadapi semuanya dengan baik.Chayok2..Teruskan berusaha,jangan patah semangat!!!!!

0 Response to "JUST WANT TO SAY"

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails