17 sept. 2009

Sabtu, 26 September 2009 11:30 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH
17/9/2009

Hari ni aku pergi ke Khairiah,nak ambik adik aku..sepatutnya pagi ni aku ada kelas ulum quran tapi aku tak pergi.Aku terpaksa balik hari rabu coz semua housemate aku dah pulang kampong.Takkan aku nak tinggal sorang2 je kat dalam umah tu..Takutlah!!!bukan takut hantu tapi kat manusia..Entahlah berapa kerat student yang datang kelas ulum ni…Ramai dah balik kampong sejak hari selasa lagi..Rasa macam rugi je tak pergi kelas..Tapi kalau aku gi kelas pun,tak masuk dalam kepala..sebab kepala asyik pikir raya je…(baju,kuih,ketupat semua tak siap lagi…)..Tak patut betullah aku ni!!aku ada bawa balik kitab2 hadis dan ulum quran..Harap2 aku study…

Seronok dapat junior2 aku kat khairiah…Rupa-rupanya ramai adik2 yang rindu kat aku..Terutamanya Muazah,bila jumpa aku je..Dia terus peluk aku kuat2..Sampai ada yang salah sangka,ingat aku ni kakak Muazah..(tapi aku anggap muazah ni macam adik)..Dia cakap sedih sebab exam I’dadi Cuma dapat Jayyid Jiddan..(result aku pun macam tu juga dulu)..Aku trylah bagi kata-kata motivasi kat ye supaya dia tu lebih tabah selepas kematian ibunya baru2 ni..Dia ada cerita tentang abang dia(Muaz) yang sejak akhir2 ni selalu fikir pasal family asyik termenung je dalam kelas.Mungkin memikirkan tentang adik2nya.Muaz tu anak sulong,dah pasti dia rasa bimbang tentang nasib adik2 nya..Aku faham perasaan muaz,sebab aku pun anak sulong.Aku doakan moga keluarga mereka diberi ketenangan dan ketabahan dalam menhadapi hidup yang akan datang..Amin!!!

0 Response to "17 sept. 2009"

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails