busy...

Isnin, 27 Julai 2009 1:58 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
sori...masih tak dapat nak update.......
bz sangat2...
nak kena study banyak ngat...
sekarang duk kat UDM...
ambil dploma quran sunnah...
banyak nak citer tapi tak sempat....
lain kali...bila aku x bizi....

MATA HATI

Ahad, 19 Julai 2009 3:53 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan

MATA HATI
(Daripada artikel kesedaran:celik mata hati, majalah solusi edisi ke-9)

Pandangan mata,sifatnya menipu.
Pandangan akal(fikiran) pula boleh menipu.
Pandangan nafsu sentiasa melulu,
Pandangan yang paling tepat dan hakiki ialah
Pandangan MATA HATI……………..

DARI PADA PANDANGAN MATA HATI

Sebenarnya diri kita juga boleh dilihat dengan emapat pandangan.
Cuba bayangkan,kita di hadapan cermin.Bila kita memandang dengan pandangan biasa(hari2 kita memandang begitu),kita akui itulah diri kita.Kemaskan rambut,betulkan tudung tau rapikan baju,lalu kita berlalu.Itulah pandangan biasa.Tetapi ada orang yang melihat dirinya dengan pandangan akal.Bagaimana??

Dengan akal fikiran,berlakulah analisi diri sendiri terhadap wajah yang dipantulkan oleh cermin.Ah.aku semakin tembam aku ini.Semakin putih wajahku.Oh,sedah ada garis-garis kedut di pelipis mata.Begitulah hasil analisi akal menerusi pandangannya.Hasil pandangan itu,kita pun bertindak mengurangkan berat badan,memebetulkan kedudukan pakaian,menggunakan bahan kosmetik untuk merawat wajah dan berazam untuk memulakan diet atau senaman.

Diri kita juga boleh dilihat dengan pandangan nafsu,katalah kita masih muda(remaja).Muda hanya sekali,begitu bisik pandangan nafsu.Jangan sia-siakan peluang yang datang hanya sekali ini.Maka nafsu yang sentiasa meransang kepada kejahatan ini akan memberi “nasihat” jahatnya.Mana lagi disko,dangdut dan tempat- tempat perlesiran yang belum didatangi.Tunggu apa lagi,ayuh pergi!!Begitulah pandangan nafsu oleh orang muda.

Bagi orang yang telah tua paula,pandangan nafsu ada helahnya yang tersendiri.Eh,engaku belum tua lagi,apakah kau lupa, “Life begin at forty” “Man is like wine”…Akibatnya,orang tua tidak merasa tua lagi-miang-miang keladi,makin tua makin menjadi.Maksiat terus diratah sebanyak-banyak dan secepat-cepatnya,seolah-olah pasukan bola yang memburu gol pada waktu kecederaan.

Apabila diingatkan,datuk dah senja….dia tidak akan menerimanya bahkan istilah orang tua kerap ditukar menjadi “orang lama”.Ya,mungkin si tua yang mendominasi pandangan nafsu ini,sudah pencen dalam kerjayanya tetapi belum pencen dalam melakukan dosa.

Bagaiman pula orang yang melihat dirinya daripada pendangan mata hati ? Orang muda akan menghargai umurnya dengan melakukan ketaatan kepada Allah.Muda bukan sekali,tapi 2 kali,Begitu bisik hatinya.Kali pertama ialah muda di dubnia yang bersifat sementara.manakala muda kalai kedua ialah muda dia lam syurga abadi yang selamanya(menurut sesetengah ula umur ahli syurtga sekitar 30-an).

Orang muda yang dipengaruhi mata hati ini insaf bahawa muda adalah saat yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah.Mereka ini sedar bahawa antara soalan yang ditanyakan di padang Mahsyar nanti ialah,ke mana umur mudamu sudah kamu habiskan?Allah tidak bertanyakan umur tua,ini kerana umur muda adalah “prime time”(masa yang sangat berharga) untuk seorang manusia,dan alangkah baiknya jika “aset” yang sangat berharga ini diserahkan kepada Allah?Bukankah itu petanda kita benar-benar mencintai-Nya

Lalu hati orang muda itu pun berazam,jika demikian aku akan gunakan umur muda yang sementara ini untuk mendapat umur muda yang kekal abadi di syurga nanti.Demikianlah azam orang muda yang memandang melalui pandangan mata hati.Lalu dia akan menyegerakan amalan kebajikan,tidak bertangguh-tangguh taubat dan segera meninggalkan kejahatan.Usia muda dianggap sebagai satu kesempatan bukan satu penangguhan…

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Allah suka orang yang bertaubat,tetapi Allah lebih suka orang mudayang bertaubat.”(Riwayat al-Dailami)
p/s:Allah mencintaimu dengan nikmat,mengapa membalasnya dengan maksiat.(ingatan untuk diri ini dan teman-teman.Semoga kita sentiasa di jalan Allah

kEcEwA

3:49 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan



Sejak akhir-akhir ni tak ada cerita yang Menggembirakan & rutin harian aku masih sama.Tak ada apa-apa pun yang berubah.dan aku rasa inilah tahap yang paling membosankan dalam hidup aku .dan aku dah mula menjadi penonton drama dan sinetron yang setia.Antaranya cerita Sekar di astro Prima.Kisah seorang perempuan yang kecewa kerana tak mendapat kebahagiaan dan masih mangharap cinta dari seorang lelaki yg bernama suami.Kisah ni kadang2 sangat sedih dan hampir membuatkan aku menitiskan air mata.Dan aku rasa sangat sakit hati bila tengok cerita perempuan yang dikecewakan oleh seorang lelaki.Dan perasaan dikecewakan itu sangat menyakitkan dan sangat susah untuk dilupakn.Terutamanya bila orang yang mengecewakan kita adalah orang yang sangat kita sayang dan percaya.dan aku pernah mengalami perasaan itu.sebab tu bila aku tengok cerita ni pun aku juga terasa.Perasaan tu tak dapat digambarkan oleh kata-kata..Dan nasihat aku,jangan kecewakan orang yang menyayangi dan mempercayai kita..Sebab ia sangat menyakitkan.Dan sangat sukar untuk disembuhkan kembali..Kita takkan tahu bagaimana perasaan kecewa sebelum kita sendiri yang mengalaminya..Jagalah hati orang yang menyayangi kita sebelum kita kehilangannya…

Biar kepahitan itu pergi,Agar kemanisan mengisi,
Biarkan kekecewaan berlalu,Agar kegembiraan mewarnai,
Biarkan kegelisahan lenyap,Jangan kita hilang semangat,
Biar penderitaan itu menyara,Agar kekutan kita jana semula,
Biarkanlah diri ini derita,Agar aku sedar kesengsaraan ini,
Tak sama bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah s.a.w.
Tuhan sesekali tidak menzalimi hambaNya,Tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri.Cahaya kelam pahala dosa.berupaya memilihnya walau kadang-kal tersasar lantaran pautan nafsu.Namun peluang dari-Nya sentiasa da.Namun kasih darinya sentiasa memayungi.Diturunkan Ad-din memeperhalusi akal.Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak.dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti.Menjadi sebaik-baik umat.tunduk sebagai khalifah.menyusuri kehidupan mencari sebutir permata “Iman” menyemai sepohon “Taqwa” agar dapat berteduh dari kepanasan “Nafsu”.Agar dapat berteduh dari angina hasutan syaitan dalam mencari keredhaan Allah s.w.t.

KAMU STRESS.....JOM SEMAK

3:41 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan



KATEGORI 1: stess yang masih boleh dikawal…
· Pening kepala
· Sentiasa bercerita pada orang-orang yang dirsakan boleh dipercayai untuk berkongsi masalah.
· Berdiam dan tidak berminat untuk bergurau.
· Kurang selera makan
· Menangis bila bersendirian.


Bagi kamu yang mengalami simpton-simpton diatas,jangan bimbang kamu masih boleh mengawal stress yang kamu hadapi tersebut.Ini adalah simpton normal yang dihadapi oleh semua orang.Cara untuk mengatasinya,cubalah berehat seketika dan apabila sudah kembali tenang,barulah mencari jalan untuk menyelesaikan apa yang bermain di fikiran kamu…



KATEGORI 2: stress yang tidak boleh dikawal.
#Tidak boleh tidur berhari-hari dan sentiasa menangis.
#Terus menerus memencilkan diri dan tidak mahu bertemu dengan orang lain
#Pakaian,rambit dan semuanya tidk terurus.
#Tidak mahu makan.
#Jatuh sakit,
#Memarahi orang sekeliling dengan bertindak di luar kawalan walaupun kesilapan hanya sebesar kuman


Bagi yang mengalami simpton di atas,keadan kamu agak parah dan kamu perlukan seseorang untuk membantu.Jangan menyeksa diri menanggung masalah dan penderitaan seorang diri.carilah seseorang yang kamu rasakan boleh m,emberikan semangat untuk kamu hidup…

Selingkar kisah Coklat

3:24 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan



Saya pasti ramai orang yang sukakan coklat.Rasanya yang manis membuatkan orang terpukau.Percaya atau tidak???Coklat dapat mengurangkan stress.Sebab coklat mengandungi tryphotan,bahan yang digunakan otak utuk menghasilkan neurotransmitter serotonin,yang akan mendatangkan rasa gembira.Saya juga suka makan coklat bila saya sress,sedih,kecewa atau marah..Itulah kawan sejati saya semasa stress.Dan sebenarnya coklat ada banyak kebaikan lain antaranya coklat dapat ,encegah batuk yang berterusan dan mampu melegakan dan melembabkan tekak.coklat juga dijadikan sebahagian diet angkasawan.Tapi adakah kita tahu asal usul coklat??Dan bagaimana buah koko dapat bertukar menjadi coklat yang sangat enak.Jom kita siasat!!!!

1500BC-400BC –Kaum Olmec Indian muia menanam pokok koko untuk kegunaan sendiri.

250-900CE-Pokok koko ditanam oleh golongan elit Kaum Maya dan mula dijadikan minuman(tidak dicampur gula)

AD 600 – Kaum Maya berhijrah Ke bahagian utara Amerika Selatan dan mula membuka ladang pokok koko di Yucatan.

Abad 14- minuman berasaskan koko mula popular di kalangan Kaum Aztec(kaum elit).Kaum ini menamakan minuman ini ‘xocalatl’ yang bermaksud minuman suam dan pahit.

1502- Christopher Columbus berurus niaga koko dengan Kaum Maya

1544 –kaum Maya ,elawat putera Philip(Sepanyol) dan mengahdiahkan putera raja itu satu jag minuman koko.Pada masa yang sama.Sepanyol dan Potugal telah diperkenalkan dengan minuman ini.Bagaimanapun mereka tidak menghebahkannya ke Negara-negara lain di Eropah.Hampir seabad lamanya,barulah dua Negara itu memperkenalkan minuman itu ke dunia luar.

Abad 16-Orang Sepanyol mula mencampurkan gula tebu dan perisa vanilla ke dalam minuman koko.

1570-Koko dijadikan bahan perubatan.

1675-Rumah coklat yang pertama dibuka di London oleh seorang peniaga berbangsa perancis.Ia dinamakan The Coffe Mill and Tibacco Roll.Di situ minuman koko hanya diminum oleh golongan elit sahaja.

1674- coklat mula diperkenalkan dalam bentuk kek dan kepingan yang digulung.Pada tahun ini juga ia mula dijual kepada orang ramai.

1732- Monsieur Dubuisson berbangsa perancis memeperkenalkan mesin mengisar biji coklat.

1765- Coklat mula diperkenalkan ke Amerika Syarikat.Ia diperkenalkab oleh John Hanan berbengsa Irish.

1795-Dr. Joseph Fry,dari England,menggunakan enjin berkuasa wap untuk mengisar dan menghasilkan serbuk koko secara besar-besaran(bertaraf kilang)

1819- Francois Louis Callier,adalah orang yang pertama memebuat coklat di Swiss telah membuka kilang pertamanya.

1828 – Orang yang menemukan kaedah coklat mampat yang dimakan sekarang ini,Conrad Van houten memperbaiki kualiti coklat.Coklat itu dicampurkan dengan kandungan mentega koko yang diambil dari biji koko dan coklatnya menjadi lembut.

1847- joseph Fry& son dan Cadbury Brothers memebuat pameran cokalat di England.

1868- John Cadbury mula menjual gula-gula coklat kepada umum.

1876- Daniel Peter dari Switzerland,membuat kajian selama 8 tahun dan akhirnya menemukan kaedah membuat cokla bersusu seperti sekarang.

1879-Daniel Peter dan Henri Nestle bersatu dan membuka kilang Nestle.

1913- jules Sechaud of Montreux memperkenalkan mesin memproses coklat untuk kilang-kilang.

19300- ruth Graves Wakerfield mulanya ingin membuat biskutentega untuk tetamu yang menginap di rumah tumpangan miliknya,Toll House Inn di Massachusetts.dia mendapatkan coklat keping daripada Andrew Nestle dan berhasrat untuk mencampurkannya dalam biskut tadi.Dia beranggapan coklat yang dihancurkan akan cair cila ia dibakar.Ternyata setelah dicampurkan dan dibakar,coklat tidak cair.Biskutnya menjadi bualan ramai.sejak itu syarikat Nestle menghasilkan biskut cip coklat dan mengikat perjanjian dengan Ruth akan mencetak nama Toll House Cokkie pada bungkusan biskut tersebut.

P/s:sebenarnya masih banyak kisah tentang coklat yang saya ingin ceritakan.Tapi saya rasa artikel ni dah cukup panjang dan saya tak nak artikel ni menjadi boring.So,lain kali saya ceritakan lagi tentang coklat.(saya teringin nak makan chesse cake)

KENAPA YAHUDI BIJAK

Selasa, 7 Julai 2009 9:47 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya?perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi,?dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.?Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi?begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana??Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda?tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data?tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya?perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik?bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau?tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau,?adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi?genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa?merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu ,?dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,?menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan?dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan?untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama?perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut?mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah?Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,?ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda?keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel?utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).?Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar?rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam,?diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa?iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain?musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum?Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.?Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !.?Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi?keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping?mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa?senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang?perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan?lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian?seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ? perniagaan didunia! Siapakah yg?mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka?ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya?menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk?nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah).?Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja)?jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan?anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman?di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti?perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah,?barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,?beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi?konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak,?menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih?anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada?tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak?rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti?Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segipembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi?pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja?Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau?asaprokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat?disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri??Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia??Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman?Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan?cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah?saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang?5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!?Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.Dr. Stephen Carr Leon

MUKASHAFAH AL-QULUB

Isnin, 6 Julai 2009 11:02 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan


MUKASHAFAH AL QULUB
Petikan ini diambil dari buku Penenang Jiwa(pengubatan dan rawatan) terjemahan dari buku Mukashafah Al-Qulub yang ditulis Imam Al-Ghazali.saya mengemukakan satu tajuk iaitu bab 10-Merindukan Allah.Ayat-ayatnya mungkin agak sukar untuk difahami.Jadi harus dibaca dan difahami dengan teliti.Semoga kalian mendapat manfaat dari petikan ini.Insya Allh pada masa akan datang.saya akan mengemukakan tajuk lain yang lebih menarik.
Bab10=Merindukan Allah….
Cinta adalah perpautan jiwa seseorang terhadap sesuatu yang dipandang dapat melazatkan atau membahagiakan.Jika perpautan itu lebih kuat lagi.maka dinamakan ‘rindu’.sehingga relalah seseorang jadi hamba kepada kekasihnya.Mahu mengorbankan segala yang dimilkinya demi kekasihnya.Masih ingatkah kisah Zulaikha ketika cintanya kepada Yusuf a.s. teramat sangat sehingga mencapai ke puncak kerinduan.?Dia mengorbankan segala harta dan kecantikannya.Dia memiliki emas permata kalung dan leontin tujuh puluh unta.namun semua itu dikorbankan demi cinta kepada Yusuf a.s.Setiap orang yang berkata “hari ni aku terlihat Yusuf”.Maka dia kan berikan sebuah kalung.Demikianlah seterusnya hingga habislah kalungnya.Segala-galanya diberikan nama yusuf.Dia lupa segalanya selain Yusuf kerana kerinduannya yang mendalam.Jika dia menghadap ke langit,seolah-olah nama Yusuf itu termaktub pada bintang-bintang.
Diceritakan bahawa ketika Zulaikha beriman dan telah menjadi isteri Yusuf,dia malah suka menjauhi Yusuf.Dia lebih suka menyepi untuk beribadah dan memutuskan dirinya untuk beribadah.Ketika Yusuf memanggilnya ke bilik pada siang hari,maka dia menolaknya sampai dating malam.Namun ketika Yusuf memanggilnya pada malam hari,maka dia menundanya sampai siang hari.Dan dia berkata”Wahai Yusuf,dahulu aku menyintaimu sebelum mengenali Dia.maka kini aku mengenali-Nya,maka tiada lagi cinta selain-Nya.dan sehingga aku tidak perlu penggantinya”
Sehingga Yusuf berkata kepadanya “Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku untuk demikian dan Dia mengkhabarkan bahawa dia hendak mengeluarkan dua orang putera dari rahimmu yang keduanya akan dijadikan Nabi”kemudian Zulaikha berkata “Jika Allah memerintahkan demikian dan menjadikan aku sebagai ‘jalan’ untuk itu,maka aku mentaati perintah Allah”.kemudian suka hati dia melayani Yuuf a.s.
Dan diceritakan bahawa ketika Majnun ditanya, “siapa namamu?” dia berkata “Laila”. “bukankah dia telah mati?” dia berkata, “Tidak,laila ada di hatiku.Dia tidak pernah mati.Akulah Laila!”Kemudian suatu ketika dia lalu di rumah Laila.Dia memandang langit.Maka dia bertanya”Wahai majnun.janganlah memandang ke langit.tapi pandanglah rumah Laila,barang kali kau dapat melihatnya.”Lalu Majnun menjawab “cukuplah aku memandangi bintang di mana cahanya menyinari rumah Laila.”
Diceriatakan dari Mansur al-Hajjaj r.a.Sesungguhnya mereka telah menahannya 18 hari.maka Asy Syibli r.a. menziarahinya seraya berkata “Wahai mansur,apakah Mahhabah itu ?” Kemudian mansur berkata, “jangan kau Tanya aku hari ini.kau tanyalah aku esok sahaja”Ketika datang hari esok dan mereka mengeluarkan dari penjara di mana merek telah berbuat salib untuk membunuhnya,maka Syibli lau dihadapannya dan mansur berkata “wahai Syibli,Mahhabah itu awalnya terbakar dan akhirnya terbunuh.ini mengisyaratkan apa yang telah dirasakan Hallaj sendiri.Bahawa segala sesuatu selain Allah adalah batil dan dia tahu Allahlah yang hak.Kemudian setelah nyata nama Allah,dia lupa namanya sendiri.Sehungga bila dia ditanya “siapakah engkau” lalu dia berkata “Akulah Al-hak”
Diceritakan bahawa kesungguhan Mahabbah itu terdapat dalam tiga hal.Pertama dia memilih kalam kekasihnya daripada ucapan selainnya.Dia memilih berdampingan dengan kekasihnya daripada berdampingan dengan selainnya.Dia memilih kerelaan kekasihnya daripada kerelaan selainnya…demikianlah dalam kitab Al-Muntaha.Di situ juga dikatakan “sesungguhnya rindu itu menyingkap segala tabir dan membukakan semua rahsia.yang ada hanyalah kelemahan roh menahan kerinduan ketika ada halawatul zikri(manisnya zikir).Sehingga kalau salah satu anggota badannya dipotong,dia tidak merasakan kesakitannya.
Diceritakan bahawa seorang lelaki sedang mandi di Sunagi Furat.Kemudian dia mendengar seorang lelaki membaca ayat
“Berpisahlah kamu pada hari ini(hari kiamat),hai orang-orang yang berdosa”
(Q.S Yasin :59)
Mak hatinya luluh,tubuhnya gementar hingga dia tenggelam dan mati.
Dari Muhammad Bin Abdullah al-baghdadi,dia berkata “aku melihat di Basrah seorang lelki sedang serada di tempat tinggi.Dia menghadap kepada orang ramai lalu berkata “barangsiapa mati kerana rindu,hendaklah dia mati demikian.Sesunguhnya aneh rindu tidak mahu mati.”Kemudian dia menjatyuhkandiri dan mati serta merta.
Telah berkata al-junaid ra:”tasauf adalah meninggalkan pilihan”
Dan diceritakan bahawa Zun-Nun al-Masri r.a. masuk ke Masjidil Haram.Dia melihat seorang pemuda telanjang jatuh sakit dan nampak sekali hatinya sedang meratap pedih.Kemudian dia berkata “Aku mendekati pemuda itu
Lalu ku ucapkan slam padanya lalu ku Tanya “siapa engkau whai pemuda?’Dia berkata “aku ini orang asing yang sedang dirundung rindu” maka tahulah aku maksudnya.lalu aku berkata “Aku juga sepertimu”.Kemudian dia menangis dan aku pun menangis kerana tangisannya.Dia bertanya, “Apakah engkau menangis?” Aku menjawab “Aku juga sepertimu”Kemudioan dia menangis lebih keras lagi,dia menjerot sehingga keluar rohnya.Lau ku selimutkan pakaianku kepadanya.Dan aku keluar untukmencari kain kafan.Setelah aku mendapat kain kafan aku kembali lagi.Namun aku tidak menemui pemuda itu di tempatnya.Maka aku berkata “Maha suci Allah” Lalu aku mendengar Hatif berkata,Wahai Zun-Nun,sesungguhnya orang asing itu dicari Syaitan tidak bertemu,dicari pemilik harta tidak bertemu,dicari keredhaan Syurga pun tidak ditemui.” Kemudian aku bertanya “Dimana di sekarang?”Lalu kudengar suara Hatif berkata:
“Di Majlis(tempat) yang benar,Di sisi Maharaja(Allah) Yang Maha Kuasa”
(Q.S. Qamar:55)
Diseabkan kecintaan ,ketaatan dan taubatnya.Demikianlah tersebut dalam kitab Zahrir Riyadh.
Setengah Masyaikh ada yang ditanya tentang Muhib(orang yang menyintai Allah).Maka dia menjawab “Iaitu sedikit bergaul,banyak menyendiri,selalu befikir,banyak diam.Dia tidak melihat ketika memandang,tidak mendengar ketika dipanggil,tidak faham ketika ajak berbicara serta ia tidak berduka bila ditimpa bencana.Ketika ditimpa kelaparan,dia tidak mengerti,titimpa telanjang dia tidak merasa.Bila dibentak tidak takut.Pendeknya dia selalu memandang kepada Allah dalam penyendiriannya.Dia suka dan bermunajat kepada-Nya serta tidak mempedulikan ahli dunia.”
Abu Tawwab telah bersyair menyebutkan tanda seorang Muhib:
Janganlah engaku tertipu,
Skekasih punya tanda,
Punya hadiah untuk kekasihnya.
Pahit bala-Nya dirasa nikmat,
Diterima gembira apapun Dia perbuat,
Tidak memberi pun tidak mengapa,
Kefakirannya dianggap penghormatannya saja,
Kau lihat keinginannya,
Hanyalah mentaati kekasih,
Kau lihat mukanya berseri,
Hanya Si Dia yang ada di hati,
Dia taat segala ucapan-Nya.
Diceritakan pada suatu ketika Nabi Isa as berjalan-jalan.Beliau berjumpa seorang pemuda yang sedang menyirami tanamannya.Lalu pemuda itu berkata “Wahai Isa,mintakan aku kepda tuhanmu agar memeberiku rezeki ‘Mahabbah” kepada-Nya walaupun sebesar biji sawi sahaja, “Kemudian Nabi Isa as berkata,”Engkau tidak akan kuat menerimanya sebanyak itu,”Pemuda itu mendesak,”Kalau begitu,separuh sahaja”Lalu Nabi Isa as berdoa, “ya tuhamku,berilah dia separuh biji sawi dari Mahabbah-Mu”.lalu Nabi Isa as segera berlalu.Setelah beberapa lama kemudian.nabi Isa asa lalu di tempat itu.mada dia bertanyakan tentang pemuda itu.tetapi orang-orang berkata “dia telah gila dan pergi ke sebuah gunung.”. Nabi Isa as memohin kepada Allah supaya dapat melihat pemuda itu.Apabila Nabi Isa as dapat bertemu dengan pemuda itu lalu diberinya salam tetapi tidak dijawab oleh pemuda itu.Nabi Isa as berkata “Akulah Isa”.Kemudian Allah memeberikan wahyu kepada Nabi Isa as,”Bagaimana dapat dia mendengar ucapan manusia jika dalam hatinya terdapat separuh biji sawi dari Mahabbah kepada-Ku.Kalau kau kerat dia dengan gergaji nescaya dia tidak akan merasa sakitnya.”
Barangsiapa mengakui 3 hal,namun tidak bersih dari 3 hal,bereti dia tertipu.Pertama,mengakui akan manisnya zikir,sedangkan dia masih cintakan dunia.Kedua,mengakui ikhlas beramal tetapi suka penghormatan manusia.Ketiga,dia mengakui mencintai Khaliknya,tetapi masih memperturutkan nafsunya.
Rasulullah SAW telah bersabda
“Akan datang atas umatku di mana ia menyukai lima hal tetapi melupai lima hal/Mereka suka dunia tetapi melupakan akhirat.Mereka suka pada harta hingga mereka melupakan hari hisab.Mereka cintakan makhluk hingga melupakan Khaliknya.Meraka suka berdoa tetapi melupkan taubat.Dan mereka suka rumah tetapi merka melupakan kubur,”
Pernah Mansur bin Ammar menasihati seorang pemuda,”Wahai pemuda,janganlah engkau tertipu oleh mudamu.Betapa banyak anak muda suka melambat.Lambat taubat lalu apabila maut datang dia lupa bertaubat.Apabila dia berada dalam kubur,seluruh ankdan isteri serta segala hartanya tidak berguna lagi.sebagaimana Allah berfirman
“Pada hari di mana harta dan anak tidak bermanfaat.Kecuali orang yang datang kepada Allah(mati) dengan hati yang selamat(membawa iman /bertaubat)
(Q.s. Asy Syura:88-89)
Alahumma Ya Allah,berilah rezeki taubat sebelum mati.Ingatkan kami ketika kami lupa.Berilah keuntungan akan syafaat Nabi SAW.Amin.
Ciri-ciri orng mukmin ialah setiap saat selalu bertaubat dan menyesali dosa-dosanya.Dia memadai apa yang ada dan sama sekali tidak terpikat pada dunia.Bahkan dia selalu beramal untuk Akhirat dan menyembah Allah dengan ikhlas.
Diceritakan,ada seorang lelaki bakhil dan munafik bersumpah hendak menceraikan isterinya bila dia memeberikan sedekah..Kemudian dating seorang pengemis mengetuk pintu rumahnya seraya berkata,:Demi hak Alla,tidakkah engkau akan memeberikan aku sesuatu?’.lalu perempuan itu memberikan tiga potong roti.Apabila diketahui oleh suaminya terus memnaggil pengemis itu dan berkata, “Siapa yang memberikan kamu roti?”.Penegemis itu pun berkata “Aku diberikan oleh seorang wanita penghuni rumah itu”.lalu sia suami masuk ke rumah dan berkata kepada isterinya, “Bukankah engkau telah bersum[ah tidak akan memeberikan sesuatupun kepada sesiapapun?”Si isterinya menjawab “Aku memberikan kerana Allah” Si aumai menyalakan tungku.Setelah panas lalau berkata kepada isterinya, “Masuklah di situ kerana Allah”Si isteri bangkit dan mengambil perhiasannya. “Tinggalkah=n perhiasan itu!” Kata si suami.Si iateri menjawab “Seorang pencinta kan berhias untuk kekasihnya.Dan aku hendak menemui kekasihku.”Kemudian dia masuk ke dalam tungku itu.Lelaki munafik menutup tungku dan meninggalkannya pergi.Setelah tiga hari dia datng lagi dan membuka tungku itu.Dia lihat isterinya selamat dngan kekuasaan Allah sehingga lelaki itu hairan.Kemudian ada suara Hatif berkata,”Apakah engkau tidak yahu bahawa api tidak kan membakar kekasih-Ku?”
Diceritakan bahawa Asiah,isteri Firaun merahsiakan dia beriman kepada Allah dari Firaun.Setelah Firaun mengetahui keimanannya,ia perintahkan pengawalnya untuk menyeksa isterinya dengan macam-macam seksaan,Lalu Firaun berkata “Murtadlah engkau!”Asiah tidak mahu murtad.Segera tubuh Asiah diikat pada beberapa pancang kecil dan Firaun mengherdik lagi. “Murtadlah engkau”Asiah berkata, “Engkau tahunjiawa ragaku dalam penjagaan Allah”Kemudian Musa asa lalu dihadapannya maka dia berkta,”Wahai Musa!Khabarkan kepadaku,adakah tuhan cela atau murka kepadaku?”Musa as menjawab, “Wahai asiah,semua malaikat langit merindukan dan Allah memujimu.Dia berkata kepada-KU dan Kupenuhi!”Lalu asiah berkata seperti yang diceritakan dalam Al-Quran,
“Ya Tuhanku bangunkan aku untukku di sisi-Mu rumah di Syurga.Selamatkan aku dari Firaun dan perbuatannyadan selamatkan aku dari kaum yang zalim.”
(Q.S. Tahrim:11)
Dari Salma ra berkata “Isteri Firaun telah diseksa dengan berjemur di panas matahri.Ketika mereka pergi,para malaikat memayungi wanita itu dengan sayapnya.Dia melihat rumahnya dalam syurga.”
Dan dirawikan dari Abi Hurairah ra bahawa:Firaun merentangkan isterinya pada 4 pancang dan dibiarkan di bawah matahari.Kemudian Aiah menghadapkan muka ke langit seraya berkata,
“Ya Tuhanku bangunkan aku untukku di sisi-Mu rumah di Syurga”
(Q.S. Tahrim:11)
Hasan berkata, “Kemudian Allah swt menyelamatkan dan mengangkat ke Syurga.Ia makan dan minum dengan senang lenag.”
Hal tersebut merupakan dalil bahawa memohon pertolongan Allah,berlindung kepadaNya dan memohon pertolongan kepada-Nya dari segala kesulitan dan bencana adalah perbuatan orang soleh dan adab orang mukmin...

today is 28 june

10:59 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan


TODAY IS SUNDAY 28 JUNE
Hari ni,aku gi jalan-jalan kat Bandar dengan kawan lama aku yang sekolah kat pahang.nama ye Fadillah.Dulu dialah kawan baik aku semasa aku sekolah kat khairiah dari aku form 1 hingga form 3.kami dulu suka sangat gaduh sebab dia ni manja..aku ni suka usik diaLepas Form 3,ye pindah kat Pahang dan duk dengan nenek ye.Dulu,dialah kawan suka duka aku dan juga sorang lagi Hanisah yang duk Maahad Tahfiz Padang Midin(IQ)..Lama juga aku tak dengar Khabar hanisah ni.Yang aku tahu dia masih di IQ untuk sambil menghafal quran walaupun dia dapat 7A dalam SPM dan dia boleh sambung study di mana-mana IPTA.Tapi dia nak menjadi seorang hafizah dan menghafal 30 juzuk Al-Quran.Wah,dialah sahabat aku yang paling hebat…Hanisah ni baik lah dari aku dan fadillah.Aku n fadillah ni nakal sikit.sikit jer…selalu langgar displin asrama.kaki tidur plok tu.Aku n fadillah ni suka merayap.asal cikgu takde dalam kelas,kami pun takde lah..lepas tu,kami ni suka sangat outing.Kami ni memang suka jalan2,lagipun sekolah memang dekat dengan Bandar.Walaupun duit ada seringgit je,kami tetap outing.Cukup bayar tambang bas,ok lah tu.kadang-kadang kami jalan2 jer,tapi tak beli apa2.bagi kami,dapat keluar dari kawasan asrama dan sekolah tu,adalah satu kepuasan yang amat sangat.Dapat keluar dari suasana asrama yang membosankan tu pun dapat buat kami happy.Masa duk hostel,boleh outing sebulan sekali jer..Tapi kami outing 3-4 kali sebulan.Aku tak suka sangat jumpa warden,minta tandatangan,bagi alas an kenapa nak outing.Tu lah bab yang aku malas sekali.jadi kami pakai strategi yang paling power,tiru tandatangan warden.Bukan susah sangat pun.Memang nakal betul lah kami dulu.Sekarang dah insaf,dah jadi baik.
First time,aku jumpa fadillah lepas hampir 2 tahun tak jumpa.Aku agak terkejutlah.lain sikit dia sekarang.Muka pun makin putih.Bukan setakat pandai bergaya tapi pandai bersolek.Pkai eye shadow lagi.Warna pink lagi.Lepas selesai urusan2 yang wajib.Aku bawalah kawan aku ni ke SHAMS..Lagipun aku memang kangan bangat dengan kawan2 aku ni.lagipun fadillah nak jumpa best frenz nya,kyra@ mek che kirana.Gembira betul diorang dapat jumpa .Lagipun,dah hampir 2 tahun diorang tak jumpa.seronok dapat jumpa kawan2 aku.semakin ramai plok F6,semua pelajar STPM dari smasza pindah ke SHAMS sebab form 6 di smasza dibubarkan.Mungkin kerana kekurangan guru atu pelajar yang terlalu sedikit..25 student ke shams.Jadi student bertambah sehingga 50 orang sekelas.Kelas memang padat sangat macam ikan sardine.Syok dapat lepak dengan kawan2 aku dalam kelas syariah.Diorang ni memang sporting betul.Aku pun dapt tahu yang kyra ni tak bertegur spa dengan BOY..dah hampir seminggu.BOY ni nak berbaik dengan dia tapi dia plok wat jual mahal..Dasar keras kepala.bukan main nasihat aku berbaik dengan bdok kelas aku tapi dia pun sama jer..Kyra,aku n kau ni same je…sama2 keras kepala..Tak nak mengalah..Lepas cikgu masuk mengajar dalam kelas syariah.Aku pun naik kelas usulluddin..rasa berat jer kaki aku ni nak melangkah masuk dalam kelas tu..First,aku tak nak tengok muka ketua kelas aku yang telah membuatkan aku rasa macam dihalau dari kelas tu.2nd ,aku malas jumpa dengan kawan aku yang telah buat aku rasa terpinggir…Aku Cuma jenguk2 jer kelas aku,tak masuk pun…entah kenapa,aku merasakan kelas tu terlalu asing bagi aku…Arghhh..biar je lah..
Pukul 1,kami pun pergi Bandar balik.Terpaksa naik teksi sebab kat kawasan shams ni,susah nak dapat bas..jadi naik teksi.Pergi balik dari shams ni,kami dah habis RM14..Nasib baik dapt duit poket banyak sikit.Lepas tu kami cuci mata.tengok2 baju atas stesen bas.Aku beli selendang 2 helai..pastu beli anak tudung.banyak gop aku shopping.Takpe,barang2 kat sini murah je.mak cik 2 kat sini kalau tengok anak dara yang baik macam aku,mesti bagi harga special..Silap2 dapt free.Lepas tu,kami ke Smart cc,KFC…Teringat plok KFC ni,tempat pertemuan aku dengan someone special.(please…lupakan dia)..
Dalam pukul 3.30 petang,kami pun naik bas.nak balik umah.Tiba2 je sorang mamat yang pakai kaca mata hitam macam james bond ni cakap macam kenal aku je.Dia pernah jumpa aku kat PSI..apalah mamat ni,PSI tu dah jadi tempat utama aku setiap kali pergi Bandar..paling koman,aku beli pen sebatang..Pastu dia cakap “Awak tengok jer muka saya ni jahat,macam pembunuh.tapi hati baik”.Perasan betullah mamat ni.Nak tolong bayar tambang bas aku plok tu..takpe juga,jimat duit aku RM 2.50.tapi mamat ni lambatlah,mak cik kutip duit tambang.baru cakap nak belanja..masa tu aku rasa,lambatnya bas ni bergerak.bila bas dah bergerak,Alhamdullilah.selamat aku.tak payah aku layan mamat poyo ni lagi…lama aku tak naik bas,sekali-sekal naik syok jugak walaupun penat..
Kalau teringat balik zaman sekolah dulu,pasti aku senyum sorang2.Aku rasa nilah kenangan yang paling indah dalam hidup aku.tapiada juga kenangan duka.tapi suka dan duka itulah rencah kehiupan kita yang membuatkan hidup kita ni manarik.Perjalanan dari Bandar ke umah ni agak lama.Dalam 1 jam..Jadi kami borak2 kisah lama kami kat sekolah dulu.Teringat kat syikin,dulu kami selalu buli dia..terutama bila dia melatah.Bukan kami je buli dia.Tapi boleh kata semua orang..Entah macam mana dia sekarang.Tak dengar berita dah sekarang.Tiba-tiba je menghilangkan diri..Harap2 lah dia bahagia sekarang dan berubah jadi orang yang lebih matang.kami juga cakap tentang kakak2 senior kami yang dah pun kawen pada usia yang agk muda macam kak bella,kak nadia,kak yana,kak mira dan mungkin ramai lagi yang kami tak tahu.Dan juga kawan aku dari kecik yang kawen masa umur 17 tahun,sekrang dah ada baby…Tahniah!!!!(walaupun kau tak jemput aku g majlis perkahwinan kau tapi aku tetap ucapkan tahniah)

Dalam hidup ni ada macam2 yang berlaku.Ada suka,duka,pelik, funny,menakutkan, mengejutkan,kecewa, dan macam2 lagi.Inilah rencah kehidupan yang akan menjadikan kehidupan kita ni menarik..Hidup di dunia ni tak sama dengan hidup di akhirat.Di dunia adakala kita suka dan adakalanya kita berduka.Tak sama dengan akhirat.Mungkin kita akan hidup bahagia di Syurga Firdausi ataupun hidup merana di neraka Jahanam.Semua tu ditentukan oleh amalan kita sendiri.Oleh itu,kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini,hendaklah melaksankan amar makruf dan nahi mungkar supaya amalan kita akan membawa kita ke Syurga Allah yang Abadi.Amin.

I CEMBURU TAU!!!!

10:53 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan


I’M JELOUS…
Cemburu dah menguasai diri aku..Aku cemburu sangat2 sebab 1st intake ke UDM dan UMT akan daftar hari ni.Cemburunya….diorang masuk UDM lagi awal dari aku..Aku pun nak masuk gop..nak buat macam mana,dah memang nasib aku dapat masuk 2nd intake.Mamang nasib student aliran sains tulen,kalau nak apply masuk IPTA dalam aliran sastera/agama atau mana2 aliran yang tak berkaitan dengan sains….diorang Cuma kan dapat 2nd intake atau seterusnya sebab student aliran sastera akan diutamakan untuk kemasukan pertama.So,kepada student2 aliran sains jangan bimbang kalau 1st intake tak dapat g mana2 IPTA.Insya Allah,peluang ke IPTA tu masih terbuka luas.Kalau tak dapat gop,masuk je form 6..boleh jimat duit dan masa..Ambik je STPM/STAM..Memang sangat menguntungkan.Tak perlu buat pinjaman.Belajar Cuma 1 ½ tahun je.Lepas tu boleh sambung buat ijazah.Dapat plop duit biasiswa RM 1000 seorang.banyak tu.Boleh g shopping..beli baju,kasut,beg dan macam2 lagi..Tapi ingat,guna duit untuk pelajaran dulu.Form 6,takde buku teks.Jadi kena beli buku rujukan sendiri.jadi manfatkan dulu duit untuk pelajarn dulu.Lepas tu baru lah shopping!!!.satu lagi kebaikan form 6,student F6 didahulukan untuk kemasukan ke IPTA berbanding student diploma/asasi/matrikulasi.Jadi peluang nak sambung ke peringkat ijazah terbuka luas tau.Kalau dapat pointer 2.8 ke atas tu,dah jamin dapat Masuk universiti.jadi,jangan putus asa.Selagi ada jalan untuk kita berjaya.selagi tu kita berusaha untuk capai kejayaan.
Walaupun kau cemburu,tapi aku tetap nak ucapkan tahniah pada semua kawan-kawan aku yang berjaya mendapat first intake ke IPTA.antaranya best frenz ku fatimah dalilah yang ke UM dalam pengajian islam dengan sains,Kak Illah di UiTM,diploma Ukur Bahan,Sufia yang akan ke IPGM.Hasmira dan akmaliza yang ke UDM,diploma Teknologi Makmal Perubatan(dekat dengan umah aku tu,takde kuliah..datang umah aku tau).Hajar dan Saffiah yang ke USIM.fadillah yang ke politeknik Hulu Terengganu,diploma pengurusan pelanconagn.Sepupuku yang ke KLMU,diploma kejururawatan.fatin Najihah yang ke UIA,undang-undang..izafiah di UDM,diploma Usulludin..Tahniah semua!!!Jangan bimbang,tak lama lagi aku pun nak masuk IPTA..

MAJLIS PERTUNANGAN

10:28 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan


MAJLIS PERTUNANGAN
Rasa-rasanya umur 18 tahun ni dah sesuai ke nak jadi tunang orang????Rasanya muda lagi.Kalau zaman dulu,umur 18 tahun bukan setakat tunang tapi dah jadi mak orang.Tapi nak buat macam mana,dah tak sabar sangat nak bertunang…umur berapa pun tak kisah..Nanti dulu….bukan aku yang nak bertunang tapi my classmate lah kat SHAMS…
Nama dia JULIET…Tak lama lagi akan bertunang dengan abang upper six.Namanya ROMEO..ha8..Mungkin majlis pertunangan ni akan berlansung pada bulan 9.Insya Allah..Mula-mula ingatkan ini semua Cuma khabar angin semata-mata.tapi rupa-rupanya kenyataan..Tahniah..Kami agak terkejutlah dengan berita ni.kami tahu berita ni pun dari warden semasa kami kena brain wash..Belum pernah terjadi dalam sejarah.Lagipun diorang masih muda..masih belasan tahun lagi…berita ni boleh dikatakan menjadi perbualan hangat antara student2 dan guru2..Walaubagaimanapun,kami tetap doakan diorang ni bahagia hingga ke akhir hayat,semoga jodoh mereka berpanjangan.dan semoga pertunagan ini akan membawa ke alam perkahwinan…Insya Allah..
Kawan aku pun dah bakal jadi tunang orang…aku bila lagi??nak bertunang konon.calon pun takde.Takkan nak bertunang sorang2.Sapelah yang nak masuk meminang aku.Dah lama aku tunggu.batang hidup pun tak nampak.Manalah dia pergi.Merayap lah tu..(nil ah kerja kau..asyik berangan jer.Teruk betullah..apalah nak jadi dengan aku)…Ingat!!!!belajar dulu sampai dapat MASTER..baru fikir pasal “will you marry me???”.kata-kata keramat ni simpanlah dulu sampai tiba waktunya suatu saat nanti..

TINTA BUAT BAKAL SUAMIKU

Rabu, 1 Julai 2009 1:20 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH 0 ulasan





Assalammualaikum wrt wbt.Buatmu,Bakal suamiku.Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang. Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini. Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;
“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.
Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.
Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.


Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.
Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku. Dariku,Bakal isterimu

Related Posts with Thumbnails