Selingkar kisah Coklat

Ahad, 19 Julai 2009 3:24 PTG Dicatat oleh SuMaiYyaH



Saya pasti ramai orang yang sukakan coklat.Rasanya yang manis membuatkan orang terpukau.Percaya atau tidak???Coklat dapat mengurangkan stress.Sebab coklat mengandungi tryphotan,bahan yang digunakan otak utuk menghasilkan neurotransmitter serotonin,yang akan mendatangkan rasa gembira.Saya juga suka makan coklat bila saya sress,sedih,kecewa atau marah..Itulah kawan sejati saya semasa stress.Dan sebenarnya coklat ada banyak kebaikan lain antaranya coklat dapat ,encegah batuk yang berterusan dan mampu melegakan dan melembabkan tekak.coklat juga dijadikan sebahagian diet angkasawan.Tapi adakah kita tahu asal usul coklat??Dan bagaimana buah koko dapat bertukar menjadi coklat yang sangat enak.Jom kita siasat!!!!

1500BC-400BC –Kaum Olmec Indian muia menanam pokok koko untuk kegunaan sendiri.

250-900CE-Pokok koko ditanam oleh golongan elit Kaum Maya dan mula dijadikan minuman(tidak dicampur gula)

AD 600 – Kaum Maya berhijrah Ke bahagian utara Amerika Selatan dan mula membuka ladang pokok koko di Yucatan.

Abad 14- minuman berasaskan koko mula popular di kalangan Kaum Aztec(kaum elit).Kaum ini menamakan minuman ini ‘xocalatl’ yang bermaksud minuman suam dan pahit.

1502- Christopher Columbus berurus niaga koko dengan Kaum Maya

1544 –kaum Maya ,elawat putera Philip(Sepanyol) dan mengahdiahkan putera raja itu satu jag minuman koko.Pada masa yang sama.Sepanyol dan Potugal telah diperkenalkan dengan minuman ini.Bagaimanapun mereka tidak menghebahkannya ke Negara-negara lain di Eropah.Hampir seabad lamanya,barulah dua Negara itu memperkenalkan minuman itu ke dunia luar.

Abad 16-Orang Sepanyol mula mencampurkan gula tebu dan perisa vanilla ke dalam minuman koko.

1570-Koko dijadikan bahan perubatan.

1675-Rumah coklat yang pertama dibuka di London oleh seorang peniaga berbangsa perancis.Ia dinamakan The Coffe Mill and Tibacco Roll.Di situ minuman koko hanya diminum oleh golongan elit sahaja.

1674- coklat mula diperkenalkan dalam bentuk kek dan kepingan yang digulung.Pada tahun ini juga ia mula dijual kepada orang ramai.

1732- Monsieur Dubuisson berbangsa perancis memeperkenalkan mesin mengisar biji coklat.

1765- Coklat mula diperkenalkan ke Amerika Syarikat.Ia diperkenalkab oleh John Hanan berbengsa Irish.

1795-Dr. Joseph Fry,dari England,menggunakan enjin berkuasa wap untuk mengisar dan menghasilkan serbuk koko secara besar-besaran(bertaraf kilang)

1819- Francois Louis Callier,adalah orang yang pertama memebuat coklat di Swiss telah membuka kilang pertamanya.

1828 – Orang yang menemukan kaedah coklat mampat yang dimakan sekarang ini,Conrad Van houten memperbaiki kualiti coklat.Coklat itu dicampurkan dengan kandungan mentega koko yang diambil dari biji koko dan coklatnya menjadi lembut.

1847- joseph Fry& son dan Cadbury Brothers memebuat pameran cokalat di England.

1868- John Cadbury mula menjual gula-gula coklat kepada umum.

1876- Daniel Peter dari Switzerland,membuat kajian selama 8 tahun dan akhirnya menemukan kaedah membuat cokla bersusu seperti sekarang.

1879-Daniel Peter dan Henri Nestle bersatu dan membuka kilang Nestle.

1913- jules Sechaud of Montreux memperkenalkan mesin memproses coklat untuk kilang-kilang.

19300- ruth Graves Wakerfield mulanya ingin membuat biskutentega untuk tetamu yang menginap di rumah tumpangan miliknya,Toll House Inn di Massachusetts.dia mendapatkan coklat keping daripada Andrew Nestle dan berhasrat untuk mencampurkannya dalam biskut tadi.Dia beranggapan coklat yang dihancurkan akan cair cila ia dibakar.Ternyata setelah dicampurkan dan dibakar,coklat tidak cair.Biskutnya menjadi bualan ramai.sejak itu syarikat Nestle menghasilkan biskut cip coklat dan mengikat perjanjian dengan Ruth akan mencetak nama Toll House Cokkie pada bungkusan biskut tersebut.

P/s:sebenarnya masih banyak kisah tentang coklat yang saya ingin ceritakan.Tapi saya rasa artikel ni dah cukup panjang dan saya tak nak artikel ni menjadi boring.So,lain kali saya ceritakan lagi tentang coklat.(saya teringin nak makan chesse cake)

0 Response to "Selingkar kisah Coklat"

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails