MAJLIS PERTUNANGAN
Rasa-rasanya umur 18 tahun ni dah sesuai ke nak jadi tunang orang????Rasanya muda lagi.Kalau zaman dulu,umur 18 tahun bukan setakat tunang tapi dah jadi mak orang.Tapi nak buat macam mana,dah tak sabar sangat nak bertunang…umur berapa pun tak kisah..Nanti dulu….bukan aku yang nak bertunang tapi my classmate lah kat SHAMS…
Nama dia JULIET…Tak lama lagi akan bertunang dengan abang upper six.Namanya ROMEO..ha8..Mungkin majlis pertunangan ni akan berlansung pada bulan 9.Insya Allah..Mula-mula ingatkan ini semua Cuma khabar angin semata-mata.tapi rupa-rupanya kenyataan..Tahniah..Kami agak terkejutlah dengan berita ni.kami tahu berita ni pun dari warden semasa kami kena brain wash..Belum pernah terjadi dalam sejarah.Lagipun diorang masih muda..masih belasan tahun lagi…berita ni boleh dikatakan menjadi perbualan hangat antara student2 dan guru2..Walaubagaimanapun,kami tetap doakan diorang ni bahagia hingga ke akhir hayat,semoga jodoh mereka berpanjangan.dan semoga pertunagan ini akan membawa ke alam perkahwinan…Insya Allah..
Kawan aku pun dah bakal jadi tunang orang…aku bila lagi??nak bertunang konon.calon pun takde.Takkan nak bertunang sorang2.Sapelah yang nak masuk meminang aku.Dah lama aku tunggu.batang hidup pun tak nampak.Manalah dia pergi.Merayap lah tu..(nil ah kerja kau..asyik berangan jer.Teruk betullah..apalah nak jadi dengan aku)…Ingat!!!!belajar dulu sampai dapat MASTER..baru fikir pasal “will you marry me???”.kata-kata keramat ni simpanlah dulu sampai tiba waktunya suatu saat nanti..
Catat Ulasan