MUKASHAFAH AL QULUB
Petikan ini diambil dari buku Penenang Jiwa(pengubatan dan rawatan) terjemahan dari buku Mukashafah Al-Qulub yang ditulis Imam Al-Ghazali.saya mengemukakan satu tajuk iaitu bab 10-Merindukan Allah.Ayat-ayatnya mungkin agak sukar untuk difahami.Jadi harus dibaca dan difahami dengan teliti.Semoga kalian mendapat manfaat dari petikan ini.Insya Allh pada masa akan datang.saya akan mengemukakan tajuk lain yang lebih menarik.
Bab10=Merindukan Allah….
Cinta adalah perpautan jiwa seseorang terhadap sesuatu yang dipandang dapat melazatkan atau membahagiakan.Jika perpautan itu lebih kuat lagi.maka dinamakan ‘rindu’.sehingga relalah seseorang jadi hamba kepada kekasihnya.Mahu mengorbankan segala yang dimilkinya demi kekasihnya.Masih ingatkah kisah Zulaikha ketika cintanya kepada Yusuf a.s. teramat sangat sehingga mencapai ke puncak kerinduan.?Dia mengorbankan segala harta dan kecantikannya.Dia memiliki emas permata kalung dan leontin tujuh puluh unta.namun semua itu dikorbankan demi cinta kepada Yusuf a.s.Setiap orang yang berkata “hari ni aku terlihat Yusuf”.Maka dia kan berikan sebuah kalung.Demikianlah seterusnya hingga habislah kalungnya.Segala-galanya diberikan nama yusuf.Dia lupa segalanya selain Yusuf kerana kerinduannya yang mendalam.Jika dia menghadap ke langit,seolah-olah nama Yusuf itu termaktub pada bintang-bintang.
Diceritakan bahawa ketika Zulaikha beriman dan telah menjadi isteri Yusuf,dia malah suka menjauhi Yusuf.Dia lebih suka menyepi untuk beribadah dan memutuskan dirinya untuk beribadah.Ketika Yusuf memanggilnya ke bilik pada siang hari,maka dia menolaknya sampai dating malam.Namun ketika Yusuf memanggilnya pada malam hari,maka dia menundanya sampai siang hari.Dan dia berkata”Wahai Yusuf,dahulu aku menyintaimu sebelum mengenali Dia.maka kini aku mengenali-Nya,maka tiada lagi cinta selain-Nya.dan sehingga aku tidak perlu penggantinya”
Sehingga Yusuf berkata kepadanya “Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku untuk demikian dan Dia mengkhabarkan bahawa dia hendak mengeluarkan dua orang putera dari rahimmu yang keduanya akan dijadikan Nabi”kemudian Zulaikha berkata “Jika Allah memerintahkan demikian dan menjadikan aku sebagai ‘jalan’ untuk itu,maka aku mentaati perintah Allah”.kemudian suka hati dia melayani Yuuf a.s.
Dan diceritakan bahawa ketika Majnun ditanya, “siapa namamu?” dia berkata “Laila”. “bukankah dia telah mati?” dia berkata, “Tidak,laila ada di hatiku.Dia tidak pernah mati.Akulah Laila!”Kemudian suatu ketika dia lalu di rumah Laila.Dia memandang langit.Maka dia bertanya”Wahai majnun.janganlah memandang ke langit.tapi pandanglah rumah Laila,barang kali kau dapat melihatnya.”Lalu Majnun menjawab “cukuplah aku memandangi bintang di mana cahanya menyinari rumah Laila.”
Diceriatakan dari Mansur al-Hajjaj r.a.Sesungguhnya mereka telah menahannya 18 hari.maka Asy Syibli r.a. menziarahinya seraya berkata “Wahai mansur,apakah Mahhabah itu ?” Kemudian mansur berkata, “jangan kau Tanya aku hari ini.kau tanyalah aku esok sahaja”Ketika datang hari esok dan mereka mengeluarkan dari penjara di mana merek telah berbuat salib untuk membunuhnya,maka Syibli lau dihadapannya dan mansur berkata “wahai Syibli,Mahhabah itu awalnya terbakar dan akhirnya terbunuh.ini mengisyaratkan apa yang telah dirasakan Hallaj sendiri.Bahawa segala sesuatu selain Allah adalah batil dan dia tahu Allahlah yang hak.Kemudian setelah nyata nama Allah,dia lupa namanya sendiri.Sehungga bila dia ditanya “siapakah engkau” lalu dia berkata “Akulah Al-hak”
Diceritakan bahawa kesungguhan Mahabbah itu terdapat dalam tiga hal.Pertama dia memilih kalam kekasihnya daripada ucapan selainnya.Dia memilih berdampingan dengan kekasihnya daripada berdampingan dengan selainnya.Dia memilih kerelaan kekasihnya daripada kerelaan selainnya…demikianlah dalam kitab Al-Muntaha.Di situ juga dikatakan “sesungguhnya rindu itu menyingkap segala tabir dan membukakan semua rahsia.yang ada hanyalah kelemahan roh menahan kerinduan ketika ada halawatul zikri(manisnya zikir).Sehingga kalau salah satu anggota badannya dipotong,dia tidak merasakan kesakitannya.
Diceritakan bahawa seorang lelaki sedang mandi di Sunagi Furat.Kemudian dia mendengar seorang lelaki membaca ayat
“Berpisahlah kamu pada hari ini(hari kiamat),hai orang-orang yang berdosa”
(Q.S Yasin :59)
Mak hatinya luluh,tubuhnya gementar hingga dia tenggelam dan mati.
Dari Muhammad Bin Abdullah al-baghdadi,dia berkata “aku melihat di Basrah seorang lelki sedang serada di tempat tinggi.Dia menghadap kepada orang ramai lalu berkata “barangsiapa mati kerana rindu,hendaklah dia mati demikian.Sesunguhnya aneh rindu tidak mahu mati.”Kemudian dia menjatyuhkandiri dan mati serta merta.
Telah berkata al-junaid ra:”tasauf adalah meninggalkan pilihan”
Dan diceritakan bahawa Zun-Nun al-Masri r.a. masuk ke Masjidil Haram.Dia melihat seorang pemuda telanjang jatuh sakit dan nampak sekali hatinya sedang meratap pedih.Kemudian dia berkata “Aku mendekati pemuda itu
Lalu ku ucapkan slam padanya lalu ku Tanya “siapa engkau whai pemuda?’Dia berkata “aku ini orang asing yang sedang dirundung rindu” maka tahulah aku maksudnya.lalu aku berkata “Aku juga sepertimu”.Kemudian dia menangis dan aku pun menangis kerana tangisannya.Dia bertanya, “Apakah engkau menangis?” Aku menjawab “Aku juga sepertimu”Kemudioan dia menangis lebih keras lagi,dia menjerot sehingga keluar rohnya.Lau ku selimutkan pakaianku kepadanya.Dan aku keluar untukmencari kain kafan.Setelah aku mendapat kain kafan aku kembali lagi.Namun aku tidak menemui pemuda itu di tempatnya.Maka aku berkata “Maha suci Allah” Lalu aku mendengar Hatif berkata,Wahai Zun-Nun,sesungguhnya orang asing itu dicari Syaitan tidak bertemu,dicari pemilik harta tidak bertemu,dicari keredhaan Syurga pun tidak ditemui.” Kemudian aku bertanya “Dimana di sekarang?”Lalu kudengar suara Hatif berkata:
“Di Majlis(tempat) yang benar,Di sisi Maharaja(Allah) Yang Maha Kuasa”
(Q.S. Qamar:55)
Diseabkan kecintaan ,ketaatan dan taubatnya.Demikianlah tersebut dalam kitab Zahrir Riyadh.
Setengah Masyaikh ada yang ditanya tentang Muhib(orang yang menyintai Allah).Maka dia menjawab “Iaitu sedikit bergaul,banyak menyendiri,selalu befikir,banyak diam.Dia tidak melihat ketika memandang,tidak mendengar ketika dipanggil,tidak faham ketika ajak berbicara serta ia tidak berduka bila ditimpa bencana.Ketika ditimpa kelaparan,dia tidak mengerti,titimpa telanjang dia tidak merasa.Bila dibentak tidak takut.Pendeknya dia selalu memandang kepada Allah dalam penyendiriannya.Dia suka dan bermunajat kepada-Nya serta tidak mempedulikan ahli dunia.”
Abu Tawwab telah bersyair menyebutkan tanda seorang Muhib:
Janganlah engaku tertipu,
Skekasih punya tanda,
Punya hadiah untuk kekasihnya.
Pahit bala-Nya dirasa nikmat,
Diterima gembira apapun Dia perbuat,
Tidak memberi pun tidak mengapa,
Kefakirannya dianggap penghormatannya saja,
Kau lihat keinginannya,
Hanyalah mentaati kekasih,
Kau lihat mukanya berseri,
Hanya Si Dia yang ada di hati,
Dia taat segala ucapan-Nya.
Diceritakan pada suatu ketika Nabi Isa as berjalan-jalan.Beliau berjumpa seorang pemuda yang sedang menyirami tanamannya.Lalu pemuda itu berkata “Wahai Isa,mintakan aku kepda tuhanmu agar memeberiku rezeki ‘Mahabbah” kepada-Nya walaupun sebesar biji sawi sahaja, “Kemudian Nabi Isa as berkata,”Engkau tidak akan kuat menerimanya sebanyak itu,”Pemuda itu mendesak,”Kalau begitu,separuh sahaja”Lalu Nabi Isa as berdoa, “ya tuhamku,berilah dia separuh biji sawi dari Mahabbah-Mu”.lalu Nabi Isa as segera berlalu.Setelah beberapa lama kemudian.nabi Isa asa lalu di tempat itu.mada dia bertanyakan tentang pemuda itu.tetapi orang-orang berkata “dia telah gila dan pergi ke sebuah gunung.”. Nabi Isa as memohin kepada Allah supaya dapat melihat pemuda itu.Apabila Nabi Isa as dapat bertemu dengan pemuda itu lalu diberinya salam tetapi tidak dijawab oleh pemuda itu.Nabi Isa as berkata “Akulah Isa”.Kemudian Allah memeberikan wahyu kepada Nabi Isa as,”Bagaimana dapat dia mendengar ucapan manusia jika dalam hatinya terdapat separuh biji sawi dari Mahabbah kepada-Ku.Kalau kau kerat dia dengan gergaji nescaya dia tidak akan merasa sakitnya.”
Barangsiapa mengakui 3 hal,namun tidak bersih dari 3 hal,bereti dia tertipu.Pertama,mengakui akan manisnya zikir,sedangkan dia masih cintakan dunia.Kedua,mengakui ikhlas beramal tetapi suka penghormatan manusia.Ketiga,dia mengakui mencintai Khaliknya,tetapi masih memperturutkan nafsunya.
Rasulullah SAW telah bersabda
“Akan datang atas umatku di mana ia menyukai lima hal tetapi melupai lima hal/Mereka suka dunia tetapi melupakan akhirat.Mereka suka pada harta hingga mereka melupakan hari hisab.Mereka cintakan makhluk hingga melupakan Khaliknya.Meraka suka berdoa tetapi melupkan taubat.Dan mereka suka rumah tetapi merka melupakan kubur,”
Pernah Mansur bin Ammar menasihati seorang pemuda,”Wahai pemuda,janganlah engkau tertipu oleh mudamu.Betapa banyak anak muda suka melambat.Lambat taubat lalu apabila maut datang dia lupa bertaubat.Apabila dia berada dalam kubur,seluruh ankdan isteri serta segala hartanya tidak berguna lagi.sebagaimana Allah berfirman
“Pada hari di mana harta dan anak tidak bermanfaat.Kecuali orang yang datang kepada Allah(mati) dengan hati yang selamat(membawa iman /bertaubat)
(Q.s. Asy Syura:88-89)
Alahumma Ya Allah,berilah rezeki taubat sebelum mati.Ingatkan kami ketika kami lupa.Berilah keuntungan akan syafaat Nabi SAW.Amin.
Ciri-ciri orng mukmin ialah setiap saat selalu bertaubat dan menyesali dosa-dosanya.Dia memadai apa yang ada dan sama sekali tidak terpikat pada dunia.Bahkan dia selalu beramal untuk Akhirat dan menyembah Allah dengan ikhlas.
Diceritakan,ada seorang lelaki bakhil dan munafik bersumpah hendak menceraikan isterinya bila dia memeberikan sedekah..Kemudian dating seorang pengemis mengetuk pintu rumahnya seraya berkata,:Demi hak Alla,tidakkah engkau akan memeberikan aku sesuatu?’.lalu perempuan itu memberikan tiga potong roti.Apabila diketahui oleh suaminya terus memnaggil pengemis itu dan berkata, “Siapa yang memberikan kamu roti?”.Penegemis itu pun berkata “Aku diberikan oleh seorang wanita penghuni rumah itu”.lalu sia suami masuk ke rumah dan berkata kepada isterinya, “Bukankah engkau telah bersum[ah tidak akan memeberikan sesuatupun kepada sesiapapun?”Si isterinya menjawab “Aku memberikan kerana Allah” Si aumai menyalakan tungku.Setelah panas lalau berkata kepada isterinya, “Masuklah di situ kerana Allah”Si isteri bangkit dan mengambil perhiasannya. “Tinggalkah=n perhiasan itu!” Kata si suami.Si iateri menjawab “Seorang pencinta kan berhias untuk kekasihnya.Dan aku hendak menemui kekasihku.”Kemudian dia masuk ke dalam tungku itu.Lelaki munafik menutup tungku dan meninggalkannya pergi.Setelah tiga hari dia datng lagi dan membuka tungku itu.Dia lihat isterinya selamat dngan kekuasaan Allah sehingga lelaki itu hairan.Kemudian ada suara Hatif berkata,”Apakah engkau tidak yahu bahawa api tidak kan membakar kekasih-Ku?”
Diceritakan bahawa Asiah,isteri Firaun merahsiakan dia beriman kepada Allah dari Firaun.Setelah Firaun mengetahui keimanannya,ia perintahkan pengawalnya untuk menyeksa isterinya dengan macam-macam seksaan,Lalu Firaun berkata “Murtadlah engkau!”Asiah tidak mahu murtad.Segera tubuh Asiah diikat pada beberapa pancang kecil dan Firaun mengherdik lagi. “Murtadlah engkau”Asiah berkata, “Engkau tahunjiawa ragaku dalam penjagaan Allah”Kemudian Musa asa lalu dihadapannya maka dia berkta,”Wahai Musa!Khabarkan kepadaku,adakah tuhan cela atau murka kepadaku?”Musa as menjawab, “Wahai asiah,semua malaikat langit merindukan dan Allah memujimu.Dia berkata kepada-KU dan Kupenuhi!”Lalu asiah berkata seperti yang diceritakan dalam Al-Quran,
“Ya Tuhanku bangunkan aku untukku di sisi-Mu rumah di Syurga.Selamatkan aku dari Firaun dan perbuatannyadan selamatkan aku dari kaum yang zalim.”
(Q.S. Tahrim:11)
Dari Salma ra berkata “Isteri Firaun telah diseksa dengan berjemur di panas matahri.Ketika mereka pergi,para malaikat memayungi wanita itu dengan sayapnya.Dia melihat rumahnya dalam syurga.”
Dan dirawikan dari Abi Hurairah ra bahawa:Firaun merentangkan isterinya pada 4 pancang dan dibiarkan di bawah matahari.Kemudian Aiah menghadapkan muka ke langit seraya berkata,
“Ya Tuhanku bangunkan aku untukku di sisi-Mu rumah di Syurga”
(Q.S. Tahrim:11)
Hasan berkata, “Kemudian Allah swt menyelamatkan dan mengangkat ke Syurga.Ia makan dan minum dengan senang lenag.”
Hal tersebut merupakan dalil bahawa memohon pertolongan Allah,berlindung kepadaNya dan memohon pertolongan kepada-Nya dari segala kesulitan dan bencana adalah perbuatan orang soleh dan adab orang mukmin...
Catat Ulasan