MATA HATI
(Daripada artikel kesedaran:celik mata hati, majalah solusi edisi ke-9)
Pandangan mata,sifatnya menipu.
Pandangan akal(fikiran) pula boleh menipu.
Pandangan nafsu sentiasa melulu,
Pandangan yang paling tepat dan hakiki ialah
Pandangan MATA HATI……………..
DARI PADA PANDANGAN MATA HATI
Sebenarnya diri kita juga boleh dilihat dengan emapat pandangan.
Cuba bayangkan,kita di hadapan cermin.Bila kita memandang dengan pandangan biasa(hari2 kita memandang begitu),kita akui itulah diri kita.Kemaskan rambut,betulkan tudung tau rapikan baju,lalu kita berlalu.Itulah pandangan biasa.Tetapi ada orang yang melihat dirinya dengan pandangan akal.Bagaimana??
Dengan akal fikiran,berlakulah analisi diri sendiri terhadap wajah yang dipantulkan oleh cermin.Ah.aku semakin tembam aku ini.Semakin putih wajahku.Oh,sedah ada garis-garis kedut di pelipis mata.Begitulah hasil analisi akal menerusi pandangannya.Hasil pandangan itu,kita pun bertindak mengurangkan berat badan,memebetulkan kedudukan pakaian,menggunakan bahan kosmetik untuk merawat wajah dan berazam untuk memulakan diet atau senaman.
Diri kita juga boleh dilihat dengan pandangan nafsu,katalah kita masih muda(remaja).Muda hanya sekali,begitu bisik pandangan nafsu.Jangan sia-siakan peluang yang datang hanya sekali ini.Maka nafsu yang sentiasa meransang kepada kejahatan ini akan memberi “nasihat” jahatnya.Mana lagi disko,dangdut dan tempat- tempat perlesiran yang belum didatangi.Tunggu apa lagi,ayuh pergi!!Begitulah pandangan nafsu oleh orang muda.
Bagi orang yang telah tua paula,pandangan nafsu ada helahnya yang tersendiri.Eh,engaku belum tua lagi,apakah kau lupa, “Life begin at forty” “Man is like wine”…Akibatnya,orang tua tidak merasa tua lagi-miang-miang keladi,makin tua makin menjadi.Maksiat terus diratah sebanyak-banyak dan secepat-cepatnya,seolah-olah pasukan bola yang memburu gol pada waktu kecederaan.
Apabila diingatkan,datuk dah senja….dia tidak akan menerimanya bahkan istilah orang tua kerap ditukar menjadi “orang lama”.Ya,mungkin si tua yang mendominasi pandangan nafsu ini,sudah pencen dalam kerjayanya tetapi belum pencen dalam melakukan dosa.
Bagaiman pula orang yang melihat dirinya daripada pendangan mata hati ? Orang muda akan menghargai umurnya dengan melakukan ketaatan kepada Allah.Muda bukan sekali,tapi 2 kali,Begitu bisik hatinya.Kali pertama ialah muda di dubnia yang bersifat sementara.manakala muda kalai kedua ialah muda dia lam syurga abadi yang selamanya(menurut sesetengah ula umur ahli syurtga sekitar 30-an).
Orang muda yang dipengaruhi mata hati ini insaf bahawa muda adalah saat yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah.Mereka ini sedar bahawa antara soalan yang ditanyakan di padang Mahsyar nanti ialah,ke mana umur mudamu sudah kamu habiskan?Allah tidak bertanyakan umur tua,ini kerana umur muda adalah “prime time”(masa yang sangat berharga) untuk seorang manusia,dan alangkah baiknya jika “aset” yang sangat berharga ini diserahkan kepada Allah?Bukankah itu petanda kita benar-benar mencintai-Nya
Lalu hati orang muda itu pun berazam,jika demikian aku akan gunakan umur muda yang sementara ini untuk mendapat umur muda yang kekal abadi di syurga nanti.Demikianlah azam orang muda yang memandang melalui pandangan mata hati.Lalu dia akan menyegerakan amalan kebajikan,tidak bertangguh-tangguh taubat dan segera meninggalkan kejahatan.Usia muda dianggap sebagai satu kesempatan bukan satu penangguhan…
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Allah suka orang yang bertaubat,tetapi Allah lebih suka orang mudayang bertaubat.”(Riwayat al-Dailami)
p/s:Allah mencintaimu dengan nikmat,mengapa membalasnya dengan maksiat.(ingatan untuk diri ini dan teman-teman.Semoga kita sentiasa di jalan Allah

Catat Ulasan