today is 28 june

Isnin, 6 Julai 2009 10:59 PG Dicatat oleh SuMaiYyaH


TODAY IS SUNDAY 28 JUNE
Hari ni,aku gi jalan-jalan kat Bandar dengan kawan lama aku yang sekolah kat pahang.nama ye Fadillah.Dulu dialah kawan baik aku semasa aku sekolah kat khairiah dari aku form 1 hingga form 3.kami dulu suka sangat gaduh sebab dia ni manja..aku ni suka usik diaLepas Form 3,ye pindah kat Pahang dan duk dengan nenek ye.Dulu,dialah kawan suka duka aku dan juga sorang lagi Hanisah yang duk Maahad Tahfiz Padang Midin(IQ)..Lama juga aku tak dengar Khabar hanisah ni.Yang aku tahu dia masih di IQ untuk sambil menghafal quran walaupun dia dapat 7A dalam SPM dan dia boleh sambung study di mana-mana IPTA.Tapi dia nak menjadi seorang hafizah dan menghafal 30 juzuk Al-Quran.Wah,dialah sahabat aku yang paling hebat…Hanisah ni baik lah dari aku dan fadillah.Aku n fadillah ni nakal sikit.sikit jer…selalu langgar displin asrama.kaki tidur plok tu.Aku n fadillah ni suka merayap.asal cikgu takde dalam kelas,kami pun takde lah..lepas tu,kami ni suka sangat outing.Kami ni memang suka jalan2,lagipun sekolah memang dekat dengan Bandar.Walaupun duit ada seringgit je,kami tetap outing.Cukup bayar tambang bas,ok lah tu.kadang-kadang kami jalan2 jer,tapi tak beli apa2.bagi kami,dapat keluar dari kawasan asrama dan sekolah tu,adalah satu kepuasan yang amat sangat.Dapat keluar dari suasana asrama yang membosankan tu pun dapat buat kami happy.Masa duk hostel,boleh outing sebulan sekali jer..Tapi kami outing 3-4 kali sebulan.Aku tak suka sangat jumpa warden,minta tandatangan,bagi alas an kenapa nak outing.Tu lah bab yang aku malas sekali.jadi kami pakai strategi yang paling power,tiru tandatangan warden.Bukan susah sangat pun.Memang nakal betul lah kami dulu.Sekarang dah insaf,dah jadi baik.
First time,aku jumpa fadillah lepas hampir 2 tahun tak jumpa.Aku agak terkejutlah.lain sikit dia sekarang.Muka pun makin putih.Bukan setakat pandai bergaya tapi pandai bersolek.Pkai eye shadow lagi.Warna pink lagi.Lepas selesai urusan2 yang wajib.Aku bawalah kawan aku ni ke SHAMS..Lagipun aku memang kangan bangat dengan kawan2 aku ni.lagipun fadillah nak jumpa best frenz nya,kyra@ mek che kirana.Gembira betul diorang dapat jumpa .Lagipun,dah hampir 2 tahun diorang tak jumpa.seronok dapat jumpa kawan2 aku.semakin ramai plok F6,semua pelajar STPM dari smasza pindah ke SHAMS sebab form 6 di smasza dibubarkan.Mungkin kerana kekurangan guru atu pelajar yang terlalu sedikit..25 student ke shams.Jadi student bertambah sehingga 50 orang sekelas.Kelas memang padat sangat macam ikan sardine.Syok dapat lepak dengan kawan2 aku dalam kelas syariah.Diorang ni memang sporting betul.Aku pun dapt tahu yang kyra ni tak bertegur spa dengan BOY..dah hampir seminggu.BOY ni nak berbaik dengan dia tapi dia plok wat jual mahal..Dasar keras kepala.bukan main nasihat aku berbaik dengan bdok kelas aku tapi dia pun sama jer..Kyra,aku n kau ni same je…sama2 keras kepala..Tak nak mengalah..Lepas cikgu masuk mengajar dalam kelas syariah.Aku pun naik kelas usulluddin..rasa berat jer kaki aku ni nak melangkah masuk dalam kelas tu..First,aku tak nak tengok muka ketua kelas aku yang telah membuatkan aku rasa macam dihalau dari kelas tu.2nd ,aku malas jumpa dengan kawan aku yang telah buat aku rasa terpinggir…Aku Cuma jenguk2 jer kelas aku,tak masuk pun…entah kenapa,aku merasakan kelas tu terlalu asing bagi aku…Arghhh..biar je lah..
Pukul 1,kami pun pergi Bandar balik.Terpaksa naik teksi sebab kat kawasan shams ni,susah nak dapat bas..jadi naik teksi.Pergi balik dari shams ni,kami dah habis RM14..Nasib baik dapt duit poket banyak sikit.Lepas tu kami cuci mata.tengok2 baju atas stesen bas.Aku beli selendang 2 helai..pastu beli anak tudung.banyak gop aku shopping.Takpe,barang2 kat sini murah je.mak cik 2 kat sini kalau tengok anak dara yang baik macam aku,mesti bagi harga special..Silap2 dapt free.Lepas tu,kami ke Smart cc,KFC…Teringat plok KFC ni,tempat pertemuan aku dengan someone special.(please…lupakan dia)..
Dalam pukul 3.30 petang,kami pun naik bas.nak balik umah.Tiba2 je sorang mamat yang pakai kaca mata hitam macam james bond ni cakap macam kenal aku je.Dia pernah jumpa aku kat PSI..apalah mamat ni,PSI tu dah jadi tempat utama aku setiap kali pergi Bandar..paling koman,aku beli pen sebatang..Pastu dia cakap “Awak tengok jer muka saya ni jahat,macam pembunuh.tapi hati baik”.Perasan betullah mamat ni.Nak tolong bayar tambang bas aku plok tu..takpe juga,jimat duit aku RM 2.50.tapi mamat ni lambatlah,mak cik kutip duit tambang.baru cakap nak belanja..masa tu aku rasa,lambatnya bas ni bergerak.bila bas dah bergerak,Alhamdullilah.selamat aku.tak payah aku layan mamat poyo ni lagi…lama aku tak naik bas,sekali-sekal naik syok jugak walaupun penat..
Kalau teringat balik zaman sekolah dulu,pasti aku senyum sorang2.Aku rasa nilah kenangan yang paling indah dalam hidup aku.tapiada juga kenangan duka.tapi suka dan duka itulah rencah kehiupan kita yang membuatkan hidup kita ni manarik.Perjalanan dari Bandar ke umah ni agak lama.Dalam 1 jam..Jadi kami borak2 kisah lama kami kat sekolah dulu.Teringat kat syikin,dulu kami selalu buli dia..terutama bila dia melatah.Bukan kami je buli dia.Tapi boleh kata semua orang..Entah macam mana dia sekarang.Tak dengar berita dah sekarang.Tiba-tiba je menghilangkan diri..Harap2 lah dia bahagia sekarang dan berubah jadi orang yang lebih matang.kami juga cakap tentang kakak2 senior kami yang dah pun kawen pada usia yang agk muda macam kak bella,kak nadia,kak yana,kak mira dan mungkin ramai lagi yang kami tak tahu.Dan juga kawan aku dari kecik yang kawen masa umur 17 tahun,sekrang dah ada baby…Tahniah!!!!(walaupun kau tak jemput aku g majlis perkahwinan kau tapi aku tetap ucapkan tahniah)

Dalam hidup ni ada macam2 yang berlaku.Ada suka,duka,pelik, funny,menakutkan, mengejutkan,kecewa, dan macam2 lagi.Inilah rencah kehidupan yang akan menjadikan kehidupan kita ni menarik..Hidup di dunia ni tak sama dengan hidup di akhirat.Di dunia adakala kita suka dan adakalanya kita berduka.Tak sama dengan akhirat.Mungkin kita akan hidup bahagia di Syurga Firdausi ataupun hidup merana di neraka Jahanam.Semua tu ditentukan oleh amalan kita sendiri.Oleh itu,kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini,hendaklah melaksankan amar makruf dan nahi mungkar supaya amalan kita akan membawa kita ke Syurga Allah yang Abadi.Amin.

0 Response to "today is 28 june"

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails